Determined to make her own path in life, Princess Merida defies a custom that brings chaos to her kingdom. Granted one wish, Merida must rely on her bravery and her archery skills to undo a beastly curse.
Storyline
Set in Scotland in a rugged and mythical time, "Brave" features Merida, an aspiring archer and impetuous daughter of royalty. Merida makes a reckless choice that unleashes unintended peril and forces her to spring into action to set things right.Written by Walt Disney Pictures
FILEM animasi terbitan Disney jarang menghampakan, apatah lagi apabila dihasilkan produksi Pixar yang sebelum ini sudah membuktikan kejayaan filem animasi bermutu tinggi.
Untuk Brave, penonton bukan saja disajikan dengan kualiti animasi terperinci malah kisah menarik buat tatapan kanak-kanak. Secara kasar, plot Brave sangat mudah diterima dan ia cukup sifat dalam memberi mesej berguna.
Antara mesej jelas ialah berani menerima perubahan dan semangat kekeluargaan yang kuat. Rumusannya, sebuah filem animasi berteknologi tinggi tapi dengan sentuhan gaya klasik Disney.
Permainan emosi egoistik yang ditunjukkan dua karekter utama, Puteri Merida (Kelly Macdonald) dan ibunya, Ratu Elinor (Emma Thompson) cukup menarik paparkan jalinan kasih antara kedua-dua beranak itu pada permulaan cerita. Ia sekaligus memberi momen biasa hubungan anak dan ibu ketika si anak masih kecil; dimanjakan, diberi kasih sayang dan dibelai.
Tapi seperti remaja lain yang ada kala memberontak dan berasa terkongkong, Puteri Merida juga begitu. Walaupun dibesarkan dengan cara seorang puteri, dia berwatak kasar mengikut sikap bapanya, Raja Fergus. Apatah lagi apabila menerima sebatang busur sebagai hadiah hari jadi, Merida membesar sebagai gadis lasak.
Watak Merida dan Elinor sebenarnya agak tegang tapi mujur pengarah bijak menampilkan tiga watak adik Merida yang nakal dan sangat comel untuk mengurangkan ketegangan itu. Malah Fergus juga memainkan peranan penting menceriakan suasana sebagai lelaki ‘blur’.
Watak tiga ketua klan yang berbeza pemikiran dan sifat juga mengundang ketawa pecah perut penonton. Malah kisah legenda yang disorot sebagai pengikat keempat-empat pemimpin itu juga memberi pemahaman tersendiri buat penonton, bagaimana mereka bersatu.
Pun begitu, penonton mungkin kurang selesa dengan gaya bahasa dan loghat Scotland yang berbeza dengan loghat Inggeris kebiasaan. Walaupun ia tidak terlalu menyerlah, sekali sekala ia mungkin membantutkan pemahaman kanak-kanak.
Elemen 3D juga rasanya tidak perlu dalam filem ini kerana tidak banyak babak yang boleh menampilkan kerja kamera dan shot yang boleh diangkat untuk tujuan 3D. Mujurlah filem ini turut dipaparkan dalam imej 2D kebiasaan sebagai pilihan lain peminat filem Disney.
Jika disusun dengan kemas, Puteri Merida sebenarnya setara watak Disney lain seperti Cinderella, Snow White, Rapunzel dan Beauty. Boleh dikatakan Puteri Merida menambahkan koleksi itu.
Bezanya, watak gadis Disney lain lebih lemah lembut dan menemui cinta sejati dengan putera kacak, Merida mewakili sifat kebanyakan gadis remaja kini yang tidak gentar menempuh cabaran dan mencapai impian sendiri.
Secara jujur, filem ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jangan sekadar menonton Brave sebagai koleksi hiburan keluarga semata-mata tapi tontonlah ia dengan hati dan minda terbuka untuk mengajar anak-anak nilai kasih sayang dan keberanian sejati.
DATA
FILEM: Brave
ARAHAN: Mark Andrews, Brenda Chapman
PELAKON: Kelly Macdonald, Billy Connolly dan Emma Thompson
GENRE: Animasi
TAYANGAN: 28 Jun 2012
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari