|
BERSYUKUR mengambil keputusan nekad beralih ke acara lumba basikal, bekas pelari pecut negara, Siti Fatimah Mohamad gembira apabila kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya sebagai atlit semula.“Saya tidak menyesal bertukar acara, sekurang-kurangnya kini saya boleh memberi tumpuan berkayuh saja tanpa ada gangguan politik (dalaman persatuan),” katanya yang sebelum ini mengambil keputusan bertukar acara kerana tidak sanggup lagi dibelenggu masalah politik dalaman Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).\n\n\n\n Mula menjalani latihan di bawah Graham Seers sejak tiga minggu lalu, Siti Fatimah kini dibawa berkayuh di lebuh raya untuk mendapatkan ketahanan di samping pengetahuan asas dalam sukan lumba basikal.\n\n\n\n\n\n Tidak pernah berkayuh sejak zaman kanak-kanak, atlit berasal dari Johor Baharu itu berkata, dia pada mulanya agak gementar apabila berkayuh di atas jalan raya namun kini semakin membiasakan diri dengan persekitaran latihan baru itu.“Berbeza dengan acara lari pecut, kini latihan saya banyak ditumpukan pada otot paha dan juga membiasakan diri dengan teknik menukar gear.“Saya belum lagi dibawa menjalani latihan di trek tetapi saya sungguh teruja apabila dapat menyaksikan pelumba berkayuh pada acara trek Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 minggu lalu dan berharap dapat mula menyertai kejohanan pada hujung tahun ini,” kata atlit 26 tahun itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|