View: 6887|Reply: 26
|
Dasyatnya Doa Seorang Ibu
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum Semua,
• Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.
• Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
• *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
• Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
• Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
> Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
> Membaca quran sehingga menitis air mata.
> Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
• 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
> Anak.
> Ibu.
> Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. ☺
• Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.
• Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
• Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.
• Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.
• *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.
• Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal" .
> "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini".
> *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
• Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
• Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun... lps tu bicaralah dengan Allah..
> "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini" .
> "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini" .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
• *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
• Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
• *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
> Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
• Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.
• Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
• Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
• Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.
• *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
• Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
• *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
• Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
p/s: semoga bermanfaat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
• Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
> Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
> Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
> Symptom terkena saka:
• Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
• Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
• Susah nak dapat anak, senang gugur.
• Ada rasa kelibat orang lalu.
• Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
> Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
• Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
• 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
• Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
• Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari.
Anak Lari Dari Rumah
• Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
• Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
Anak Degil
• *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
> Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
Dari Ibnu Mas’ud r.a.
bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
‘‘Manakah amal yang lebih utama?’’,
Rasulullah s.a.w. menjawab:
‘‘Sembahyang dalam waktunya,
berbakti kepada ibu bapa dan
berjuang di jalan Allah.’’
Sahih Bukhari
wassalam

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bgus wat pengetahuan nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihnya ibu membawa ke syurga
kasihnya saudara masa berada
Berkorban raga rela binasa
Berkorban nyawa tanda kasihnya..
Syahdu dgr lirik lagu ni Last edited by Herlina on 3-10-2012 09:04 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh sertakan sumber rujukan, contohnya:
1) Al-Quran
2) Hadith
3) Kata-kata ustaz
4) Pandangan peribadi
Contoh macam kenyataan ni:
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
> Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
> Membaca quran sehingga menitis air mata.
> Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
Ketiga-tiga kenyataan di atas menjurus kepada amal yang baik, cuma kalau dapat beritahu sumbernya adalah lebih baik.
حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ أَيُّوبَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأَنَا الْوَلِيدُ بْنُ جَمِيلٍ الْفِلَسْطِينِيُّ عَنْ الْقَاسِمِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللَّهِ وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَمَّا الْأَثَرَانِ فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ
Dari Abu Umamah RA, Nabi SAW bersabda: "Tidak ada sesuatu (titisan air atau bekas) yang dicintai oleh Allah lebih dari dua titisan air dan dua bekas: titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang tertumpah di jalan Allah. Adapun dua bekas itu adalah bekas kerana di jalan Allah dan bekas kerana melaksanakan kewajiban Allah."
(HR Tirmidzi, Kitab keutamaan Jihad, Bab keutamaan orang yang Ribat - berjaga di perbatasan)
WAllahu a'lam Last edited by mnm77 on 3-10-2012 10:03 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 3-10-2012 09:44 AM 
Kalau boleh sertakan sumber rujukan, contohnya:
1) Al-Quran
ada member yg email..saya kopipes sajo..
|
|
|
|
|
|
|
|
macamana dgn ibu mertua pulak?..adakah doa dia sama macam doa ibu kita?.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah,besarnya ganjaran utk anak yg mengangkat darjat ibu die kt tempat paling atas lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 3-10-2012 09:44 AM 
Kalau boleh sertakan sumber rujukan, contohnya:
1) Al-Quran
mahu tumpang tanya..
1.kaedah wasilah amal tu dibolehkan ke...ade mane2 hadis or ayat quran?
2.kalau tak doakan mak yah yang telah meninggal dikira sebagai anak derhaka?
3.tentang pernyataan perengggan last boleh ke doa minta mak ayah nyayuk semata2 supaya dapat jaga mereka...macam doa tak elok je...tq
|
|
|
|
|
|
|
|
CintaPink posted on 2-10-2012 04:42 PM 
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
payah nk ckp psl ni.. pengalaman aku jupe sorg akak, slalu bergaduh dgn anaknye, anaknye mulut laser, tingktn 2. dia diam aje.
pada aku bukan saka, tapi besar kepala.. dulu dilayan anaknye cm tuan puteri, tak pnah dimarah..sepak ke ape..skrg apa jadi..
kalula aku jadi famili akak ni, mau aku tempeleng 18 kali je mulut dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus punya info..terima kasih. Pada saya nama bin bapak disebut bila dipanggil dalam semua urusan rasmi didunia...bila mati nama bapak tepek kat batu nisan...doa talkin....nama Ibu disebut...pheg!!
|
|
|
|
|
|
|
|
pazi posted on 7-10-2012 11:00 PM 
1.kaedah wasilah amal tu dibolehkan ke...ade mane2 hadis or ayat quran?
2.kalau tak doakan mak yah yang telah meninggal dikira sebagai anak derhaka?
