CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7434|Reply: 21

Haid: Dibolehkan baca Quran, memegang dan duduk di masjid

[Copy link]
Post time 19-9-2012 03:13 AM | Show all posts |Read mode
SEKITAR PERSOALAN AMALAN WANITA YANG DIDATANGI HAID




SOALAN:




Apa hukumnya seorang wanita berhadas besar seperti dalam keadaan haid untuk duduk belajar, mendengar ceramah (kulliah) atau diam di dalam masjid? Apakah dibolehkan atau diharamkan? Tolong jelaskan dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis sahih serta penjelasan dari syara.




JAWAPAN:




Tidak mengapa (dibolehkan) bagi wanita yang sedang kedatangan haid atau berhadas besar (berjunub) belajar, membaca al-Quran, mendengar kulliah (ceramah) dan duduk di dalam masjid. Malah dibolehkan duduk atau tinggal lama di dalam masjid walaupun dalam keadaan berhadas besar seperti semasa kedatangan haid. Adapun dalil-dalil dari syara yang membolehkan ialah:




1 - Imam al-Bukhari telah memberi sebuah judul dalam kitab sahihnya dalam persoalan yang berkaitan dengan perkara ini (perempuan duduk atau tidur di masjid):




“Bab: Tidurnya Perempuan di Dalam Masjid”.




Dan berikut ini adalah hadis sahih berupa penjelasan dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha iaitu tentang seorang hamba perempuan berkulit hitam, wanita itu menjadikan masjid sebagai tempat tinggalnya (duduk menetap) di masjid, dia bekerja sebagai tukang pembersih masjid maka ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:




“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha dia berkata: Sesungguhnya ada seorang hamba perempuan berkulit hitam milik salah seorang suku dari bangsa Arab, lalu dimerdekakannya, kemudian dia pun tinggal bersama mereka. Berkata ‘Aisyah: Kemudian perempuan itu datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan masuk Islam. Berkata ‘Aisyah: Dan perempuan itu mempunyai khemah (tempat tinggal) di dalam masjid (sebagai tempat penginapannya)”. (H/R Bukhari, 439)




Tentunya perempuan (hamba berkulit hitam) yang diceritakan oleh ‘Aisyah sama seperti perempuan-perempuan yang lain, setiap bulan pasti kedatangan haid, tetapi tidak pernah ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar dari masjid semasa beliau kedatangan haid. Ini menunjukkan bahawa perempuan yang kedatangan haid (sedang berhaid) tidak dilarang (tidak haram) masuk dan duduk di dalam masjid. Sama ada untuk belajar atau mendengar ceramah atau kulliah.




Hadis ini dikuatkan lagi dengan hadis seterusnya:




“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu beliau berkata: Bahawasanya ada seorang lelaki berkulit hitam (atau seorang perempuan berkulit hitam), yang bekerja membersihkan masjid telah meninggal dunia, lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bertanya mengenai perempuan tersebut, mereka menjawab: Beliau telah meninggal dunia. Baginda bersabda: Mengapakah kamu tidak memberitahukan kepadaku berkenaan kematiannya, tunjukkanlah aku akan kuburnya. Lalu baginda pergi kekuburnya kemudian baginda bersolat untuknya”. (H/R Bukhari 458,460 dan 1337)




Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, bahawa hamba yang meninggal yang bekerja sebagai pembersih masjid tinggal (menetap) di dalam masjid, dia adalah seorang hamba perempuan. Oleh kerana tidak ada larangan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk hamba ini tinggal (menetap lama) di dalam masjid, walhal sudah dimaklumi setiap perempuan pasti kedatangan haid disetiap bulan, namun tidak ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar semasa kedatangan haid, malah tidak pernah ada perintah agar hamba ini keluar semasa kedatangan haid. (Lihat: Fathul Bari, syarah hadis 458. Ibn Hajar) Maka dengan kenyataan ini, amat jelas bahawa tidak ada larangan bagi perempuan yang berhadas besar dan kedatangan haid untuk duduk, belajar atau mendengar ceramah di dalam masjid.




