Baru-baru ini saya dikejutkan dengan kehilangan sejumlah wang di akaun Maybank saya secara tiba-tiba. Ini terjadi apabila tiba-tiba saya mendapat sms yang sejumlah wang saya ditransfer ke akaun yang tidak dikenali. Dengan itu, saya terus menelefon bank dan mengarahkan agar akaun saya disekat,saya juga telah membuat laporan polis pada masa yang sama.
Semua salinan telahpun saya beri kepada Maybank untuk tujuan siasatan. Malangnya, pihak Maybank tidak mahu bertanggungjawab diatas kehilangan duit saya dan menganggap itu kecuaian dari saya sendiri. Saya berasa amat kecewa. Buat pengetahuan semua, rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang menjadi mangsa keadaan ini, ramai lagi yang hilang duit di dalam akaun Maybank yang dibuat melalui email menyatakan agar pelanggan megemaskinikan akaun masing-masing. Kebanyakan rakan-rakan yang mengalami nasib malang yang sama terdiri dari pekerja awam.
Persoalannya, dimanakah tanggungjawab Maybank diatas kehilangan duit pelanggan yang menyimpan duit di bank mereka? Yang saya pelik ini terjadi hanya di bank Maybank bukan di akaun-akaun lain. Diamanakah yang dikatakan sistem keselamatan yang konon-kononnya terlalu bagus oleh Maybank? Berapa ramai lagi yang akan jadi mangsa selepas ini? Saya tidak faham mengapa Maybank mengambil ringan masalah pelanggan dan enggan bertanggungjawab.
Inikah yang dikatakan “customer always right”?
Pada pendapat saya, Maybank2u Online memang tidak selamat untuk digunakan kerana senang-senang penggodam haram masuk dan mencuri duit pelanggan dan Maybank tidak sama sekali tidak bertanggungjawab! Kenapa setelah ramai yang menjadi mangsa Maybank masih berdiam diri tanpa apa-apa tindakan membaikpulih sistem mereka? Adakah mereka memang langsung tidak pedulikan aduan pelanggan dan hanya mengutamakan keuntungan semata mata? By: Salmi
sumBer : http://www.aduanrakyat.com.my/dimanakah-tanggungjawab-maybank-diatas-kehilangan-duit-pelanggan
..........................................................................................................
aku dah lama guna Maybank2u.. memudahkan aku nak semak duit keluar masuk, transfer wang,
beli tiket,
book hotel,
bayar
bil dan macam-macam lagi....
Namun
benarkah Selalu wang hilang???
Pengalaman aku ,setakat ni
belum lagi kena dan harap tidak kena....Malah Maybank2u memudahkan aku guna melalui maya dalam dan luar negara....
Actually ia ada pel bagai kemudahan...beli tiket wayang on9 dan terus pi cinema..xyah nak beratur panjang kat cinema...Namun bila ghamai mengaku hilang wang guna Maybank2u,gentar juga...walaupun wang tak la juta dalam bank....
Org yg pandai dalam internet mmg senang curi wang org dalam bank....atau ada org dalam sendiri yang ada sistem hack password?
http://1.bp.blogspot.com/--iJ5BGBpPig/T2NEmvhBfqI/AAAAAAAAFdE/YdO41lbWrp4/s1600/m%2B3.jpg
|