View: 8794|Reply: 22
|
rabu 6 jun; gerhana bulan separa; venus transit melintas matahari
[Copy link]
|
|
Jumaat Jun 1, 2012
Gerhana Bulan Separa & Transit Planet Zuhrah Melintasi Matahari Minggu Depan
KUALA LUMPURL: Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak minggu depan iaitu gerhana bulan separa pada Isnin dan transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu.
Yang Dipertua Persatuan Falak Syari Malaysia Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib.
"Fenomena transit planet Zuhrah pula amat menarik. Pada 6 Jun 2012, Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Beliau berkata dengan menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi penapis suria, orang ramai boleh melihat satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari.Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.
Syed Kamarulzaman berkata sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari. -BERNAMA
ni ler masanyer dapat tengok venus jelas lagik... venus ni kira mcm twin earth ler... size hampir sama cuma dia sangat ler panas...
mcm kata bananarama:
i'm your venus
i'm your fire
at your desire... hah!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penomena transit zohrah / venus transit Phenomena
In all of recorded history, records of a total of 6 transits of Venus that have been observed (1639, 1761, 1769, 1874, 1882 and 2004)
Jerimiah Horrocks and Willam Crabtree (two British astronomers who were friends) have the honour of being the first humans known to have seen Venus transit. Horrocks found and improved Kepler’s earlier predictions, and both men successfully observed the 1639 transit from Northern England (in December!).
Ada bberapa kaedah yg selamat untuk melihat transit ini.Transit bleh diamati dengan mata kasar kerana Zohrah mampu dilihat tanpa mengunakan teleskop atau binokular ...ya tanpa bantuan telekop atau binokular ..ckop hnya kedua belah bijoikmata .dan ia akan kelihatan satu titik gelap atau "taek lalat".Transit zohrah, fenomena ini sebonarnya hampir sama ngan gerhana matahari. Jika pda gerhana matahari,.. bulan terlihat.. melintasi di depan matahari, maka ntuk peristiwa ini yang melintas di depan matahari adalah ..planet zohra . prosesnya sama tetapi pelakunya tak sama.kenapa disebut dengan transit kalau proses terjadinya sama dengan gerhana matahari??. Jawabannya karena planet zohra hanya terlihat sangat tecil ,ketika melintas di depan matahari. Berbeda dngan bulan yang kadang-kadang bernapsu menutopi seluruh muker matahari ketika gerhana matahari total terjadi,jadi..pabila penomena ni brlaku..maka olah2.."taek" lalat yg menempel di muker |
|
|
|
|
|
|
|
awal pagi tadi masa kuar gi keja aku tengok bulan teramat la besar nya.. tapi tak bercahaya terang.. kelam ajer.. mungkin sbb jerubu kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gerhana bulan separa di Asia
SYDNEY – Fenomena gerhana bulan separa pertama pada tahun ini dapat dilihat oleh kebanyakan orang di sebahagian kawasan di Asia.
Di Australia dan timur Jepun, fenomena itu dapat dilihat apabila bumi bergerak antara bulan dan matahari sehingga meninggalkan satu bayang-bayang kelabu.
“Ia kelihatan agak ganjil kerana keadaannya tidak seperti bulan sabit normal. Ia seperti satu gigitan yang dikeluarkan daripada bulan,” kata Jonti Horner dari Jabatan Astrofizik, Universiti New South Wales, Sydney.
Sementara itu, beratus-ratus orang yang membanjiri Planetarium Negara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan fenomena itu kecewa kerana ruang angkasa dilitupi awan.
Namun, orang ramai di Jakarta bertuah kerana cuaca ketika itu begitu baik dan memberi peluang mereka melihat fenomena tersebut selama 90 minit.
“Ia merupakan sesuatu yang amat menarik kerana anda tidak akan melihat gerhana seperti ini pada setiap tahun,” kata seorang anggota sebuah kelab astronomi, Ichshan Ramadan.
– AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Venus Transit 0915 AM 6-6-2012 |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa... tak sempat nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
imej kat #5 tu amik kat area mana? kalau pagi tadi dalam waktu yang diambil pada jam 915..titik hitam tu ada kat belah kiri...sebab aku cerap dari kul 830 hingga 930 titik hitam tu ada sebelah kiri...nie imej dari negara lain kot...sesapa ada imej rantau asia? |
|
|
|
|
|
|
|
menarik!! entah bila lg akan jd.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|