View: 9833|Reply: 13
|
hasil duit dari kerja sampingan yang haram.
[Copy link]
|
|
Salam..
Saya nak tanya, hasil pendapat yg haram, macam mana nak bersihkan balik?
Contohnya, sorang laki ni kerja makan gaji, then orang atasan die ni selalu berjudi, minum arak.
dia x berjudi, tapi dia tolong kira hasil judi dalam permainan tu, and dia tolong tuang arak dekat orang atasan tu.
bagi saya, secara tak langsung hasil gaji dia atas 'kerja tambahan' dia ni adalah haram.
macam mana nak bersihkan balik so that gaji nya dapat keberkatan? bayar zakat? dermakan pada siapa2?
sesiapa tolong bg pencerahan please. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# mitchyan
waalaikumsalam
Adakah harta yang haram boleh dimanfaatkan?
Ulama’ bersepakat bahawa dari segi hukum warak dan ihtiyat, sesuatu
harta haram perlu dilupuskan dengan cara bersedekah dan kaedah-kaedah
lain yang ditetapkan hukum syarak. Tetapi untuk dimanfaatkan oleh
si pemiliknya (harta haram yang dimiliki), terdapat pendapat tentang
keharusannya, sama ada dimanfaatkan ketika biasa atau ketika darurat.
Umumnya kaedah memanfaatkan harta tersebut adalah bergantung
kepada jenis harta haram tersebut.
A. Harta yang haram seperti hasil pelacuran, riba dan sebagainya.
Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa harta yang diperolehi
secara haram seperti harta riba berubah menjadi halal dan tidak
perlu dipulangkan semula kepada tuannya dan tidak wajib
disedekahkan selepas bertaubat, sekalipun harta itu jelas berada
di tangannya pada waktu itu. Antara yang berpendapat demikian
ialah Imam Ibnu Qayyim dan Imam Ibnu Taimiyyah. Di dalam
kitab Tafsir Ayat Usykilat, Ibnu Taimiyah berkata:
وتارة يقبض مع علمه بأن ذلك محرم.
Terjemahan:
Kadang-kadang orang Islam memperoleh (harta yang haram)
sedangkan dia mengetahui bahawa ia adalah haram.
Beliau turut memberikan pandangan bahawa orang Islam boleh
memiliki harta haram selepas bertaubat.
والكافر إذا قبضه لكونه قد تاب فاملسلم أولى بطريق األولى، والقرآن يدل
َف{ وهذا
َ
ُه َ م َ ا سل
َ
ِه َ ف َ انتَهَى َ فل
ِّ
َم َن ج َاءُه َ مْوِعَظٌة ِّ م َّن رب
على هذا بقوله:}َف
عام في كل من جاءه موعظة من ربه فقد جعل اهلل له ما سلف، ويدل على
ََّ
اهلل
ْ
َّ اتُقوا
ْ
َّ ِذ َين َ آمُنوا
ُّيَها ال
َ
أن ذلك ثابت في حق املسلم ما بعد هذا: } َيا أ
َبا{ فأمرهم بترك ما بقي، ولم يأمرهم برد ما قبضوه،
ِّ
َي ِ م َن الر
َ م َ ا ب ِق
ْ
َوَذُروا
ِ{ واهلل يقبل التوبة
َّ
َى اهلل
ُه ِ إل
ُ
ْمر
َ
َف َ وأ
َ
ُه َ م َ ا سل
َ
فدل على أنه لهم مع قوله:} َفل
عن عباده، فإذا قيل: هذا مختص بالكافرين، قيل: ليس في القرآن ما
َف{
َ
ُه َ م َ ا سل
َ
ِه َ ف َ انتَهَى َ فل
ِّ
َم َن ج َاءُه َ مْوِعَظٌة ِّ م َّن رب
يدل على ذلك، إمنا قال: }َف
وهذا يتناول املسلم بطريق األولى.
Terjemahan:
Orang kafir yang masuk Islam dan bertaubat boleh memiliki harta
yang haram. Oleh itu, orang Islam lebih utama untuk memilikinya
(harta haram). Al-Quran memberikan petunjuk ke arah ini dengan
firmannya: “Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan
(larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman
itu) adalah menjadi haknya”. Ayat ini umum merangkumi semua
manusia yang telah mendapat peringatan daripada Tuhannya dan
Allah memberikan hak pemilikan kepadanya apa yang (diperoleh
olehnya) pada masa lalu. Di antara dalil yang menunjukkan
bahawa (maksud ayat ini) juga (sabit dan) merangkumi orang Islam
4 sumber yang haram 83 1/24/11 2:46 PM84
Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010
(dan bukan sahaja orang bukan Islam) ialah ayat selepas itu (yang
berbunyi): “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu
kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba
(yang masih ada pada orang yang berhutang) itu”.(Dalam ayat ini)
Allah memerintahkan supaya tidak menuntut saki baki riba (yang
ada di tangan penghutang) dan ayat ini tidak memerintahkan supaya
memulangkan apa yang telah diperoleh. Dalil yang menunjukkan
bahawa perolehan lepas adalah miliknya ialah firman Allah SWT:
“Maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman
itu) adalah menjadi haknya”. Jika ada yang berkata bahawa: ayat ini
khusus kepada golongan kafir yang masuk Islam, maka (kenyataan
ini dijawab): tidak ada ayat yang menunjukkan (pengkhususannya
kepada kafir yang masuk Islam). Bahkan Allah berfirman: “Oleh
itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang
telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi
haknya”. Ayat ini lebih utama untuk merangkumi orang yang Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekalipun Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ Fatawa mempunyai dua
pendapat yang bertentangan iaitu yang pertama wajib disedekah atau
dipulangkan harta yang diperolehi secara harta haram kepada tuannya,
menurut pandangan kedua beliau di dalam kitab yang sama, beliau
menyatakan pengusaha boleh memiliki hasil haram tersebut. Dalam kitab
Tafsir Ayat Usykilat, beliau turut menegaskan harta haram boleh dimiliki
oleh pengusahanya sebagaimana yang dinyatakan dalam Majmu’ Fatawa.
