|
MANILA: Perbalahan panjang antara isteri dan kekasih anggota Kongres Filipina, mendiang Ignacio Arroyo yang meninggal dunia di London 26 Januari lalu, akhirnya diselesaikan bagi membolehkan mayat beliau dibawa pulang ke tanah airnya.\rSatu sumber Kongres menyatakan, isteri Arroyo, Aleli akan menerima bendera Filipina dari Parlimen, dalam satu upacara perkabungan diadakan di dewan rendah Kongres, kata satu sumber.\r\n\n\n\n\rHari pertama perkabungan dijadual diadakan di rumah peninggalan Arroyo di kawasan mewah di La Vista di pinggir Quezon City, 1 Mac ini.\r\r\n\n\n\n\nSatu lagi upacara perkabungan dijadualkan di rumah Aleli di kejiranan sama, sebelum perkabungan di Parlimen. Selepas itu upacara akan diadakan di Bacolod City, di bahagian tengah Filipina. Tidak diketahui jika kekasih sekian lama Arroyo, Grace Ibuna, akan berada di sana.\rSudah pasti keluarga pertama akan berada di sekitar pengebumian di Perkuburan Utara Manila. Tidak diketahui jika Ibuna dan anak perempuannya akan turut serta, kata sumber terbabit.\rIbuna memiliki seorang lagi anak bersama pelakon Gabby Concepcion.\rKetibaan mayat Arroyo dilewatkan selepas aduan Ibuna dikemukakan di sebuah mahkamah di London.\r\n\n\n\rKelibat dua wanita, seorang isteri dan seorang kekasih, bertengkar untuk mendapatkan mayat lelaki dicintai, fenomena terpencil di Filipina, satu ilustrasi keadaan sosial dan kepelbagaian cinta dan perhubungan.\rRakyat Filipina bertolak ansur dalam kecurangan sebagai hakikat kehidupan.\rSeorang suami yang curang diterima selagi dia menjaga keluarganya. Kekasih diberi pujian untuk pelbagai alasan, termasuk memanjangkan hayat kekasih mereka, kata ruangan pojok akhbar Manila Times.\rMendiang Arroyo abang kepada Jose Miguel Arroyo, suami bekas presiden Gloria Arroyo. - Agensi\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|