View: 54659|Reply: 62
|
ISTILAH DLM PASUKAN KESELAMATAN
[Copy link]
|
pilotMAS This user has been deleted
|
Ada ramai yang ingin tahu apa itu yang dipanggil Juruiring dan apa tugas-tugas sebagai juruiring. Ramai yang diluar sana tu terdiri dari masyarakat awam yang ingin mengetahui apa itu yang dipanggil Juruiring. Malahan ada segelintir warga tentera dan polis sendiri tidak mengetahui fungsi pegawai yang bertugas sebagai juruiring.
Apa itu Juruiring
Juruiring juga dikenali dengan nama rasmi bahasa Inggerisnya sebagai Aide De Coupe atau singkatannya ADC juga dalam bahasa pasar anggota dalam perkhidmatan dikenali sebagai adikong.
Siapa yang bertugas sebagai juruiring.
Hanya pegawai-pegawai tentera dari ketiga-tiga perkhidmatan Laut,Udara serta Darat dan pegawai dari pasukan polis sahaja yang boleh dan dikategorikan sebagai Juruiring.
[ Last edited by pilotMAS on 12-9-2003 at 08:49 PM ]
[ Last edited by jazim at 13-12-2006 12:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
pilotMAS This user has been deleted
|
Orang kenamaan dan perjawatan yang mempunyai Juruiring.
1 .DYMM SPB Yang Dipertuan Agung - Baginda disediakan seramai 4 orang Juiring Rasmi dari pasukan tentera dan polis. Juruiring baginda berpangkat Kolonel dari pasukan Tentera Darat dan seorang juga berpangkat Kolonel dari Tentera Udara Diraja Malaysia, seorang yang berpangkat Kapten TLDM dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan seorang yang berpangkat Asisten Komisioner Polis dari Polis Diraja Malaysia.
Kesemua juruiring tersebut akan bertugas hanya kepada SPB Yang Dipertuan Agung selama mana baginda di atas tahta kerajaan persekutuan dan mereka semua diselia oleh Pejabat Istana Negara. Kesemua juruiring tersebut tidak tertakluk pada tugas di pasukan masing-masing selama mereka bertugas dengan SPB Yang Dipertuan Agung.
2 .Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan, Raja dan Yang Dipertuan Besar Negeri - Baginda Duli-Duli yang memerintah negeri disediakan 2 orang Juruiring rasmi iaitu seorang dari pasukan tentera berpangkat Mejar dan seorang dari pasukan polis yang berpangkat Assisten Superintenden Polis.
Juruiring tentera itu adalah dari pasukan yang dimana Baginda menjadi Kolonel Yang Dipertua. Sebagai contoh DYMM Sultan Selangor mempunyai Juruiring dari Tentera Laut Diraja Malaysia yang berpangkat Leftenan Komander. Ini disebabkan baginda Sultan Selangor merupakan Kapten Kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia.
Bagi DYMM Sultan Pahang pula, baginda disediakan Juruiring dari Tentera Udara Diraja Malaysia, ini disebabkan baginda Sultan Pahang merupakan Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia.
DYMM Sultan Johor pula mempunyai Juruiring Tentera dari pasukan tentera baginda sendiri iaitu Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Duli-Duli baginda Sultan,Raja dan Yang Dipertuan Besar yang lain semuanya disediakan Juruiring Tentera dari pasukan tentera darat.
3 . Yang DiPertua Negeri (Pulau Pinang,Melaka,Sabah dan Sarawak) - Tuan-tuan yang terutama Yang Dipertua Negeri-negeri tersebut disediakan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut keperluan dan perjawatan itu dengan disediakan seorang Juruiring dari pasukan polis yang berpangkat Assisten Superintenden Polis.
4 .Tengku Mahkota dan Raja Muda - Baginda Tengku Mahkota dan Raja-raja Muda disediakan dengan sama ada seorang Juruiring dari tentera yang berpangkat Kapten atau seorang Juruiring Polis yang berpangkat Assisten Superintenden Polis.
5 .Perdana Menteri - Perdana Menteri mempunyai seorang Juruiring Polis yang berpangkat Assisten Komisioner Polis. Juruiring Polis tersebut akan bertugas kepada Perdana Menteri dibawah seliaan Pejabat Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga tidak tertakluk kepada tugas-tugas kepolisan semasa bertugas sebagai Juruiring Polis kepada Perdana Menteri.
