View: 3161|Reply: 19
|
Bagaimana menangani low self esteem kanak2
[Copy link]
|
|
salam all,
saya ada masalah ckit dengan anak dara yang umo 9 tahun. Saya perasan dia ni suka sangat mengalah dan tak boleh ditegur. Pelajaran pun makin merosot... |
|
|
|
|
|
|
|
susah sikit nak kasi nasihat / pandangan dgn ayat 2 kerat jer nih... cuba cerita seba sikit pasal anak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry, sebenarnya tak pandai sangat nak karang cerita... hehhe
My daughter ni sulong, adik dua2 lelaki, sorang darjah 1, sorang 8 bulan. Lately ni saya perasan dia makin merosot pelajaran, bila di tanya lebih banyak diam, kalo menjawab, biarla.. biarla ... Lagi di tekan, lagi diam... belajar sambil lewa... suka perlekeh adik dia yang no 2 tu...
hish... susah betul la nak cerita ni... tak pandai karang ayat. kawan2 dialu2kan bertanya kalo nak details... |
|
|
|
|
|
|
|
Kena selalu puji dia....
Dia buat apa-apa kalau boleh puji lebih-lebih...
Budak-budak suka di puji.... |
|
|
|
|
|
|
|
U mesti tau personaliti anak u camna kan. Kalau pendiam, kena korek2 ajak berbual, start dgn ty2 general psl kwn2 / citer2 yg dia suka. Then baru bole korek psl studies.
Klu x boleh tegur (ni anak I ada jgk sikit2 camni, tp kena cara ok jer) kena bagi encouragement, then criticise benda yg dia dah ubah dulu tuk bg compliment. I slalu buat camni, contoh I ckp eh, ur handwriting dah improvela, that's good dgn senyum ku yg lebar.. Then ku belek buku dia yg comot, why not this one pun buat cantik2 camni, nak baca pun senang. Dari terus attack, kenapa teruk betul tulisan ni? Ingat senang ke nak baca.
Certain children dia nak org encourage dia bg dia rasa proud. I perasan anak I punya handwriting & homework kat sekolah skrg improve a lot from his previous school. Dulu boleh buat I stress! I rasa sbb cikgu2 skrg pandai encourage budak. Dorang ni sikit2 puji budak. I know it'll be a +ve & -ve effect, kdg2 budak jd over confident, dah rasa bagus wpun nan hado. Tp kita set the standard here. Klu rs standard tu lum sampai then kritik secara berhemah. I pernah bc somewhere, nobody likes to be critised. Contoh, mcm kita mak2 ni dah la penat masak, rasa cam dah sedap tp laki byk songel ckp u masak apa ni? X tersirap ke? Klu ckp sedap jgk u masak tp tawar/ masin sikit tu sedapla hati sikit kan. Kalau puji sedapla masak, lagi la rasa nak masak sedap2 aje kan... Tp kalau rebus / goreng telur pun dia ckp sedap tu, x boleh la kita nak perasan sgt la kan... ops, mcm tersasar, cuma nak bg contoh kritik & puji....
Pelajaran merosot tu kena check punca, maybe kena selidik dgn cikgu & kwn2 kelas dia. Camna dia dlm kelas, buat apa, suka berangan ke, ada org kacau ke, x bole catch up ke. I think tu yg I terfikir lah. Budak2 at this age shud not be grumpy... They shud enjoy their school! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# yaszz
thank you so much... sebenarnya saya rasa memang salah saya kut... saya kerja biasa kul 8 / 9 malam baru sampai umah. Dah la dia jenis tido awal, jadi masa dengan dia agak kurang. La ni lagi la dah ada baby... Abah dia ada gak cakap saya ni jenis tak pandai pujuk/puji anak... tu lah saya cuba2 nak minta pandangan dan idea kawan2..
