View: 13190|Reply: 84
|
Andai Ku Bercinta Lagi [U]
[Copy link]
|
|
Last edited by kupay on 24-7-2012 01:49 PM \n\n Last edited by kupay on 23-7-2012 11:07 PM \n\n Last edited by kupay on 23-7-2012 10:54 PM
Untuk sesiapa yang pernah membaca cerita ini, terimalah olahan yang baru.
Aku yang terlena lantas terjaga sebaik saja mendengar announcement dari anak kapal. Kita akan mendarat sebentar lagi, sila pasangkan tali pinggang dan tegakkan tempat duduk. We will landing shortly…Fikiranku tiba-tiba melayang sebaik saja teringat yang aku akan sampai di Malaysia sebentar lagi. Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana dapat melihat keindahan bumi ciptaanMu. Pemergianku ke Australia selama tiga bulan itu adalah kerana tugas yang diamanahkan padaku. Sambil menyelam minum air bak kata orang. Rugi rasanya kalau tak ambil peluang yang ada untuk melawat tempat orang. SMS yang kuterima dari Mastura dua hari yang lepas amat menggembirakan ku. Dia baru saja melahirkan anaknya yang keempat, seorang bayi lelaki. Cukuplah dua pasang anak Mastura, dua perempuan dan dua lelaki. Pantasnya masa berlalu. Tanpa disedari, telah tujuh tahun Mastura melayari rumah tangganya bersama Aliff. Aku memohon maaf kerana tidak dapat melawatnya ketika dia melahirkan. Insya-Allah aku akan melawatnya sekembalinya aku ke Malaysia. Dialah sahabat baikku sejak zaman persekolahan hingga kini. Aku akui, aku tidak mempunyai ramai sahabat. Bukan senang nak jumpa sahabat yang betul-betul rasi dengan kita. Berkelip-kelip cahaya lampu menerangi KLIA tatkala tayar mencecah landasan. Cantiknya suasana airport di waktu malam. Kapal bergerak perlahan-lahan menuju ke terminal. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke Malaysia. Perjalanan selama 8 jam 50 minit itu agak memenatkanku. Tapi tak lawan flight ke London, 14 jam. Habis rasa kematu punggungku. Sebaik saja sampai di Terminal Satelit KLIA, aku menaiki Aero Train untuk menuju ke Terminal Utama. Kebanyakan pesawat dari oversea akan parking di Terminal Satelit. Oleh itu penumpang perlu menaiki Aero Train untuk ke Terminal Utama. Aku baru saja menghidupkan telefon bimbitku. Bertubi-tubi SMS menerjah masuk. Dah sampai ke orang Aussy? Baby dah tak sabar nak jumpa Aunty ni... Ahh..Ada-ada saja Mastura. Aku baru sampai ni, sorry lambat sikit tadi. Biasalah flight delay. Tak sabar jugak nak jumpa baby baru. Mesti bau wangi kan, tak macam Mama dia... MESSAGE SEND!
|
|
|
|
|
|
|
|
Boring menunggu luggage, aku reply SMS-SMS yang masuk tadi. Selesai mengambil luggage, aku segera bergerak ke Arrival Hall. Kelihatan beberapa orang yang sedang menunggu penumpang dengan kertas di tangan. Tiba-tiba mataku terpaku melihat seorang lelaki dengan sejambak bunga di tangan. Beruntungnya gerangan si penerima bunga itu. Sedang aku asyik memerhati lelaki itu, seorang wanita menghampirinya. Lelaki itu memberi wanita sejambak bunga padanya. Lepas itu mereka saling berpelukan. Akibat terlalu asyik memerhati, bukkkk.....Aku telah terlanggar bahu seseorang. Aku tidak nampak lagi siapa gerangannya kerana dia agak tinggi. Sepantas kilat dia menoleh.
Aku terpaku seketika. Kacaknya lelaki itu, berkulit cerah dan mukanya sangat tenang. Aku segera jadi malu.
”I’m sorry sir.” Kataku sambil mengutip jaketnya yang terjatuh sebentar tadi dan kuserahkan padanya.
”It’s ok. I’m also on the phone. I though only in UK we can see this, but luckily I see it Malaysia too.” Katanya sambil meletakkan telefonnya.