2 - Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menyuruh ‘Aisyah radiallahu ‘anha masuk ke masjid yang mana beliau sedang dalam keadaan berhaid, sedangkan baginda tahu hal keadaan ‘Aisyah sebagaimana kenyataan dari hadis sahih di bawah ini:




“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadaku: Ambilkan untukku sehelai sejadah (sejadah kecil untuk alas sujud). Aku berkata: Sesungguhnya aku sedang haid. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya haidmu itu bukan di atas tanganmu”. (H/R Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaii, Ibn Majah, Ahmad dan selain mereka)

continue: Last edited by LanzSlumber on 19-9-2012 03:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2012 03:14 AM | Show all posts
HADIS-HADIS LARANGANPEREMPUAN DUDUK DI MASJID



Syeikh MuhammadNashiruddin al-Albani rahimahullah telah membuktikan bahawa semua hadis-haidsyang melarang (mengharamkan) wanita haid duduk di dalam masjid adalahdhaif/lemah. (Lihat penjelasan beliau dalam kitab Irwaul Ghalil hadis 193)Antara hadis-hadis yang dimaksudkan:

Berkata kepada kami Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Muhammadbin Yahya. Mereka berkata: Mengkhabarkan kepada kami Abu Na’im, mengkhabarkankepada kami Ibnu Abi Ghaniyah dari Abi al-Khattab al-Hajari dari Mahdujaz-Zuhli dari Jasrah beliau berkata: Mengkhabarkan kepadaku Ummu Salamah beliauberkata: Rasulullah masuk ke dalam masjid. Kemudian melaungkan dengan suarayang kuat: Sesungguhnya masjid tidak dihalalkan bagi orang yang junub danperempuan haid”. (H/R Ibnu Majah no. 645. Bab: المسجد الحائض اجتنابفى جاء ما فى)



Telah dijelaskandalam Az-Zawaid bahawa sanad hadis ini lemah. Imam Ibnu Majah menjelaskan:Mahduj tidak boleh dipercayai dan Abul al-Khattab adalah majhul (tidakdikenali/tidak diketahui). (Lihat: Sunan Ibnu Majah. 1/212. No. 645) Oleh yangdemikian, maka hadis ini adalah hadis ضعيف“lemah” dan tidak boleh dijadikan hujjah untuk mengharamkan perempuan berhadasatau haid duduk di dalam masjid.



Adapun sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

Maka sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagiperempuan berhaid dan orang yang berjunub”. (H/R Abu Dadu 232. DanBaihaqi 2/442)

Menurut Imamal-Baihaqi: “Hadis ini tidak kuat”.

Berkata Imamal-Bukhari: “ Pada Jasrah terdapatkeganjilan/keanehan”.

Berkata al-Khatabi:“ Hadis yang tidak kuat”.

Berkata para ulamahadis: “Aflat seorang yang majhul/tidakdikenali”.

Berkata al-HafizAbdul Haq: “ hadis ini tidak tsabit/tidak kuatjalur sanadnya”. (Lihat: المهذبشرح المجموع كتاب jld. 2 hlm. 185. ImamAn-Nawawi)

Berkata Al-Hafiz AbiAbdullah Muhammad bin Zaid al-Qazwini (Ibnu Majah): " Mahduj tidak siqah”. Dan beliau berkata lagi: “Abul Al-Khattab majhul/tidak dikenali”. (Lihat:Sunan Ibnu Majah. 1/645)



Denganketerangan ini, amat jelas bahawa hadis di atas ini adalah hadis lemah, tidakada ulama hadis yang mensahihkannya, maka dengan demikian hadis ini tidak bolehdijadikan hujjah untuk melarang (mengharamkan) perempuan yang sedang berjunub(berhadas besar) duduk di masjid, sama untuk belajar, mendengar kulliah atausebagainya.

continue:
Last edited by LanzSlumber on 19-9-2012 03:35 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 03:15 AM | Show all posts
UCAPAN IBNU ABBAS



Adapun penjelasan Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkenaanfirman Allah Azza wa-Jalla:

(Jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junubterkecuali sekadar berlalu sahaja sehingga kamu mandi”. (An-Nisa 4:43)

Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu menjelaskan tentang ayat di atasini bahawa: Tidak boleh kamu masuk masjid dalam keadaan berjunub,kecuali sekadar melintas dan jangan engkau duduk”. (Lihat: Baihaqi2/443)



Hadis ini juga tidak boleh dijadikan hujjah, lantaran sanadhadis ini lemah (ضعيف),kerana terdapat para rawi yang bernama:

(1). Salm bin Qaisal-Alawi. Beliau telah dilemahkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar. (Lihat: Taqrib1/314. Ibnu Hajar)

(2). Hasan binJa’far al-Jufri Abu Sa’id al-Azdi. Beliau telah dilemahkan oleh sekalian AhliHadis (para ulama hadis). (Lihat: Tahbut Tahzib 2/260-261. Ibnu Hajar)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 03:17 AM | Show all posts
TAFSIRAN AYAT



Adapun tafsiran ayat di surah an-Nisa, ayat 43 ialah:

(Jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junubterkecuali sekadar berlalu sahaja hingga kamu mandi”.



