CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5419|Reply: 3

Mengajar anak membaca

[Copy link]
Post time 23-2-2012 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Sudahkah  anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada  isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia  untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah  yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku  kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.   
Mengapa?  Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak  kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak  manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan  memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak  membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca  perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak  bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.     

Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.
  •    JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk   huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf   tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a,   b, c adalah halangan pertama membaca.
  • JANGAN ajar anak  mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang  dilihat kerana mengeja  melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf  dan membatang pola-pola  ejaan.
  • JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil  mengenalkan nama huruf  sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf  ‘a’) bunyinya ‘a’  kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk  membaca.
  • JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata  atau perkataan  apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan  terbeban dengan  ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
  • JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.
Jadi  apakah yang BOLEH dalam mengajar anak  membaca mengikut kaedah fonetik?  Membaca mengikut kaedah fonetik  melibatkan proses awal berikut;  Memperkenalkan bunyi secara sistematik
  • anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan
  • anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
  • anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.
Kanak-kanak  seawal usia 3 tahun dapat  mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan  bentuk-bentuk pada usia ini.  Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak  dapat mengenal bunyi dan  mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf  yang ditunjukkan dengan  cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’  apabila melihat huruf ‘a’  (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila  melihat huruf ‘e’. Sehubungan  itu, apabila anak-anak melihat huruf  ‘ani’, dia akan menyebut bunyi  ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya  ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).
Beberapa  teknik  mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah  asosiasi  adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’  tersebut boleh  dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat  aksi orang  terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui  asosiasi ini  anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih  berkesan, cepat dan  berkekalan. Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku  atau rujuk buku  panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku.
Sebaik-baiknya   ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai   hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat   membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam   pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut   susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan   berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan  huruf  konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah   bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi   ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi   konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan   ‘k’.
Seterusnya, dengan berpandukan  siri cepat  membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak membaca gabungan  huruf konsonan  dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan  ‘u’ untuk  membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik,  anak-anak tidak akan  mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal  suku kata ‘ba’; tetapi  mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi  ‘beh’ (bagi huruf ‘b’)  dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’).

http://anakbonda.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 10:52 AM | Show all posts
Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila meng ...
tuahberkat Post at 23-2-2012 14:43



  yup anak2 aku belaja guna kaedah ni....mudah & cepat depa faham/ingat...aku pn belaja sama sbb nk pantau prestasi depa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 11:28 AM | Show all posts
Dulu, masa anak di taska, cikgu ajar guna kaedah ni tp ianya bergantung juga kepada individu, ada yg lancar membaca, ada yg sekadar boleh membaca dan ada juga yang langsung tak boleh membaca. Tak pasti samada teknik yg cikgu gunakan salah atau macamana. Kdg2 tgk murid2 lancar baca sb mereka dah hafal apa yg ada dalam buku tu. Tak tau la kalau org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 04:23 PM | Show all posts
Dulu, masa anak di taska, cikgu ajar guna kaedah ni tp ianya bergantung juga kepada individu, ada yg ...
mazGen2 Post at 5-4-2012 11:28



betul tu, x semua budak blh ikut cepat...cth ms anak aku 3bln berada di taska (umur 4thn) cikgu kata masih ada yg blh blm membaca,anak aku jenis cepat tangkap apa yg diajar...bila anak aku da abis 'u' anak mmber aku yg brada di kelas yg sama masih start dgn 'i' ..kesimpulannya ikut kemampuan budak dan tahap pemahaman yg berbeza so cikgu2 kena tabah

klu nk kata sistem ni menghafal blh juga sbb cikgu kata cara pembelajaran nnt akn smp satu tahan (kelas 5thn) bila cikgu sebut 'buku', dia akn srh budak2 ni tulis..so nnt budak2 akan membayangkan suku kata 'bu+ku'...pada aku sistem ini sgt berkesan kpd anak sulung aku yg skrg berusia 5thn.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.119044 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list