|
As-salam,
Hari 14 Februari 2011 adalah hari yang akan kekal dalam lipatan sejarah hidupku. Bukan sebab kerana Valentine Day, tapi sebab satu kisah yang membuatkan aku nanges pabila terkenangkannya .... serius .....
  
Adapun, setahun lalu, pada tarikh keramat 14 Februari 2011 adalah masa aku bersama isteriku berbulan madu (kitorang nikah masa Gong Xi Fa Cai tahun lepas) di Kuching Sarawak.
Dipendekkan cerita, kitorang ni bercinta lepas kahwin, kira memasing masa fasa lepas nikah & berbulan madu tu baru nak mengenal hati budi & memupuk kasih yang baru terjalin.
 

Memori indah first time berkepit, pegang tangan waifu-chan, makan candle light dinner sesama, memadu asmaradana jiwang karat tak hengat ... memang best gegila ... iye le, mana ku penah wat semua tu ngan dia sebelum kawin ... kire inesen sesangat.



Maka pada tarikh 14 Februari 2011 tu, ku bawa waifu-chan jenjalan ke setiap ceruk bandar Kuching, berdua2an selayak pasangan Romeo Juliet Laila Majnun katakan. Pada satu ketika , masa nak melintas jalan, tetiba waifu-chan pujaan hatiku takde kat sebelah .... padehal tadi bukan main rapat jewww ... aku toleh kanan kiri, ternampak dia menjauh kat sebelah pokok.
Aku pun kenyit2 mata ler, kira2 signal dia supaya cepat sama2 denganku melintas jalan. Dia boleh pulak berpaling muka buat macam tak kenal aku. Aku ingat dia gurau ke apa ke, aku pun bersiul fewwit fewwit sama dia ... orang tepi jalan dah mula pandang semacam .... waifu-chan pulak makin menjauh membelakangkan aku le pulak.
Tetiba aku terasa hangin le pulok satu badan .... apahal takde angin taufan ribut kencang, si dia nak merajuk.
 

... sambil aku jenjalan tu ke arah waifu chan, dia lak lari .... aiseh aku panik berkejaran le ke arah dia (apa, ingat nak nak main kejor2 kat taman cam pelem hindustan)
 

Tetiba aku dapat sms, tambah aku lagi sakit hati mangkuk mana call aku masa aku coti berbulan madu ni & sambil ku telek h/p, ropenye sms dari si dia. Ku baca itu mesej:
"Awak ..... saya malu nak cakap. Tolonglah awak, tengok kat bawah ... tolong sangat2."
Eh? Aku stop kejar dia & tengok kat bawah, kasut aku OK, takde terlekat taik anjing keww ... stokin sama kaler, seluar takde koyak .. tetiba .... aku nampak kaler merah menyala pada pada belahan zip seluarku .... makkkkkk ..... zip seluar aku tak berzip ropenya, dan nampak bebeno suar dalamku kaler memerah menyala gittew ......



TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!
  
Haku tergopoh gapah membetulkan zip, terus mendapatkan waifu-chan ku yang tersengih2 macam kerang busyuk, tahan teksi & terus balik ke hotel ....
  
Aku merajuk dengan waifu sampai masa dinner pun aku tanak kuar dari bilik hotel, sanggup aku order pizza hut delivery jeww & waifu yang amik depan pintu bilik.
Haku malu ... malu ... malu bebenor satu Bandaraya Kuching pada 14 Februari 2011 menyaksikan spender merah menyala2 sorang mamat tuh ....
  
siap men kejor2 ngan bini cam orang gila seks kejor mangsa ....
Waifu-chan ku sempat sms pagi tadi, "Abang, jangan lupa zip seluar & jangan pakai suar dalam kaler merah2 tau". Siott jew dia mengingatkan hari kebesaran spenderku ittew .....
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ......
   |
|