Sebagaimana yang telah ditafsirkan oleh Ali bin Abi Talib,Ibnu Jarir, Ibnu Kathir, Imam as-Sayuti (Lihat: Kitab Tafsir Ibnu Kathir 1/501.Ad-Durul Mansur 2/165 oleh Imam Suyuti) dan selain mereka bahawa: Asbab turunnyaayat ini berkaitan dengan orang musafir. Bukan berkaitan dengan orang yangjunub (bukan diturunkan untuk memperkatakan mengenai orang yang  junub).



Dan dari Mujahid pula beliau berkata: (Asbab ayat ini turunkepada) musafir yang tidakmemperolehi air, lalu bertayammum dengan debu yangbersih, sehinggalah menemui air barulah mereka mandi”. (Lihat: KitabTafsir At-Tabari. Jld 4)



Jika diteliti semua tafsir-tafsir tentang ayat َبِيٍلٍ, عَابِرِى maka yang lebih rajih(kuat) ialah ia memberi makna (bermaksud): “Musafir (orang yang musafir)”.(Lihat: Tafsir at-Tabari 4/7563, 7565, 7566, 7567, 7569, 7570, 7571) Bukanbermaksud: “Melewati masjid atau sekadar berlalu sahaja”.



Dengan keterangan danpenjelasan ini, membuktikan bahawa orang yang berjunub termasuklah perempuanyang sedang haid boleh duduk, belajar dan tinggal di dalam masjid. Malahlebih jelas lagi dengan apa yang dikatakan oleh ‘Aisyah radiallahu ‘anhu kepadaRasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila baginda memerintahkan ‘Aisyahagar masuk ke dalam masjid sedangkan beliau sedang haid. Sebagaimana dapatdifahami dari hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

1. “(‘Aisyahberkata): Sesungguhnya aku sedang haid. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihiwa-sallam bersabda: Sesungguhnyanya haidmu bukan berada di atas tanganmu”. (H/RMuslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasaii dan Ibnu Majah)



2. “Hambaperempuan itu mempunyai khemah kecil di dalam masjid iaitu sebagai tempattinggalnya”. (H/R Bukhari No. 439)



Begitu juga jikaseseorang yang berjunub tidak boleh (haram) masuk ke dalam masjid, ini amatbertentangan dengan hadis-hadis sahih yang lain. Pernah para sahabat membawa seorang tawanan yang belum masuk Islam kedalam masjid untuk dihadapkan kepada Rasulullah, sedangkan Rasulullah tidakmenghalang mereka walaupun baginda mengetahui bahawa orang kafir yang dibawamasuk ke dalam masjid tidak pernah mandi hadas. Malah baginda tidak melarangperbuatan para sahabat mengikat tawanan tersebut di salah satu tiang di dalammasjid. Sebagaimana hadis berikut:

Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Nabisallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah mengutus pasukan berkuda menuju Najd.Pasukan tersebut pulang dengan membawa seorang tawanan lelaki dari BaniHanafiah bernama Sumamah bin Uthal. Mereka mengikatnya di salah satu tiang daritiang-tiang masjid. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam keluar dan mengarahkankepada mereka: Lepaskan ikatan Sumamah! Kemudian dia (Sumamah) pergi ke pohonkurma yang berdekatan masjid lalu mandi, kemudian masuk ke dalam masjid danmengucapkan: اللهِرَسُوْلُ مُحَمَّدًاوَاَنَّ اللهُ اِلاَّ اِلَهَ لاَ اَنْ أَشْهَدُ. (H/RBukhari. 462, 2422 dan 4372)



Perhatian! Berikut adalah jawapan dari SyeikhNasruddin al-Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah berkisarpersoalan perempuan haid duduk atau diam (tinggal) di dalam masjid:

continue: Last edited by LanzSlumber on 19-9-2012 03:36 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 03:20 AM | Show all posts
MEMBACA QUR’AN DALAMKEADAAN BERHADAS BESAR



SOALAN:

Apa hukumnya bagi lelaki dan wanita yang dalam keadaanberhadas kecil (tanpa berwuduk), kemudian ia membaca al-Quran? Atau wanita yangdalam keadaan berhadas besar seperti haid atau nifas.? Atau juga bagi lelakiatau wanita yang berhadas besar, seperti keluar air mani atau lepas bersetubuhtanpa mandi junub terlebih dahulu kemudian mereka menyentuh (memegang) danmembaca al-Quran?