Ijtihad beliau dalam tafsir tersebut dianggap sebagai pendapat muktamad
Ibnu Taimiyyah kerana kitab tafsir tersebut ditulis selepas kitab Majmu’
Fatawa, bahkan ia dianggap sebagai kitab karangan beliau yang terakhir
yang ditulis di penjara Qal‘ah di Damsyik sebagaimana yang difahami
daripada tulisan Ibnu Al-Hadi di dalam kitab ‘Uqud al-Durriyyah.
2
B. Hukum keuntungan daripada modal harta yang haram.
Sebagai contoh, seseorang merompak wang sebanyak RM10,000.00.
Kemudian RM10,000.00 ini diniagakan sekian lama secara halal
sehingga keuntungannya bertambah menjadi RM25,000.00. Jika
ia bertaubat, maka ijmak menyatakan bahawa RM10,000.00
tersebut mesti dipulangkan kepada mangsa, jika tidak mampu,
maka dipulangkan kepada keluarganya, jika tidak mampu, maka ia
mesti disedekahkan.
Tetapi timbul persoalan, adakah keuntungan sebanyak
RM15,000.00 yang diperolehi daripada wang haram (hasil
rompakan) RM10,000.00 boleh diambil oleh perompak atau
ia perlu dipulangkan kepada mangsa rompakan atau ia mesti
disedekahkan? Ulama berselisih pendapat tentang hukum
pemilikan hasilan keuntungan atau perolehan daripada modal yang
haram kepada empat pendapat:
i. Mazhab Hanafi
3
dan satu riwayat daripada Imam Ahmad
4
:
Untung dan perolehan tersebut tidak boleh dimiliki oleh
perompak dan orang yang dirompak, bahkan ia wajib diderma
dan disedekahkan.
ii. Mazhab Maliki
5
: Jika hasil tersebut terhasil melalui usaha
daripada perompak seperti perompak memperniagakannya,
maka perompak tersebut berhak memiliki hasil tersebut.
Jika hasilan itu terjadi dengan sendiri tanpa usaha daripada
perompak tersebut seperti susu yang banyak yang keluar
daripada lembu yang dirompak, maka ia dimiliki oleh mangsa
rompakan. Tetapi mazhab Maliki berpendapat bahawa, hasil
itu tidak boleh dimiliki sehinggalah ia memulangkan jumlah
asal rompakan kepada mangsa.
6
iii. Mazhab Syafi’i
7
dan Hanbali
8
: Keuntungan dan pulangan itu
menjadi milik mangsa, bukan milik perompak.
iv. Satu riwayat daripada Imam Ahmad
9
yang ditarjihkan oleh Ibnu
Taimiyah
10
dan Ibnu Qayyim11
: Hasil tersebut dimiliki bersama
oleh perompak dan mangsa rompakan secara musyarakah.
Berdasarkan pandangan-pandangan di atas jelas bahawa hasil yang
haram tidak perlu dilupuskan dengan cara bersedekah sahaja tetapi
pengusahanya boleh mengambil hasil tersebut. Jika kekhilafan ini boleh
berlaku bagi harta haram yang tidak dimiliki (harta hasil rompakan
kerana pada asalnya ia merupakan milik mangsa), maka harta haram yang
dimiliki oleh sesiapa sahaja adalah lebih utama untuk dikiaskan. Bahkan
pendapat yang menyatakan bahawa hasil daripada harta yang haram
boleh dimiliki sebagaimana pendapat mazhab Maliki dan sebahagian
mazhab Hanbali termasuk satu riwayat daripada Imam Ahmad adalah
bersandar kepada nas yang kuat.
