CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

‘Emas buat peminat’

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KEMBALI berkayuh semula di tanah air selepas enam tahun, jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang yakin pingat acara pecut Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 dapat dihadiahkan buat peminat tempatan yang sentiasa menyokongnya.  \r“Walaupun saya belum kembali ke prestasi sebelum kecederaan, saya bersemangat dapat berlumba di sini dengan adanya penyokong tempatan walaupun masih bergegar ketika berkayuh akibat permukaan velodrom yang tidak rata.\r\n\n\n\n\r   “Saya jangkakan hanya mencatatkan 10.5 saat namun gembira apabila dapat merekodkan 10.39 saat dalam pusingan kelayakan tadi,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n   Azizul melangkah ke pusingan suku akhir hari ini untuk bertemu seteru utama dari Jepun, Kazunari Watanabe yang mengalahkannya pada pertemuan terakhir mereka di ACC 2010 di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu.\r“Saya sudah banyak kali bertemu Watanabe dan selalunya saya berlumba dengan dia di final, jadi pusingan suku akhir esok (hari ini) seakan-akan final buat saya. Dia mungkin mempunyai kelebihan pengalaman berbanding saya tetapi saya mempunyai kelebihan daripada segi taktikal,” katanya.\rPerlumbaan hari pertama semalam menyaksikan tidak ada sebarang pingat dihasilkan pelumba elit yang bertanding dalam final kejar mengejar individu lelaki dan wanita serta perlumbaan mata wanita.     \rSeorang lagi pelumba program Road To London, Fatehah Mustapa turut melangkah ke pusingan suku akhir pecut wanita elit, hari ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.074275 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list