|
Aksi hambar lawan Balestier cetus resah peminat\rDUA import Kelantan – Obinna Nwaneri (Nigeria) dan Samad Okocha Awudu (Ghana) gagal memberi persembahan meyakinkan sehingga mencetus rasa kecewa kira-kira 18,000 penyokong memikirkan sumbangan mereka bagi musim mencabar ini.\r\n\n\n\n\r Tambah perit, skuad The Red Warriors tewas 0-2 kepada Balestier Khalsa FC dari Singapura dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin yang harus mengundang bicara apakah dua awang import ini akan berbaloi dengan pelaburan.\r\r\n\n\n\n\n Ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai prestasi dua pemain import baru itu dan menyifatkan kekalahan itu sebagai keputusan perlawanan tidak penting.\r“Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai dua pemain import itu kerana mereka baru saja menyertai pasukan ini dan keputusan perlawanan tewas 0-2 itu tidak penting kerana lebih memberi perhatian dalam melihat prestasi pemain simpanan.\r“Kami berdepan dengan sebuah kelab hebat dari Singapura dan pemain harus dipuji kerana mampu memberi saingan sepanjang 90 minit perlawanan itu. Sebarang kelemahan akan dibaiki sebelum bertemu dengan Sabah, Rabu ini,” katanya.\rIni adalah kekalahan kedua perlawanan persahabatan TRW yang sebelum ini dibelasah 5-0 skuad Malaysia.\r\n\n\n\rBalestier FC memperoleh jaringan melalui Goran Subara pada minit 29 dan gol kemenangan pelawat itu dijaringkan, Kim Min Ho, minit 48.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|