Antaranya ialah tindakan Saidina Umar terhadap dua anaknya
Ubaidillah dan Abdullah,
12
di mana Abu Musa Al-Asyari memberikan
pinjaman kepada kedua-duanya sebanyak 200 ribu dirham daripada
harta fai’. Wang itu telah berkembang sehingga menjadikan jumlahnya
sebanyak 800 ribu dirham. Apabila Saidina Umar mendapat tahu, beliau
mengarahkan keseluruhan wang itu dipulangkan ke baitulmal dengan
alasan harta itu diperoleh secara tidak benar kerana harta fai’ adalah
harta orang ramai yang tidak boleh dimiliki secara khusus oleh keduaduanya. Anaknya Ubaidillah berkata kepada ayahnya Saidina Umar:
“Harta ini tidak halal buat engkau (untuk dipulangkan ke baitulmal
keseluruhannya), kerana jika harta ini mengalami kemerosotan atau
rosak (atau hilang semasa berada di tangan kami), maka kami wajib
menggantikannya. Kenapa kami diwajibkan menanggung ganti rugi
(jika hilang atau merosot) sedangkan kami tidak boleh memiliki hasil
keuntungannya (apabila ia berkembang)? Saidina Umar tergamam
sebentar apabila mendengar kata-kata anaknya. Sebahagian sahabat
memberikan cadangan kepada Saidina Umar supaya keuntungan itu
dibahagikan berasaskan mudharabah, di mana keuntungannya dibahagi
dua antara anak-anak Saidina Umar dan baitulmal. Akhirnya Saidina
Umar bersetuju dengan pandangan ini.
Kisah ini diambil iktibar oleh golongan fuqaha justeru keputusan
Saidina Umar tadi disokong oleh sahabat yang lain.
13
Ia boleh dianggap
sebagai ijmak para sahabat tentang keharusannya. Oleh itu, berdasarkan
huraian di atas, terdapat pandangan dalam Mazhab Maliki yang
mengharuskan bermuamalah atau mengambil harta yang haram. Ini
membuktikan bahawa hasil daripada sumber yang haram bukanlah
haram digunakan secara mutlak, bahkan ia boleh digunakan mengikut
dan mestilah berpandukan kepada garis panduan tertentu.
http://www.islam.gov.my |
|
|
|
|
|
|
|
Individu yang sumber pendapatannya adalah haram tetapi
untuk tujuan transaksi yang halal
Sememangnya hasil yang diperoleh daripada sumber yang haram
adalah haram sekalipun perbuatannya mungkin dikategorikan
halal. Perbuatan atau pekerjaan yang halal apabila secara langsung
menyumbang kepada wujudnya transaksi atau perbuatan haram
maka hukumnya juga adalah haram seperti individu-individu yang
mendapat pendapatan daripada sumber yang haram seperti bekerja
di syarikat arak, syarikat judi, bank konvensional dan syarikat
insurans konvensional.
Sebagai contoh, pemandu lori yang bekerja di syarikat arak,
tugasnya adalah untuk menghantar arak ke serata tempat. Meskipun
kerja memandu itu asalnya adalah halal, namun begitu, hukumnya
bertukar menjadi haram disebabkan perkhidmatan tersebut secara
langsung menyumbang kepada sesuatu yang haram. Pada masa yang
sama, hasil usaha dan kerjanya yang haram tadi ingin dilibatkan
dalam institusi kewangan Islam, seperti membuka akaun peribadi,
memohon pembiayaan rumah, pembiayaan kereta, melabur dalam
akaun pelaburan Islam dan seumpamanya. Persoalan di sini ialah,
adakah harus atau tidak wang perolehan tersebut dijadikan dana
oleh institusi kewangan Islam? Haruskah bank memberikan
pembiayaan seperti pinjaman perumahan kepada individu yang
bekerja di syarikat arak? Dalam hal ini terdapat dua pendapat di
kalangan penasihat-penasihat syariah berkenaan hukum menerima
dana daripada individu yang sumbernya adalah haram |
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan yang mengatakan harus bermuamalat dengan sumber
yang haram
Sebahagian besar institusi kewangan Islam dan penasihat-penasihat syariah
khususnya di Timur Tengah berpendapat ia adalah harus.
14
Sebahagian
besar golongan yang mengharuskan ini bukan sahaja mengharuskan
bermuamalat dengan individu yang sumber pendapatannya haram bagi
tujuan umum mereka, tetapi juga mengharuskan institusi kewangan
Islam bermuamalat dengan syarikat-syarikat haram khususnya institusi
kewangan konvensional, dalam dan luar negara Islam. Antara dalil
pendapat pertama ini ialah Al-Quran, sunnah, qiyas dan akal.
a. Al-Quran, iaitu Firman Allah SWT:
Terjemahan:
... dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa
perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) ...
(Al-An’am (6):164)
Ayat ini menunjukkan bahawa, pekerjaan pertama yang haram
tidak boleh dikaitkan dengan pekerjaan yang kedua yang halal iaitu
mudharabah, salam dan seumpamanya yang tidak ada kaitan secara
langsung dengan pekerjaan haram yang pertama seperti riba, arak
dan seumpamanya.
