CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17110|Reply: 33

Boleh tak kita makan makanan org Islam tak solat?

[Copy link]
Post time 17-4-2012 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Dah lama sebenarnya aku musykil benda ni sbb tak biasa org tanya mana-mana ustaz ttg hukum ini.Mungkin kalau peniaga tepi jalan,pasar malam.food court kita tak kenal hati budi mereka dimaafkan lah tapi mcm mana pulak kalau kita kenal selok belok org tu ta kiralah  rakan ofis ,sepupu sepapat atau saudara mara kita sendiri boleh kita makan air tgn mereka yg tak solat ni .Kebetulan Allah kurniakan mereka ni dgn kehebatan buat kuih muih,kek dan lauk pauk yg sedap tak kiralah bila kita gi rumah mereka atau mereka jual di ofis ke boleh ke kita makan dan order makanan yg mereka jual? Aku paling sedih mereka ni bukan muda tapi dah melepasi 40 an ke atas.Susah aku nak terima org dah tua tak solat berbanding org muda.Kita tahu org muda ni lagho lagi sebab zaman enjoy bagai.Harap ada dalil atau nas mmg kata jgn pilih mereka yg tak solat utk beli makanan dan masakan mereka.Terima kasih sebab amat memerlukan pencerahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 02:11 PM | Show all posts
Aku ada terbaca artikel air tgn org x solat tu mcm air kencing anjing..lebih kurg mcm tu la, mcm mana nak citer tah.. kisahnya ada 1 org ni dia ada bernazar kalau dia dapat something dia nak minum air kencing anjing kot pehtu hajat tercapai t dia xsanggup nak minum n dia jumpa Rasulullah kto n Rasulullah cakap suh dia p minum air yg turun dari atap rumah 1 org wanita ini kot pastu dia pon minum n org pon tanya Rasulullah kenapa minum air atap tu n Rasulullah cakap sbb wanita tersebut masak makanan kat family dia tp x sembahyang. Jadi air tangan org yg x solat umpama air kencing anjing.. Tp kalau aku salah maafkanlah aku yea sbb aku ada terbaca kat celah mana tah artikel tu... Kome gugel jelah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 04:47 PM | Show all posts
saudara aku pandai masak ... tp dia pun tak solat .. puas isterinya nasihatkan ... dia cuma solat jumaat sahaja ... tp aku ngap sajalah masakan saudara aku tu sbb tak pernah dengar pula tak boleh makan makanan org islam tak solat ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 05:09 PM | Show all posts
aku penah terbaca, dari air tangan seseorang (masakan dia) akan menentukan darah daging org yang memakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 05:10 PM | Show all posts
so kalo org tu elok akhlaknya, maka akan eloklah org yang memakan makanannya...begitulah sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 05:23 PM | Show all posts
Baca bismillah jelah banyak2 sebelum menyuap tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2012 11:00 PM | Show all posts
aku pon selalu berjaga2 tentang makanan yg aku nk makan. sebab bakal jadi darah daging aku dan keturunan aku. aku jangankan kalo orang tu tak solat, kalau tengok penjual tu tak pakai tudung pon aku da tak hadap nak beli masakan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 03:16 AM | Show all posts

   bagus soalanTT.jawapan amat panjang sebenarnya.

Pertama hukum solat adalah wajib.Walaupun masih adaperbahasan hukum org x solat sama ada kafir atau fasik,ia memerlukan kajianmendalam tentang perkara tersebut.

Kesimpulannya majoriti menganggap Jika orang Islam tidaksolat namun masih mengakui solat itu wajib,maka ia tidak jatuh kafir.Namun jikax solat dan mengatakan solat tidak wajib,maka kafirlah ia.

antara pendapat ulama' adalah

Ibnu Qayyim Al Jauziyah –rahimahullah- mengatakan, ”Kaummuslimin bersepakat bahwa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalahdosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh,merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orangyang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah sertamendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”[ Ash Sholah wa Hukmu Tarikiha,Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abu Bakr bin Qayyim Al Jauziyah, hal. 7,Darul Imam Ahmad, Kairo-Mesir]

Manakala ulama' yang menghujah org Islam tinggalkan solatadalah kafir,ia merujuk  beberapa   buah hadis :

"Di antara seorang lelaki dan kekufuran ialah

meninggalkan sembahyang." Muslim, Abu Daud, Tirmizi,

Ibnu Majah dan Ahmad

"Janji (perbezaan) di antara kita (orang Islam) dan

mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang.

