CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9020|Reply: 4

TEMUDUGA LATIHAN/KURSUS/PERTUKARAN BELIA MALAYSIA DI LUAR NEGARA SEPERTI DI CEN

[Copy link]
Post time 2-3-2012 03:20 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,

Adakah sesiapa yg di sini pernah mengikuti Latihan / Kursus di luar negara seperti di Central Officials Training Institute(COTI) di Korea atau program Pertukaran Belia Malaysia-dengan negara luar?


Apakah kriteria untuk terpilih mengikuti Latihan / Kursus /Program pertukaran tersebut?

Kalau tuan / puan boleh kongsi, apakah persediaan/persiapan yang perlu dibuat untuk menghadapi temuduga pemilihan ke Latihan / Kursus / Program tersebut?

Biasanya, berapa orangkah yang terpilih untuk mewakili negara?

Maklum balas tuan / puan amatlah dihargai.

Sekian, terima  kasih.



-Nur-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 03:38 AM | Show all posts
COTI? Dapat coti tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:16 AM | Show all posts
ohh x tahu laa....

tp pernah dengar program nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 03:58 PM | Show all posts
Reply 1# nur_aswad200183

aku citer ni dari yg aku dengar  laaaa
sampai skrg aku masih blom berjumpe dgn org yg pernah p temuduga tu...
dari yg aku tau, awal2 tu dia akan mintak ko ceritakan pasal diri ko  in english... sure takde masalah kan>??? tp kalo aku, sangat bermasalah
lps tu dia akan kasik tajuk, ko bincang la sesama ko... n temuduga ni grouping tau....

selalu nya dalam 15 org camtu....

aku pon tak tau nk wat persediaan camne.. aku nyer sessi esok jam 1.30 - 2.00  ptg
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:55 PM | Show all posts
nzhass79 posted on 19-3-2012 03:58 PM
Reply 1# nur_aswad200183

aku citer ni dari yg aku dengar  laaaa

Aku dah pergi interview ni...hasilnya adalah......

BERJAYA :-)

yg aku dapat programnya lebih kurang mcm ni http://www.jpa.gov.my/docs/borang/YLP_Nature_Env.pdf

ok..interview dgn JPA ni, JPA mempunyai standard dlm temuduga...ade skema pemarkahan dan urusetia akan kumpul markah kemudian kumpul semua markah kemudian menghantar laporan kepada Pengarah Bahagian utk umumkan siapa yg berjaya. Skema pemarkahan hehehhe strict siut!!! yang terbaek sahaja akan dapat!!

Betol...anda akan di kumpulkan bersama...temuduga berkumpulan mcm rancangan Apperentice, mcm Survivor etc.. aku dah biasa interview mcm ni. Sebab Malaysia Airlines pun buat mcm ni dlm pemilihan pengurusan tertinggi.

Aku nak bgi satu tips bila berada dalam keadaan mcm ni, korang kena jadi kreatif dan mesti menunjukkan terbaek berbanding dgn calon yang lain.

Soalan yg di beri, berlainan dari masa ke semasa, tahun lepas kena tanya pasal NKEA NKRA, ape pendapat kamu etc...bagi saya soalan penemuduga ni boleh berubah ubah dari masa ke semasa....mereka cuma nak tengok cara kita menjawab dan mengeluarkan idea idea yng kreatif. Kalau jawapan standard dan sama je dgn yg lain... so....sotong le jawabnyer hehehehe.

Time aku, dikumpulkan seramai 7 orang dalam satu meja. Penemuduga seramai 4 orang. time 7 orang duduk kat meja tu, Ketua penemuduga akan menerangkan masa yang akan di ambil semasa temuduga.. cth time aku mcm ni " kamu semua di beri masa 3 minit utk memberi pengenalan diri, cerita serba sedikit mengenai diri kamu dan sebagainya"

Lepas tu, kamu di beri satu tajuk dan bincangkan bersama-sama dengan menggunakan bahasa english ... time aku, kami diberikan portfolio kementerian...aku jadi menteri pertanian, ade perdana menteri, ade menteri kewangan etc.. so perdana menteri tanya aku, apakah kementerian aku boleh lakukan bagi meningkatkan pengeluaran pertanian dalam meningkatkan nilai ekonomi negara dengan adenya penubuhan bank asing di Malaysia.... berasap juga mula-mula aku terima soalan tu...aku rasa perdana menteri tu saja nak kenakan aku...tapi aku tarik nafas panjang...ape lagi...goreng maut punyer...aku pun tak ingat ape aku jawab...tapi aku masih ingat penemuduga semua terlopong melihat penjelasan aku.

Mula mula aku ingat aku tak diterima, mcm mana nak di terima, calon calon yg hadir, adalah pegawai kewangan yang handle projek setiap negeri dgn peruntukan lebih 24 juta setahun.....aku handle projek RM60,000 je, lepas tu ade pegawai daerah, dia bagitau dia handle kawasan pentadbiran dia seramai 60,000 orang...nak banding dgn aku, aku kat ofis 8 org je aku handle. Seorang calon lagi, guru bahasa english....english memang cair le... ade 4 calon lagi...tapi aku lupa. tapi semua hebat hebat belaka...pasal tu aku cakap aku pada mula susah nak dapat benda ni....tapi bila temuduga bermula....jeng jeng jeng...jadi kreatif pulak aku..

Cuma lepas interview aku tak la mengharap sangat aku boleh dapat...tapi tiba tiba dapat hehehehe syukur alhamdulillah.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.099944 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list