15
Oleh itu, kesalahan hasil pekerjaan pertama
yang haram (iaitu pekerjaan riba, arak dan sebagainya) tidak boleh
disabitkan dengan pekerjaan yang kedua yang halal iaitu penglibatan
dalam pelaburan yang halal seperti mudharabah dan musharakah
Garis pemisahan antara kerja pertama dengan kerja yang kedua ialah
kontrak kerja yang pertama tidak mempunyai kaitan secara langsung
dengan kontrak kerja yang kedua. Oleh itu, sumber kepada deposit
yang haram seperti deposit daripada pekerja kilang arak, deposit
daripada pekerja bank riba boleh diterima kerana sumber haram
tersebut berlaku sebelum permulaan kontrak baharu yang halal,
iaitu menerima modal mudharabah, wadi‘ah yad dhamanah dan
seumpamanya. Dengan kata lain, permulaan kontrak transaksi yang
halal sehinggalah kepada pengakhiran kontraknya tidak dimasuki
unsur-unsur yang haram. Mudharabah sebagai contoh, bermula
daripada ikatan kontrak menerima modal sehinggalah kepada
pengagihan keuntungan hendaklah tidak dimasuki unsur haram.
Jika ada unsur haram yang melibatkan transaksi lain sebelum
kontrak, atau selepas tamatnya kontrak, ia dianggap sebagai dosa
dan kesalahan orang lain yang tidak boleh dikaitkan dengan
kontrak yang halal tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Terjemahan:
Barirah telah diberikan daging. Rasulullah SAW datang dan bekas
masakan berada di atas dapur. Lalu Nabi Muhammad SAW
dihidangkan dengan roti dan lauk yang sedia ada di rumah (tanpa
daging tersebut). Rasulullah SAW bertanya: “Bukankah tadi saya
melihat ada bekas masakan di atas dapur yang di dalamnya ada
daging?” Mereka menjawab: “Ya, ada wahai Rasulullah. Daging (itu
ialah daging) yang disedekahkan kepada Barirah. Kami rasa tidak
senang untuk memberikan daging tersebut kepada kamu (kerana
Baginda tidak harus menerima sedekah). Lalu Nabi SAW menjawab:
Pemberiannya kepada Barirah ialah sedekah, dan pemberian Barirah
kepada kita ialah hadiah.
16
Hadis ini menunjukkan bahawa, perubahan pemilikan turut
membawa kepada perubahan hukum sekalipun ‘ain (daging)
adalah sama.
17
Dengan kata lain, sepatutnya daging sedekah yang
diberikan kepada Barirah haram dimakan oleh Nabi Muhammad
SAW kerana Nabi diharamkan menerima dan memakan sedekah.
Tetapi, hakikatnya daging tersebut sudah berubah milik daripada
Barirah kepada Nabi Muhammad SAW, dan pemindahan milik ini
seumpama kontrak kedua (hadiah Barirah kepada keluarga Nabi
Muhammad SAW) yang tiada kena-mengena dengan kontrak
pertama (sedekah kepada Barirah). Justeru, Nabi Muhammad SAW
menyangkal sangkaan isterinya bahawa daging tersebut haram
dimakan oleh Nabi kerana ia daging sedekah. Sebaliknya apabila
daging tersebut berpindah milik daripada Barirah kepada keluarga
Nabi maka ia dinamakan hadiah.
Sebagai tambahan, perbezaan antara sedekah dan hadiah ialah
sedekah diberikan kepada golongan miskin kerana kemiskinannya,
manakala hadiah diberikan atas dasar persahabatan dan ukhuwwah,
bukan kerana kasihan dan seumpamanya. Berpandukan hadis
ini, perpindahan wang haram yang dimiliki oleh pekerja
bank konvensional, pekerja di kilang arak atau seumpamanya
menjadikan hukumnya berubah setelah pemilikannya berpindah
melalui kontrak baharu seperti deposit modal mudharabah dan
seumpamanya.
c. Kaedah fiqh
Daripada hadis di atas, mazhab Hanafi meletakkan kaedah yang
berbunyi:
تبدل امللك موجب لتبدل العني حكما مع أن العني واحد.
Terjemahan:
Perpindahan milik memestikan perubahan ‘ain dari sudut hukum
sekalipun ‘ainnya adalah sama.
18
Kaedah ini bermaksud, sekalipun pemilikan awalnya adalah haram
kerana sumbernya adalah haram, tetapi dengan perubahan milik
sesuatu ‘ain menjadikan hukumnya berubah sekalipun ‘ainnya
adalah sama. Tuntasnya, tidak dinafikan sumber kepada pekerjaan
di syarikat judi, syarikat arak, syarikat riba dan seumpamanya
adalah haram dari sudut syariat. Tetapi apabila duit yang haram
tadi bertukar milik seperti diserahkan duit tadi kepada seorang
penjual kerana membeli barang, atau diserahkan kepada peniaga
untuk memesan barangan (akad salam), atau diserahkan kepada
pekerja untuk diusahakan (mudharabah), maka hukumnya
kontrak-kontrak tersebut adalah halal kerana pemilikannya sudah
bertukar tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hal ini, kaedah tadi membawa maksud bahawa sekalipun
‘ain (iaitu wang) ialah wang yang sama, tetapi ia tetap berubah
menjadi halal disebabkan pertukaran tangan. Di dalam kitab
Talwih ada disebutkan:
Terjemahan:
Dan sesungguhnya syariat menghukumkan sesuatu sebagai halal,
haram dan seumpamanya sebenarnya tertakluk kepada pemilikan,
bukan kepada zatnya.