”I’m sorry again and excuse me sir.”Aku segera meminta maaf dan meminta diri. Baik aku beredar sebelum aku lebih malu. Nampak sangat aku ralit melihat adegan tadi sampai tak sengaja terlanggar orang. Aku ingin cepat-cepat pergi dari situ dan mahu melupakan apa yang aku lihat sebentar tadi. Alangkah bahagianya jika orang yang kita sayang menanti kepulangan kita bersama sejambak bunga. Arghh, apa yang aku merepek lagi ni? Suruh berangan nombor satu kau ya...Kutuk hatiku.
Aku menolak troli ke dalam lift dan segera menekan anak panah ke bawah untuk ke ERL. Walaupun jarak rumah ku dengan airport tidak jauh, aku lebih senang pulang sendiri tanpa mahu menyusahkan sesiapa. Mungkin aku dah biasa begini.
Aku memilih tempat duduk yang berhampiran dengan pintu supaya senang untuk aku keluar. Bunyi SMS masuk di telefonku. Aku segera membacanya.
Pandai ko kutuk aku busuk ya. Nanti aku suruh baby poo-poo kat ko. Baru padan dengan muka. Rindunya dengan ko. Ada bawak mata biru dari sana tak?
Aku tersenyum-senyum membaca SMS dari Mastura. Ada saja ingin mengenakanku. Fikiranku melayang jauh kembali saat pertama kali Mastura memperkenalkan Aliff Azhan pada keluarganya. Hati Mastura benar-benar berdebar tatkala itu menunggu reaksi keluarganya tentang penerimaan mereka. Aku menyakinkannya yang keluarganya pasti dapat menerima Aliff dengan baik. Apatah lagi syarat-syarat yang ditetapkan oleh keluargnya memihak kepada Allif. Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan baik. Mereka menerima pilihan Mastura dengan hati yang terbuka.
Kami selalu berkongsi cerita. Tapi kisahku tidak berakhir seperti dia. Jodoh setiap orang berbeza dan sudah ditentukan sejak di Loh Mahfuz lagi. Cepat atau lambat, itu semua rahsia Allah. Dia lah yang menentukan segalanya.
Aku terkenang saat pertama memperkenalkan Carl Ifhan pada keluargaku. Dia kelihatan begitu mesra. Akulah insan paling bahagia saat itu. Kusangka dialah yang terakhir dalam hidupku. Namun panas yang kusangka bukanlah sampai ke petang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by kupay on 24-7-2012 01:46 PM \n\n Benar sangkaanku, dua tahun kemudian, Mastura akhirnya bergelar isteri, sedangkan aku baru mula menapak di alam kerjaya. Di hari Mastura diijabkabulkan, air mataku juga turut menitis. Sejak itu terpisahlah dunia gila-gila aku dan Mastura. Dunia kami telah berbeza. Suatu ketika dahulu, kami telah berangan-angan untuk melangsungkan perkahwinan kami dalam masa terdekat. Namun Tuhan telah mengaturkan segalanya. Aku terpaksa menerima bahawa jodoh Mastura datang lebih awal.
Di hari perkahwinannya, Mastura memakai baju kurung berwarna putih. Ayu sungguh dia pada hari itu. Biarpun hanya solekan tipis yang mewarnai wajahnya, sudah cukup menyerlahkan kecantikan asli anak mami ini. Dengan sekali lafaz, Mastura telah sah menjadi milik Aliff Azhan. Mastura menyeka air matanya yang mengalir sambil berbisik padaku, ”I will wait for you. Semoga perkahwinan ini membawa keberkatan pada kau juga nanti.”
Aku tidak dapat lama ketika majlis persandingan mereka kerana aku dipanggil untuk bertugas semula. Di saat itu, aku mula merasakan kehilangan sahabatku yang paling sejati. Persahabatan yang telah mencecah belasan tahun. Aku menangis sepanjang perjalanan pulang. Aku harus menerima hakikat ini. Ketika itu juga hatiku berbisik, di manakah kau Luqman di saat ini? Kenapa kau meninggalkan aku?
Setahun kemudian, Mastura telah menimang cahaya matanya yang pertama. Aku turut tumpang gembira sekali lagi melihat anaknya. Aku telah menganggap anaknya itu seperti anakku sendiri.
Seperti biasa, Mastura akan menyoal soalan yang sama padaku.
“Kau ni bila lagi nak bawak balik calon? Tengok, aku dah keluar sorang.”
“Dah sampai masa nanti, aku mesti bagi tau,” aku hanya memberi janji-janji kosong sedangkan aku sendiri tidak mempunyai calon.
“Cinta tak perlukan masa, satu saat sudah mencukupi,” sambungku lagi namun untuk melupakannya seumur hidup. Sambungannya itu kulafazkan didalam hati. Tidak kusuarakan secara zahirnya.
“Baguslah kalau macam tu, janganlah kau terlalu menyeksakan diri. Biarkan yang sudah berlaku, berlalu dan pergi dari hidup kita. Life must go on.”
Mastura dan aku saling berpelukan. Kukesat air mataku yang hampir menitis. Sesungguhnya kaulah temanku yang paling rapat.
“ Akan ku tunggu berita gembira itu, ” bisiknya sekali lagi.
Cyberjaya/Putrajaya.
Rupanya aku dah sampai ke Stesel ERL Putrajaya. Ya-Allah, lamanya aku mengelamun. Sampai tak perasan tren dah bergerak. Nasib baik tak terlepas ke KL Sentral. Kalau terlepas kan susah nak patah balik. Sudah-sudahlah tu mengelamun Phia. Kalau orang yang kau berangan tu muncul depan mata kau oklah jugak.
Kelihatan kelibat housemateku Laila sedang menunggu di dalam kereta. Dia yang menjemputku di Stesen ERL Putrajaya.
Last edited by kupay on 15-10-2012 06:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
weh ni ape???? aku xnak bace2 jap g tergantung.. aku ko nanti! |
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by kupay on 24-7-2012 01:45 PM \n\nsambungan semalam..
Kelihatan kelibat housemateku Laila sedang menunggu di dalam kereta. Dia yang menjemputku di Stesen ERL Putrajaya.
”Beb, kenapa lambat? Ada masalah ke?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulutnya.
”Takde papelah. Everything is ok. Maaflah aku terlambat tadi, banyak iklan pulak.” Balasku.
Aku ingin cepat-cepat sampai di rumah. Tak sabarnya nak mandi. Melekit rasanya badanku. Otak aku pun dah letih berfikir. I need a rest, a very good rest.
”By the way, welcome home my dear. Sunyi aku kau takde kat rumah ni,”
” I miss my home too..” Kataku sambil merenung Laila.
Mungkin kerana aku keletihan, aku lebih banyak mendiamkan diri di dalam kereta sambil melayan mataku yang semakin layu dan mulutku yang menguap tak henti-henti.
Tepat pukul 12 malam, aku selamat tiba di rumahku. Home Sweet Home.
”Ko rehatlah dulu, esok baru kita borak-borak ye. Nak dengar jugak gossip terbaru.” Kata Laila sebelum kami beredar ke bilik masing-masing.
”Aku tak nak bukak beg aku lagi malam ni. Aku tak tau apa yang aku isi sampai kembung macam tu.”
”Yang aku tau, aku nak souvenier dari ko. Yang lain tu kalau takde pun tak pe...” Tambah si Laila lagi.
”Ewah-ewah..Coklat ko tak nak? Kalau betul ko tak nak, aku boleh bagi pada orang lain.” Aku sempat mengusik Laila lagi.
Sebelum dia sempat menjawab, aku cepat-cepat ingin melarikan diri ke bilikku.
”Aku nak mandi, nak cuci rambut then nak tidur atas bantal empuk aku ni.” Kataku sambil menguap dari tadi.
”Aku tuntut coklat aku esok ye. Good night dear. Have a sweet dream.” Aku tahu Laila juga penat menungguku tadi. Dia yang selalu tidur awal dalam rumah ni berbanding aku.
Mata aku terpejam sebaik saja kepala ku di atas bantal. Alangkah enaknya tidur tanpa perlu memakai pakaian yang tebal dan berstoking bagai. Aku masih lagi jet lag memandangkan perubahan waktu di Malaysia yang lewat beberapa jam dari Australia. Biological clock ditubuhku masih mengikut peredaran waktu di Australia.
Aku terjaga tepat pukul 5 pagi keesokannya. Mataku terbuka luas dan terkebil-kebil memandang siling. Aku cuba bergolek ke kanan dan kiri, cuba memujuk mata untuk pejam lebih lama. Mungkin bila beralih arah, aku dapat tidur semula. Its already 9 am in Australia, but its too early in Malaysia. Cubaanku gagal. Aku masih tidak mahu meninggalkan tilam empuk ini. Akhirnya aku bangun dan duduk sambil kakiku masih di dalam comforter.