JAWAPAN:



SUNNAH MEMBACAAL-QURAN DALAM KEADAAN SUCI



Disunnahkan membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk, iaitutidak berhadas besar atau kecil. Namuntidak terdapat walau sebuah hadis sahih yang mengharamkan seseorang membacaal-Quran dalam keadaan berhadas besar atau kecil. Malah terdapat sebuah hadisyang boleh dijadikan dalil tentang bolehnya membaca al-Quran dalam apa punkeadaan. Antara hadis tersebut:

Dari Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Nabi sallallahu‘alaihi wa-sallam sentiasa berzikir kepada Allah dalam segala keadaan”. (H/RMuslim 1/194)



Hadis di atas ini menunjukkan boleh berzikir termasuklah membaca al-Quran walaupun dalam keadaan berhadas, sama ada hadas kecil ataubesar. Namun membaca al-Quran dalamkeadaan demikian (berhadas sama ada hadas besar atau kecil) hukumnya makruh(bukan haram). Hal ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis sahih:

Dari Muhajir bin Qunfaz, sesungguhnya beliau pernahdatang kepada Nabi Sallallahu ‘alahi wa-sallam dan baginda sedang kencing, laludia memberi salam kepada baginda, akan tetapi baginda tidak menjawabnyasehinggalah baginda berwuduk. Kemudian baginda meminta keuzuran (beralasan) dankemudian bersabda: Sesungguhnya aku tidak suka (makruh) menyebut nama Allahkecuali dalam keadaan suci (tidak berhadas)”. (H/R Abu Daud. Sahih.)


continue:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 03:23 AM | Show all posts
HADIS-HADIS LEMAH DAN MUNGKAR DALAM HAL INI



Adapun antara hadis-hadis lemah, palsu, batil dan mungkaryang dijadikan hujjah oleh mereka yang mengharamkan membaca al-Quran dalamkeadaan berhadas antaranya ialah:

1 - “Dari jalan Abdulmalik binMaslamah, mengkhabarkan kepadaku Mugirah bin Abdulrahman, dari Musa bin Uqbahdari Nafi’ dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma ia berkata: Telah bersabdaRasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tidak boleh membaca sedikitpun darial-Quran bagi orang yang berjunub”. (H/R Darqutni)



Ibnu Hajarrahimahullah menjelaskan di dalam “Talkhisul Habir” bahawa: hadis ini adalah hadis lemah, kerana Abdul Malik binMaslamah adalah seorang rawi yang lemah. (Lihat: Talkhisul Habir. 1/138)Sedangkan hadis ini dari jalan Abdul Malik binMaslamah.




2 - Dari jalan Ismail bin‘Ayyasy dari Musa bin Uqbah dari Nafi’ dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma dariNabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah perempuan yang haid membacasedikitpun dari al-Quran”. (Hadis dikeluarkan oleh Tirmizi 131. IbnuMajah 595. Darqutni 1/117. Dan Baihaqi 1/89)



(1). Menurut ImamBukhari: “Dan Ismail (bin ‘Ayyasy) ia adalahmungkarul hadis (Hadis mugkar/palsu)”. (Lihat: (1). As-Sunan al-Kubra.1/89. H/R Al-Baihaqi. (2). Nasbur Rayah 1/195)



(2). Imam Ahmad, ImamBukhari dan selain mereka telah melemahkan (mendhaifkan) hadis di atas.(Lihat: Nasbur Rayah. 1/195)



(3). Menurut Ibnu AbuHatim dari ayahnya: Hadis Ismail bin Ayyasy iniadalah keliru, yang jelas ia hanyalah perkataan Ibnu Umar. (Lihat:Talkhisul Habir. 1/138)



(4). Menurut Abdullahbin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad): “Hadis iniadalah batil”. Malah beliau mengingkari hadis riwayat Ismail (Ismail binAyyasy). (Lihat: Talkhisul Habir. 1/138)



3 - “Mengkhabarkan kepada kami(dari jalan) Abdussamad, mengkhabarkan kepada kami Ibrahim bin Ahmad binMarwan, mengkhabarkan kepada kami Sufyan bin Uthman bin ‘Asim, dari Muhammadbin Fadl dari bapanya dari Tawus dari Jabir dia berkata: Telah bersabdaRasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tidak boleh membaca bagi perempuanyang haid dan nifas sedikit pun dari al-Quran. Pada riwayat yang lain: Tidakboleh membaca perempuan haid dan junub sedikitpun dari al-Quran”. (Lihat:Sunan ad-Durqatni Darqutni 2/87. Lihat: Al-Hilya 4/22. Abu Nua’im)



