CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17190|Reply: 39

Wajar ke minta cerai jika suami gagal bimbing isteri ke jalan Allah

[Copy link]
Post time 26-5-2012 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum smua...sy agak runsing..nk minta pndapat sekalian..wajar ke si isteri meminta cerai sekiranya si suami gagal mendidik n membimbing isterinya ke jalan Allah..contohnya..isteri berusaha ke arah lebih baik..belajar selok belok agama..cuba sempurnakan solat..tp suami dgn sng hatinya meninggalkan solat dgn sengaja...setiap kali tgk suami malas solat..wlwpun ditegur dgn baik..dia ttp mcm tu..bila diajak berjemaah pun..dia akan ckp..awak solatla dulu...dia tgk astro..lama2 sy jd sakit ati n jiwa x tng..mcm mn sy nk teruskan kehidupan? sy ni manusia biasa..ada tahap kesabaran..5 thn sy bersabar...dia masih mcm tu jgk..tlgla..sy takut lama2 saya akan tawar hati dgn suami saya...astaghfirullah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2012 01:28 PM | Show all posts
Jangan salahkan suami...salahkan diri sendiri...
Kriteria memilih suami adalah agamanya....
solatnya
puasanya
zakatnya
pekerjaannya

kemudian barulah lain lain kriteria di hati..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 01:35 PM | Show all posts
Pergilah cari saksi nikah masa di ijabkabulkan.
Mereka berdua ni lah yang menyaksikan dan dan membenarkan atau mengesahkan ijab kabul tersebut. Saksi nikah ni bukan boleh main terjah ajer...Mereka lah yang memberi keputusan bahawa si bakal suami ni tadi mempunyai kriteria keislaman bakal suami.

Kalau saksi kata tak sah maka tak sah lah...
Jika akhirnya masalah berlaku sebagaimana yang TT alami, maka saksi tadi telah di rasuah oleh pihak suami dan ini adalah riba dan hukumnya adalah berdosa sehinggalah suami tadi telah menjalani kehidupan sebagai seorang yang Muslim kemudiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 01:38 PM | Show all posts
Apapun pergilah mengadu kepada ibu bapa terlebih dahulu agar ibu bapa kedua pihak menasihati suami.
Kemudian jika tiada apa apa perubahan pergilah buat aduan kepada Jabatan Agama Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 02:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by dinsmann at 26-5-2012 14:45

Salam..
TS minta nasihat, jd saya cubalah...

Kita ni insan yang mendapat sedikit izin dan ehsan dari Allah yang Maha Berkuasa. Amal solehah yg puan lakukan itu adalah berkat dan izin dari-Nya, adalah sesuatu yang amat berharga, menjadi contoh terbaik kepada suami. Memberi pendidikan dan membimbing bukan tanggungjawab suami sahaja, kaum Hawa juga adalah khalifah, jangan begitu mudah untuk puan melemparkan kepada suami. Contoh baik yang puan lakukan itu jika disertai dengan berhemah sungguh akan memberi kesan kepada suami. Akan pudar hikmahnya jika puan tidak berhati-hati.

"lama2 sy jd sakit ati n jiwa x tng..mcm mn sy nk teruskan kehidupan? sy ni manusia biasa..ada tahap kesabaran..5 thn sy bersabar."

Ini adalah ehsan Allah. Allah benarkan tetapi tanpa izin darinya. Kata-kata ini terbit dari nafsu. Jika Allah bersifat Maha Kuasa, insan juga ada sifat mahu berkuasa/ mahu mengatasi, dan dengan bantu sifat nafsu "iblis" seperti marah, benci, dengki dan khianat, akan berlakulah kemusnahan, contoh: perceraian.