Cikgu dia pernah cakap dia kuat bersembang dan tak fokus masa belajar. Thats why banyak benda yang terlepas... dah la jenis tak suka bertanya cikgu... |
|
|
|
|
|
|
|
aaa acik rasa anak ummi cuma minta perhatian dari mama dia jer tu...
anak sulung ada adik lagi and adik kecik lagi. ... kita as ibut tak leh letak tanggungjawab anak sulung mesti mature n jaga adi jadi teladankat adik pada masa usia dia masih kecik ni. kena ingat dia pun macam adik2 dia perlu perhatian. mmg susah acik tau .. kerja lagi kan
acik dulu lagi susah .. single mom kerja lagi urus anak kecik2 dua org. tapi acik mmg set time malam sebelum anak tido as masa berbual dgn anak2. biasa nye acik akan tanya hari ni buat ap kat rumah babysiiter, makan apa ? kat sekolah belajar apa .. seronok tak main ngan kawan2 . just to show interest dgn anak2.
byk rahsia mereka yg acik dpt tau dgn cara ni .. anak2 pun selesa nak luah kan perasaan . alway acik akan end kan malam dgnbaca kan bed time stories tak pun acik d akan reka cipta sendiri story tu. cerita paling berkesan kalau acik guna example apa yg jadi pada diorang hari tu as pengajaran . contoh macam dia nakal hari tu . acik wuill start a story abt 2 budak nakal.... and the akibat yg jadi sebab budak tu nakal. jap lagi tuh dia minta maaf la n janji tak nakal lagi. hmm i miss that time .. rasa macam nak putar balik masa tuh so i do that again |
|
|
|
|
|
|
|
anak saya suffers from low self esteem sejak dari toddlerhood.
now dah sekolah rendah, banyak improvement walaupun masih ada sikit2 lagi masalah ni pada dia. letih sebenarnya bertahun2 setiap hari dok cuba atasi masalah ni.
actually setakat puji2 je may not work, sbb dalam diri mereka sendiri dah tersemat kepercayaan yang mereka kekurangan kebolehan2 yg orang lain ada.
mcm kes saya, antara yg membantu ialah environment utk dia.
alamak, later i will continue if ada masa terluang, kena masuk tidur ni... |
|
|
|
|
|
|
|
anak saya suffers from low self esteem sejak dari toddlerhood.
now dah sekolah rendah, banyak im ...
mclaren Post at 20-3-2012 22:59
kena baca buku2 macam the little engine that could nih... contoh jer la .. banyak lagi cara nak meningkat kan self esteem anak ni.
acik d sendiri struggle dgn anak yg dyselxia tu.. but i find her strength and pujuk dia. tell her dia tak perlu jadi macam org lain. she can be herself and excel as her self .. work more on her strenghth rather than trying to improve pada mende yg dia rasa dia tak leh nak buat.
bila dia dah ada konfident tu secara automatiknyer yg lain2 tu akan turut ok sikit demi sikit. so try la find out apa dia yg dia boleh buat dgn bagus .. tanpa dia rasa mama dia memuji just to nak sedap kan ati dia jer. let her feel good with herself . insyallah rasa low self esteem tu akan hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Tima kasih semua, saya akan tengok dan teliti cadangan kengkawan .... pada masa yang sama saya sedang cuba ingatkan balik apa2 kelakuan/tindakan/cakap saya yang menyumbang kepada masalah ini. Seharian saya duk pikir, sedih sangat rasanya bila kita nampak yang dia makin mengundur kebelakang... semalam masa ambik dari nursery saya banyak jugaklah dia bercerita.