Sesiapa yang meniggalkan sembahyang, bererti dia telah

kafir." Ahmad dan Ashabus Sunan)

Daripada Jabir, Nabi saw. bahawa bersabda yang

bermaksud:

"Di antara seorang manusia dan kekufuran ialah

meninggalkan sembahyang." (Muslim)

Daripada Baridah, Nabi saw. bersabda yang bermaksud:

"Janji (perbezaan) di antara kita (orang Islam) dan

mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang.

Sesiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah

kafir."

Daripada Muaz bin Jabal pula, bahawa Nabi saw.

bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu meninggalkan sembahyang dengan

sengaja. Sesungguhnya orang yang meninggalkan

sembahyang dengan sengaja telah melepaskan dirinya

daripada tanggungan Allah."

Daripada Abdullah bin Umar, bahawa pada suatu hari

Nabi saw. menyebut tentang sembahyang dan baginda

bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjaganya, maka baginya cahaya,

petunjuk dan pertolongan pada hari akhirat. Sesiapa

yang tidak menjaganya, maka tiadalah baginya cahaya,

petunjuk atau pun pertolongan, dan pada hari kiamat,

dia akan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubai

bin Halaf." (Diriwayatkan oleh Ahmad, dan menurut

Al-Haithami, periwayatnya boleh dipercayai.)

Ibnu Al-Qaiyim pula berkata:

"Sesiapa yang disibukkan oleh kekuasaannya daripada

menunaikan sembahyang, dia akan berhimpun dengan

Firaun; sesiapa yang disibukkan oleh hartanya, dia

akan berkumpul dengan Qarun; sesiapa yang disibukkan

oleh pangkatnya, dia akan berkumpul bersama Haman; dan

sesiapa yang disibukkan oleh perniagaannya, nescaya

dia akan berkumpul dengan Ubai bin Halaf."

Imam Syafei,Malik dan Hanafi menghukum fasik org Islam ygtidak solat,bermakna tidak kafir.

Imam Ahmad bin Hanbal pula berkata dalam riwayatnya yangmasyhur:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 03:16 AM | Show all posts
"Orang yang meninggalkan sembahyang itu kafir dan dia
telah keluar dari Islam. Tiada hukuman lain selain
daripada bunuh. Dia mesti disuruh bertaubat kepada
Allah dan kembali kepada Islam dengan menunaikan
sembahyang. Jika dia enggan, dia mesti dibunuh."
Ini pula pendapat para sahabat saw :
Ali .a berkata yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak sembahyang, dia adalah seorang
kafir."
Daripada Ibnu Abbas yang bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang sesungguhnya dia
telah kafir.
Daripada Ibnu Mas'ud yang bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, dia tidak
mempunyai agama."
Daripada Jabir bin Abdullah yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak sembahyang, dia adalah seorang
kafir." Daripada Abu Darda'. "Orang yang tidak
sembahyang tidak beriman, dan orang yang tidak
berwuduk tidak sembahyang."
Dalam Quran jelas menyatakan  Neraka Saqar buat mereka yang tidak solat
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka
Saqar?"
Mereka menjawab:
"Kami tidak termasuk ke dalam kumpulan orang yang
mengerjakan sembahyang"surah al-Muddathir ayat 42-43.

Seorang ulama' ditanya mengeni soalan sama ,beliau menjawab
"masakan orang kafir yang telah dikenal pasti dibuat daripada ramuan yang suci dan bersih masih boleh dimakan sekalipun tiada keberkatannya, inikan pula masakan yang dibuat oleh seorang muslim, sudah tentulah ia lebih boleh dimakan.Walau apa pun, utamakanlah masakan yang dimasak oleh seorang muslim yang bertaqwa dan soleh. Insya Allah lebih keberkatannya. Wallahu 'Alam."

Sebagai org Islam dan usahawan,aku berasa sedih...aku pernah berniaga di pasar malam dan majoriti org Islam x solat Maghrib termasuk penjual burger yg untung 40,50 sen...walaupun tapak pasar malam ada surau dan masjid berdekatan pun ,ramai x solat..
aku pernah berniaga di pasar malam Merlimau,kawasan belakang kilang yg jauh dr masjid dan surau,maka aku bawa air,wuduk dan solat atas rumput belakang khemah niaga...
itulah antara kenangan belasan tahun lampau...
aku pun sedih walaupun negara kita negara Islam dan majoriti org Islam,majoriti produk makanan bukan Islam yang buat..dulu amat susah nak cari bihun keluaran syarikat Melayu Islam,skrg dah ada walaupun terhad..jadi kita dah ada pilihan...Banyak syrkt Islam yang hasilkan pelbagai produk mkanan gulung tikar akibat sikap org Islam sendiri yang lebih suka kicak,sos,bihun cap cha ya nun alif.Mmg sedih..
dan paling aku sedih,byk produk syrkt Islam tidak dapat masuk pasaraya besar spt tesco dan Giant...sbb monopoli dan etika management yg mcm2...

Sbb tu aku nasihatkan MARA agar bina pasaraya besar spt TESCO,GIANT dan bagi usahawan Islam pasarkan produk mereka.Setiap negeri perlu ada,jadi kita tahu di mana produk org Islam buat dan jual.Ia juga memudahkan kita.Aku kalau ada wang puluh2 juta,dah lama aku bina pasaraya Islam kat Melaka...niaga pun cukup makan je.....nak jumpa Tan Sri Syed Bukhary bilionair punyalah payah....kalau dia boleh bina Universiti kat Kedah,nape xleh wat pasaraya Islam?

MARA ada wang berbilion2,takkan xleh buat?itulah dalam otak aku...

Berbalik pada soalan TT,aku pun selalu makan kat restoran Islam,beli makanan kat pasar malam dan memang nampak dan tahu mereka x solat..memang meneydihkan.Namun justeru kita tiada pilihan,maka kita perlu beli juga...Takkan nak  ke  pasar malam Brunei semata-mata nak beli apam balik?Takkan nak ke Mekah semata-mata nak makan nasi ayam?

JIka kita ada pilihan,maka utamakan yang beriman.Contohnya kalau penjual burger x tutup aurat,belilah penjual burger sebelah yg tutup aurat.Jika makcik jual nasi ayam x solat,beli la dengan makcik  sebelah yg solat..itu jika kita ada pilihan...

Aku cadang upah wanita datang bulan,pi interview peniaga pasar malam dan pengunjung pasar malam  masa Maghrib ,bawa kamera video dan tanya “ DAH SOLAT MAGHRIB KE BELUM?”nak tengok jawapan berapa ramai org Islam x solat Maghrib ...kalau masuk Youtube,mahu hit 1juta views....

sebenarnya ramai pegawai kerajaan anti aku .Mungkin pandangan aku agak radikal dan tidak menepati kehendak mereka...Bagi aku,kalau aku rasa benda x betul,aku akan cakap.ko Menteri ke,YB ke,lantak depa la...

kdg2 aku hantau 100 sms kpd Menteri  dari jam 1 pagi hingga azan subuh sampai naik pening depa nak jawab...sbb tu henpon aku ada tiga...

Islam itu agama yg sempurna,namun akibat Islam keturunan,ramai tidak mempraktikkan Islam.Mereka kdgkala baca Quran tp x faham,mrk solat tp x khusyuk,mrk berniaga tp x bayau zakat n mcm2 masalah umat Islam kat Malaysia  nie....

seorang ulama’ ada menulis “Jika orang fasik memberi salam,maka diharuskan tidak menjawab salam”.Manusia  x solat termasuk dalam fasik.Hujah beliau ia untuk memberi  pengajaran dan dakwah kepada org yang FASIK AGAR SEDAR KESALAHANNYA dan bertaubat.

Pendapat tersebut agak radikal namun ia menyedarkan ramai manusia....Mungkin x diterima ramai orang,namun seseorang alim memberi fatwa,ada kebaikannya dan hikmay yg mungkin org awam x faham....