3.tentang pernyataan perengggan last boleh ke doa minta mak ayah nyayuk semata2 supaya dapat jaga mereka...macam doa tak elok je...tq
Salam...
Untuk menjawab soalan tuan, mungkin perlukan perbahasan yang agak panjang. Disebabkan saya kesuntukan masa, saya jawab ringkas:
1. Dibolehkan, ada landasan dari Al-Quran dan Hadith tetapi oleh kerana batas-batas wasilah tu telah disalah gunakan oleh banyak kumpulan/ajaran sesat, maka disarankan lebih baik ditinggalkan, atau setidak-tidaknya mendalami batas2nya dahulu.
2. Jika anak sudah sentiasa menjaga kebajikan ibu bapa, ia tidak termasuk dalam kategori anak derhaka. Namun seperti tidak bersyukur jika sengaja tidak mahu mendoakan kesejahteraan ibu bapa.
3. Doa untuk kebaikan. Untuk nyanyuk bukan suatu kebaikan, melainkan mereka dijadikan nyanyuk maka itu dah jadi ujian.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
what?????
• 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia
kalau ayat di atas tak jatuh syirik ke?
sebab kata semua penyakit dari you know? syaitan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
> Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
> Membaca quran sehingga menitis air mata.
> Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
Owh please laaa nas mana yang cik kak dapat neh?
• *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! - Astaga! Da mati jadi derhaka apa lak nya? Doa untuk kedua ibubapa itu adalah saranan dari Allah dan Nabi saw. Tidak dihukum dosa/derhaka kalo tak didoa lepas solat. Dan saranan doa tuh bukan ler lepas solat tapi bebila jek.
• Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada. - saranan yang bagus.
• *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
> Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana . - ustaz mana la yang sengal sangat neh, nak tergolek den.. heheee.... meh habaq balik kat ustaz tuh; “apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak-anak yang soleh” - kita yang hidup ni la doa kat depa. Depa da mati takde hubungan dah dengan dunia neh:
firman Allah:
“Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.” [MQ: Al Mukminun:99-100]
Ayat ini jelas bahawa alam barzah adalah tembok yang menghalang roh orang yang telah mati daripada kembali ke dunia.
• Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika. - bagi jek la salam sebagai penghormatan atau ingatan diri kita akan kematian. Dengan memfitnah orang da mati cakap kat orang hidup camtu sungguh sengal sekali kerana orang da mati tade hubungan pape dah kat atas dunia neh.
• Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.. - hayyoo salah neh, Nabi saw sering bersedekah tapi Beliau seorang yang miskin.
• Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita. - Alahai jangan la wat fitnah kat Allah camtuh. Allah da kasi akal/iman/nafsu kat kita jadi pandai la nak letak mana dan kita di atas dunia ni da diberi banyak pilihan untuk kita menggapai kebaikan di akhirat, pilih saja.
:::
Che kak, jangan copy paste sesuatu yang lari dari Quran dan ajaran Nabi saw. Salam malam nan damai  |
|
|
|
|
|
|
|
CintaPink posted on 3-10-2012 12:04 PM 
ada member yg email..saya kopipes sajo..
Don't do this 
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 8-10-2012 07:20 PM 
Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
what?????
Tu lah... kena ada rujukan... dari mana sumber yang kata penyakit-penyakit tu dari saka?
• 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia
kalau ayat di atas tak jatuh syirik ke?
Bahaya kenyataan macam tu, mungkin taklah sampai syirik tapi kenyataan macam tu tergolong dalam sangkaan, dan setiap sangkaan tu tak berguna sikit pun terhadap kebenaran, melainkan dibawa sumber rujukan yang boleh diterima.
Kadang2 bukan kata2 ustaz2 pun, entah siapa2 yang kata kot cara dia faham entah macamana, dah tu sebarkan atas nama 'ustaz', dan orang lain quote punya quote, forward punya forward, sampai tersebar entah siapa pun kita tak tahu asal usul kenyataan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
bintang posted on 8-10-2012 10:08 PM 
Owh please laaa nas mana yang cik kak dapat neh?
Mungkin niat dia baik, untuk kongsi sebab kandungan nampak macam baik, tapi malangnya tiada sandara nas.....
Apapun, terima kaih dan dialu-alukan nasihat-nasihat yang berguna dari cik Bintang.... lama tak nampak?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2012 09:28 AM 
Tu lah... kena ada rujukan... dari mana sumber yang kata penyakit-penyakit tu dari saka?
tu laaa i baca jer my hair on my head went straight up and turn red.... hahahaha i was like whatttttttttttttttttttttt?????
hi ...by the way ...ahem... |
|
|
|
|
|
|
| |
|