CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

Harta karun kembali ke Sepanyol

[Copy link]
Post time 28-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MADRID: Sebanyak   594,000 keping wang syiling  emas dan perak seberat 17 tan  bernilai hampir AS$500 juta (RM1.5 bilion) akhirnya tiba di Sepanyol Sabtu lalu selepas terdampar di kapal perang yang karam di dasar laut lebih 200 tahun, diikuti lima tahun pertelagahan perundangan antara kerajaan Sepanyol dan syarikat yang menyelamatkannya. \rKapal perang dengan 49 senjata, Nuestra Senora de las Mercedes, belayar dari pantai di Peru yang ketika itu jajahan Sepanyol dengan syiling untuk membantu mengisi semula tabung perbendaharaan Sepanyol. \r\n\n\n\n\r  Pada 1804, kapal perang British menyerang kapal perang berkenaan ketika ia menghampiri pelabuhan Sepanyol, Cadiz dan kapal itu karam menyebabkan 249 orang terbunuh, kata laman web kerajaan Sepanyol. \r\r\n\n\n\n\nSabtu lalu, pesawat tentera Sepanyol mendarat di pangkalan udara Torrejon berdekatan Madrid membawa wang syiling berkenaan  yang ditemui dari bangkai kapal oleh syarikat penerokaan dasar laut, Odyssey Marine Exploration  yang berpangkalan di Amerika pada 2007. \rSepanyol mempertikaikan di mahkamah dan menegaskan  syarikat itu tidak mempunyai pemilikan sah kepada kargo dan kapal. Seorang hakim mengarahkan pada 17 Februari supaya  syiling itu dikembalikan dari Florida.\rSyarikat berkata ia akan mematuhi penghakiman itu walaupun seorang jurucakap berkata ia tidak mengikut contoh perundangan sedia ada.\rIni adalah kemenangan Sepanyol dan Amerika Syarikat, kata peguam Jose Maria Lancho, yang menjadi penasihat kepada kerajaan Sepanyol dalam tindakannya menentang Odyssey.\r\n\n\n\rBagi Sepanyol, kapal karam ini adalah kawasan arkeologi, ia masih kapal perang dan kami masih mempunyai perundangan terhadap apa yang berlaku, katanya. \rKerajaan Sepanyol bercadang menyimpan, memulihara dan menyiapkan katalog bagi kandungan kargo 17 tan yang dianggarkan bernilai 373 milion euro (RM1.5 bilion).\rBeberapa bandar bersaing untuk mempamerkan syiling itu tetapi menteri kebudayaan berkata belum ada keputusan yang dibuat. Sepanyol tidak memberitahu di mana syiling itu akan disimpan buat sementara waktu atas alasan keselamatan. \rKetika harta karun itu berada di Sepanyol, masih ada tindakan perundangan yang tertangguh. \rAgensi berita Sepanyol EFE melaporkan bahawa kerajaan Peru bercadang merayu kepada Mahkamah Tinggi Amerika untuk menuntut sebahagian kargo itu. \rSyarikat arkeologi marin berpangkalan di Malaga, Nerea yang turut mendapatkan khidmat Lancho meminta mahkamah Sepanyol  mendakwa  Odyssey kerana merosakkan warisan sejarah, memusnahkan kawasan arkeologi dan menyeludup warisan arkeologi. \rMedia tempatan yang memetik sumber kerajaan Sepanyol melaporkan bahagian kargo kapal itu masih di Gibraltar, kawasan yang ditadbir British di selatan Sepanyol di mana kedaulatan menjadi pertelingkahan oleh kerajaan Sepanyol. \rKami turut menghubungi Kementerian Luar Sepanyol. Sehingga kini, kami masih belum menerima pengesahan apa kandungan kapal yang berada di Gibraltar, kata jurucakap Kedutaan British di Madrid.  -  Agensi/Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.045193 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list