CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2176|Reply: 14

mohon pendapat

[Copy link]
Post time 16-10-2012 09:43 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum....  (maaf la cerita ni berbelit sket, dah lama tak menulis)

aku tertanya-tanya, 1 bulan yg lepas aku ade bersembang dangan pak cik H, jiran aku die ni,, die yg mulakan dulu, die tanya, aku ada jumpa tak dengan "ayah "  . "ayah" aku ni, ceraikan mak semasa mengandungkan aku lagi, nafkah satu sen pon tak pernah bagi, mungkin la kalo ada bagi pon 1 % daripada 100 % yg die patut bagi . "ayah" dan pak cik m ni,saling kenal mengenali la

so, "ayah"  ni,, bagitau pak cik M , die nak sangat jumpa aku,, dia ni umo dah 70 lebih dah, aku awal 20an , pada pendapat aku la,, watpe nak jumpa, semasa aku bersembang dgn pak cik m haritu, aku ade la mintak pak cik m tu tangkap gambar die, aku nak tengok, tapi pak cik m, bagitau "ayah " dan "ayah" kirimkan gambar die, bini muda die dan 2 orang anak pempuan dia yg kecil umo 5 tahun dan bersertakan duit rm 100. dan pak cik m bagitau, "ayah" nak sangat jumpa aku sebelum die mati

aku tak tahu apa motif die nak jumpa aku sangat tu,, sekadar nak beramah mesra je ke,, baik tak payah buang masa aku. tujuan aku nak tengok gambar tu, hanya nak tahu siapa die dan kalo nak tengok pon, hanya tengok dari jauh je la,

pak cik m kate, "ayah " nak bagi sebahagian harta die ke aku, die ni memang kaya sangat la,, selain anak pempuan die,, ada anak laki sorang lagi umo 50 , menurut pak cik m, anak lelaki die tu, jenis tak berapa baik, sebab tu "ayah "  nak jumpa aku nak bagi harta die,, kalo mati nanti susah

TAPI aku macam teragak2 , nak ambik ke tak,, , aku pon tak tahu la hukum agama dikira macam mana, dah die tak bela aku,, nanti time die tua lumpuh, aku tak mau ada tanggunjawab keatas diri die,,
persoalan, jika aku terima pemberian die,,, adakah pemberian duit drp die tu,,boleh dikira nafkah tertunggak,, ???
kalau dia nak bagi  kurang drp rm100k, rasa macam tak berbaloi,, ake kene jaga die masa die sakit tua nanti

.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 10:01 PM | Show all posts
waalaikumsalam,

persoalan sebenarnya bukan sangat sulit.  tapi sebab perasaan dan kurangnya ikatan jadi timbul masaalah.

ikut Islam, ayah ada tanggungjawab dia dan anak ada tanggungjawab dia.  kalau satu pihak gagal menjalankan tanggungjawab, yang pihak satu lagi tak sepatutnya balas balik.  tanggungjawab tetap tanggungjawab.  lebih beruntung lagi anak yang diabaikan ayah,  apabila ayah tua, anak yang diabaikan tu lah yang ambil tanggungjawab jaga ayah.

anak perempuan sebapa itu tetap juga saudara mu wahai akubaik.  bila ayah, datuk, paman dah tak ada, awaklah yang jadi wali dia.  jangan sampai jadi wali enggan.

harta tu kalau tak dihibahkan, masih wajib difaraidkan kepada yang berhak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:21 PM | Show all posts

Hajat atau amanat si ayah tu dikira mcm salah satu wasiat
Tak kira la sebesar mana kesalahan dia. Selagi ada jalinan atau pertalian darah . Sebaik2nya kita sebagai hamba di muka  bumi ini memaafkan kesilapan tersebut.
untung apa dapat harta tu. Sebaiknya2 sedekah separuh harta tu . Lepas tu naik haji la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:30 PM | Show all posts
Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdullillah..

Thanks pada Tuan Super mod yg memang SUPERB!..Jawaban yg tepat & Baik sekali..


Pada TT pula..

MULA MULA...Tuan akubaik BERSYUKUR BANYAK BANYAK....Ucapkan Alhamdullillah...Kerana Allah s.w.t telah memberi Tuan jalan yg amat mudah utk tidak melakukan salah satu dosa besar iaitu dosa kepada Bapa...Walau pahit ditelan...kehilangan bapa tu sebenarnya satu rahmat yg mana Tuan tidak ada peluang utk berdosa kpd dia yg mana ramai manusia yg lain yg lalai melakukannya...Lihatlah drp sudut positifnya & ucap Alhamdullillah byk byk..


