CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

Daihatsu bina kilang RM220j

[Copy link]
Post time 8-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Premis di Bandar Baru Sendayan hasilkan alat kawalan EAT\rDAIHATSU Motor Co Ltd akan mula membina kilang alat kawalan Transmisi Automatik Elektronik (EAT) yang pertamanya di Asia Tenggara, bernilai RM220 juta di Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan, pada pertengahan bulan ini. \r\n\n\n\n\r  Ia sekali gus akan menjadikan negara ini sebagai hab pengeluaran komponen automotif peringkat serantau bagi pengeluar kenderaan tertua Jepun itu, yang juga adalah pemegang saham utama serta rakan teknologi dan teknikal Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).\r\r\n\n\n\n\n  Pembinaan kilang itu dilaksanakan menerusi Akashi-Kikai Industry (M) Sdn Bhd di kawasan seluas 11 hektar yang dibeli daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan BSS Development Sdn Bhd (BSS) itu, dijangka siap pada Disember ini.\rAkashi-Kikai Industry Malaysia adalah syarikat usaha sama dengan pemilikan ekuiti sebanyak 51 peratus oleh Akashi-Kikai Industry; Daihatsu (39 peratus) dan PERODUA (10 peratus).\rMengulas perkembangan  itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kilang itu bakal mengeluarkan  150,000 unit EAT setahun khususnya untuk PERODUA bagi pengeluaran model Myvi dan Alza.\r“Dengan adanya kilang ini, saya berharap lebih banyak syarikat dari Jepun datang membuat pelaburan di sini, sekali gus menjadikan Bandar Baru Sendayan sebagai pusat pelaburan utama,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian jual beli tanah antara MBI dan BSS dengan Akashi-Kikai di Seremban, semalam.\r\n\n\n\rPada majlis itu, MBI diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan, manakala BSS diwakili Pengarah Urusannya Datuk Lee Tian Hock dan Akashi-Kikai oleh Presidennya, Noriyoshi Matsushita.\rHadir sama, Ketua Eksekutif MBI, Datuk Mohamad Haslah Amin; Pegawai Eksekutif Kanan DMC, Takahide Tatsumi; Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh dan Pengarah Urusan Akashi-Kikai, Hideki Nomura.\rMohamad berkata, kilang yang bakal beroperasi hujung tahun ini akan memberikan sekurang-kurang 200 peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan.\rSementara itu, Matsushita berkata, pihaknya memilih Negeri Sembilan sebagai destinasi pelaburan pertama di Asia Tenggara kerana infrastrukturnya yang menarik selain kedudukan kilang ini berhampiran lebuh raya dan lapangan terbang.\r“Buat masa sekarang, komponen ini hanya untuk pasaran domestik namun kami akan mempertimbangkan untuk memasarkannya ke luar negara,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055234 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list