Otakku mula memproses apa yang patut kulakukan pada pagi-pagi begini. Aku lantas bangun dan tanganku mula memunggah beg-beg besar. Segera mengeluarkan pakaian-pakaian kotor dan mengangkutnya ke bilik air. Maka proses mendobi pun bermula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selesai memasukkan baju di dalam mesin, aku menjengah peti ais. Melihat apa yang ada di dalamnya. Sepanjang 3 bulan pemergianku ke Melbourne, rumah ini dijaga elok oleh Laila. Thanks my friend, I owe you a lot.
Selepas menyelongkar peti ais, aku melihat pula ke dalam kitchen kabinet. Santan segera, ikan bilis,kacang tanah, cili kering semua ada. Nampaknya semua bahan-bahan mencukupi. So, mari kita jalankan misi memasak. Aku mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak dari peti ais dan meletakkannya di atas meja Aku masuk ke bilik semula, mengemas katil yang berselerak. Selepas itu aku menyusun barang-barang dan souvenier yang kubawa pulang dari Australia. Senang untuk membahagi-bahagikannya kelak.
Aku merenung jam di tepi katil, 5.45 pagi. Aku masuk ke bilik air, segera mandi dan terus menunaikan solat Subuh. Mataku jadi segar bugar walaupun aku tidur lewat malam tadi. Ni namanya jet lag. Malam ni mesti aku tidur awal. Usai solat aku segera turun ke bawah. First thing first, sidai pakaian yang baru di cuci tadi. Lepas semua dah settle, baru concentrate pada nasi lemak. Hiris bawang besar dan rebus cili untuk buat sambal tumis. Hiris bawang merah dan halia untuk rencah nasi lemak. Sambil-sambil tu rebus telur di dapur. Teringin punya pasal, aku sanggup bersilat memasak nasi lemak sendiri. Padahal lebih mudah kalau beli di luar.
Lebih kurang pukul 7.30 pagi, semuanya telah terhidang di atas meja. Masih terlalu awal untuk mengejutkan Laila. Lagipun hari ni hujung minggu. Bagilah chance untuk Laila tidur lama sikit. Aku menikmati nasi lemak sambil menonton tv. Nak tahu juga berita terkini apa yang jadi di Malaysia sekarang.
Plan aku nak melawat Mastura tengah hari nanti sambil membawa buah tangan untuk anak-anaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk hari ni...
Aku terlelap di depan tv ketika Laila mengejutkan aku.
”Awalnya kau bangun? Siap masak nasi lemak lagi,” aju Laila yang sedang menjamah nasi lemak di depan tv.
”Aku tak boleh tidurlah pagi tadi. Jet lag!” Sahutku pendek.
”Sedap nasi lemak kau ni,” puji Laila.
”Kau kalau puji-puji aku ni mesti ada pape kan selalunya,”
"Kau, tak baik cakap macam tu. Aku puji ikhlas ni. Lagi pun dah lama tak rasa masakan kau. Aku sepanjang kau takde ni, memang malas sangat nak masak. Kalau masak pun makan sorang-sorang je. So buat ape.” Panjang rungutan si Laila.
”Dah, jangan nak monyok-monyok..Aku kan dah balik. Order jer ape kau nak. Aku boleh masakan,”
"I likeee!” Ringkas dan pantas balasan Laila.
”Takde jumpa si mata biru ke kat sana?” Soalnya tiba-tiba dengan muka yang begitu teruja.
”Hish, ko ni kan? Aku pergi pasal kerja la. Bukannya pergi vacation.”
”Ala, takkan lah pergi keje tak boleh nak main mata.” Sambungnya lagi sambil mencebik mulut sebaik saja melihat reaksiku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh....pedasssssssssnya!!!!!!!!!
Sepantas kilat kepala ku menoleh sebaik mendengar jeritan Laila.
” Tulah kau, nak bergosip tengah makan nasi lemak. Memang kepedasan la kau,” kataku sambil mentertawakannya.
Mulut jer laser, tapi hati aku ni masih baik lagi. Aku bingkas bangun dan mengambil air di dapur.