Kdgkala isteri aku terbeli  makanan pasaraya ada cop HALAL  bukan JAKIM,aku buang tong sampah.Aku mahu pastikan semua produk makanan dan minuman ada cop hala JAKIM.Namun kat pasar malam,susah nak cakap...Takkan kita beli burger ,kita tanya daging burger cap apa,roti burger cap apa,kicap sos cap apa?Ia agak menyusahkan bagi kita dan mungkin boleh menjadi pertengkaran pula ... x pasal2 keluar berita hari2 gaduh kat pasar malam...

Bagi pendapat PERIBADI aku,orang Islam yang berniaga makanan dan minuman,mereka x solat atau tidak menutup aurat,MEREKA X  AMBIL PEDULI SOAL HALAL HARAM.Mereka x kisah sumber makanan dan minuman dari jenis apa dan sumber mana.  MEREKA HANYA FIKIR WANG DAN TIDAK PEKA DENGAN SOAL HARAM HALAL.

Sebab tu kalau makan di restoran,lebih baik makan lauk ikan..lauk ayam,entah sembelih  betul ke tidak...lauk daging,daging lembu impot dr India,Australia dan ntah mana-mana negara...Jadi makan lauk ikan mmg selamat...

Bini aku kdg2 naik angin dgn aku sbb aku teliti.aku cakap kita makan jadi darah daging..kalau x teliti,termakan benda haram,naya je..solat 5 waktu tunggang terbalik,masuk Neraka...penat je ibadat kat dunia...

Dulu aku selalu lepak board Islam ni,tp ada je stalker momod suka banned aku...mungkin ilmu agama mereka TERLAMPAU BANYAK ,maka aku yg ilmu nipis bawang ni ditendang keluar dr porum....kalau boleh bawa kat  ADUAN RAKYAT  ,dah lama aku wat....tp aku sabau je...BAK KATA KAWAN AKU TAUKE DOBI,dalam porum ni ghamai yg gila termasuk momod....

Apa yang kita perlu lakukan :

1.PASTIKAN MAKANAN DAN MINUMAN ADA CAP HALAL JAKIM.
2.MAKAN  KAT RESTORAN,MAKAN  LAUK HAIWAN X WAJIB SEMBELIH SPT IKAN DAN UDANG DLL...
3.BELI APA2 KAT PASAR MALAM,PILIH YANG BERIMAN..KALAU TUTUP AURAT PUN,KIRA OK JUGA DARI X TUTUP AURAT...
4.KURANGKAN MAKAN KAT LUAR.
5.BERDOALAH DALAM HATI AGAR PENIAGA ISLAM DAPAT HIDAYAH SPT MRK X SOLAT N X TUTUP AURAT...
6.BANYAKKAN BERDOA “ Ya Allah..jauhkan aku  dan keluargaku dari rezeki haram..jadikan semua sumber rezeki dan makananku adalah halal dan bersih....”
ok la..aku nak layan Real madrid-Bayen kat Astro lak....nak pi sana jauh sangat duit xda...tgk Astro pun jadi la....Bayern dah dapat sebiji.....Wallahua’lam...........
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 05:09 AM | Show all posts
jawapannye haram jika org itu masak daging babi.......
soklan setrusnye~~~
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 05:09 AM | Show all posts
jawapannye haram jika org itu masak daging babi.......
soklan setrusnye~~~
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 05:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 10:33 AM | Show all posts
Reply 13# GuaAnakMelaka


   x yah makan lah..cari makanan lain je. x solat tu maknanya dia serupa je ngan bangsa lain..tapi kita leh berdakwah ngan dia seba hidayah tu allah yang kasi..semoga dia dan kita akan dapat hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 11:17 AM | Show all posts
kalau kita boleh saja makan makanan yg ada logo halal Jakim, awatnya kita tak boleh makan makanan yg dimasak oleh orang Islam, cuma dia tak solat?. makanan yg ada logo halal tu pernahkah kita kaji sapa dia yg buat? sah2 lebih mulia makanan yg halal yg dimasak oleh orang kita tahu sapa dia yg masak, dpd yg cuma ada tanda logo halal, yg kita sendiri seumuq hidup ni tak pernah kaji sapa yg buat!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:28 PM | Show all posts
saya penah terpikir pasal isu logo halal Jakim ni..syarat2 nk apply logo ni mmg rumit, salah satunya kne pastikan sumber2 bahan makanan tu mngikut syariat & etc.