(1). Menurut Al-HafizIbnu Hajar: Muhammad bin Fadl bin Athiyah binUmar dianggap oleh para Imam ahli hadis sebagai pendusta. (Lihat:At-Taqrib. 2/200. Ibnu Hajar)



(2). Ibnu Hajar jugamenjelaskan bahawa: (Muhammad bin Fadl binAtiyah bin Umar) adalah seorang yang matruk. (Lihat: Talkhisul Habir.1/138) Dengan demikian maka kedudukan hadis iniadalah paslu (maudu’).




(3). BerkataDarqutni: (Ibrahim bin Ahmad bin Marwan) diaadalah perawi yang tidak kuat (Lihat: Sunan ad-Durqatni. 2/87)



4 - Dari Abdullah bin Salimahberkata: ….. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam keluar daritandas, lalu baginda membacakan al-Quran kepada kami dan makan daging bersamakami, tidak ada yang menghalangi baginda sesuatupun juga dari membaca al-Quranselain junub”. (H/R Abu Daud 1/229 Bab Fil Junubi Yaqrau al-Quran.Tirmizi 146. Nasaii 1/144. Ibnu Majah 594. Ahmad 1/182 No 639)



(1). Berkata ImamSyafie tentang perawi hadis ini (Abdullah bin Salimah): “Tidak pernah Ahli Hadis mengithbatkan (ulama hadis tidakmenguatkannya)”. (Lihat: Al-Jami as-Sahih Jld. 1. M/S 374. Sunanat-Tirmizi)



(2). Berkata Imamal-Baihaqi: Adapun Imam Syafie bertawaquf dantidak menetapkan hadis ini ialah setelah Abdullah bin Salimah al-Kufimenjangkau umur tua. Setelah usianya lanjut, maka diingkari hadis yang datangdarinya kerana berubah ingatannya (hafalannya). (Lihat: Al-Jami as-SahihJld. 1. M/S 374. Sunan at-Tirmizi)



(3). Berkataal-Khattabi: Bahawa Imam Ahmad bin Hambalradiallahu ‘anhu:  “Beliau melemahkanhadis Abdullah bin Salimah”. (Lihat: Al-Jami as-Sahih Jld. 1. M/S 374.Sunan at-Tirmizi) Iaitu setelah beliau tua danberubah hafalannya. (Lihat: Al-Jami as-Sahih Jld. 1. M/S 374. Sunanat-Tirmizi)



Walaupun hadis diatas ini telah disahihkan oleh Imam Tirmizi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban,Hakim, Az-Zahabi, Ibnu Sakan, Abdul Haq, Al-Baghawi dan Ahmad Muhammad Syakir.Namun hadis ini telah dilemahkan oleh sekian ramai jamaah ahli hadis. Antaramereka yang melemahkan hadis ini ialah Imam Bukhari, Syafie, Ahmad, Baihaqi,Al-Munziri, An-Nawawi, Al-Khatabi, Al-Albani dan ramai lagi selain mereka.



5 - Dan darinya ia berkata: Akumelihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berwuduk, kemudian bagindamembaca surah al-Quran, kemudian baginda bersabda: Demikianlah bagi orang yangtidak junub, sedangkan orang yang junub, maka tidak demikan, walaupun hanyasepotong ayat”. (H/R Ahmad dan Abu Ya’ala)




(1). Berkata Syeikh MuhammadNashiruddin al-Albani:
Sesungguhnya jalan ini mempunyai dua Illah, iaitukelemahan dan kemauqufan”. (Lihat: تمام السنة فقهالتعليق فى المنة hlm. 177. Syeikh MuhammadNashiruddin al-Albani)
Kelemahan (الضعف): Adapun sebab kelemahan hadis ini kerana di dalamsanadnya terdapat Amir bin As-Samth Aba al-Garif . Dia tidak dinyatakan tsiqah(dipercayai/ثقة) kecuali oleh Ibnu Hibban, padahal Ibnu Hibban seorangyang dikenal bermudah-mudah dalam mentautsiq (لتوثيقافى).Ia telah dipertikaikan oleh ulama yang lebih tahu tentang masalah keadaanrawi-rawi iaitu Abu Hatim ar-Razi. Beliau telah berkata tentang Abul Gharif: Iabukan seorang yang masyhur. Mereka juga telah membincangkan tentang Asbugh binNabatah . Dan Asbugh dia seorang yang lemah hadisnya menurut Ibnu Abi Hatim,malah menurut yang lainnya dia seorang yang matruk (ditinggalkan). Antaramereka yang menetapkan kelemahannya ialah Ibn Hajar. (Lihat: السنة فقه التعليقفى المنة تمام hlm.177. Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)
Adapun sebab kemauqufannya ialahkerana Ad-Darqutni dan yang lainnya telah meriwayatkan dari Abul Gharif dariAli secara mauquf darinya. (Lihat: (1). داودأبي سنن ضعيف No. 31. (2). فىالمنة تمام السنة فقهالتعليق hlm. 117. SyeikhMuhammad Nashiruddin al-Albani)
Ibnu Hazam pula berhujjah denganathar yang berikut tentang bolehnya membaca al-Quran dalam keadaan junub, iaitudari Ibnu Abbas, Sa’id bin Musyyib dan Sa’id bin Jubair dan sanadnya dari yangterakhir ini adalah baik, telah meriwayatkan darinya Hammad bin Abi Sulaiman diaberkata:

