Berikut adalah senarai persembahan peserta CI3 pada Spectacular 6
debab_78 - Tapi Bukan Aku (Cover Keris Patih) lutfi_akmal - Dance With My Father Again (Cover Luther Vandross) ddSulaeman - Coba (Cover Faizal Tahir) mrBriteSide - Nights In White Satin (Cover Moody Blues) slumber_sk8ter - The Song That Only I Can Sing (Cover Bada & Gil)
Lagu mana yang berjaya memikat hati juri dan pengundi ?
IDOL01 Saya tidak sepatutnya komen apa-apa tentang tone sebab itu adalah anugerah dari Tuhan. Apa yang penting sebagai penyanyi adalah bagaimana anda buat pilihan lagu agar tidak menyerlahkan kekurangan anda. Kekurangan anda adalah tone anda; sengau. Jadi, untuk meneutralkannya, anda sepatutnya pilih lagu-lagu upbeat dan pop. Walaubagaimana pun, anda kreatif dalam mencorakkan lagu. Tips; sengau boleh dikurangkan jika anda menyanyi menggunakan suara bulat yang datang dari perut dan bukan dari paru2.
IDOL02 Bijak dalam pemilihan lagu. Lagu balada sebegini amat sesuai dengan penyanyi yang mempunyai berat dalam suaranya. Cuma kalau boleh jangan terlalu bersahaja sangat dengan nyanyian anda. Lebih indah jika berat dalam suara dilembutkan sedikit. Daripada kedengaran seperti batu2 kerikil, cuba jadikan lembut sedikit seperti biji-biji Pearl Milk Tea, pejal tetapi masih lembut dan manis di mulut. Sebutan English juga bagus. Sudah layak jadi artis.
IDOL03 Kasihan, pasti susah nak cari minus one utk lagu ini. Kedengaran anda modify lagu asal utk menjadi minus one. Saya salah seorang fan dalam nyanyian anda. Saya kagum bila anda menyanyikan lagu-lagu nada tinggi seperti Keabadian Cinta dan Jar of Heart. Klimaks sekali. Jadi anda perlu tahu kekuatan anda adalah pada lagu bernada tinggi. Anda adalah seperti Jaclyn Victor versi lelaki. Sama standard seperti Azlan Typewriter. Saya rasa lagu ini tidak cukup tinggi untuk anda. Sepatutnya anda cuba exagerate lagu ini menjadi lebih tinggi pada bahagian-bahagian tertentu, atau naikkan 1-2 key daripada penyanyi asal. Baru lebih umph.
IDOL04 Oh, mengantuk sekali dengar lagu ini. Lagu mengantuk ditambah dengan suara yang tidak umph menyebabkan selera tidak terbuka. Tapi, saya perasan suara anda seperti sedang sakit, sebab dalam rakaman sebelum ini anda sering menyanyi dengan nada tinggi dengan solid, tapi kali ini nada tinggi awak kedengaran seperti pontianak merintih. Nasihat saya, sayangilah peti suara anda setiap kali bercadang nak nyanyi high note. Kalau sakit tekak, jangan dipaksa. Walau bagaimanapun, sebutan english sangat bagus. Antara yang terbaik di antara Idol2 yang bertanding.
IDOL05 Oh, macam lagu Anime pulak bila dengar intro. Bila masuk suara, laaa lagu Korea kah? Sepatah haram tak paham, so sorry takleh komen sebutan. Tone suara comel sangat, macam Juara Cari Idol 1. Feeling ada, transition from real voice to head voice pun bagus. Cuma kena polish lagi ye dik.