CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6070|Reply: 17

Qada Tinggal Solat 10 tahun

[Copy link]
Post time 14-9-2012 09:10 PM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 09:32 PM | Show all posts
maksudenye buat setakat mampu disamping amalan2 lain le...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 02:13 AM | Show all posts
Berdoalah dan mohon keredhaan-Nya. Allah Maha Pengash dan Penyayang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 03:10 AM | Show all posts
dalam islam,

qadha solat ini disediakan pakejnya dlm islam.....tetapi pakej yg ada hanyalah utk ktidaksengajaan akibat terlupa atau tertidur....

jika ditinggalkan dgn sengaja, ulamak2 berselisih pendapat samada boleh atau tidak....

satu kata tak boleh, tp kena bertaubat dan banyakkan amalan sunat....

satu kata boleh qadha utk yg tinggal dgn sengaja...

kesimpulannya, jika ada org memilih utk bertaubat dan memperbanyakkan amalan sunnat, kita berlapang dada....

jika ada org nak qadha juga....kita berlapang dada.....kerana ada ulamak mewajibkannya.
jgn lupa sruh dia taubat, dan banyakkan amalan sunat sama



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dalil-dalil :


hadith RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang bererti :


    Ketahuilah bahawasanya dalam keadaan tertidur tidak ada sia-sia; yang sia-sia (yang akan mendapat hukuman) adalah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga sampai waktu solat yang lain. Maka barangsiapa yang memperbuat demikian hendaklah ia bayar ketika ia ingat akan solat itu."




Hadith :

Dari Abu Hurairah radiyaLLahu 'anhu bahawasanya Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam ketika kembali dari Peperangan Khaibar, beliau berjalan malam hari, sampai beliau mengantuk dan lalu berhenti untuk tidur.

Nabi memerintahkan kepada sahabat beliau bernama Bilal supaya berjaga-jaga jangan tidur, dihuatirkan jangan tertidur semuanya. Nabi terus tidur dan Bilal terus sembahyang pada malamitu.

Tetapi setelah dekat fajar, Bilal pun mengantuk tidak tahan matanya dan bersandar pada kenderaannya dan lalu tertidur dengan nyenyak.

Maka RasuluLlah dan sahabat-sahabat, begitu juga Bilal yang disuruh berjaga-jaga dibangunkan oleh matahari yang sudah tingg, dan waktu subuh luput. RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mula-mula terbangun dan beliau sangat susah, lalu bersabda kepada Bilal : Wahai Bilal bagaimana ni?

Bilal menjawab : Saya juga tertidur ya RasuluLLah, saya tidak kuat menahan mata saya. Lalu RasuluLLah memerintahkan supaya seluruh sahabatnya berangkat, naik unta semuanya.

Tidak jauh dari tempat itu, beliau berhenti lagi dan langsung berwudhuk memerintahkan kepada Bilal supaya qamat. Maka Nabi sembahyang subuh bersama-sama mereka, mengqadha' sembahyang yang luput.

Setelah selesai mengqadha' sembahyang, Nabi bersabda : Barangsiapa kelupaan sembahyang, maka hendaklah ia bayar (qadha') sembahyang itu bila dia teringat, kerana ALLah berfirman; "Tegakkanlah sembahyang untuk mengingatiKu." (Hadith riwayat Muslim dan lain-lain - Lihat syarh Muslim juzu' V halaman 18-184)





RasuluLlah bersabda yang bererti :

    Barangsiapa yang lupa solat atau tertidur, maka ia harus menggantikannya apabila ia teringat. Tiada kaffarah bagi mereka selain itu."

(Hadith Riwayat Muslim, Syarah Juzu' V halaman 193)





Dari Jabir bin 'AbdiLLah beliau berkata :

    Bahawasanya Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu datang kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pada ketika Peperangan Khandaq, sesudah terbenam matahari. Saidina Umar ketika itu memaki-maki kafir Quraisy dan berkata kepada RasuluLlah: Wahai RasuluLlah, saya hampir tidak solat 'asar sampai matahari terbenam, maka Nabi menjawab : Demi ALlah, saya juga belum solat 'Asar.

    Berkata Jabir : "Maka kami semuanya berangkat ke Buthan maka berwudhuklah Nabi dan kami berwudhuk pula, lalu Nabi solat 'Asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu baru Nabi solat Maghrib

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)



pesanan : JANGAN TINGGAL SOLAT, menangis dan bersusah hatilah jika meninggalkannya...ianya kesalahan yg sgt besar...dan Allah adalah sebaik2 penerima taubat Last edited by ussopp on 15-9-2012 03:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 10:21 AM | Show all posts
implikasi jawapan ostad itu adalah... taubatlah selagi terdaya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 01:26 AM | Show all posts
perkara yang wajib
maknanya nak tak nak
kena lakukan
kena paksa diri
betulkan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2012 01:49 AM | Show all posts
salam

Dari Abu Hurairah r.a.
Dari Nabi s.a.w sabdanya;
‘‘ Allah Ta’ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu
melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang.’’
Sahih Muslim

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا
8. Hai orang-orang yang beriman,
bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya).