6 .Timbalan Perdana Menteri - Timbalan Perdana Menteri pula mempunyai seorang Juruiring Polis yang berpangkat Assiten Superintenden Polis. Juruiring tersebut tidak tertakluk kepada pasukan Polis dan tidak melakukan tugas-tugas kepolisan semasa beliau berkhidmat dengan Timbalan Perdana Menteri dibawah seliaan Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
7 .Panglima Angkatan Tentera - Beliau disediakan seorang Juruiring Tentera berpangkat Kapten.
8 . Panglima Tentera Darat - Beliau disediakan seorang Juruiring Tentera Darat yang berpangkat Kapten.
9 .Panglima Tentera Udara - Beliau disediakan seorang Juruiring Tentera Udara yang berpangkat Kapten.
10.Panglima Tentera Laut - Beliau disediakan seorang Juruiring Tentera dari Tentera Laut Diraja Malaysia yang berpangkat Leftenan TLDM.
11.Ketua Polis Negara - Beliau disediakan seorang Juruiring Polis yang berpangkat Assisten Superintenden Polis.
12.Timbalan Ketua Polis Negara - Beliau disediakan seorang Juruiring Polis yang berpangkat Assisten Superintenden Polis.
13.Pengarah-pengarah Jabatan di pasukan Polis Diraja Malaysia - Sebagai pengarah-pengarah di jabatan-jabatan polis yang mempunyai pangkat setaraf dengan Jeneral 3 bintang maka pegawai kanan polis tersebut juga disediakan Juruiring Polis yang berpangkat sama ada Assisten Superintenden atau pun Cif Inspektor.
14.Timbalan Panglima Tentera Laut,Darat dan Udara - Sebagai Timbalan Panglima perkhidmatan tentera yang berpangkat Leftenan Jeneral atau Laksamana Madya (jeneral 3 bintang). Maka pegawai kanan tentera tersebut juga disediakan Juruiring Tentera mengikut pasukan masing-masing yang berpangkat Kapten atau Leftenan TLDM (bagi Timbalan Panglima TLDM).
15.Pegawai-pegawai kanan Tentera dan Polis - Hanya pegawai-pegawai kanan tentera dan polis yang berpangkat Mejar Jeneral atau Laksamana Muda dan setaraf sahaja (jeneral 2 bintang) yang disediakan oleh pasukan masing masing-masing seorang Juruiring yang berpangkat Kapten,Leftenan TLDM atau Assisten Superintenden Polis.
NOTA:
Bagi pegawai-pegawai kanan tentera atau polis yang berpangkat Brigidier Jeneral,Laksamana Pertama atau Senior Assisten Komisioner Polis (jeneral 1 bintang) tidak disediakan pegawai yang berjawatan Juruiring kepada mereka. Mana-mana yang mempunyai pegawai bawahan yang mengiringi mereka hanya disebut sebagai Pegawai Perhubungan atau Liason Officer(LO).
Bagi Ketua-ketua Jabatan Kerajaan berunifom yang lain seperti Ketua Pengarah Penjara dan Ketua pengarah Bomba juga tidak disediakan juruiring oleh pasukan mereka. Pegawai yang mengiringi mereka hanya dipanggil LO sahaja.
Menteri-menteri kabinet dan Menteri Besar serta Ketua Menteri juga tidak disediakan juruiring polis atau tentera. Mereka hanya diberi khidmat pengawal peribadi oleh pasukan polis.
[ Last edited by pilotMAS on 12-9-2003 at 08:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
pilotMAS This user has been deleted
|
Tugas-tugas sebagai Juruiring Rasmi Tentera atau Polis
Sebagai juruiring rasmi, seseorang itu bertugas mengiringi Orang Kenamaan atau Pegawai Kanan yang diiring dalam setiap masa bertugas, sama ada di pejabat,majlis peribadi atau majlis rasmi.
Seseorang itu perlu memakai pakaian samada pakaian awam atau pakaian rasmi tentera/polis mengikut kesuaiian majlis. Juruiring juga adalah penasihat pakaian kepada orang Kenamaan dan Pegawai kanan yang diiring.
Juruiring juga bertanggungjawap kepada segala hal-hal sulit dan peribadi kepada Orang Kenamaan atau Pegawai Kanan tersebut. Beliau juga bertindak sebagai pembantu peribadi kepada orang yang diiring.