Aku bertanya kepada Sa’id bin Jubair tentang orang yangjunub, bolehkan dia membaca al-Quran? Ia memandangnya tidak mengapa, dan diaberkata: Bukankah di dalam dirinya terdapat al-Quran”. (Lihat: (1). السنة شرح. 2/43. (2).السنة فقه التعليق فى المنة تمام hlm. 118.)



(2). Syeikh MuhammadNashiruddin al-Albani: Di samping hadis ini mauquf, maka sanadnya juga lemahsehingga tidak layak menjadi syahid (penguat) bagi hadis marfu’. (Lihat: فى المنة تمامفقه السنة التعليق hlm. 117) Dengandemikian, maka berdalilkan dengan hadis di atas terhadap permasalahan inimenjadi gugur, malah wajib balik kepada hukum asal, iaitu boleh bagi orangjunub membaca al-Quran.



(3). Melalui penjelasan ini,maka dibolehkan menyentuh, memegang dan membaca al-Quran walaupun dalam keadaanberhadas kecil atau hadas besar (berjunub). Namun tidak tersembunyi bahawa haltersebut (membaca al-Quran dalam berhadas) tidak terlepas dari hukum makruhberdasarkan hadis sahih (Lihat:السنة فقه التعليق فى المنةتمام hlm. 117):
Sesungguhnya aku tidak suka berzikir kepada Allah kecuali dalam keadaansuci”. (Lihat: As-Sahihah 834)

continue:
Last edited by LanzSlumber on 19-9-2012 03:24 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2012 03:25 AM | Show all posts
DIBOLEHKAN MENYENTUH& MEMBACA AL-QURAN



Dibolehkan membaca,membawa dan memegang (menyentuh) al-Quran sama ada dalam keadaan berhadas kecil(tidak berwuduk), atau berhadas besar seperti haid, nifas bagi wanita dandisebabkan keluar air mani atau juga selepas bersetubuh bagi lelaki dan wanita.Tidak ada perbezaan dalam perkara ini antara lelaki dan wanita.



Selain hujjah dan penjelasan yang lalu, maka antara hadisyang menjadi dalil (hujjah) membolehkan menyentuh, memegang, membawa ataumembaca al-Quran dalam keadaan junub ialah:
Dari ‘Aisyah dia berkata; Kami keluar (mengerjakan farduhaji) bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Tidaklah ada yang kamifikirkan kecuali haji. Ketika kami tiba di Sarif aku kedatangan haid. Lalu Nabisallallahu ‘alaihi wa-sallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis. Makabaginda bertanya: Kenapa kamu menangis? Aku menjawab: Aku inginkan demi Allahsekiranya aku dapat menunaikan haji pada tahun ini. Baginda bertanya: Apakahengkau sedang bernifas (berhaid)? Aku menjawab: Ya!. Baginda bersabda:Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anakperempuan Adam, oleh itu kerjakanlah setiap yang dikerjakan oleh orang yangsedang menunaikan haji selain tawaf di Bait (Ka’abah) sehinggalah engkau dalamkeadaan suci”. (H/R Muslim 4/30)



Dalam hadis ini, Nabisallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak melarang ‘Aisyah memasuki masjid ataumembaca al-Quran, kecuali solat dan tawaf.