KEDUA : bersyukur pula..bila dah besar, dah berjaya... TUAN BERPELUANG PULA UTK KENAL/JUMPA BAPA TUAN....Alhamdullillah!...berapa ramai yg kehilangan Ibubapa..sanggup menukar segala isi dunia dengan seorg Ibu atau bapa...& Tuan tiba tiba mendapat yg mustahil bagi ramai org lain!...Alhamdullillah!

KETIGA : Ucap Alhamdullillah lagi...Sebab bukan sja Tuan dapat balik BAPA Tuan,,,,Tuan juga mendapat saudara!...Mereka ini adalah 'MAHRAM' tUAN...JANGAN DIABAIKAN...bersilaturahimlah dgn mereka dgn kasih sayang adik beradik!..ALHAMDULLILLAH...munkin Tuan juga akan dapat peluang berbakti kpd adik adik Tuan ini nanti....Alhamdul;lillah..

KEEMPAT : Samada Bapa Tuan kaya atau tidak....adalah HAK TUAN SEBAGAI ANAK....DALAM FARAIDH ISLAM...
Ini adalah ketentuan ALLAH swt maka terimalah sikit atau banyaknya atau kalau Tuan rasa nak bersedekah balik pada adaik adik tu atau org lain sekalipun...IANYA HAK TUAN...Pahalanya utk Tuan!...Alhamdullillah.

KELIMA : Munkin ...Tuan terasa "Tak berbalaoi utk menhaga org sakit Tua...sekitar bawah 100k"..hehee...Maaf...Saya sungguh tak pandai nak nasihat Tuan dlm hal ke 5 ni...Tapi....pengalaman saya sendirilah....saya pulak terasa amat sedih dan rugi...sebab Ayah saya tak langsung memberi peluang kpd kami utk "menjaga bapa yg Tua"..( menitis airmata ketika menaip ni)..Ayah walau dah Tua (meninggal umur 76)...sehat je...& sakitnya ..sempatla saya menjaga 2 malam d specialist centre...Terus bertemu Rabbnya...

Sedang kami anak anak sampai hari ini masih tak henti henti masih merasa hasil rezekinya..

KAMI ANAK ANAK SEBENARNYA SGT TERKILAN SEBAB TAK DIBERI PELUANG MENJAGA ORG TUA!


Bersyukur banyak banayk atas rahmat Allah yg ini wahai TT....Kalau Tuan tak ambil 1 sen pun hartanya...TETAPLAH NIKMAT INI LEBIH MAHAL DRP SELURUH DUNIA!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:42 PM | Show all posts
Duit RM100 hari tu kau buat apa?....
Beli top up ke?.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:19 PM | Show all posts
jangan menderhaka kepada orang tua..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2012 12:22 AM | Show all posts
jazaa posted on 16-10-2012 10:42 PM
Duit RM100 hari tu kau buat apa?....
Beli top up ke?.....

salam

hehe .. betul jugak ..
makan kat McDunno .. make dunno aje .. hehe

whatever it is .. untok TT akubaik3

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Nabi s.a.w. bersabda;
‘‘Jangan kamu benci kepada bapamu.
Siapa yang benci kepada bapanya,
kebencian itu bererti kekafiran.’’  
Sahih Muslim

wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 01:22 AM | Show all posts
eh silap,, rm 1000 la,,
rm 100 watpe...

tapi,, aku bukan nak kata la,, pak cik m tu pon,
ada ramai orang kate ala2 putar belit sket,,
ni bukan aku kata,, so, kemungkinan juga la, songlap ? huhu.. Last edited by akubaik3 on 17-10-2012 01:24 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2012 01:42 AM | Show all posts
NorAddin posted on 17-10-2012 12:22 AM
salam

hehe .. betul jugak ..

