|
MILAN: Arsene Wenger tidak akan menjadikan kekalahan 4-0 di tangan Milan dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin sebagai penghalang untuk pasukannya memburu peluang terakhir menamatkan badi kejuaraan apabila bertemu Sunderland dalam pusingan kelima Piala FA, esok.\r“Kami akan memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya, keputusan itu satu malapetaka, tetapi musim ini belum berakhir,” kata Wenger. “Kami mempunyai perlawanan besar Sabtu ini (menentang Sunderland) dan ia peluang terbaik untuk menunjukkan karakter dan kekuatan mental kami selepas kekalahan mengejut itu.\r\n\n\n\n\r “Pemain tidak mengecewakan saya, kami terlepas impian itu sebagai satu pasukan. Anda boleh menyalahkan dan terus menyalahkan, tetapi kami perlu kekal bersatu dan memenangi perlawanan seterusnya.\r\r\n\n\n\n\n “Pemain saya terlalu menginginkan Liga Juara-Juara dan merekalah orang pertama yang paling bersedih. Saya tidak boleh kata saya sudah lakukan dengan sempurna apabila tewas 4-0, tetapi saya percaya kami tidak melakukan kesilapan taktikal.\r“Masih banyak kerja perlu kami lakukan untuk mengembalikan semangat sebagai satu pasukan dan tempoh terlalu singkat sebelum perlawanan Sabtu ini. Kami perlu menampilkan persembahan yang berlainan sama sekali pada perlawanan itu.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|