19
Ini bermaksud, duit riba yang dimiliki oleh seseorang, sebenarnya
pengharamannya adalah dari sudut cara pemilikannya (diperoleh
secara riba), bukan zat duit itu sendiri. Oleh itu, apabila zat duit
itu berpindah tangan, maka ia kembali kepada hukum asal, iaitu
halal. Kaedah ini mempunyai hubungan kait dengan ayat di atas,
iaitu pemilik kedua yang memperoleh wang pemilik pertama yang
haram tidak menanggung dosa pemilik yang pertama kerana ia tiada
hubung kait secara langsung dengan usaha pemilikan pihak pertama.
d. Qiyas
Keharusan bermuamalat dengan pihak yang pendapatannya
daripada sumber yang haram dikiaskan kepada keharusan
bermuamalat dengan golongan bukan muslim di dalam dan di luar
negara Islam. Jika bermuamalat dengan seseorang yang sumbernya
adalah haram, nescaya seseorang muslim tidak diharuskan berurus
niaga dengan bukan muslim yang berniaga arak atau khinzir di
dalam atau di luar negara Islam disebabkan sumber pendapatannya
adalah haram. Setakat kajian ini, sebenarnya tiada larangan yang
disebutkan di dalam kitab fekah yang dikenakan ke atas seseorang
muslim bermuamalat dengan golongan bukan muslim sekalipun
jelas sumber mereka adalah haram.
e. Akal
Meletakkan syarat mengambil deposit untuk kontrak wadi‘ah atau
mudharabah atau seumpamanya bererti menambah syarat yang
baharu yang tidak pernah pun disebut dan diletakkan oleh manamana ulama di dalam kitab-kitab fekah dahulu dan sekarang.
Sebagai contoh, apabila kita melihat syarat modal (ra’s al-mal) di
dalam bab mudharabah, syarat sumber wang mestilah halal tidak
dinyatakan di dalam bab ini.
Jika bermuamalat dengan seseorang yang haram sumber
pendapatannya tidak dibenarkan sama sekali, maka wang dan harta
yang haram akan bertambah dan yang halal semakin mengecil dan
menguncup. Ini kerana, wang halal semestinya boleh berubah
menjadi haram seperti seseorang penternak ayam melaburkan hasil
ternakannya dalam perniagaan khinzir.
Apabila hasil yang haram tadi tidak akan dapat dibersihkan sama
sekali, ini akhirnya akan menjadikan duit dan harta haram semakin
banyak, manakala duit dan harta yang halal semakin sedikit. Nescaya harta
orang yang baharu masuk Islam pun tidak akan dapat dibersihkan selepas
mereka masuk Islam. Justeru, ayat dan kaedah yang dinyatakan sebelum
ini memberikan ruang kepada harta yang haram untuk dibersihkan
semula di samping duit yang halal juga boleh berubah menjadi haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan yang tidak mengharuskan bermuamalat dengan sumber
yang haram
Selain itu, terdapat pendapat yang tidak mengharuskan bermuamalat
dengan golongan yang sumber pendapatannya haram seperti menerima
dana pelaburan, deposit dan seumpamanya daripada golongan atau
syarikat yang sumbernya tidak halal. Antara dalil pendapat yang kedua
ini adalah seperti berikut:
a. Mengelakkan daripada terjebak dalam perkara yang haram. Firman
Allah SWT:
Terjemahan:
... dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan ...
(Surah al-Maidah (5):2). |
|
|
|
|
|
|
|
Jika pihak pengusaha menerima wang daripada golongan di atas
untuk diniagakan atau dikembangkan, ini bermaksud pihak
pengusaha turut terlibat dengan kemaksiatan dan dosa. Perkara ini
dilarang berpandukan firman Allah SWT di atas.
Berdasarkan kepada situasi golongan yang sumber pendapatannya
haram yang telah dijelaskan sebelum ini, jika institusi kewangan
Islam tidak menerima wang mereka, secara tidak langsung aktiviti
yang haram akan berkembang. Ini berlaku apabila wang mereka
tidak diterima oleh institusi kewangan Islam, maka mereka akan
pergi kepada kewangan konvensional. Sekiranya perkara ini berlaku,
ia akan menyumbang kepada kewujudan dua perkara haram iaitu:
i. menjadikan pelanggan (golongan yang sumber pendapatannya
haram) terlibat dengan riba apabila institusi kewangan Islam
tidak menerima wang mereka. Penolakan ini sebenarnya
menjadi sebab peserta tadi akan terlibat dengan perbankan riba
sedangkan ia boleh mengelaknya dengan menyertai institusi
kewangan Islam, dan
ii. menguatkan lagi perbankan riba melalui dana-dana yang
bersumberkan haram tadi. Ini akan menyumbang kepada
perkembangan dana institusi kewangan konvensional. Sikap
institusi kewangan Islam dengan fatwa haram ini, secara langsung
atau tidak langsung, akan membantu mempertingkatkan dana
bank konvensional itu sendiri.