aku tak kuasa nak benci orang
sebab aku malas nak memberatkan kepala
lagipun, aku anggap die tak wujud
ada tiada tak memberi kesan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 02:04 AM | Show all posts
ibnur posted on 16-10-2012 10:01 PM
waalaikumsalam,

persoalan sebenarnya bukan sangat sulit.  tapi sebab perasaan dan kurangnya ikata ...
ikut Islam, ayah ada tanggungjawab dia dan anak ada tanggungjawab dia.  kalau satu pihak gagal menjalankan tanggungjawab, yang pihak satu lagi tak sepatutnya balas balik.  tanggungjawab tetap tanggungjawab.  lebih beruntung lagi anak yang diabaikan ayah,  apabila ayah tua, anak yang diabaikan tu lah yang ambil tanggungjawab jaga ayah.
tanggungjawab tetap tanggungjawap,, dan sebab itu lah aku tak kuasa nak marah ke ape ke, sebab aku tahu, walaupun dia abaikan aku dulu, bila die tua sakit tua nanti, aku tak perlu "bersusah " bertanggungjawab ke atas diri dia
"bersusah" bunyi macam aku ni teruk sangat ,,, tapi,, tak boleh salahkan aku 100% sebab dalam keluarga besar @ anak beranak aku , memang wujub sikap ini.. aku membesar dalam keadaan begitu,,,

lebih beruntung lagi anak yang diabaikan ayah,  apabila ayah tua, anak yang diabaikan tu lah yang ambil tanggungjawab jaga ayah.
i dont think that make a real sense, faktor pengalaman idup aku, langsung tak beruntung, sebab, walaupun kita buat baik macam mana pon,, akhirnya, tiada siapa yg akan hargai, akan bantu kita time kita susah, semuanya selffish

ye betol, tuhan,, tapi , tu bergantung kepada ke ikhlasan diri juga la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 02:04 AM | Show all posts
burungantu posted on 16-10-2012 10:30 PM
Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdullillah..

KELIMA : Munkin ...Tuan terasa "Tak berbalaoi utk menhaga org sakit Tua...sekitar bawah 100k"..hehee...Maaf...Saya sungguh tak pandai nak nasihat Tuan dlm hal ke 5 ni...Tapi....pengalaman saya sendirilah....saya pulak terasa amat sedih dan rugi...sebab Ayah saya tak langsung memberi peluang kpd kami utk "menjaga bapa yg Tua"..( menitis airmata ketika menaip ni)..Ayah walau dah Tua (meninggal umur 76)...sehat je...& sakitnya ..sempatla saya menjaga 2 malam d specialist centre...Terus bertemu Rabbnya...


pengalaman saya,, atuk meninggal pada usia 90 dan nenek 85 ++, atuk dan nenek uzur, tak boleh bergerak, atuk hanya duduk diatas katil dan nenek boleh bergerak mengesak sahaja, dieorang kene lumpuh lebih 10 tahun, daripada 7 orang adik beradik, 2 lelaki, 5 perempuan,,, yang menjaga dieorang ni,, mak saya dan bapa saudara depan rumah,, anak2 yg lain, yg lelaki sorang tinggal tak berapa jauh,, hanya datang 3~4 kali sebulan, sahaja, anak perempuan yg tinggal dekat pon datang 3 ke 4 kali je, yg jauh,, jarang2 je

so, aku memang tahu,, memang ada pengalaman jaga orang tua sakit,,, bukan senang jaga dieorang,,
dan aku tak mau macam mana aku dan mak jaga nenek,, aku kene jage "ayah" .. nenek takpe,,, die ada tinggalkan harta..

aku tak mau la uruskan die ,, well ,, ye tak ye,, die ada duit,, upah maid la,,

-------------------------
KETIGA : Ucap Alhamdullillah lagi...Sebab bukan sja Tuan dapat balik BAPA Tuan,,,,Tuan juga mendapat saudara!...Mereka ini adalah 'MAHRAM' tUAN...JANGAN DIABAIKAN...bersilaturahimlah dgn mereka dgn kasih sayang adik beradik!..ALHAMDULLILLAH...munkin Tuan juga akan dapat peluang berbakti kpd adik adik Tuan ini nanti....Alhamdul;lillah..

ye , saya memang bersyukur,, kerana sya ada juga saudara mahram, dan saya tahu,, 2 orang budak kecik tu, tanggungjawab saya apabila "ayah" meninggal nanti.. saya tak boleh abaikan mereka, kerana , apa yg saya faham,, hukum tetap hukum, dan budak2 tu tanggungjawab saya selagi dieoarng tidak bersuami,,
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 06:26 AM | Show all posts
TT, hmm...macam mane ye, rasanya anda mmg cakap anda tak 'marah' tapi di bawah sedar , saya rasa dan may be saya silap, ada kot jugak perasaan terkilan , may be ?