Membawa masalah kepada pihak lain puan akan terjebak untuk mengaibkan suami, sesuatu yang dilarang Allah. Apatah lagi kalau puan membawa perkara ini kepada lebih ramai orang. Saya cadangkan, kurangkan pendedahan kelemahan suami. Kurangkan juga memberi nasihat kepada suami secara "menentang" (antagonis) dan lakukan segala contoh yang baik. Nasihatlah secara lembut dan bersantun dan jangan terlalu kerap mengemukakannya. Jangan bataskan kemarahan, kemudian meletup. Buangkan kemarahan. Puan mampu untuk berdoa kepada Allah. Mohonlah kebaikan daripada-Nya.
Sudah pasti puan mencintai suami puan, jika tidak, puan tidak buka thread ini. Saya doakan kebahagian puan dan suami.

Maha Terima Kasih Ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 10:08 PM | Show all posts
Kepada pengirim, diri saya dan rakan seperjuangan. Topik ini kerap menjadi isu. Apapun semuanya berbalik kepada kita sendiri.

Perkara pertama : setiap manusia sentiasa diberikan ujian olehNya. Alhamdullillah ada insan yg mahu kembali kepada Allah SWT menurut akidah, syariat dan akhlak. Dlm menghadapi ujian bersangka baiklah dlm apa jua keadaan kerana rahsia taqwa ada pada bersangka baik. Sekiranya kita tidak mampu menegur dengan perbuatan dan kata2 adalah lebih baik kita berniat di dlm hati memohon kepada Allah supaya hati2 yg keras dilembutkan olehNya. Kisah ini adalah biasa rakan2 sekalian. Sebenarnya mungkin sebelum perkahwinan kita ada membuat kesalahan yg kita TIDAK SEDARI seperti menghina manusia (mana tau kot2 yg dihina itu wali Allah) atau sebab2 yg mana hanya boleh diketahui oleh tuan/puan diri melalui kaedah muhasabah diri atau memohon ampun kepadaNya atas kesalahan2 yang lampau.

Perkara Ke2 : menghadapi orang2 yg liat beramal kadang2 kita kena belajar memahami Al-Quran dan Sunnah disamping melihat kebaikkan dari melihat kekurangan yg ada pada pasangan kita. Ingat ayat ini dlm dunia hari ini Kita Semua Jahil Agama! Apabila terdapat pasangan yg dimaksudkan lelaki, selagi mana dia berjauhan dari agama kadang2 dlm hati kita ada perasaan marah. Seorang umat Muhammad yg baru diberikan nur perlulah menganggap Allah belum memberikan nur pada pasangan Di Dalam Hati. Apa yg perlu (kpd semua), berlemah-lembut dlm berkata2 kerana kita pun baru kenal Islam. Dlm pencarian ilmu dan beriman kepada Allah kadang-kala akan datang ujian perli dan bangkangan anggap itu nasihat kepada kita dan pasangan (yang baik kita ambil yg buruk buangkan serta diamkan). Berkata2 baik atas suatu perkara perlu dengan cara bijaksana dan kebijaksanaan datangnya dari Allah selepas kita menuntut ilmu dan mengamalkan utk diri sendiri. Kita lihat sejarah para2 sahabat ada kes2 yang kita semua alami. Jgn susah hati di dunia ini kerana apa yang ada di dunia sekadar penjara kepada yang beriman dan bertaqwa kepadaNya lagipun semuanya sekadar senda gurau untuk menghampirkan diri kepadaNya.

Ingatlah setiap perkara yg lepas akan menyebabkan apa yg kita hadapi hari ini akan tetapi Keikhlasan kepadaNya akan menyelamatkan kita di masa hadapan. Jadilah umat Muhammad dlm erti kata yang sebenar2nya. Nasihat, jgn percaya dengan kata2 saya. Percayalah kepada Allah. Sesungguhnya KepadaNya jualah kita akan dikembalikan dlm keadaan hina atau mulia.

