|
CHARDON (Ohio): Seorang pelajar bertindak melepaskan tembakan di kafeteria sekolah menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera dipercayai kerana bekas teman wanitanya menjadi milik mangsanya atau disebabkan dia pernah dibuli.\rDua sebab itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa yang masih belum menetapkan motif serangan pelajar Sekolah Tinggi Chardon, T J Lake, ketika sesi sarapan.\r\n\n\n\n\r Rakan pelajar memberitahu media tempatan bahawa suspek adalah seorang pelajar yang tidak banyak bercakap, suka bersendirian dan mungkin dibuli atas sebab bertindak demikian.\r\r\n\n\n\n\n Ada saksi lain berkata, Lake seolah-olah menyasarkan serangan mangsa kerana menjalin hubungan intim dengan bekas teman wanitanya, lapor Reuters yang mengakui tidak dapat mengesahkan teori itu.\rPelajar di Ohio rata-rata terkejut dengan kejadian tembakan di sekolah Amerika Syarikat dalam tempoh hampir setahun.\rLake ditahan seorang guru yang mengejarnya selepas dia melepaskan tembakan, kata polis. \rMangsa yang maut dikenali sebagai Daniel Parmertor, 16.\r\n\n\n\rBerikutan itu, semua sekolah di Ohio ditutup sehingga esok bagi membolehkan penduduk bertenang dan mendoakan mangsa lain yang cedera pulih.\rKami mahu mereka tidak keluar rumah dan memikirkan pengajaran daripada kejadian yang berlaku, kata Superintendan Sekolah Chardon, Joseph Bergant, dalam sidang akhbar.\rDua daripada empat pelajar yang cedera dihantar ke Hospital MetroHealth, Cleveland, dan keadaan mereka dilaporkan tenat, kata Ketua Polis, Tim McKenna.\rJurucakap hospital, Shannon Mortland, menolak untuk memberi butir-butir terbaru keadaan mangsa berkenaan, antara seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang sebelum ini dikatakan tenat manakala seorang lagi pelajar wanita berusia 18 tahun dilaporkan stabil.\rPeguam keluarga Lane menyifatkan remaja terbabit seorang yang baik dan tidak pernah terbabit dalam kejadian tidak diingini.\rKejadian ini memang tidak dijangka langsung. Keluarganya meminta semua pihak tidak mengganggu mereka ketika mereka cuba memahami bagaimana tragedi boleh berlaku dan berkabung atas kematian mangsa.\rChardon adalah satu bandar dengan 5,000 penduduk, menurut laman web Banci Amerika Syarikat baru-baru ini.\rKejadian tembakan paling buruk di sekolah Amerika berlaku pada 2007 apabila seorang pelajar Universiti Virginia Tech menembak mati 33 orang. \rIa menyusuli satu lagi kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Columbina di Colorado pada 1999 yang menyebabkan 12 pelajar dan seorang guru maut. Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|