Kesannya, menolak penglibatan mereka dalam institusi kewangan
Islam secara mutlak akan membantu perkembangan perkara yang haram,
melebihi membantu mereka dengan menerima deposit dan sebagainya
(jika diandaikan benar pendapat yang berpendapat demikian).
b. Gesaan Al-Quran supaya sumber pendapatan adalah halal dan baik
ا )
ً
.( طيب
Ini berpandukan kepada firman Allah SWT:
Terjemahan:
Wahai sekalian manusia! makanlah apa yang ada di bumi yang halal
lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana
sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi
kamu.
(Surah al-Baqarah (2):168)
Ayat ini menggesa supaya orang ramai memakan harta yang halal
dan baik. Disebabkan harta yang bersumberkan haram adalah
harta yang tidak baik, maka sayugia untuk tidak dibenarkan
mengambilnya sebagai deposit dan sebagainya daripada sumber
yang tidak baik, sebagai menyahut seruan ayat di atas.
Hujah ini dijawab: maksud halal dan baik di dalam ayat ini ialah,
suci, bersih dan tidak diharamkan. Ini sebagaimana yang ditafsirkan
oleh ulama tafsir seperti tafsir Al-Tabari
20
dan sebagainya. Selagi
mana syariat membenarkan untuk bermuamalat dengan golongan
yang bersumberkan pendapatan yang haram bagi tujuan dan
transaksi yang halal, maka selama itu ia masih dianggap sebagai
halal dan baik (tayyiban). |
|
|
|
|
|
|
|
Bersikap warak dan ihtiyat.
Hujah ketiga golongan yang mengharamkan adalah untuk bersikap
wara’ dan ihtiyat, iaitu cuba menjauhi perkara yang syubhah dan
meragukan. Sabda Rasulullah SAW:
َه ِ ات َ وَق َع ِ في
ُ
ِضِه َ وَم ْن َ وَق َع ِ ف ُّ ي الشب
ْ
َ ِ ل ِد ِينِه َ وِعر
أ
َ
ر
ْ
اسَتب
َه ِ ات ْ
ُ
َم ْن َّ اتَق ُّ ى الشب
َف
ام
ِ َ
الر
َ ْ
Terjemahan:
Sesiapa yang menjaga (menjauhi) perkara syubhah (kesamaran),
maka ia telah menyelamatkan agama dan maruahnya. Dan sesiapa
yang terjatuh di dalam (melakukan) perkara syubhah, sama seperti ia
terjatuh di dalam (melakukan) perkara yang haram.
21
Hujah ini dijawab dari dua sudut:
i. Menerima dana dari sumber yang tidak halal diharuskan dengan
jelas oleh nas yang telah disebutkan di atas. Justeru itu, ia tidak
termasuk di dalam kategori syubhah yang dimaksudkan oleh
hadis.
ii. Golongan kedua yang tidak bersetuju mengambil pendekatan
membenarkan beralasankan ihtiyat, iaitu bimbang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Syariat. Tetapi sebenarnya, realiti ini berada di dua persimpangan, iaitu bimbang
menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Syariat dan
bimbang mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Syariat.
Bila berada di dua persimpangan ini, maka berihtiyat dengan
menghalalkan lebih utama dan lebih baik daripada berihtiyat
mengharamkan. Ini berdasarkan kaedah: Tersalah di dalam
menghalalkan yang haram lebih baik daripada tersalah di dalam
mengharamkan yang halal.
22 |
|
|
|
|
|
|
|
Tarjih
Setelah meneliti dalil-dalil yang berkaitan sebagaimana yang disebutkan
di atas, maka adalah harus untuk institusi kewangan Islam bermuamalat
dengan individu yang sumber pendapatannya haram. Ini berdasarkan
kepada alasan berikut:
a. Berdasarkan dalil yang kuat yang dikemukakan oleh golongan
pertama yang mengharuskan.
b. Bertujuan mengelakkan daripada memberikan sumbangan secara
tidak langsung kepada perkembangan dana institusi kewangan
konvensional dengan sikap institusi kewangan Islam yang tidak
menerima dana daripada sumber yang tidak halal (sedangkan ia
tidak dilarang oleh nas).
c. Dalil-dalil mereka yang mengharamkan secara mutlak ialah dalil
umum manakala dalil yang mengharuskan ialah dalil yang khusus.
Sesuatu yang umum sekalipun dengan ribuan dalil, apabila datang
satu sahaja dalil yang khusus, maka hukumnya akan berbeza.
Apabila sesuatu perkara sudah dikhususkan dengan sesuatu dalil,
maka ia tidak boleh diumumkan semula dengan dalil-dalil umum.
Sebagai contoh, jahalah ialah satu elemen yang dilarang di
dalam muamalat Islam. Kewujudan jahalah di dalam sesuatu transaksi
menjadikannya haram. Memesan barangan tanpa menetapkan sifatnya,
menempah barang tanpa ditentukan harganya, membeli barangan yang
tidak wujud pada waktu akad dan seumpamanya adalah diharamkan
justeru terdapat jahalah. Tetapi hukum jahalah dikecualikan dalam isu
keuntungan mudharabah bahkan jahalah diwajibkan dalam bab ini.