Wallah hualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2012 10:23 PM | Show all posts
masyaAllah subhanallah..trima ksh byk2 ats pndapat kalian..akn sy usahakan sbaik mgkin..insyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 10:30 PM | Show all posts
Sama2lah kita menjadi umat Muhammad dlm erti kata sebenar2nya. Berdoalah amalan yg kita lakukan sewaktu hidup didunia akan dipandang Allah di padang mahsyar dan tidak perlu dihisab dan terus masuk kesyurga. Sama2lah kita berusaha beriman dan bertaqwa. Wallah hualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2012 10:31 PM | Show all posts
Bapa saudara nabipun tak dapat hidayah, isteri nabi NUH, isteri NABI LUT pun tak dapat hidayah, Ayah nabi Ibrahim juga tak dapat hidayah, sedangkan mereka didakwah oleh nabi-nabi. Namun tauladan Nabi2 terhadap orang yang tak dapat hidayah  nie, mereka tetap bersabar dan berlemah lembut serta berharap satu hari nanti mereka akan mendapat hidayah.

Saya syorkan puan kumpul semua anak2 dan suami kemudia bacakan buku fadhilat SOLAT karangan maulana Zakaria rahmatullahalaih. Mudah mudahan terbuka pintu hidayah.
Kalau nak beli buku tu, cakap sahaja pada tokey kedai buku tajuk dan pengaragnya, hampir semua kedai buku ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2012 11:27 PM | Show all posts
alangkah baiknya kalau sy mpunyai ksbrn spt shbt2 nabi. Sbnrnya bkn isu solat smata2..ada lg pkara lain..tp x perlu sy hujahkan dcni..mgkin sbb tu sy jd krg bsbr...bsr btl dugaanmu Ya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 11:44 PM | Show all posts
Inilah selalunya "kelebihan" yang ada pada umat akhir zaman skrg ni....
Bila solat dah cukup, rasa tak layak nak hidup dengan orang yang tak solat,
Bila dah pakai tudung sampai ke pinggang, rasa tak layak bercampur dengan orang yang tak bertudung & tudung kecik.....

Tapi terpikir kah beliau, solat yang di kerjakan tu di terima Allah ke?.....
Perbuatan memandang orang lain dengan jelingan mengejek kerana tidak menutup aurat tu mendapat keredhaan Allah ke?....

Pada ai senang je.....
Lakum di nukum waliyadin...."kau dengan agama kau, aku dengan agama aku"

Seorang isteri tidak di pertanggungjawabkan jika suami tak solat TAPI seorang suami akan di soal jika isteri tak solat......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 01:10 AM | Show all posts
Reply 11# jazaa


Assalamualaikum en jazaa...en x perlu menyindir saya..sy tegaskan disini..sy perlukan bimbingan dan didikan dr seorg yg bergelar suami..yakni khalifah yg ditugaskan oleh Allah s.w.t..ape kena mengena dgn "kelebihan" org zmn skg? sy ni masih lagi jahil tentang agama...kenapa sy perlu merasa hebat?? sy pernah mengajak suami ke surau..mendengar ceramah agama...pergi ke kuliah maghrib..mahlis ilmu..berjemaah bersama..mmg pernah pg tp jarang sekali..bermusim...sy tegaskan disini...ini bukan soal malas solat jer..ada lg beberapa perkara lain tp sy rs x perlu hujahkan disini...sy pun berusaha ke arah kebaikan..mksd sy mendalami ilmu agama...mendidik dan membimbing isteri bknkah termasuk dlm tggjwb LELAKI???
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 01:42 AM | Show all posts
Alhamdullillah, saya sebenarnya rasa seronok kalau ada isteri-isteri yang ingin berubah kerana Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya ke atas orang yang memenangkan agama kepada dirinya sendiri, seterusnya menjadi contoh ikutan kepada saya dan yang lain-lain dalam mengenal Allah. Realiti kehidupan walaupun tidak sempurna kehidupan umat Islam di dunia ini percayalah Allah sentiasa mencukupkan segala-galanya bila tiba masanya. Wallah hualam
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 05:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 27-5-2012 05:38

