View: 2188|Reply: 5
|
Lelaki Kacak Sape Yang Tak Nak??
[Copy link]
|
|
HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W)
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
p/s: semoga bermanfaat.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
Quran yang mana ?
Quranul Aziim
Quranul Hakiim
Quranul Kariim atau
Quranum Majiid
بَلۡ هُوَ قُرۡءَانٌ۬ مَّجِيدٌ۬
21. Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Quran yang mulia
فِى لَوۡحٍ۬ مَّحۡفُوظِۭ
22. yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfuzh.
wassalam

p/s ..
wa Maa imamuka ..?
dan apa imam kamu ..?
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang al-quran boleh masuk dalam laptop, boleh muat dalam handphone - boleh pegang tanpa wudhuk, boleh bawak masuk tandas..
kat mana2 bila2 masa boleh bukak dan baca.. kat pejabat, dalam kereta, masa tunggu bas etc.. so berdamping la selalu dgn alQuran..
itula gunanya teknologi, untuk digunakan dijalan Allah.. bukan untuk sia2..
insyaAllah semua orang boleh buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
manganini posted on 4-10-2012 01:47 AM 
zaman sekarang al-quran boleh masuk dalam laptop, boleh muat dalam handphone - boleh pegang tanpa wu ...
betul tu..dlm hp sy pon ade alquran 30 juzuk |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana ya yang mati ditenggelam air, terhempas berkecai dari kapal terbang... dengan kata lain tade kubur laa 
|
|
|
|
|
|
|
|
bintang posted on 5-10-2012 09:19 PM 
Bagaimana ya yang mati ditenggelam air, terhempas berkecai dari kapal terbang... dengan kata lain ta ...
wallahualam..hanya tuhan yang mengetahui |
|
|
|
|
|
|
| |
|