Justeru itu, tidak boleh digunakan alasan ‘mengelakkan jahalah’, iaitu dalil
umum dalam bab muamalat untuk diaplikasikan dalam kes mudharabah
bagi membolehkan pekerja (bank) menjanjikan keuntungan up-front.
Contoh lain ialah istisna’ dan salam. Banyak hadis melarang orang
berjual beli sesuatu yang tidak wujud sewaktu akad berlangsung. Ini
ialah kaedah umum yang digunakan dalam muamalat. Tetapi cukup
dengan satu dalil yang kuat mengharuskan jual beli secara istisna‘ dan
salam sekalipun barang atau subject matter tidak wujud sewaktu akad
istisna‘ dan salam itu dibuat. Maka dalam keadaan subject matter tidak
wujud, tidak boleh menggunakan hujah bersandarkan kepada sabda
Nabi Muhammad SAW: “Jangan kamu jual sesuatu yang kamu tidak
ada” untuk mengharamkan istisna’ atau salam.
Sama juga dalam isu ini, dalil yang dikemukakan oleh golongan yang
tidak membenarkan secara mutlak bermuamalat dengan individu yang
sumber pendapatannya haram adalah dalil umum berkaitan penglibatan
secara langsung orang Islam yang melakukan pekerjaan yang haram.
Sememangnya melakukan perkara yang halal tetapi ia bersifat khidmat
secara langsung kepada perkara yang haram, membantu transaksi yang
haram dan seumpamanya adalah cukup jelas pengharamannya. Tetapi
ini adalah hukum asal yang umum berdasarkan dalil yang umum.
Tetapi bermuamalat dengan transaksi yang halal dengan golongan yang
mempunyai sumber pendapatan yang haram mempunyai dalil-dalilnya
tersendiri.
Sekalipun hanya terdapat satu dalil sahaja yang sahih dan kuat
yang mengharuskan bermuamalat dengan pihak yang jelas sumbernya
4 sumber yang haram 96 1/24/11 2:46 PMHukum Bermuamalat Dengan Sumber Yang Haram
97
haram, dalil tersebut sudah cukup untuk mengecualikan hukum
tersebut daripada larangan umum terhadap transaksi dengan harta
yang haram. Apabila keharusan itu sudah dikhususkan dengan dalil
yang khusus seperti Nabi Muhammad SAW dan para sahabat pernah
bermuamalat dengan golongan yang sumbernya haram, maka tidak
boleh diharamkannya dengan menggunakan dalil yang umum seperti
hadis yang melaknat 10 orang yang terlibat dengan arak kerana ialah
dalil-dalil penglibatan dengan aktiviti haram secara langsung. Kaedah
ada menyebut:
23
Terjemahan:
Dalil khas apabila bertembung dengan dalil am, maka ia akan
mengkhususkannya.
Dalam kaedah usul, sesuatu yang umum apabila dikhususkan
dengan dalil, maka ia tidak boleh diumumkan semula dengan dalil
khusus tersebut. Berdasarkan alasan-alasan di atas, maka didapati
pendapat pertama yang mengharuskan ialah pendapat yang kuat
bersandarkan kepada dalil berbanding dengan pendapat kedua yang
tidak mengharuskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nota Hujung
1. Imam Ibnu Taimiyyah (1417H), Tafsir Aayat Usykilat ‘ala Kathirin Min
Al-Ulama, Pustaka Ar-Rusyd, hlm 588-593.
2. Ibnu Al-Haadi (2005), Al-Uqud Ad-Durriyyah Min Manaaqib Syaikh
Al-Islam Ahmad Bin Taimiyyah, Pustaka Al-Asriyyah, hlm 21-22.
3. Sarakhsi, Al-Mabsut, Darul Makrifah, Beirut, jil 13, hlm 163; Ibnu
Al-Hummam, Syarh Fathu al-Qadir, Dar Al-Fikr Beirut, hlm 328-329.
4. Ibnu Rejab Al-Hanbali, Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,
hlm 192; Al-Mardaawi, Al-Insaf, Dar al-Ihya’ al-Arabi, Beirut, jil. 6 hlm
208.
5. Al-Baji (1332H), Al-Muntaqaa Syarh al-Muwatta’ Dar al-Sa‘adah, Beirut,
jil 4 hlm 22; Ibnu Abdil Al-Barr (2000), Al-Istizkar al-Jami’ Li-Mazahib
Fuqaha’ Al-Amsar wa Ulama al-Aqtar, Dar Al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut,
jil. 7 hlm149.
6. Ibid.
7. As-Syirazi, Al-Muhazzab, Dar al-Kutub Al-Ilmiyyah, jil. 1 hlm 486.
8. Mardawi (2003), Tashih Al-Furu’, Muassasah Al-Risalah, Dar Al-Muayyid,
jil4 hlm 493-494; Al-Mardaawi, Al-Insoof, jil. 6 hlm 208.