ada dua cara  dan implikasi/ kesan  kepada kedua dua cara ni berbeza

I : u dakwah sikit

a) cuba dakwah secara hikmah kat suami  - just baca quran dan banyakkan solat hajat , solat solat sunat waktu sepertiga malam

b) didik anak anak dan pupuk solat berjemaah di kalangan anak  anak  dulu

c) bina kekuatan dalaman  Puan dulu

d) sabar , sabar dan berhikmah

II : suruh mak ayah dia dulu tegur

ni well....kalau critical atau u rasa terbaiklaa...sebab macam mana ya , walak si isteri pada suami ni saya faham SELAGI tak lakukan perkara yg langgar syarak tapi dalam kes ni tak solat berat tu ....tapi  nak pun bagi tahu dan niat menegur mesti ada hikmah lah jugak ...takut nanti niat tegur / tetiba lepas kat mulut org lain dan org lain jadi umpat pulak ... so nak buat ni  tak pa tapi saya  rasa Puan tahu suami puan lebih dari semua

sebab saya fikir sekeras keras dan segarang Umar bin Al Khatab pun, bila Fatimah 'berdakwah' dengan cara tersendiri  maka kesan itu ada juga pada Umar

berdakwah ni tak semestinya cara membuka mulut dan berkhutbah , saya bagi contoh , pakai tudung di kalangan org yg tak atau pun sekumpulan giolongan yg not yet muslim pun dikirta berdakwah - ni kata seorang naqibah saya  laaa dedulu masa saya undergrad...

sebab pada saya  dah Puan pilih  hamba ALLAH ni jadi suami dan akad itu diakad ....( kalau boleh dengan kesedaran yg apa apa lepas ni semua amanah  nak jaga si isteri ni atas suami )

well NOW IS  orang kata apa : you try to salvage / selamatkan apa yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 07:31 AM | Show all posts
Assalamualaikum smua...sy agak runsing..nk minta pndapat sekalian..wajar ke si isteri meminta cerai  ...
einzone Post at 26-5-2012 13:00


Soalan ko wajar ke minta cerai... Jawapannya tak wajar selagi suami tidak menghalang puan melakukan ibadah kpd Allah dan menyuruh puan melakukan perkara mungkar
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 08:14 AM | Show all posts
Siti Asiah suaminya adalah firaun... lagi hebat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 11:37 AM | Show all posts
Siti Asiah suaminya adalah firaun... lagi hebat
zamkumis Post at 27-5-2012 08:14



Terbaik Zam...
Siti Asiah tak mintak cerai pun kan?.....tapi Allah menjanjikan syurga lagi....
Isteri Nabi Lut & Nabi Noh bersuamikan seorang Nabi....tapi tak mendapat hidayah Allah pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 11:48 AM | Show all posts
Reply 12# einzone

Lorrr....sentap le pulak...

Iya lah....awak tu dah solat 5 waktu dah cukup...suami terbongkang depan tv tengok astro & tak solat....kuliah agama semua tanak pergi....asyik kejar doniaa je....mana boleh macam tu... dia lebih pentingkan astro dari Allah....Berdosa besar & Neraka lah jawabannya....tak boleh awak bersomikan orang fasiq mcam tu...Dalam Al-Quran pun ada di terangkan -" Lelaki baik untuk perempuan yang baik, perempuan baik untuk lelaki yang baik"  Awak dah cukup baik & tak layak untuk awak dapat suami sebegitu...Nanti kat akhirat, awak di masukkan ke syurga, lelaki awak pulak di neraka, mana boleh macam tu...pasangan suami isteri seboleh-bolehnya hendak bersama di dunia & akhirat....

SILA FAILKAN PENCERAIAN.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 01:56 PM | Show all posts
terima kasih yang telah memberikan pendapat yg bernas dan berguna...insyaAllah sy akan cuba perlahan2...mgkin sy x setabah siti asiah...sy akan cuba...doakan saya..amin...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 01:14 AM | Show all posts
Reply 18# jazaa

Janganlah runtuhkan masjid...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.639429 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list