selalu tertanya2, andainya ditakdirkan kite ditempatkan di syurga, kita akan bertemu tak dgn anak2, ibu bapa yg sangat dikasihi? kalau suami tu, selalu dengar. Kite akan bersama dgn suami terakhir semasa didunia.
tapi hati saya selalu sayu bila terpikir, ade tak peluang andainya bila ditempatkan di syurga nanti (mudah-mudahan, aminn)..saya akan bersatu bersama ibu ayah yg dicintai, anak2 yg dikasihi dan adik-bradik yg disayangi? maklum la jadi org perempuan, lepas berkahwin, byk masa bersama suami. Masa bersama ibu-bapa dan adik bradik dah kurang. Mudah-mudahan di syurga nanti kite akan selalu bersama.
dulu masa dhaif sesangat.. depan kaabah saya mencium tangan suami, minta ampun segalanya dan berkata..
"semoga kita bersama di syurga"..
tetiba suami kata..
"bila kiamat besok - awak dngan awak punya hal, saya dngan sya punya hal"
"bila disyurga saya akan ada bidadari yang jadi peneman..ikatan perkahwinan ni cuma di dunia jer, disyurga saya dan awak tiada kena mengena.. (mmm jawapan yg tak romantik kan....)
tapi dengar juga kalau disyurga (semoga kita semua mendapat syurganya)... kita boleh request sesiapa yg kita nak jumpa..
btw - kasih sayang suami isteri di dunia ni kalau krn Allah SWT kan itu dikira satu ibadah - syurgalah tempatnya.. insyaallah..
Masaklemak dan Pn.Hazel...Suami Pn. Hazel SILAP TU...!
"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."
(Surah at-Thur, ayat 21)
Ibnu 'Abbas r.a dalam tafsiran ayat itu menyatakan:
"Sesungguhnya Allah akan mengangkat anak keturunan (zuriat) orang-orang mukmin, bersama ibu bapa mereka di dalam syurga."
Al-Imam Muslim dengan sanadnya, meriwayatkan hadis daripada Abi Hassan katanya:
"Saya bertanya Abu Hurairah berkenaan dua orang anak saya yang meninggal dunia sebelum baligh, apakah kamu (Abu Hurairah) pernah mendengar berbicara tentang anak-anak itu?
"Kata Abu Hurairah, Ya, ada saya mendengar, bahawa yang meninggal kecil daripada kalangan anak-anak orang Islam, mereka adalah di dalam syurga bersama ibu bapa mereka."
& lagi....KITA JUGA BOLEH BERSAMA RASULLULLAH S.A.W....Syaratnya kita mencintai Rasullullah s.a.w..
Kengkadang...Kita rasa pelik...bagaimana kita nak bersama keluarga...berapa billion tu...(bersambung sambung)..
TAPI
Syurga tu adalah perkara GHAIB....memang bukan dlm lingkungan akal kita...
Cukuplah kita menerima apa yg disampaikan...
& Alhamdullillah...Kita gembira...YES...KITA AKAN BERSAMA SEMUA YG KITA CINTAI DI SYURGA NANTI!
Hinggakan...kalau kita ibaratkan Bidadari tu bulan & bintang gelip gelipan...Agaknya Isteri Solehah bak Matahari!
Bila ada Matahari...ada ke nak nampak bulan dan bintang lagi???
So..Para Isteri...Pn Hazel...Pn Masaklemak...Dalam syurga esok...cakap kat cik abang tu..." kami kat syurga esok..Macam Matahari...abang dah tak nampak bidadari dah..terhegeh hegeh la nak kat kami...hehe"
(It's TRUE...Hak!...Perempuan solehah tak terbanding dgn Bidadari...kalah abis bidadari! ) Last edited by burungantu on 17-10-2012 11:38 PM
yelah, kalau dipikir-pikirkan memang tak terjangkau dek akal kite.
tapi sbg manusia biasa, mmg kite takleh lari dr nak pikir benda2 ghaib ni.
selalu saya terpikir, saya ingin terus bersama anak2 terutamanya biar di dunia mahupun di sana.
kalau ikutkan anak tu satu hari akan membesar, ade kehidupan dia sendiri. tapi dlm hati ni rasa mcm anak tu takkan membesar, kekal baby dalam ingatan saya.
kalau ibu bapa pulak..tak boleh bayangkan kalau terpisah dunia..lama lagi tu nak berjumpa semula di alam sana. tu pun kalau diizinkan jumpa.
kalau suami, terus saya terpikir...dia mgkin dpt bidadari (mudah-mudahan)..siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dgn bidadari tu. kalau jd wanita solehah..mesti Allah reward saya bidadara yg lagi meletop kan? hehehe.
