CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2330|Reply: 4

kemusykilan akikah:bantu saya~

[Copy link]
Post time 12-10-2012 06:49 PM | Show all posts |Read mode
salam...

blh tak majlis akikah kita jemput non muslim?saya dah cek dalam internet, kat zaharudin.net kata takder dalil yg kata daging akikah tak blh dimakan oleh non muslim...tapi ada sesetgh pendapat kata tak boleh...

yang saya tau daging korban tak blh dimakan oleh non muslim....

kerana saya ingin menjemput ahli keluarga saya yang terdiri dari kalangan non muslim semuanya....sekiranya tidak blh, maka hanya belah suami sahaja yang akan dijemput...

yang kedua,

semasa nak melahirkan anak, dalam hati saya terdetik utk melakukan akikah sekiranya selamat melahirkan anak....dan alhamdullilah saya dapat lahirkan anak dgn mudah dan selamat....

jadi, niat saya tersebut adalah niat atau nazar?

minta tolong forumer yang tau tlg saya utk uraikan kekusutan dalam kepala...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 07:28 PM | Show all posts
Waalaikumsalam warahmatullahi Wabarakatuh..

Tahniah Puan dapat baby...mesti comeelll...

Soalan Puan yg 1. Jamuan Aqiqah dimakan Non Muslim...
Sebab ada ulama yg kata tak boleh & juga..ramai juga org islam yg tak tahu boleh ke tak boleh....Kalau sayalah ditempat Puan....Saya akan sembelih 2 ekor...seekor utk Aqiqah..& seekor lagi utk jamuan sja (niatkan utk Dakwah)..

Yg best,,Puan tak perlu risau..sebab pada asasnya hukumnya.."Boleh"..Tapi.."meraikan" pendapat ulama (yg kata tak boleh) tu suatu yg bagus...Jadi...Dgn cara ini...selesai semua masalah..  

(bukan kita tak tau mulut manusia..suka pandang yg buruk...so..kalau ada yg tanya..Puan kata je..."oh...utk non muslim..saya sembelih yg lain)  

Pendapat saya sjalah  (dari sudut dakwah..)  



2. Bagi Nazar....anatara rukun Nazar adalah "lafaz"
*Tidak sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka syaratnya mesti berlafas.

Jadi...tidak wajib le.. (bukan nazar)..


Wallahu a'lam

p/s :harap Tuan Tuan perbetul mana yg salah....jwban bidan terjun je ni..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 07:34 PM | Show all posts
burungantu posted on 12-10-2012 07:28 PM
Waalaikumsalam warahmatullahi Wabarakatuh..

Tahniah Puan dapat baby...mesti comeelll...

Assalamualaikum ...

terima kasih atas cadangan anda...tapi kemungkinan daging selebihnya saya terpaksa mencari alternatif lain kerana kambing seekor yg di akikah kan pun cukup payah utk mendapatkan nya...

terima kasih lagi utk jawapan yang kedua kerana saya takut kalau niat saya menjadi nazar, makanya saya sendiri tidak dapat memakan daging tersebut ( jadi cadangan pertama mmg akan dibuat-daging tambahan)

terima kasih byk2...


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 08:55 PM | Show all posts
blh tak majlis akikah kita jemput non muslim?saya dah cek dalam internet, kat zaharudin.net kata takder dalil yg kata daging akikah tak blh dimakan oleh non muslim...tapi ada sesetgh pendapat kata tak boleh...

yang saya tau daging korban tak blh dimakan oleh non muslim....

kerana saya ingin menjemput ahli keluarga saya yang terdiri dari kalangan non muslim semuanya....sekiranya tidak blh, maka hanya belah suami sahaja yang akan dijemput...



Membaca dari kitab kuning apalagi bermazhah syafie memang takleh   tapi bukan semua ulama berpendapat demikian. Pendapat dari ulama lain juga dari tiga mazhab  hukumnya harus apalagi dalam konteks negara pelbagai kaum dan puan sendiri mempunyai keluarga non muslim. Inilah masanya menyerlahkan Islam di mata mereka.

Teruskan kebaikan ini

semasa nak melahirkan anak, dalam hati saya terdetik utk melakukan akikah sekiranya selamat melahirkan anak....dan alhamdullilah saya dapat lahirkan anak dgn mudah dan selamat....

jadi, niat saya tersebut adalah niat atau nazar?




Syarat orang yang bernazar

1. Islam

2. tidak dipaksa

3. berakal/ dewasa

4. berkemampuan - fizikal/mental atas apa yang dinazarkan.

~ Dengan lafaz atas nama Allah

~ Tidak sah nazar dengan dalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka syaratnya mesti berlafaz.

Syarat perkara yang dinazarkan

~ Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan - sesuatu yang mendampingkan diri kepada Allah.

~ Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti sembahyang fardu.

~ Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti nak mencuri, minum arak, mengurai silaturrahim etc.

~ Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya

~ Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, berdiri atau duduk


:::

Dalam permasalahan puan, tidak nazar berlaku




Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 04:00 AM | Show all posts
Hukum, syarat dan pembahagian aqiqah sama dengan hukum kurban.. bezanya daging aqiqah kena dimasak sebelum di agihkan.

siapa yang memakannya... boleh rujuk pembahagian sembelihan  kurban;
Al Hajj:36
Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan untua-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.396995 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list