View: 16766|Reply: 42
|
Duit ASB & Umrah/haji
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum..
Saya selalu baca yang duit ASB hanya sesuai digunakan utk membina balai raya, longkang or toilet. Ada yang mengatakan bahawa bunga ASB adalah haram..
Soalan saya ialah: Bagaimana jika niat saya mengeluarkan duit dr ASB bukan dari nilai bunganya, tapi dari nilai monthly yang saya bayar utk saya berikan pada ibu bagi mengerjakan umrah/haji??
Boleh ke? maknanya niat saya keluarkan duit dari jumlah monthly y telah saya bayar selama beberapa tahun, tanpa mengambil bunganya..dan berikan pada ibu utk pergi ke umrah/haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu ambik dari pokok je bukan dari bungganya ok kot.sbb tempoh ari ada member nak bayar zakat dari bahagian ASB nya tp lembaga zakat tak terima dari kiraan semua,tapi cuma sebahagian saje(pokok saje).cuba tanya jabatan agama untuk lebih kepastian.. |
|
|
|
|
|
|
|
tanya jabatan agama?? macam mana? email? hotline or??
confuse ah coz terlalu byk pendapat..
ada yang kata boleh. ada y kata x leh.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu...takkan nak pegi haji naik kuda kot ??? |
|
|
|
|
|
|
|
duit asb yg pening lagi memeningkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu...takkan nak pegi haji naik kuda kot ???
baksamakmu Post at 15-5-2012 16:41 
napa tetiba citer ttg kuda?? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum..
Saya selalu baca yang duit ASB hanya sesuai digunakan utk membina balai raya, lon ...
kasut_oren Post at 13-5-2012 13:09 
pandangan ulama tentang status ASB ni pelbagai, ada yg kata haram, ada yg kata harus... berdoa minta Allah tunjukkan pilihan terbaik nak guna duit ASB utk haji/umrah tak.. pastu perbanyakkan sedekah untuk bersihkan harta-benda... btw kenapa tak disimpankan wang dalam tabung haji? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# obelisk
tq utk nasihat... x simpan dlm tabung haji coz x de akaun..mak je ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
masih keliru juga tentang ASB ni, boleh atau tidak sebenarnya..  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 6-7-2012 15:00
masih keliru juga tentang ASB ni, boleh atau tidak sebenarnya..
zarith_dayana Post at 1-7-2012 00:38 
Keliru tentang 'bunga' atau tentang perniagaan yg menghasilkan faedah/ dividen dan bonus ? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 7-7-2012 23:38
Penilaian Semula Hukum Pelaburan Aamanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya
2008/80/1 Muamalat/Ekonomi
Tarikh Keputusan: 12 Apr, 2011
Keputusan:
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Sumber:http://www.muftiselangor.gov.my/ ... 16062011/ASNASB.pdf
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Negeri/Group: Selangor |
|
|
|
|
|
|
|
Keliru tentang 'bunga' atau tentang perniagaan yg menghasilkan faedah/ dividen dan bonus ?
Nazrulism Post at 6-7-2012 14:53  dua2 sekali saya masih keliru.. thanks ata penerangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# zarith_dayana
Memandangkan statusnya ' tidak diwartakan ', perkara ini masih terus diperbincangkan. Maka pelabur iaitu umat Islam perlu mengambil inisiatif mengkaji/mengetahui syarikat2 yang terlibat dalam pelaburan ASB/ASN dan seumpamanya untuk mengetahui sumber perolehan dividen dan bonus. Ini tidak secara langsung memberi pendedahan baru kepada Umat Islam dalam bidang kewangan yang selama ini di monopoli oleh yahudi.
Walaupun kita sedara individu tidak berasa dalam keadaan Darurat - akan tetapi secara globalnya, Umat Islam masih dalam keadaan darurat sistem kewangan... tertakluk kepada sistem kewangan yg diterima pakai diseluruh dunia yang memaksa kita menggunakan Kaedah Maqasid syari'ah dalam maslahah umat. Sepertimana pendekatan Majlis Fatwa kebangsaan;
Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah:
- Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
- Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
- Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
- Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
- Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
- PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hukum nya harus....
kalau ko ragu automatik jadi subhah- ko kena elak terus sebab subhah tu sgt hampir kpd haram.
kalau ko rasa ok ,ko teruskan melabur.