”Lain kali kalau makan tu, sediakan air tau!” Kataku sambil menyuakan air padanya.
Habis segelas air diteguknya. Mungkin kerana kepedasan atau terlalu dahaga.
”Ok, aku dah boleh sambung gosip balik ni,” balas Laila setelah lama menyepi akibat kepedasan.
”Cite lah beb. Aku nak dengar ni. Takkan takde mat saleh yang hensem-hensem kot?” Dia terus mendesakku untuk mengorek rahsia.
”Mestilah ada yang hensem-hensem kat sana. Tapi takkanlah aku pulak yang nak over. Agak-agaklah sikit. Kalau ikut hati aku ni, nak jer rasenya cari lelaki mat saleh. Aku dah give up dengan lelaki Melayu. Very dissapointed,” Suaraku yang mula-mula bersemangat terus berubah menjadi mendatar.
”Laila, kau dah habis makan kan? Jom kita pergi tengok barang kau dalam beg aku,” aku memesong ke arah lain sebelum Laila menyoalku kembali.
” Jom!!!” Sahut Laila dengan nada gembira.
Aku membelikan Laila sehelai T-Shirt I Love Aussy, fridge magnet, keychain dan coklat Nougat yang menjadi kegemarannya. Laila benar-benar teruja menerima souvenier dariku. Benda free siapa yang tak nak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan untuk hari ni...sorry kalau cite ni memboringkan...
Aku memandu perlahan menuju ke rumah ibu bapa Mastura di Putrajaya.
2 minggu pertama ni dia akan berpantang di rumah ibu bapanya, selebihnya dia akan berpantang di rumahnya sendiri di Perak.
Aku mengetuk pintu sambil memberi salam. Riuh rendah kedengaran dari luar rumahnya. Anak-anak Mastura teruja melihat kehadiranku. Berebut-rebut untuk bersalam denganku.
Usai bersalam dengan ibu Mastura, aku segera memeluk Mastura yang sedang berehat di atas tilamnya.
”Tahniah,” bisikku padanya.
”Bila kau sampai?” Tanya Mastura padaku sambil meletakkan anaknya di atas tilam.
”Malam tadi, midnite. Aku excited nak tengok baby ko. Lagipun ni weekend, boleh la aku datang melawat. Nanti dah masuk ofis, susah lah sikit.”
”Banyak kau beli barang? Bukannya murah barang-barang kat sana tu kalau kita convert. Jangan dilayan sangat budak-budak ni. Seronok bukan main dapat coklat.”
”Alah, sikit jer ni. Dah aku pergi sana, dapatlah aku beli sikit-sikit untuk bawak balik.” Sahutku sambil tersenyum.
”Kau sihat Mastura?” Soalku pula.
”Alhamdulillah, sihat. Kau pulak? Macam mana angin di Australia?”
”Hmm..Aku rasa macam tak nak balik sinilah. Malaysia is hot!” Kami ketawa sejurus aku menghabiskan ayat itu sebentar tadi.
”Kau jangan nak perasanlah. Hidung penyek, makan belacan. Ada hati nak jadi orang Australia.”
”Tulah. Aku balik pun sebab rindu nak makan sambal belacan. Tapi jangan cabar aku, kalau dapat mata biru. Aku rela duduk sana...”Aku ketawa lagi.
Bayinya sedang nyenyak tidur ketika aku sampai. Dia menggeliat sedikit ketika kami rancak berborak namun matanya masih terpejam. Mastura segera memberi isyarat supaya memperlahankan suara kami.
”Lamanya renung anak aku tu, teringin ke?” Aku lantas tersedar dari lamunanku.
”Dah lama teringin, tapi belum ada rezeki lagi,” sahutku perlahan. Bersedia untuk berbicara tentang topik yang lebih serius lagi.
Anak-anak Mastura yang lain sibuk menayangkan t-shirt dan beg Koala yang aku berikan sebentar tadi. Sekejap-sekejap datang pada mamanya bertanya, ”Cantik tak mama?”
”Lepas ni aku nak rehat dulu. Tak pun tutup kilang terus. Letih beranak ramai ni. 4 ni pun dah cukup aku rasa,” luah Mastura padaku.