Mclaren, saya teringin tahu sangat camna cara u handle perkara ni... moga2 boleh dijadikan panduan saya ... pandangan dan pengalaman kawan2 lain amat dialu2kan... saya online kat ofis, kalau saya tak update, maksudnya tak sempat... thanks all |
|
|
|
|
|
|
|
anak saya now dah makin kurang isu low self esteem ni, sejak masuk sekolah rendah.
firstly, environment kat sekolah dia buatkan dia kurang rasa tak confident atas kebolehan dia (panjang sgt pulak nak elaborate bab ni).
then, kita boleh perhatikan anak kita kan, tgk dgn teliti antara setiap perkara yang dia buat tu (atau disuruh buat oleh kita) apa yang PALING dia mampu buat (walaupun tak sehebat mana) dan nampak dia enjoy.
jadi kita pilih perkara tu, dan buatkan agar dia kerap dapat perform that task kat khalayak ramai. bila dia berjaya lakukan perkara tu depan orang lain tanpa gagal, itu akan menjadi stepping stone dia dan kita sbg parents jugak boleh gunakan perkara tu sebagai contoh utk kita galakkan dia cuba perkara2 lain yang dia risau dia tak boleh buat.
dan jangan hanya fokus kat akademik aje. cari kebolehan2 lain utk dia buat. martial arts ke, arts and crafts ke, baca alquran ke... swimming, singing, apa jua lah, biar dia join sama ada kat rumah, kat sekolah, atau di luar.
dan... jgn lah 100% of the time dok puji dia (walaupun tujuan nya utk bg motivasi dan encouragement) walaupun hasil kerja dia tak bagus. kena make sure the cpmpliments jive with reality la sebab dia pun sure tahu pujian kita tu sincere or not.
mcm saya, saya kritik jugak anak saya, tapi kena tgk caranya, kritik agar dia boleh improve lagi, maybe boleh guide dia tunjuk cara lain yang dia boleh lakukan agar hasilnya better. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm saya, saya kritik jugak anak saya, tapi kena tgk caranya, kritik agar dia boleh improve lagi, maybe boleh guide dia tunjuk cara lain yang dia boleh lakukan agar hasilnya better.
boleh bagi contoh cara kritik? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# UMMI_MAI
Kita ni pun kena muhasabah diri jugak kan. I dulu2 pun sama jugak, kedekut puji. Husband I lg la, standard dia lg tinggi, nak dengar dia ckp ok pun susah, ada jer yg x betul. Kdg2 I terlepas jugak kritik pedas2 atau laharan ni (masa panas kan which lepas tu kalau teringat, tengok muka dia sedih tu rasa I'm the worst mom in the world lah!) I nampak dia akan improve sekejap tapi I perhati it doesn't last. Tapi bila constant encouragement & kritik secara berhemah, dia akan tukar sikit sikit & it stays. Lagi satu healthy competition, i.e school environment & system tu mmg major factor lah. Ni I x reti nak komen, sistem di sekolah sepatutnya promote menda2 camni. Ni agak diluar kapasiti tp boleh usulkan dlm pibg kot. Wah glamer word pibg skrg.
Healthy competition, bkn kerana nak dapat no. brp & sbb exam, etc. Kat sekolah anak I ni, exam day pun secret & x de no dlm kelas konon x nak children tension. Tp I tgk budak2 akan buat their best tuk dpt teacher's recognition & 'stars'. Budak2 di encourage bertanya dlm kelas, perform every other week depan assembly, byk self study & project. Boleh kawan dgn cikgu. In one travel trip, anak I dok sebelah cikgu, promote malaysia lg. Siap they all nak arrange travel trip to Malaysia this summer. Buat homework bagus dpt star, berenang dpt star, etc. Bukan I nak puja puji sgt system mat saleh ni, tp it works for my son. I rasa kat malaysia pun kena perbanyakkan motivation tuk kanak2 di peringkat sekolah rendah lagi memupuk lebih ramai yg confident dan sukakan sekolah. Anak I pun sama akan mudah boring belajar kat sekolah lama dulu, tend berborak2 dlm kelas sampai cikgu dah tukar berapa kali tempat duduk. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi dia encouragement.
Jgn criticize je, offer solution. Tunjuk cara yg betul utk buat sesuatu.
