View: 2003|Reply: 3
|
Persiapan Jiwa pada bulan Ramadhan...
[Copy link]
|
|
Last edited by mbhcsf on 24-7-2012 11:42 AM \n\n Last edited by mbhcsf on 24-7-2012 11:40 AM \n\n Post Last Edit by zamkumis at 20-7-2012 10:25
Assalamualaikum,
Ramadhan bulan yang dinantikan, bulan yang dipenuhi rahmat, keberkatan dan keampunan. Dibulan ramadhan inilah kita diberi kesempatan untuk melatih diri kearah yang lebih baik, bulan ini adalah medan yang sangat sesuai, mudah mudahan apabila tamatnya ramadhan maka kita antara orang yang berjaya dengan cemerlang menempuh ujian. Terdapat tiga jenis orang dibulan puasa
1. Golongan umum, puasa golongan ini hanya menahan diri dari makan dan minum serta perkara lain yang membatalkan puasa sahaja.
2. Golongan khusus, puasa golongan ini bukan hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, bahkan pancainderanya juga turut berpuasa, lidah tidak menyebut kata-kata yang buruk dan sia-sia. Matanya tidak melihat perkara mungkar, telinga tidak mendengan umpatan, fitnah hiburan yg melalaikan, tangan, kaki dan sebagainya. Semuanya dijaga dengan teliti
3. Khusus daripada khusus: Puasa golongan ini puasa yang terbaik. bukan hanya berpuasa seperti golongan pertama dan kedua, malah lebih dari itu. Hati golongan ini turut berpuasa, maksudnya di sini, hatinya berpuasa dari niat-niat yang buruk. hati dijaga dengan rapi dari lintasan maksiat. apa yang ada dalam hatinya ialah zikrullah dan menuju tahap taqwa kepada-Nya. beginilah puasa yang dimiliki oleh para anbiya'..
Puasa golongan ketiga dan kedua dikira sebagai orang yang sangat berjaya dalam puasanya. Iaitu puasanya akan membentuk sikap dan kelakuannya setelah berakhir ramadhan. Seboleh bolehnya kita pilihlah puasa jenis ketiga, jika tidak mampu buat yang no2, jika tidak mampu juga yang pertama pun sudah melepasi syarat.
Inilah matlamat puasa, iaitu melatih diri supaya menjadi orang yang bertakwa, manakala takwa itu ialah sebaik-baik bekalan diakhirat nanti. Maksudnya dengan berpuasa bersungguh-sungguh akan melahirkan sifat takwa. Inilah peluang kita. Bila lagi? Marilah kita berazam dan membulatkan tekad untuk mendapatkan puasa sedemikian.
Cara untuk mendapatkannya terpulang kepada kita, namun ada lebih baik jika kita duduk dalam suasana yang menghampirkan kita kearah sedemikian, seperti dimasjid solat 5 waktu, tilawah Al-Quran, Terawih, qiamulail, berbuka dan bersahur di masjid. Dimasjid adalah suasana yang terbaik. Jika 11 bukan kita jauh dari masjid, 1 bulan ini kita khususkan diri kita. Jika masjid kita tidak ada suasana apasalahnya kita cari masjid yang sesuai..3-4 kilometer jauh dari rumah pun apa salahnya.
Satu lagi perkata yang penting, fikir kita kena jaga, dari fikir inilah akan menggerakkan tubuh badan kita. Fikiran perlu dijaga rapi. Juga adab-adab sunnah berkaitan puasa perlu diutamakan, Insyaallah semuga kita termasuk ke dalam golongan orang yang diredhai Allah.
Last edited by mbhcsf on 7-8-2012 11:16 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
this thread is good for reading, silalah baca ye. |
|
|
|
|
|
|
| |
|