9. Al-Mardawi, Al-Insaf, jil 6 hlm 208.
10. Ibnu Taimiyyah (2001), Majmu’ Al-Fatawa, Dar Al-Hadis dan Dar
al-Wafa’ di Kaherah, jil. 30 hlm 32.
11. Al-Mardawi (2003), hlm 493-494; Al-Mardaawi, Al-Insaf, jil. 6 hlm 208.
12. Ibnu Abd Al-Barr, Al-Istizkar, jil. 7 hlm 150.
13. Ibnu Taimiyah, Majmu’ Al-Fatawa, jil. 30 hlm 323.
14. Muhammad Othman Syabir (2001), Al-Muamalaat Al-Maaliyyah AlMu’asirah fi al-Fiqhi Al-Islami, Dar An-Nafais Jordan, hlm 326.
15. Ayat lain yang membawa maksud yang sama ialah dalam surah al-Isra’
17:15, Faathir 25:18, Al-Zumar 39:7.
16. Hadis sahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim, Bab keharusan hadiah
kepada Nabi Muhammad SAW, Bani Hasyim dan Bani Mutallib, no. 1786.
Sahih Muslim Syarh Imam Al-Nawawi, Matbaah Al-Misriyyah, Kaherah.
17. Sa’d Ad-Din Taftaazaani, Syarh Al-Talwih ‘Ala Al-Taudhih li-Matan
Al-Tanqih fi Usul Al-Fiqh, Dar Al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, jil. 2, hlm
153.
18. Ibid; Ibnu Amir al-Haj (1999), Al-Taqrir wa al-Tahbir, Dar Al-Kutub
Al-Ilmiyyah, Beirut, jil. 3 hlm 275.
19. Ibid: hlm 153, 155, 156.
20. At-Tabari, Jaami’ Al-Bayan ‘An Ta’wiil Aayi Al-Quran
.jil. 3, hlm 300 ( جامع البيان عن تأويل آي القرآن( تفسير الطبري )
21. Hadis sahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Nu’man bin Basyir,
bab mengambil yang halal dan meninggalkan syubhah, no 2996.
22. Yusof Al-Qardhawi, Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Maktabah Wahbah,
Kaherah, hlm 26.
23. Abdul Fattah Ad-Dukhmisi (1996), Al-Tahqiq Al-Ma’mul li Minhaj al-Usul
A’la al-Minhaj al-Baidhawi, Turki Lil-Komputer wa Tiba‘ al-Ufset, hlm
323.
24. Lihat: Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, terbitan Bank Negara
Malaysia, terbitan pertama, Mac 2007, hlm 49.
25. Muhammad Othman Syabir, Al-Muamalat Al-Maliyyah Al-Mu’asirah fi
al-Fiqhi al-Islami, hlm 326.
26. Al-Fatawa al-Syari’iyyah fi al-Masail al-Iqtisadiyyah, Kuwait Finance House,
jil 1 hlm 190-192. Lihat juga: Muhammad Othman Syabir, Al-Muamalat
Al-aaliyyah Al-Muaasirah Fi Al-Fiqhi Al-Islami, hlm 326.
27. Ibid, 327.
28. AAOIFI Shariah Standards 2007, versi bahasa arab, hlm 77.
29. Muhammad Othman Syabir, Al-Mu’amalat al-Maliyyah al-Mu’asirah, hlm
329.
30. Auf Mahmud al-Kufrawi (1407H), Al-Nuquud Wa Al-Masarif Fi AnNizam Al-Islami, Dar Al-Jamiat al-Misriyyah, hlm 159.
31. Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, hlm 110.
32. Hadis sahih, riwayat Imam Bukhari, bab apa yang diceritakan tentang baju
besi Nabi Muhammad SAW, hadis no. 27000. Sahih Bukhari, Syarh Fath
Al-Bari, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Matbaah Al-Salafiyyah, Kaherah.
33. Abdullah Al-Abbadi, Mauqif al-Syar’iyyah min al-Masarif Al-Islamiyyah
Al-Mu‘asirah, Maktabah al-Asriyyah, Beirut.
34. Muhammad Othman Syabir, Al-Muamalat al-Maliyyah al-Mu‘asirah fi
Al-Fiqh al-Islami, hlm 326.
35. Lihat, Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia,
hlm 108.
36. Lihat Abdullah Al-Abbadi (1992), Taqdim al-Taat a’la Ukhra aw Tarkiha
Nazran li al-Zaman, Dar Al-Thaqafah, Qatar, hlm 182.
37. Ibid. Lihat juga, Muhammad Othman Syabir, Al-Muamalat al-Maliyyah
al-Muasirah fi al-Fiqhi Al-Islami, hlm 326.
38. Abbas Ahmad Muhammad al-Baz, Ahkam al-Maal al-Haram wa dhowaabit
al-Intifa’ Bihi Fi al-Fiqh Al-Islami, hlm 232-233.
http://www.islam.gov.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
kalu duit halal n duti haram bercampur, jadi duit haram la kan... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu boleh, elakkan dari buat kerja sampingan yg pendapatannya dari sumber yg haram. |
|
|
|
|
|
|
| |
|