”Anak-anak tu kan rezeki. Tapi aku faham, nak mendidik anak-anak bukannya senang pada zaman sekarang.”
|
|
|
|
|
|
|
|
”Beranak tu nak kata senang tu tak lah jugak. Tapi lagi sakit nak membesarkan dan mendidik. Biarlah aku concentrate yang ni dulu. Aku tunggu nak timang anak kau pulak,” katanya sambil merenungku.
”Kalau tunggu aku, takut lama sangat pulak,” balasku dengan nada bergurau.
”Kau masih tunggu orang tu ke?”
”Aku tak tunggu dia. Tapi hati aku masih belum terbuka. Tolong faham perasaan aku, Mastura.”
Hanya aku saja yang faham mengapa hingga kini aku masih bersendirian. Ketika aku di tahun akhir pengajianku, tiada apa lagi yang kufikirkan. Aku hanya ingin menamatkan pengajianku dengan keputusan yang cemerlang setelah apa yang terjadi kepadaku sebelum ini. Setelah tamat pengajian, tiada apa yang kuimpikan selain mempunyai kerjaya tetap untuk membantu keluargaku. Ketika teman-teman sedang sibuk membicarakan tentang perkahwinan, aku terpaksa melupakan segalanya.
Aku hanya ingin memberi kehidupan yang lebih baik untuk keluargaku. Itu janjiku pada diriku sendiri. Aku memadamkan perasaan cinta yang suatu ketika dahulu membara untuk insan yang bernama lelaki. Aku harus melupakannya sebagaimana dia mampu melupakanku. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat pekerjaanku yang pertama setelah tamat pengajianku. Aku hanya bermula di sebuah syarikat kecil. Namun aku berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan keluargaku.
Segala perasaan cintaku yang pernah membara, aku padamkan jauh di sudut hatiku. Aku tidak mampu untuk melakukan dua perkara dalam satu masa. Salah satu darinya harus kukorbankan. Dia akan kulupakan. Tambah pula pemergiaan arwah Abah di saat kami masih memerlukannya menyebabkan aku harus melupakan segalanya. Tanggungjawab pada keluarga itu lebih penting.
Setelah sembilan tahun, umurku jua telah mencecah 33 tahun, aku harus bersedia jika aku akan menerima title itu suatu masa kelak. Title yang bergelar andartu. Namun aku puas kerana aku dapat membahagiakan keluargaku. Sepanjang sembilan tahun setelah tamat pengajianku, bukan hatiku ini tidak pernah diketuk oleh mana-mana lelaki. Aku sendiri yang telah mengunci perasaan itu rapat-rapat. Sakit ketika dikecewakan masih lagi terasa. Benarlah kata orang, biarpun luka itu telah sembuh, namun parutnya tetap ada. Parut itulah yang akan sentiasa kita pandang dan membawa kita mengimbau kenangan lalu. Aku jua ingin membuktikan pada dia bahawa aku boleh berjaya pada hari ini tanpa bergantung dengan mana-mana lelaki dan aku bukannya anak-anak lagi.
”Lupakanlah dia. Selagi kau tak dapat lupakan dia. Kau akan terus macam ni,” nasihat Mastura lembut.
”Cukup-cukuplah kau jadi superwoman. You need a superman to accompany you. Mungkin dia dah happy dengan family dia sekarang. Aku tak nak kawan aku kesunyiaan. He is not the one for you.”
”Aku faham Mastura. Aku dah maafkan semuanya. Mungkin jodoh aku belum sampai lagi.”
Tengah leka berborak-borak, ibu Mastura menjemput aku makan tengah hari di situ. Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah dapat merasa makanan kampung setelah berbulan-bulan di oversea. Dah, jangan nak perasan sangat. Bukannya lama pun kau kat oversea tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 27-7-2012 06:08 PM
ok, next!
suka cite ni
sarizu...
thanks a lot...cerita ni mmg dh ade dlm ni...tp sy dh buat olahan baru... |
|
|
|
|
|
|
|
last sebelum balik rumah...
Dari siang hingga ke malam aku bertandang ke rumah Mastura. Segan rasanya duduk lama-lama di rumah orang, tambah-tambah orang yang tengah berpantang biarpun itu kawan baikku sendiri. Tapi apabila mengenangkan kesukaran untuk kami berjumpa, aku cuba buat-buat tak kisah untuk tinggal lebih lama di situ.