ok fine about that, tapi setelah logo diperolehi, adekah Jakim membuat pemantauan @ spotcheck yg kerap utk memastikan pengusaha tidak menggunakan sumber2 yg tidak halal @ tidak mngikut syariat??? boleh aje terjadi, setelah mendapat logo, pengusaha tidak lagi mengikut prosedur yg ditetapkan...

atau bagaimana??? mohon pencerahan bagi yg tau...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:37 PM | Show all posts
Reply 15# tokwan_jantan


   hang pi la kaji..aku xda masa nak kaji.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2012 01:14 PM | Show all posts
Reply 10# GuaAnakMelaka

terima kasih byk-byk dgn huraian yg panjang lebar.Kalau nak ikut susah nak elak benda mcm ni lagilah sy kerja ofis jadi waktu makan pg dan lunch time mesti kena keluar beli makanan jugak kan! Sebenarnya back to basic jugak sepatutnya semua permohonan kerja,permit kedai,petugas restoran kena letak selain dari Sijil SPM syarat wajib ialah solat 5 waktu dan tutup aurat.Mudah kan! rasanya kalau dibuat peraturan tu sebilangan masalah ttg peniaga ni dpt diselesaikan. Kalau mereka tipu juga itu dosa dgn Allah lah sbb kita dah jalankan peranan kita.Mcm tu jugak kat ofis masukkan syarat wajib solat 5 waktu  dlm interview kerja. Sbg boss atau ketua Jabatan pulak mesti tarbiah anak buat dlm mesyuarat bulanan highlight ttg solat ni.Insyallah dosa dia lepas walaupun anak buah tak sembahyang.Tapi boss2 skrg peduli apa sibuk meeting dan soal kerja je mana ada terfikir ttg solat staff buat ke idak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 02:29 PM | Show all posts
Reply  GuaAnakMelaka

terima kasih byk-byk dgn huraian yg panjang lebar.Kalau nak ikut susah nak  ...
vanilacup Post at 18-4-2012 13:14



penah trnampak requirement keje wajib solat 5 waktu...tapi tu la susah bile bcakap soal iman ni.
kkdang selamba jer org Islam makan kt kopitiam Cina. dh sah2 itu Cina, tapi still nk makan gak kt situ. macam xde tempat makan laen dh! adalah lebih baik masak sendiri, but macam ko cakap la, kite ni bkerja, limited time nk masak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 06:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 19-4-2012 06:35

soalan

err.. i beli apples kat well .. jusco  or  kat luar negara

sah sah depa tu tak solat

and i love chocolates  sah sah  depa tu org yg  u know....yg manufacturer tu lahhhh i maksudkan

so takkan sampai ke tahap itu kot??


i mean common ...?

kalau sampai syubhah macam ni , sampai ke tahao susah  hingga ia melumpuhkan nak buat pilihan dan sedangkan islam tu tak menyusahakan sampai tahap ini , kan saya fikir ...

ambil sederjana  je lah

sebab daripada beli apples yg you tak tahu bersioh kualiti etc etc kat tepi jalan u nak beli apples kat say , contoh giant  9cold storage ke  what not ) so  takkan sampai macam tu sekali

kalau u gi travel habislah

so ??? i would say kat mana boleh jaga jagalah

like klcc - yg ada HALAL pi lah  err yg chocolates ...heheheh ambik yg  you tahu no alcohol and vegetarians...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 07:39 AM | Show all posts
Reply 10# GuaAnakMelaka


   quite agree dgn hang....org yg x semayang (yg berniaga)...tendency utk cari untung melebihi segalanya...tp klu org x semayang tu masak kt rumah for family....most probably dia jaga jugak halal n haram....
sebenarnya aku pon x brapa peduli sgt....asal melayu masak...on....demm...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063338 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list