FATWA SYEIKH MUHAMMADNASHIRUDDIN AL-ALBANI

Berikut ini adalah jawapan (fatwa) Syeikh MuhammadNashiruddin al-Albani rahimahullah apabila ditanya tentang bolehnya lelaki atauperempuan yang berhadas kecil atau besar menyentuh, membawa, memegang danmembaca al-Quran. Soalan dan jawapan ini dinukil dari kitab:

(المنورةالمدينة فتاوى مجموعة Oleh: Syeikh Muhammad Nashiruddinal-Albani)



SOALAN:

Bolehkah bagi seseorang lelaki atau wanita membaca al-Quranatau menyentuh mushaf tanpa berwuduk?.



JAWAPAN:

Suatu perkara yang dibolehkan(dalam syara) ialah membaca al-Quran tanpa berwuduk, kerana tidak ada suatupunnas dalam al-Kitab ataupun as-Sunnah yang melarang seseorang membaca al-Qurantanpa bersuci (berwuduk).

Begitu juga tidak ada perbezaandalam perkara ini antara lelaki dan wanita. Malah tidak ada perbezaan dalam halini antara lelaki yang bersuci atau tidak dengan wanita yang berhaid (berhadasbesar) atau tidak.

Antara dalilnya ialah hadisAisyah dalam sahih Muslim, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berzikirkepada Allah dalam segala hal (dalam semua keadaan).

Apa yang dilarang dalam syariatbagi wanita haid adalah solat. Membaca al-Quran dalam keadaan tidak bersucimengandungi hikmah yang sangat mendalam, iaitu agar dia beribadah kepada Allahdalam keadaan suci sebagaimana keadaan sebelum berhaid. Kita tidak bolehmempersempitkan/menutup ruang ibadah yang mulanya (semasa suci/belum haid)disyariatkan bersama dengan solat. Jika ia ditegah solat (kerana haid), inibukan bermakna juga ia ditegah dari beribadah yang lain. Kita harus melapangkanapa yang telah Allah lapangkan kepada kita.

Dalam masalah haid, sering sayabawakan hadith Sayidah ‘Aisyah semasa beliau mengerjakan haji bersama Nabisallallahu ‘alaihi wa-sallam, mereka singgah di suatu tempat yang dinamakanSarif, berdekatan Mekkah, baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam mendapati ‘Aisyah sedang menangis kerana kedatangan haid, lalu bagindabersabda:

Buatlah (ikutlah) sebagaimana apa yang dilakukan olehorang yang mengerjakan haji itu, kecuali tawaf dan solat”.

Baginda tidak melarang Aisyah (yang dalamkeadaan berhaid) untuk membaca al-Quran dan memasuki Masjid al-Haram.  - Inilahpenjelasan Syeikh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani tentang persoalanlelaki atau wanita yang menyentuh, memegang atau membaca al-Quran dalam keadaanbelum bersuci.
Last edited by LanzSlumber on 19-9-2012 03:26 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 03:27 AM | Show all posts
Tambahan.



Berzikir dan Membacaal-Qur’an Bagi Wanita Yang Didatangi Haid

Wanita yang sedanghaid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah), bertahmid (membacaalhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. Boleh jugamembaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), berdoa, mengaminkan doa danmendengar bacaan a-Qur’an.



Jelas di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslimserta kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallambersandar di riba ‘A’isyah radhiallahu 'anha sambil membaca al-Qur’an padahal‘A’isyah di saat itu sedang haid.

Di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Umm‘Athiah radhiallahu 'anha berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallampernah bersabda menyuruh keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang beradadi dalam rumah kepada solat dua hari raya (Solat Hari Raya Aidil Fitri dan HariRaya Aidil Adha) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orangmukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat HariRaya) iaitu diasingkan.



Juga diharuskan bagiwanita yang sedang haid untuk membaca al-Qur’an dengan cara melihat dengan mataatau menghayatinya dalam hati tanpa menutur dengan lidah. Boleh juga meletakmushaf al-Qur’an di hadapannya lalu melihat ayat-ayatnya dan membacanya denganhati.

Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (daripada mazhab Syafi’e) dalamMajmu’ Syarh al-Muhazzab: Hal ini diharuskan tanpa perselisihan pendapat.



Adapun membaca denganlidah (bukan dengan hati) bagi wanita yang sedang haid, maka terdapat perbezaanpendapat. Jumhur ilmuan berpendapat ianya dilarang. Imam al-Bukhari, Ibn Jariral-Thabari dan Ibn al-Munzir berpendapat ia diharuskan. Demikian juga oleh ImamMalik dan Imam al-Syafi’e dalam pendapatnya yang lama (Qaul Qadim –al-Risalla). Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalanidalam Fath al-Bari. Imam al-Bukhari mengemukakan sebuah riwayat daripada ImamIbrahim al-Nakha’e (seorang tokoh tabi‘in) bahawa: “Tidak mengapa jika dibacahanya satu ayat.”



Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahas persoalan ini dalam kitabnyaMajmu’ al-Fatawa, jld. 26, ms. 191:

Sejak asal tidak adalarangan daripada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haid) membaca al-Qur’an.Hadis: “Wanita haid tidak boleh membaca sesuatu daripada al-Qur’an” adalahhadis yang lemah (dha‘if) yang disepakati oleh para ahli hadis. Lebih dari itu,diketahui wanita-wanita di zaman Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sediamengalami haid. Maka jika haram ke atas mereka untuk membaca al-Qur’ansepertimana haram ke atas mereka mendirikan solat, nescaya ia diterangkan olehNabi kepada umatnya dan dipelajari oleh para isteri baginda. Hal inikemudiannya akan tersebar kepada manusia. Lihat Shahih al-Bukhari – no: 324(Kitab al-Haid)

Namun tidak seorangjua yang meriwayatkan pengharaman seumpama daripada Nabi. Maka tidak bolehmenghukum ia sebagai haram sedangkan baginda Nabi sendiri tidak pernahmengharamkannya. Justeru apabila Nabi tidak menegah daripada demikianpadahal ramai wanita yang haid di zamannya, bererti diketahui bahawa tidaklahharam bagi wanita haid membaca al-Qur’an.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2012 03:29 AM | Show all posts
Kesimpulan:
Di antaraperselisihan pendapat ini, yang lebih utama ialah wanita yang sedang haid itu hukumnyaHARUS membaca al-Qur’an dengan lidahnya dan memegang mushaf.


Wallahua'lam

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:29 AM | Show all posts
Terima kasih TT... penerangan yang sungguh jelas sekali...
Dapat juga saya menambah ilmu dipagi ini... Yg best itu TT buat soalan .. TT jawab persoalan itu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 10:33 AM | Show all posts
alhamdulillah dapat ilmu pagi2 nie
terima kasih pada TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 11:59 AM | Show all posts
maslo posted on 19-9-2012 08:29 AM
Terima kasih TT... penerangan yang sungguh jelas sekali...
Dapat juga saya menambah ilmu dipagi ini ...

eh bukan2, ni bukan saya yang tanya soalan pastu saya yg jawab sendiri.

saya hanya menyebarkan ilmu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 01:40 AM | Show all posts
fatehana posted on 19-9-2012 10:33 AM
alhamdulillah dapat ilmu pagi2 nie
terima kasih pada TT

sama2
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 02:07 AM | Show all posts
soalan saya: kalau boleh baca alquran masa haid, bukan ker boleh gak solat, sbb solat tu kan baca bacaan dari alquran?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 02:11 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 20-9-2012 02:07 AM
soalan saya: kalau boleh baca alquran masa haid, bukan ker boleh gak solat, sbb solat tu kan baca ba ...

solat dan membaca al-quran di luar solat adalah dua ibadah yang berbeza.

pengharaman perempuan haid untuk bersolat adalah jelas dan nyata.

pengharaman perempuan haid untuk membaca al-quran di luar solat tidak ada dalil yang jelas, yang ada cuma khilaf ulama sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 08:32 PM | Show all posts
LanzSlumber posted on 20-9-2012 02:11 AM
solat dan membaca al-quran di luar solat adalah dua ibadah yang berbeza.

pengharaman perempuan  ...

betul tu tt..larangan perempuan solat masa haid mmg dah jelas..alhamdulillah, sy mmg tau boleh je baca quran ms haid, cumanya mencari hadith atau sumber jelas supaya bila org ty boleh bgtau yg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2012 08:40 PM | Show all posts
aiharanaoki posted on 21-9-2012 08:32 PM
betul tu tt..larangan perempuan solat masa haid mmg dah jelas..alhamdulillah, sy mmg tau boleh je  ...

sila2. bole copy paste kat dalam word atau save as pdf untuk rujukan masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2012 01:23 AM | Show all posts
T/kasih, semakin banyak mengkaji dan membaca semakin kita bertambah ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 11:35 PM | Show all posts

Masih dalam kategori khilaf.... dah ada perbincangan yang hampir serupa di sini:

http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=671957&extra=page%3D1&page=2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2012 11:41 PM | Show all posts
memang ada khilaf, ada kata hukum harus, makruh dan haram.
tapi bagi saya, saya berpegang pendapat hukumnya harus sebab hujahnya lebih kuat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.672705 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list