Pernah juga ditanya; bolehkah kita berdoa sekiranya pendek usia untuk bersama dengan orang yang kita sayang yang belum sempat dinikahi untuk bersamanya di syurga kelak?
girlphg posted on 18-10-2012 09:28 PM
itu la, kita pun tak dapat gambaran macam mana nanti.
Dalam satu Jamuan.... bermacam tujuan tetamu yang hadhir.
Ada yg nak rasa makanan dan minuman
Ada yg nak usha gadis2/pria2
Ada yang nak jumpa keluarga.
dan Ada yg nak berjumpa dengan Tuan Rumah.
Bagaimana pun ...NIKMAT TERTINGGI DI AKHIRAT...TENTUNYA.. إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
nikmat dalam syurga, sebagai manusia biasa tak terjangkau dek fikiran, tapi insyallah, kita semua akan bersatu nanti, bayangkan dapat jumpa dengan berbillion2 sedara mara, haiwan kesayangan, pokok kesayangan heheheheh
mmg tak logik kan macam mana nak layan sedara mara yang billion2 tu kan... tak der yang mustahil kat syurga.
rindu sangat dgn arwah ayah saya...... tak sabar nak jumpa dia
MasakLemaK posted on 18-10-2012 10:01 AM
yelah, kalau dipikir-pikirkan memang tak terjangkau dek akal kite.
tapi sbg manusia biasa, mmg kite takleh lari dr nak pikir benda2 ghaib ni.
selalu saya terpikir, saya ingin terus bersama anak2 terutamanya biar di dunia mahupun di sana.
kalau ikutkan anak tu satu hari akan membesar, ade kehidupan dia sendiri. tapi dlm hati ni rasa mcm anak tu takkan membesar, kekal baby dalam ingatan saya.
Salam...
Boleh berlaku di Syurga.... kalau ada keinginan nak anak kecil.... tapi di sana tu macam2 kenikmatan yang ada.... mungkin juga keinginan tu datang sat saja.... sebagai memenuhi hajat dari keinginan di dunia yang inginkan anak kecil di Syurga...
kalau ibu bapa pulak..tak boleh bayangkan kalau terpisah dunia..lama lagi tu nak berjumpa semula di alam sana. tu pun kalau diizinkan jumpa.
InsyaAllah.... kalau semua ahli Syurga....
kalau suami, terus saya terpikir...dia mgkin dpt bidadari (mudah-mudahan)..siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dgn bidadari tu. kalau jd wanita solehah..mesti Allah reward saya bidadara yg lagi meletop kan? hehehe.
Di Syurga....Puan mungkin jadi ketua segala Bidadari..... yang jauh lebih cantik dari bidadari Syurga....tiada sifat cemburu dan iri hati di sana....
di surga sifat kita adalah berlainan...kalau dulu di dunia tinggi kita hanya 5 kaki hingga 6 kaki, tapi bila di surga tinggi kita 60 hasta. sama tinggi dgn nabi Adam, kita tak kencing dan tidak buang air besar di surga, kita tidak tua sentiasa muda dan perawan. wajah muka kita di perelokan......sukar nak di bayangkan keadaan dlm surga, tidak pernah mata melihat , tidak telinga mendengar dan perkara yan tidak terlintas di hati manusia..
hjrayle posted on 22-10-2012 02:38 PM
di surga sifat kita adalah berlainan...kalau dulu di dunia tinggi kita hanya 5 kaki hingga 6 kaki, t ...
topik menarik ni....
mmg kite yg berkeluarga bahagia ni..bertuah yea..
di dunia bahagia..nnt bleh jumpe di syurga lagi...insyaallah...
tp kadang2 manja pernah terfikir..:
1-bagaimana pulak nasib mereka2 yg xde keluarga...
2-atau pun ade tp keluarga yg bermasalah/x bahagia gituuww.....
3-atau pun yg dh 30s...ke 60s ke...tp meninggal..tanpa sempat bertemu jodoh & melahirkan zuriat..
manja terfikir pasal ni sbb pernah terbaca..cerita tentang org yg sakit..
lepas tu kena reject dgn family sndiri....manja rasa kalau dh mcm ni..
die pun x sanggup nak jumpe family kat syurga nnt...sbb sakit ati..dll...kan??..
mcm mana pulak nasib mereka ini?...
sedih nye...bile manja mengenangkan nasib mereka...
Last edited by manjalara_01 on 30-10-2012 07:04 PM