Kerana mataku yang semakin kuyu, aku segera meminta izin untuk pulang. Mastura berbisik padaku, ”Aku doakan semoga kau dapat jodoh yang baik-baik dan anak-anak yang ramai seperti aku.”
”InsyaALLAH,” sahutku seraya kami berpelukan.
”Datanglah sini bila kau ada masa lapang. Tapi aku tau, kau memang superwoman. Mana ada masa sangat kan?” Sambung Mastura lagi.
Aku mencium bayinya yang masih ralit tidur kerana kekenyangan selepas menyusu sebentar tadi.
”Jangan nakal-nakal ya baby. Tak sabar nak tunggu baby besar.” Aku rasa sedikit kekok mengendong bayi yang masih lembut ini. Aku takut aku tersilap langkah mungkin boleh menyebabkan kecederaan padanya.
Usai bersalaman dengan ahli keluarga Mastura, aku pun bermohon diri dan beredar dari situ. Sampai saja di rumah, aku hanya mencari bantal untuk melelapkan mata ku yang seolah-olah digam. Nasiblah aku sudah menunaikan solat Isyak ketika di rumah Mastura tadi.
Keesokannya aku hanya berada di rumah. Malas mahu ke mana-mana. Lagi best dapat peluk bantal. Aku hanya ingin menghabiskan masaku dengan berehat sepuas-puasnyanya di rumah sebelum masuk semula ke pejabat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada istilah Monday blues untukku pada hari Isnin itu kerana aku masuk ke pejabat lebih awal dari biasa. Mungkin perasaan teruja atau masih dengan simpton jet lag menyebabkan aku bangun lebih awal.
Tiada apa-apa yang berubah sepanjang pemergianku ke Australia. Bilikku tersusun kemas seperti biasa. Aku menarik bidai di tingkap untuk memerhati keadaan di sekeliling. Melihat keindahan matahari yang baru memancarkan diri, kereta yang masih bersimpang siur di atas jalan raya. Kadangkala kedengaran bunyi hon kenderaan. Maklumlah masing-masing berebut nak ke tempat kerja.
Perut yang sudah berbunyi-bunyi menyedarkan aku dari lamunan. Selesai membuka komputer sambil menunggu email masuk, aku bergerak ke cafe di tingkat bawah.
Aku menekan lif untuk turun ke bawah. Sebaik saja lif dibuka, aku bertembung dengan Asyereen, setiausahaku. Kandungannya kelihatan semakin membesar.
”Morning Cik Sofea. Welcome back. Long time no see.” Sapanya ramah sambil bersalaman.
”Morning Syereen.” Balasku sambil tersenyum. ” Mak buyung ade nak pesan ape-ape ke? Saya nak ke cafe ni.” Soalku lagi.
”Takpelah cik, saya dah bawak bekal. Pagi-pagi ni kurang sikit makanan kat cafe tu. Anyway thanks for your offer.” Aku hanya mengangguk dan segera menekan pintu lif.
Ramai yang menyapaku ketika membeli makanan di cafe. Aku hanya menolak dengan baik pelawaan mereka untuk bersarapan di situ. Aku lebih selesa bersarapan di bilik. Lebih privacy. Nasi goreng kampung dan beberapa jenis kuih menjadi pilihanku. Selesai membungkus makanan, aku segera naik ke ofis. Perut ku semakin berdondang sayang minta diisi.
Pastinya kerja ku melambak-lambak selepas ini. Melihat email yang berduyun-duyun masuk menyebabkan aku sedikit cuak. Just prepare myself to be busy. Good luck Sofea. Memandangkan aku dah ambil heavy breakfast untuk pagi ni, malas rasanya untuk aku keluar lagi pada waktu tengah hari nanti. Lagi pun mesti panas kan? Ahhh, perasannya kau Jah. Tak tahan dengan panas kunun. Aku mengutuk diri sendiri di dalam hati.
Aku segera menyahut apabila terdengar ketukan di pintu. Asyereen, setiausahaku menolak pintu perlahan sambil membawa beberapa dokumen dan fail ke dalam bilikku.
”Cik Sofea, ni ada beberapa dokumen yang Cik kena sain. En Azlan yang bagi pada saya. He said, after you come back you have to sign all documents as usual.”
”Tak sempat nak berehat ya,” kataku sambil tersenyum padanya. Tanganku tangkas mengambil fail yang dibawa oleh Asyereen sebentar tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
nextttttttttt! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|