macam tahfiz, dah hafal 5 juzuk, pastu sebab dia dah lama tak baca Quran, dia lupa apa yang dihafalnya, berdosa ke?
Ada orang bagitau, kalau kita dah hafal satu surah tu...lepastu kita lupa sebab tak amalkannya...berdosa...tapi orang yang bagitau ni,alim2 kucing
selyusi posted on 24-7-2012 04:28 PM
kiranya tak baik la lupa balik ni?
Menghafal Al Qur'an merupakan satu keistimewaan bagi umat Islam. hinggakan yang tak memahami bahasa Arab pun mampu menghafal seadanya. dan Yang tak hafal tapi selalu membacanya boleh tahu ada kesalahan jika ada yg salah membacanya.
Pendek kata... Al Qur'an adalah Mukjizat Nabi s.a.w yang sampai kepada kita hingga hari ini... Peliharalah sebaiknya.
mnm77 posted on 24-7-2012 04:36 PM
Last edited by mnm77 on 24-7-2012 04:39 PM \n\n
next time jangan bagi kucing masuk masjid sebab dia berak kencing bukannya basuh pun..nanti habis kotor lantai dengan sejadah. bau dia lagi susah nak hilang..
macam manalaa kucing kejutkan orang bangun tidur..by cakaring ke?
Ertinya : "Tiada siapa pun yang membaca Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ia akan bertemu Allah SWT di hari kiamat dalam keadaan kerdil" ( Riwayat Abu Daud ; Al-Munziri mengatakan ada perawinya Yazid Bin Abi Ziyad, hadithnya tidak dijadikan hujjah; Dhoif menurut Albani ; no 1474, hm 176)
Abu Ubayd menyebut : "Ajzam" di dalam hadith di atas bermaksud terpotong tangan, manakala Ibn Qutaybah pula menyebut ianya bermakna kerdil. ( Ma'alim as-Sunan, AL-Khattabi, 1/253 ; Awnul Ma'bud, Ibn Qoyyim)
Terdapat ulama yang menjadikan hadith di atas sebagai hujjah dalam isu melupakan hafazan al-Quran. Disebut huraian "yaqra" di atas merangkumi maksud membaca dengan melihat, membaca secara hafaz dan membaca makna Al-Quran kemudian meninggalkan pembacaannya secara lupa atau sengaja. Bagaimanapun hadith di atas telah dihukum sebagai dhoif.
Ertinya : " Dibentangkan kepadaku dosa-dosa umatku dan tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari satu surah dari Al-Quran atau satu ayat ,yang diberikan kepada seorang lelaki kemudian ia melupakannya" ( Riwayat At-Tirmidzi, bab Fadhail Quran dari Rasulullah SAW, no 2840 ; At-Tirmidzi : Gharib; Al-Munziri : Dhoif kerana perawi bernama Abd Majid Bin Abd Aziz ; rujuk Tuhfatul Ahwazi)
Para ulama salaf berbeza pandangan dalam bab melupakan ayat Al-Quran, sebahagian mereka menjadikannya sebagai dosa besar, antaranya Ulama Syafie seperti Syeikh Ar-Ruyani, Al-Qurtubi dan lain-lainnya yang mengatakan melalaikan pembacaanya adalah penyebab kepada lupa ayatnya, lupa ini menunjukkan tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap Al-Quran. Malah di sebut dalam sebuah riwayat Mawquf :
Ertinya : Tiada seorang pun yang mempelajari Quran kemudian melupakannya kecuali ditimpa dosa, kerana Allah berfirman : " Tiadalah musibah yang menimpa kamu kecuali dengan sebab tangan-tangan kamu sendiri" " mereka menambah : tiada musibah yang lebih besar dari melupakan al-Quran.
Sebuah lagi sambungan hadith di atas tetapi bertaraf mursal menurtu Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolani; Ertinya : "..tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari dosa penghafaz al-Quran kemudian meninggalkannya" (Dikeluarkan oleh Ibn Abi Daud ; Rujuk Fath Al-Bari)
Imam Al-Qurtubi pula berpendapat bahawa sesiapa yang menghafaz Al-Quran maka telah tinggi darjatnya sekadar mana yang ia hafaz, apabila rosak kedudukan ini kerana lupa maka ia akan membawa kepada jahil, maka jahil selepas berilmu adalah amat buruk. ( Rujuk Fath al-Bari, bab : Kelebihan Al-Quran, no 4650)
Bagaimanapun, sebahagian ulama salaf pula pula menhuraikan maksud lupa di sini adalah melupakannya dengan meninggalkan beramal degan ayat itu. Ini kerana amaran jikakalau lupa ini hanya tertakluk kepada lupakan hafazan al-Quran maka akan berkatalah seseorang , bahawa LEBIH BAIK TIDAK PERLU MENGAHAFAZ TERUS. Maka ia bertentangan dengan objektif Shariah.
Kesimpulannya : Apapun tafsiran dan kekuatan dan kelemahan rawi hadith, sememangnya menjadi kewajiban bagi menjaga hafazan Al-Quran demi mengekalkan ketinggian maqam di sisi Allah, juga amat wajib bagi yang telah mempelajari ilmu-ilmu dari Al-Quran dan memahaminya kemudian melupakannya. Justeru, amat perlu bagi kita umat Islam mengingati hafazan dan ilmu dari al-Qurana untuk di baca dan di amal. Wallahu ‘alam.
selyusi posted on 25-7-2012 01:27 AM
next time jangan bagi kucing masuk masjid sebab dia berak kencing bukannya basuh pun..nanti habis kotor lantai dengan sejadah. bau dia lagi susah nak hilang..
macam manalaa kucing kejutkan orang bangun tidur..by cakaring ke?
meow
Kucing tu pandai, dia tak masuk masjid, dia tunggu di luar saja.... tu la alim kucing...( kucing yang pandai)
Camana dia kejutkan? Kebetulan jumpa di internet, macam ni lah contoh cara dia kejutkan:
ussopp posted on 25-7-2012 07:44 AM
so dari post number 12, ada 2 pendapat:
1) berdosa kalau lupa bacaan.
taknak bagi lupa bukan senang, kekangan masa dan kerja yang banyak boleh lalai dari pengamalan surah2 yang dihafal.
jika nak amik langkah berhati2, ingat apa yang perlu je boleh? kalau hafal banyak2 belum tentu esok tua nanti dapat ingat.
mohon pendapat
kalau dah usaha setakat yg termampu, ok, insyaAllah....
Allahu ghofur rur rohiiiimm....
buatlah setakat yg termampu....insyaAllah sy akan cari detail tentang masalah ini...
selyusi posted on 25-7-2012 01:30 AM
boleh huraikan maksud pelihara itu yang berkaitan dengan topic thread ini..
Menghafal Al Qur'an merupakan suatu kebolehan yg tidak wajar diabaikan (perlu dipelihara).
Al 'Ankabut:49
Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.
Menghafal Al Qur'an menjadi fardu kifayah... jika tiada hafiz dikalangan masyarakat, keseluruhan masyarakat itu berdosa. Secara tidak langsung... mereka2 yg telah hafal tapi melupakannya terlibat sama.