Sekarang sudah diperhalusi dan keraguan itu sudah xde...
Ia mcm kes qaul marjuh ....ada yg kata xboleh tp sebenarnya hukumnya harus... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih utk semua penjelasan, ni email jawapan daripada persatuan pengguna islam.
Assalamualaikum W.b.t
Terima kasih kerana berinteraksi dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Kami telah menerima aduan dari Tuan/Puan. Berdasarkan aduan Tuan/Puan tersebut:
- Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengatakan ASB adalah hukumnya HARUS.
- Jadi segala bunga / faedah dari ASB juga adalah HARUS. Tidak membawa sebarang masalah sekiranya Tuan/Puan hendak menggunakan duit tersebut.
Terima Kasih.
--
" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Tel : 03-42566618 / 42577222
Faks : 03-42566617
Hotline PPIM : 019-359 1000
www.muslimconsumer.org.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by baulu at 12-7-2012 14:25
Kalau korang punya stand mcm ni:
1. Guna insurans conventional
2. Beli unit trust conventional
3. Loan conventional...
Maka bila menerima fatwa HARUS tu okla.
TETAPI, kalau korang dok sibuk insurans mesti beli takaful, bila nak invest dok sebok cari islamic unit trust, bila buat loan nak yg islamic, tetiba ASB/ASN terima hukum sebaga harus, tak hipokrit ke sebab sengaja menutup sebelah mata.
Alasan fatwa dalam bahasa simple ialah tak apa tak keluarkan investment ASB w/pun diketahui dengan terang dia invest benda haram kerana kalau semua umat islam keluar serentak, jatuh harga saham ASB. Lingkuplah ASB.
Bagi sy, ia umpama tak tahu termakan babi maka tak dosa. Tapi dia dah jadi darah daging, kalau ada cacing pita pun dah bertelur dlm perut, macam mana? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korang punya stand mcm ni:
1. Guna insurans conventional
2. Beli unit trust conventional
...
baulu Post at 12-7-2012 14:21 
Maka Imam Suyuti berkata:
Jangan dibantah hukum yang berlaku khilaf di kalangan ulama’. Sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara yang sepakat di kalangan para ulama tentang pengharamannya.
Dalam isu-isu di sekitar kewangan Islam. Ada banyak perbezaan pendapat berlaku. Apa yang jelas adalah perbankan konvensional, insurans konvensional itu haram. Justeru, masyarakat perlu memerangi riba yang ‘Pasti’ sebegitu dan bukannya meruntuhkan kewangan/pelaburan Islam yang telah terbina ini hanya disebabkan isu-isu khilaf.
Hukum pelaburan ASB, ASN dan lain-lain ada khilaf. Fatwa negeri-negeri ada yg kata haram, ada yang kata harus dan fatwa Kebangsaan kata harus. Jika lebih yakin dengan fatwa haram, jangan melabur di ASB dan tidak perlu berkata yang bukan-bukan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama yang berijtihad ASB itu harus. Ijtihad ini dibuat oleh orang yang layak sahaja.
Bila mana sistem kewangan Islam telah mantap dan syarikat2 di KLSI kuat dan dapat memberikan pulangan pelaburan, tidak mustahil pengurus dana akan memindahkan pelaburan kepada syarikat patuh syari'ah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# obelisk
btw kenapa tak disimpankan wang dalam tabung haji?
jawapanya iialah sepatutnya diveden tabung haji melebihi ASB
tapi ...................... ????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
sistem ekonomi sekarang semuanya riba. korang yang bertelagah ni ingat asb je yang diperdebatkan haram. perbankan islam macam mana? nama sahaja islam tapi makan riba lagi banyak dari konvensional. kenapa tak difikir di situ. lagi satu UT tu syarikat induk syarikat apa? bukan syarikat riba. contoh cimb dan public bank. tak jadi gharar dan syubhah. pastu dalam syarikat amanah ada lak tabung patuh dan tak patuh syariah. tak jadi gharar dan syubhah namanya. sebab tu aku tak labur dalam UT sebab pikir banyak kali. |
|
|
|
|
|
|
|
nizam70 posted on 30-7-2013 09:16 PM 
sistem ekonomi sekarang semuanya riba. korang yang bertelagah ni ingat asb je yang diperdebatkan har ...
Salam sedara, sila takrifkan ekonomi. Tq.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|