CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4352|Reply: 18

ADA APA PADA NAMA???

[Copy link]
Post time 17-5-2012 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by aidzoul at 17-5-2012 12:19

Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang.

Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian.Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya.
Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."

Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam.Memilih nama perlu ada tujuan.Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu.

Bukankah panggilan itu mengandungi doa?Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.

Jika seorang anak itu namanya 'Mujahid' yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang.Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah SWT.

Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama 'Hazan' yang bermaksud berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita.
Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.

Nama Yang Tidak Baik
Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif.

Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa,Dayanty atau seumpamanya.
Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.

Ada juga yang menggabung jalin nama ibu dan bapa.Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu .
Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna 'Manusia yang Bodoh'.Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.

Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya 'Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa.Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya.
Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud Hamba-Nya.

Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya.Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.

Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain.

Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.

Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).
Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak.

Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia.Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat. Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.

Nama-nama yang makruh

Antaranya:-

Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi,
seperti:
Al-Harb (Peperangan),
Fadhih (Yang membuka aib),
Suham (sejenis penyakit unta).-


Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu,
contohnya:
Fatin !!! (maksudnya Penggoda).
* Nama Fatin niorang-orang Melayu kita cukup suka…kenapa yer?-


Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat,
contohnya:
Sariq (Pencuri).-


Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.-

Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaanyang tidak elok,
contohnya:
Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).-

Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama)dan ‘Al-Islam’,
seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya.
Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini(Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.-

Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama.
Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.



Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram.

Seperti:- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah,
kerana Abd bermaksud ‘hamba’.
Maka haram memberi nama:Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain,dan seumpamanya.-


Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.-

Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.-

Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang,seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas(Penghulu segala manusia).-

Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2012 12:10 PM | Show all posts
Nama-nama Terlarang
Nama-nama Dilarang dalam Islam (Panduan menamakan anak)

Abkam        Tidak celik, buta
Abiqah        Hamba yang lari dari tuannya
Afinah        Yang bodoh
Asyar        Paling jahat
Asyirah        Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah        Hamba suruhan perempuan
Baghiah        Yang zalim, jahat
Bahimah        Binatang
Balidah        Yang bodoh, bebal
Bakiah        Yang menangis, merengek
Baqarah        Lembu Betina
Batilah        Yang batil, tidak benar
Dabbah        Binatang
Dahriyah        Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah        Goncang, stress
Darakah        Kedudukan yang rendah
Daniyah        Yang lemah dan hina
Dami'ah        Yang mengalir air matanya
Fasidah        Yang rosak, yang binasa
Fasiqah        Yang jahat, si fasik
Fasyilah        Gagal, kalah
Fajirah        Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah        Kecelakaan
Ghafilah        Yang lalai, yang leka
Ghailah        Kecelakaan, bencana
Ghaibah        Hilang
Ghasibah        Perampas, perompak
Ghamitah        Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah        Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah        Yang dengki
Hasidah        Yang hasad
Hazinah        Yang sedih
Huzn        Kesedihan
Khabithah        Yang jahat, yang keji
Khali'ah        Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah        Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah        Yang rugi
Khamrah        Arak
Jariah        Hamba suruhan perempuan
Jafiah        Yang tidak suka berkawan
Kaibah        Yang sedih
Kafirah        Yang kafir, yang ingkar
Kamidah        Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah        Pendusta, pembohong
Lahab        Bara api
Laghiah        Sia-sia, tidak berfaedah
La'imah        Yang tercela
Lainah        Yang terkutuk
Lahifah        Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah        Yang menderhaka
Majinah        Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah        Agama menyembah api atau matahari
Munafikah        Yang munafik
Musibah        Celaka, bencana, kemalangan
Nariah        Api
Nasyizah        Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah        Yang najis dan kotor
Qabihah        Yang buruk, hodoh
Qatilah        Pembunuh
Qasitah        Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah        Kejahatan, perzinaan
Rajimah        Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah        Kecelakaan, musibah
Razilah        Yang keji dan hina
Sakitah        Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah        Yang rendah dan hina
Sahiah        Yang pelupa
Sakirah        Pemabuk
Syafihah        Yang bodoh
Syaridah        Yang diusir
Syaqiyah        Yang menderita
Syarrul Bariyyah        Sejahat-jahat manusia
Syani'ah        Yang buruk
Syarisah        Yang buruk akhlak
Syatimah        Maki hamun
Syariqah        Pencuri
Talifah        Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah        Yang papa kedana
Tarikah        Anak dara tua
Tafihah        Karut
Talihah        Yang tidak baik
Yaisah        Yang berputus asa
Yabisah        Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah        Penakut
Waqihah        Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah        Yang kotor
Wasyiah        Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah        Yang lemah
Wahiah        Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah        Penakut
Wailah        Bencana, keburukan
Waqi'ah        Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah        Kebinasaan
Zalilah        Yang hina
Zalimah        Yang zalim
Zaniyah        Penzina, pelacur
Zufafah        Racun pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 12:18 PM | Show all posts
Daniyah        Yang lemah dan hina  
Dami'ah        Yang mengalir air matanya

dua nama di atas adakah sama  ertinya dgn

Dania..
Damia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 12:20 PM | Show all posts
Rasullullah s.a.w. menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik. Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para Sahabat seperti Mus’ab, Mu’az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para ‘ulama’ seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai’i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al ‘Izz, dan lain-lain. Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.

Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah ‘Abd. Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu’izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini. Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab. Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam. Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 12:23 PM | Show all posts
Reply 3# Lembaga


   DANIA:
DaniaHampir


DAMIA:
DamiaKebijakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 12:37 PM | Show all posts
Reply  Lembaga


   DANIA:

DAMIA:
aidzoul Post at 17-5-2012 12:23





ooo... ingatkan sama... sebutan dh nak hampis sama...
tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2012 01:04 PM | Show all posts
Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari n ...

aidzoul Post at 17-5-2012 12:10


Thanks TT, susah betul nak pikirkan nama yg baik2 & sesuai utk anak... nak tanya ada tak maksud bagi nama 'rozaliya' dan 'alindalia'?


satu lagi, aku tgk pesen org2 melayu skrg bagi nama panjang berjela-jela kat anak diorg... tak kesian ke susah nak isi borang nanti... dah la form tu cuma ada 30 kotak untuk nama, tp panjang nama dalam ic sampai >40 aksara...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 01:18 PM | Show all posts
Reply 7# obelisk


   rozaliya.... entah lah ye... kalau aliya ertinya  tinggi, yang paling mulia.....



alindalia pun belum dapat cari ertinya... tapi dalia ertinya pohon anggur, sejenis bunga - dahlia




maaf belum dapat membantu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 01:40 PM | Show all posts
Reply  obelisk


   rozaliya.... entah lah ye... kalau aliya ertinya  tinggi, yang paling mulia. ...

aidzoul Post at 17-5-2012 13:18


hehe... Thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 02:10 PM | Show all posts
Nama-nama Terlarang
Nama-nama Dilarang dalam Islam (Panduan menamakan anak)

Abkam        Tidak celik,  ...
aidzoul Post at 17-5-2012 12:10



    hmm nama i tak der kat  senarai tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 10:49 PM | Show all posts
thanks untuk info....walaupun umur saye baru 18 tahun tapi bagus la info nih utk menambahkn ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 04:37 AM | Show all posts
Salam TT,

Info menarik.
Bagaimana pula nama² baik selain yg Arab? - bahasa
i.e. Jesus, Aaron, (lelaki), Asiya, (perempuan), etc.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:00 AM | Show all posts
Daniyah        Yang lemah dan hina  
Dami'ah        Yang mengalir air matanya

dua nama di atas a ...
Lembaga Post at 17-5-2012 12:18



  la patutla anak buah ku damia  kuat sgt menangis.....dah la kuat plak tu jeritan nya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 07:50 AM | Show all posts

RE: ADA APA PADA NAMA???

Reply 12# Dzulqarnain

Jesus?absolutely tidak boleh sbb ia digunakan sebagai anak Tuhan oleh penganut Kristian...

Aaron? kawan aku ada nama tu..dia cikgu sekolah Menengah....mengikut kamus bahasa Yahudi,maknanya
   :
gunung tinggi.


Asiyah? yang derhaka..............


Dalam sebuah hadis dalam kitab Azkar Imam Nawawi rahimullah ada menyetakan bahawa seorang wanita bernama Asiyah dan Nabi saw menukarkannya kepada Jamilah (cantik )


Ada juga yg fanatik bola..mana anaknya diletak Mohd Ronaldo.....aku pun x taw makna Ronaldo...almaklum x faham bahasa Latin...


Wallahua'lam...........
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 11:26 AM | Show all posts
Bagus info nie utk yang bakal berkahwin dan mempunyai anak seperti saya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 11:20 PM | Show all posts
tetapi,pada zaman sekarang, lebih ramai ibu bapa moden, menamakan anak2 mereka pun ala ala moden. kenapa begitu, kekdang itu, berbelit lidah hendak menyebutnya, dan tak tahu apa maksud nama anak2 mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 07:51 PM | Show all posts
i want two simple names for my children

tariq

safiyyah

senang je ...kalau nak panjang buh ahmad je

at least you know org boleh panggil nama penuh ..bukan nick names...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 07:52 PM | Show all posts
the way english called  Tariq tu sedap actually
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 08:14 AM | Show all posts
sekarang ni anak2 byk nama moden jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.565690 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list