Di sinilaa dikatakan terdapat kubor besar 50 ribo rangka dari tentara Raja Parsi, Raja Cambyses III, anak kepada raja parsi yang terkenal iaitu Cyrus The Great dalam perjalanan menakluk penduduk Oasis Siwah, penyembah dewa Ammon (Jupiter).
pasangan adik beradik yang merupakan pakar arkeologi iaitu Angelo dan Alfredo Castiglioni dari Itali telah berjaya menemui kawasan berkuburnya tentera parsi berjumlah 50 000 itu. Mereka telah menemui ribuan tulang rangka manusia, pakaian perang dan peralatan perang yang lain seperti pedang dan tombak. Kesemuanya bercirikan tamadun empayar parsi. Kawasan perkuburan besar-besaran ini terletak di kawasan barat mesir dan berdekatan dengan timur gurun sahara. Maka dengan penemuan ini menguatkan lagi teori bahawa mereka telah ditimbus oleh ribut pasir yang dasyhat dan disertai dengan gas beracun hasil dari pemendapan Qattara Depression.
sewaktu kempen penaklukan pada tahun antara 525-522 SM oleh raja parsi iaitu Raja Cambyses III ke atas Mesir, seluruh mesir telah ditawan oleh empayar parsi. Namun penduduk di Oasis Siwah iaitu penganut agama menyembah dewa Ammon (Jupiter) tidak mengiktirafkan penaklukan yang dilakukan oleh Parsi. Maka Raja Cmbyses III telah menghantar 50 000 bala tentera parsi untuk menawan Oasis Siwah tersebut. Namun menurut catatan sejarah oleh Herodotus, beliau mengatakan bahawa tentera parsi tersebut telah ditimpa ribut pasir yang dasyhat sehingga menenggelamkan keseluruhan angkatan perang tersebut.
Kawasan Qattara Depression ini adalah serendah 134 meter dari paras laut dan berkeluasan 44 000 kilometer. Jaraknya dengan laut tengah adalah sekitar 56 kilometer sahaja. Dengan pemendapan ini, maka gas-gas asli yang beracun dari bawah tanah akan terbebas ke udara
Sebenarnya Qattara Depression ini terletak diantara Oasis Baharia dan Oasis Siwah (sila rujuk pic dibwah)
The Qattara Depression is a massive sinkhole in Egypt that is considered to be the world's largest.
The location of Qattara Depression is shown as the irregularly shaped light blue region in the map above