Juruiring juga adalah petugas yang memastikan aturcara majlis yang bakal dihadiri oleh Kenamaan/pegawai Kanan yang diiringi beliau. Beliau bertindak dalam hal protokol majlis yang dihadiri oleh Kenamaan/Pegawai kanan beliau.
Juruiring juga secara tidak langsung bertanggungjawap akan hal-hal keselamatan diri Kenamaan/pegawai kanan yang beliau iringi.
Secara ringkasnya tugas sebagai juruiring ini adalah rangkuman tugas-tugas sebagai setiausaha peribadi dan pengawal peribadi kepada Orang Kenamaan dan pegawai kanan beliau. |
|
|
|
|
|
|
pilotMAS This user has been deleted
|
Ringkasan
Perjawatan sebagai Juruiring ini adalah selari dengan tradisi tentera dan polis dan ianya diterima pakai diseluruh dunia mengikut kesesuaian negara masing-masing.
Sebagai contoh, secara umumnya setiap ketua negara mempunyai juruiring mereka sendiri, tidak kira sama ada mereka itu Presiden Amerika Syarikat atau pun Presiden Repubik Indonesia.
Perjawatan sebagai juruiring ini selain dari memudahkan Orang Kenamaan/pegawai Kanan yang diiringi, ianya juga adalah keperluan perjawatan itu sendiri. Ianya akan terus menjadi sebahagian tradisi dan budaya pasukan tentera serta polis dan menjadi keperluan kepada protokol sesebuah negara tersebut. |
|
|
|
|
|
|
pilotMAS This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
juruiring ni macam bodyguard ker?
kena jaga keselamatan org tersebut ... macam jet li buat dlm citer [bodyguard from beijing] ? |
|
|
|
|
|
|
pilotMAS This user has been deleted
|
Originally posted by manusia biasa at 2003-9-12 09:01 PM:
kena jaga keselamatan org tersebut ... macam jet li buat dlm citer [bodyguard from beijing] ?
Tugas sebagai bodyguard tu hanya sebahagian sahaja dari tugas-tugas sebagai Juruiring atau ADC ni.
Selalunya VVIP utama macam SPB Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri tu.....seorang ADC/Juruiring lebih kepada tugas mengiring..manakala tugas menjaga keselamatan terletak kepada pengawal-pengawal peribadi VVIP tersebut. |
|
|
|
|
|
|
PETSISTER_No.12 This user has been deleted
|
Originally posted by pilotMAS at 12-9-2003 08:56 PM:
Ringkasan
Perjawatan sebagai Juruiring ini adalah selari dengan tradisi tentera dan polis dan ianya diterima pakai diseluruh dunia mengikut kesesuaian negara masing-masing.
Sebagai con ...
emmm..baru kita tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo juruiring pegawai kanan tu dia berfungsi macam PA kpd officer tu lah kan??? ye tak pilot????? |
|
|
|
|
|
|
pilotMAS This user has been deleted
|
Originally posted by letitbe at 2003-9-16 12:25 AM:
kalo juruiring pegawai kanan tu dia berfungsi macam PA kpd officer tu lah kan??? ye tak pilot?????
betoiiiiiiii!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ADC atau juruiring ini, jika tiada apa-apa tugasan,
mereka akan menghabiskan masa mereka
dengan tidur....kenkadang bila akak kejutkan
pun tak boleh nak buka mata. tapi bukan semua
cam tu. |
|
|
|
|
|
|
air-snipers This user has been deleted
|
camne yek nak mintak jadi juruiring depa ni hah? |
|
|
|
|
|
|
redzsham This user has been deleted
|
selalunye yg jadi juruiring ni tentera yang dah nak pencen kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by redzsham at 13/7/06 04:37 PM
selalunye yg jadi juruiring ni tentera yang dah nak pencen kan?
Tak semestinya, kadangkala di kalangan mereka nie naik pangkat berdesup-desup........
[ Last edited by yipun78 at 14-7-2006 09:49 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by xwo2gk at 13/7/06 09:25 PM
Alamak, silap quote lak.
Yip dah betulkan ayahanda ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sultan johor?
sultan Johor punyer juruiring(yg dari JMF tu) pangkat aper plak ?.. aku ni namer jer dari johor tapi tak beraper tau sangat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|