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:51 PM | Show all posts
ada orang berkata
solat dilakukan bukan keadaan terpaksa
kena hati ikhlas
so
kalau tak ikhlas
maka tak perlu solat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 12:41 AM | Show all posts
salam

Nabi s.a.w. bersabda;
‘‘Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja ..
maka dia kufur terang-terangan.’’

Riwayat Atthabarani

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 12:44 AM | Show all posts
NorAddin posted on 19-9-2012 12:41 AM
salam

Nabi s.a.w. bersabda;

tq NorAddin

atas penerangan yang jelas

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 01:38 AM | Show all posts
bertaubat dan tidak mengulangi lagi tinggal solat, percayalah Allah itu maha pengasih dan pengampun kepada hambaNya yang benar2 bertaubat.

"Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja sehingga habis waktunya, maka dia telah kafir." Pendapat ini yang saya pegang supaya tidak tinggal solat lagi, alhamdulillah berjaya. Saya takut menjadi kafir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:36 AM | Show all posts
NorAddin posted on 19-9-2012 12:41 AM
salam

Nabi s.a.w. bersabda;

Hadis yang ringkas tapi 'pedas'.
Ye la.. zaman skrg sbhgn manusia ambik mudah ttg solat
Tambah pulak disogok dgn perkara2 yg melalaikan
kalau waktu kerja ada yg lengahkan Zohor semata nk buat hampir waktu Asar supaya x perlu ke surau berkali2
sdgkan kalau difikirkan setiap kali kita berjalan menuju ke masjid atau surau untuk beribadah Allah beri pahala pada setiap langkah kita tu.
Kalau waktu cuti pulak.. lengah2 solat sbb nk tgk melodi la, propaganzala (sbg contoh) dn bila kita solat kdg fikiran bukan berpusat pada ibadah malah apa yg kita lihat tadi yg bermain2 di fikiran. Mulut kumat kamit membaca ayat Quran tp fikiran dh tah ke mana.
Lagila setan suka.. dn masa tu la adoi.. dh rakaat ke berapa ni ek. sudahnya tah diterima atau tidak solat kita tu.


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 03:57 PM | Show all posts
mierrr posted on 18-9-2012 11:51 PM
ada orang berkata
solat dilakukan bukan keadaan terpaksa
kena hati ikhlas

cik mierr....adalah satu konsep yg salah jika kita fikir ikhlas itu bermakna kita melakukan nya dgn senang hati....


sy bg contoh, seorag yg mendapati dirinya ikhlas lalu bersedekah dgn senang hati...lapang dada...

seorg lagi hanya ada seringgit utk makan pada hari itu, tp beliau dgn seberat2 hati menderma pada pakcik tua, lalu mendapati beliau tidak ada duit lagi.....
adakah org yg number dua  itu gugur pahalanya , kerana dia berat hati....

padahal dia sungguh2 melawan berat hatinya utk bersedekah....

kesimpulannya, sekalipun dgn keterpaksaan, tetapi jika dia benar2 mahu, maka insyaAllah itu dah memadai ikhlas....

dan "mungkin" yg keterpaksaan itu  lebih tinggi nilainya, kerana pengorbanan yg terpaksa dilalui....
berbanding dgn senang hati.....

kesimpulan last....

jika dia menunjuk-nunjuk pada Allah, walaupun dgn keterpaksaan atau tidak, tp dia mmg target buat kerana Allah...insyaAllah dikira ikhlas....

tak semestinya buat sesuatu senang hati baru ikhlas.


wallahua'lam






Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 12:51 AM | Show all posts
Herlina posted on 19-9-2012 09:36 AM
Hadis yang ringkas tapi 'pedas'.
Ye la.. zaman skrg sbhgn manusia ambik mudah ttg solat
Tambah p ...

salam

orang orang yang d'katakan ikhlas ..
ya itu .. orang yang menunggu waktu solat ..

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa
seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.;
‘‘Manakah amal yang lebih utama ?’’

Rasulullah s.a.w. menjawab;
‘‘Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.’’
Sahih Bukhari

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 01:20 AM | Show all posts
ussopp posted on 19-9-2012 03:57 PM
cik mierr....adalah satu konsep yg salah jika kita fikir ikhlas itu bermakna kita melakukan nya dg ...

tq ussop

kata2 ni sangat bermakna.


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 07:13 AM | Show all posts
mierrr posted on 20-9-2012 01:20 AM
tq ussop

kata2 ni sangat bermakna.

sama2....semoga bermanfaat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2012 09:01 AM | Show all posts
NorAddin posted on 20-9-2012 12:51 AM
salam

orang orang yang d'katakan ikhlas ..

Insya-Allah saya pun berusaha ke arah itu.
Sbnrnya bila kita menunggu waktu solat dlm keadaan berwuduk.. mengaji atau berzikir, bila kita bersolat pada waktunya, hati lebih khusyuk dan rasa terlalu dekat sgt dgn Allah.
Mmg terasa bezanya bila kita sudah bersedia berbanding bila kita tergopoh2 untuk bersolat, apalagi bila waktu dh nk habis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 05:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.133927 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list