ye , ke? sebab ...saya percaya anda tak membenci dan tak marah ya amat, tapi i can understand kalau ada a sense of 'resentment'? gitu ke secara bawah sedar/ subconscious?

sebab - dia tak jaga, abaikan etc etc

dan anda mmg sebagai anak akan rasa marah...

dan dah lah tu ...tak ada 'attachment atau bonding' pun, kan?

sebab betullah kata akhi Ibnur tu ... awak anak dia, darah daging dia, 50 %   DNA awak tu..dan sepatutnya  jaga , didik kan?
okay ...

u know ...may be kala soal ibu bapa ni , yelah ibu bapa kita  tak semestinay perfect  tapi depa pada Allah yg 'tyerbaik' untuk kita dan ini pun ujian jugak, kan?

sebab i guess , bila baca cerita awak, saya rasa awak sebenarnya dan Allah uji awak ni sebab DIA tahu awak CAN BE A BETTER PERSON, YOU can change and YOU actually a better person sebenarnya , awak boleh memilih untuk menjadi anak yg amat sabar dan baik  sebenarnya to the best of your ability ( sekiranya itu ayah awak yg sahih la ) , jaga dia ke etc sebab ini  ujian pada TT dan ayah TT jugak...may be dia tersedar yg 'anak' yg 'dilupakan' tu sebeanrnya atas 'ujian ' ini adalah seorang insan yg baik...


so saya rasa , ini kena mula dengan persaan memaafkan secara ikhlas , dan senyum dan bit by bit  kalau dia tu ayah sebenar , get to know him...


kalau TT rasa so and so atas apa yg ayah buat etc , may be ayah TT ni rasa yg sama jugak, may be...he wants to see you, his son , tak kira apa pun , you cannot change yg 50 % of you dari dia ...so you know find a thing  yg you could think yg  boleh buat kita bolehlaa sayang dia kalau tak banyak pun sikit...must be at least one good thing...

it seemed unfair but saya percaya , yg awak boleh memilih untuk menjadi org yg lebih baik dan tanggungjawab

sebab tu i guess , thread ini wujud sebab - perkataan tanggungjawab tu ada, you type , nak jaga masa tu ...itu sense of caring tu ...

so , i rasa you can be a better person

soal berkira ni dengan parents

okay ...it depends ....setenagh orang dia tak dididik nak 'berkira' kot dalam hidup ...setengah org may be berlainan cara dididik itu i have no comment but mai tang bab jaga jaga soal duit ringgit ni walaupun penting ...cuba kot sikit sikit ...kita didik hati jgn berkira ...tak pe kalau ada kesukaran insya ALLAH , Allah tolong ...sebab  kalau kena jaga ayah then, itu dah baik selalunya ALLAH mudahkan ...

but i guess isunya kat sini  dear, your feeling tu kena cool down subconsciously ...doa dan syukur yg albeit all this , anda mampu tekankan soal caring tu semua sebab anda diuji macam ni, it is hard , ver hard i can imagine...but...maaf itu yg terbaik, you are much better  person , ok?

deep down...

so tak pe doa supaya hati tu diikhlaskan , 'redha' without sense of resentment , may be saya silap ...but i could imagine , org yg sepatutnya bagi kasih sayang, bonding semua tak memenuhi hak itu ...ini ujian ..dan Allah tahu itu...dan may be ini peluang yang terbaik ....barangkali?

ingat, you are a better person ...so...you know , you have the choice...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 09:28 AM | Show all posts
Salam akubaik3 - nick yang cukup baik

Bintang teringat filem Warrior; kebencian anak kepada si ayah yang masa lalunya adalah pemabuk dan tidak menghiraukan keluarga. Bila tua si ayah insaf dan mencari/cuba berbaik dengan anaknya namun maki hamun yang diterima tapi endingnya tetap membuah senyum penonton.

Sebagai muslim yang baik ya akubaik, kita dianjur Allah dan Rasul menjadi pemaaf. Benar, ia tak mudah. Kepayahan adalah cabaran. Cabaran itu kekuatan. Ramai yang takut mendaki gunung tapi tak kurang yang berani; ialah kerana cabaran, dan cabaran adalah semangat. Lalu apakata kita menukar cabaran itu dari kemarahan/dendam dalam diam menjadi pemaaf. Jika dipanjangkan usia oleh-Nya kita juga akan tua, mengalami hari-hari sunyi dan kegetiran. Apa akan jadi pada kita akan datang ya? Hanya Allah yang tahu dan sudah tentu kita mengharapkan segala yang baik dari-Nya. Ada orang percaya pada karma atau pusingan roda hidup, atau perbuatan baik/jahat yang dibalas-Nya secara langsung di dunia. Tak mudah menjadi terlal baik, tapi mencuba ke arah baik itu adalah usaha yang baik.