Sit down dgn dia masa dia buat homework, atau at least suruh dia pass up buku kat you lepas siap buat homework. jadi you boleh terus suruh buat correction apa yg salah. Dia pula Akan dapat the message yg you care, you pay attention to her. Budak2 ni dia nak attention, dia nak acknowledgement.
Encourage dia participate in school activities to build her confidence. Kalau berpeluang, hantar dia apa2 classes yg dia minat kat luar- art class ke, taekwando ke. Bila masa dia dipenuhi dgn activities yg dia suka, dia akan jadi lebih ceria, excited dan approachable. Lagi suka nak bercerita dgn you, so lagi senang you nak communicate dgn dia.
Anak I seorang yg introvert dan sgt pemalu, tapi dia improved a lot since masuk primary school. Sekarang dia sgt suka join activities, pelajaran pun alhamdulillah. I buat benda2 yg I list down kat atas, I mellowed down, tak mau marah2 kat dia atau strict to the point of stifling her. I bagi dia join activities yg dia suka. Walaupun nampak tak related, tapi dia jadi makin ceria, makin yakin yg dia pun Ada kebolehan.
I tak tahu apa masalah anak you sebenarnya.. Adakah dia low self esteem sebab itu mmg dah nature dia atau sbb dia ketinggalan dlm pelajaran. Kalau sbb Ada masalah pelajaran, then you kena focus lebih on her studies. Bagi dia buat extra work, beli buku kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks all... rasanya dah boleh tangkap skit2 nak buat camne ... sekarang ni saya banyakkan borak dengan my daughter first ...my daughter ni very sensitif... kalo tanya banyak benda yang dia tak suka, nangis terus... |
|
|
|
|
|
|
|
tula..kdg2 rasa macam saya xpandai nak jaga anak.saya pulak anak nak msuk sekolah pun dah macam2 fikir. balik kerja pun dah lewat,masak lagi..dekat pukul 9 baru settle semua.saya rasa saya pun dah kena selalu motivate diela..sbb die suka sangat main je.ABC pun xkenal lagi...lately dia suka wat hal sendiri sejak dpt adik ni.saya rasa dia terasa kot.saya cuba untuk libatkan die dalam segala hal tapi dia mcm lebih suka wat hal sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
tula..kdg2 rasa macam saya xpandai nak jaga anak.saya pulak anak nak msuk sekolah pun dah macam2 fik ...
starz_gurl Post at 28-3-2012 11:50
betul tu.... cam my daughter ni pakai spek, masa dia mula2 pakai dia malu sangat sampai nak balik kg pun dia tak nak bawak spek spek dia... dia tak suka nanti orang tanya2/cakap2 pasal dia pakai spek... ada sorang tu cakap, dah pakai spek, mesti rajin baca buku ni, pandai.... saya cakap la balik kat orang tu.,... takde la, biasa2 je... dah my husband marah, kata saya tak patut cakap cam tu depan dia... tapi tak kan saya nak cakap memang pandai.... tu la saya tengah riki2 dengan semua camne nak menjawab apa2 tanpa menyebabkan dia terasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# UMMI_MAI
tula..kita buat apa yang kita rasa betul tapi rupanya orang lain punya pandangan lain.niat kita nak merendah diri tapi xsangka plak ada kesan lain kan.serba salah dibuatnya.confuse dengan cara pendekatan yang betul..saya akan cuba lagi untuk xmarah2 die tapi akan cuba reverse psikologi.harap semuanya okla..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hi all... sekarang kakak dah agak ok, buleh kiss pipi dah pagi2 pergi skolah... kalo du lu asyik ngelat2 je... tapi smalam dia ada cakap " ada org cakap kakak cam orang indon, abang cam org korea... ngapa cam tu umi ? .... " saya pun cakap tak pe la, indon ka, korea ka, dua2 umi sayang ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|