Ayah akubaik3 terlihat telah insaf. Lapangkan dada, berdoa untuk diri dan ayah kerana selamanya dia adalah ayah. Tiada apa yang dapat memisahkan pertautan darah kalian. Akubai3 nak nikah nanti kena ayah gak walinya. Samada ingin atau atau tidak pembahagian pusaka (sekira ayah meninggal terlebih dahulu atau akkubaik3 meninggal terlebih dahulu) kalian tetap saling mewarisi; enggan atau tidak inilah hakikat hukum.





Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 10:26 AM | Show all posts
saya memang x pandai nak berikan nasihat sbb saya x mengalaminya namun sama melihat pengalaman yg dilalui oleh insan2 yg rapat dgn saya contoh paling dekat adalah sepupu tiri saya, mereka mmg diabaikan oleh arwah ayah mereka dan arwah ayah mereka x pernah amik tahu akan kewujudan mereka dua beradik nie, pabila ibu  mereka (mak usu saya) berkahwin dgn pak usu saya, mereka juga tidak mendapat kasih sayang yg wajar dr pak usu sementelah masa muda pak usu saya mmg garang ornya, mereka ibarat mengemis kasih sayang dr makcik2 tiri iaitu adik beradik pak usu saya dan kami jadi rapat kerana arwah ibu saya sungguh sygkan diaorg, alhamdulillah diaorg tumbuh menjadi insan yg berguna

pabila jodoh mereka sampai, pak usu minta mereka mencari bapa kandung yg x ambil tahu mahupun bertanggungjawab ke atas mereka dan mereka ttp cari, si ayah mmg sgt uzur dan hidup agak merempat dan yg sulung membawa si ayah tinggal dgn dia tanpa banyak bicara dan setelah hampir 6 bulan macam tue si ayah kembali menghadap Rabbnya, saya pernah bertanya apa perasaan mereka pabila disuruh mencari si ayah, mereka kata pelbagai rasa ada tp cepat2 istighfar supaya rasa x enak dipengaruhi oleh syaitan dan bagi mereka x kiralah sapa ayah mereka sebelum ini, mereka tetap kena ucap terima kasih sbb tanpa si ayah mereka juga x wujud di dunia ini, malahan mereka kata kalau kita dididik dgn betul maka kita kena lupakan kisah lalu yg berlaku antara org tua nie, kalau Allah bagi peluang kedua untuk dia berubah dan bertaubat kenapa bukan kita

macam adik TT nie, menurut cerita si ayah teringin untuk berjumpa, kenapa tak tunaikan saja, kalau xde rasa marah may be ada rasa terkilan, rawatlah hati tue supaya perkara lama dilupakan, ingatlah tanpa ayah TT maka TT pun tak ada di sini, maafkanlah dia lagilah dia dah tua dan bimbinglah mahram TT iaitu adik2 perempuan tue, mudah2an Allah akan membuka hati TT untuk membuat kebaikan pada saudara sendiri, insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 12:00 PM | Show all posts
Ala....TT oi....
kau tak payah pikir jauh sgt....kau skrg serba salah takut kau kena jaga ayah kau bila dia dah tua nanti....
kalau aku jadi kau, aku gi je jumpa dia....mana tau lepas dia bagi semua harta dia kat  kau dia pun pergi meninggalkan dunia yang fana ni....

Tapi kalau kau berburok sangka kat dia, takut Allah bagi kau dugaan yang lagi teruk ....
mmana lah tau, dia pergi kat press kata kau anak dia tanak jaga dia (sambil nangis-nangis...)....dia terlalu rindu kat kau sbb dah berpuloh tahun tak jumpa....dia teringin sangat jumpa darah daging dia sebelum dia menutup mata....gambar kau tersiar kat serata akhbar termasuk Tamil Nesan.....  pastu orang dalam forum ni akan kutuk kau kaw-kaw nya....kau nak mcm tu?...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075824 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list