CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10364|Reply: 96

"UTARA....SELATAN....UMBAI..."

[Copy link]
Post time 4-2-2012 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by miss_bear at 4-2-2012 20:21

salam..
miss ada masalah dengan orang yang miss sayang...
miss tak faham apa yang ada dalam fikiran dia, cuma apa yang miss nampak dia terlalu pentingkan ego dia, malah dalam keadaan hubungan yang genting, sikit pun dia takkan sanggup nak turunkan ego demi miss...

dah seminggu kitorang gaduh.. miss ni duduknya di utara, dia duduk di selatan.. kami berdua sekelas, belajar di selatan..
sekarang cuti sem, hari tu dia yang hantar miss balik dari selatan sampai utara, gilir2 drive sebab miss x mampu nak drive sorang2..
baru2 ni ayah miss suarakan pada miss, dia tanya boleh tak kalau bf miss tu tolong amek miss kat sini..
sepatutnya ikut perjanjian ayah miss yang akan hantar miss dari utara sampai selatan, pastu naik bas dari selatan balik ke rumah kami.  tapi baru2 ni sakit lutut ayah makin teruk sampai tak tido malam dan rasa sakit sangat kalau berjalan.
miss pun tak sampai hati nak susahkan ayah, tambah2 nak suruh ayah naik bas dari selatan, pastu nak tukar bas kat kl lagi sebab xde bas direct ke kampung miss.  tapi miss senyap je sebab takut nak mintak tolong bf miss sehinggalah ayah sendiri yang mintak miss tanya...

bila ayah dah cakap macam tu, nak tak nak miss cuba tanya dia.. bila miss tanya, dia cakap, 'tengok lah dulu', miss rasa cam geram sikit lah sebab bagi lah kata putus. macam mana kalau besok nak balik, tiba2 hari ni dia cakap x boleh pulak, masa tu tak ke kelam kabut miss cari jalan macam mana nak balik sana.  pastu miss tak de lah nak paksa2 dia, miss kias2kan je cakap 'bagitaulah kata putus jadi ke tidak, sekurang2nya kalau x jadi, boleh la miss tanya orang lain' pastu selamba je dia cakap 'tanyalah orang lain'.
miss x tau kenapa hati miss cam terguris sangat masa tu, sedih sangat miss rasa.. dah la miss rasa bersalah kalau menyusahkan ayah hantar miss, pastu miss rasa macam orang yang miss sayang, yang miss tak pernah rasa dia bebankan miss tapi dia selalu kata miss leceh, rasa macam siapa miss dalam hati dia.. tiba2 rasa macam jatuh dari satu bangunan yang tinggi...

lepas tu miss diam, berhari2 miss x contact, x msg dia, miss off hp.. bila miss on, miss tengok tiada pun kata maaf dari dia, dia buat macam biasa je pagi2 wish selamat pagi, tanya miss g mana senyap je.. itupun adalah 2-3 msg dan miskol yg masuk voice mailbox pun ada sekali je.. so malam tadi miss tak boleh tidur, miss tak faham kenapa setiap kali gadoh, setiap kali miss marah dia, luahkan apa semua yang miss x puas hati tu, dia cuma akan buat bodoh je cakap miss berleter, bising kat telinga dia (dia cakap) n dia anggap kata2 miss tu tak penting pun, macam miss ni budak kecik, apa pun tak tau, apa pun x berhak nak cakap, kena ikut cakap dia, apa yang dia suruh, apa yang dia tak suka, semua miss kena ikut tapi bila benda yang miss tak suka, dia macam xde buat sebarang tindakan pon, seolah2 kata miss tu hilang dibawa angin je...

miss tak tau ni luahan perasaan ke mintak pendapat ke, yang miss tau, miss dah buntu sangat2 dan miss dah putus asa.. miss taip ni pun sambil nangis2, miss rasa macam sedih sangat, down, mungkin miss murung sebab asyik nangis saja tiap2 hari malah hal2 kecik macam ajak ayah kuar makan tapi ayah taknak pun miss dah boleh menitis air mata.. miss rasa x happy sgt...

miss nak bahagia.. miss nak gembira.. dari kecik sampai besar, miss dah puas nangis... perjalanan hidup miss penuh dengan liku2, bila miss besar, miss berazam miss nak bina keluarga bahagia miss sendiri, miss gigih carik kasih sayang dengan orang lain... sebab masa kecik miss tak dapat kasih sayang itu.. keluarga miss bukan keluarga bahagia...  bila miss jumpa dia, miss syukur sangat pada Allah, miss sangka ni hadiah Allah untuk miss, mungkin orang ni dapat ganti balik apa yang miss tak dapat sepanjang hidup miss..

subuh tadi miss msg dia, miss x tido lagi sampai subuh sbb miss sedih sangat asyik teringat pasal hal ni. miss bagitau dia apa yang miss rasa, miss dah malas nak berlembut dengan dia sebab dia tak pernah nak dengar apa yang miss nak cakap, nak luahkan... even kalau miss ada masalah pon, dia cakap jangan cerita kat dia, dia x nak dengar, rimas katanya... pastu pagi tadi dia cakap 'pagi2 dah bising' pastu miss reply, masa tu niat miss nak gurau2 nak baiki keadaan.. 'kalau x bising, abang x bangun. ingat abg ada bela ayam ke pagi2 nak berkokok kat telinga abg' pastu dia cakap 'wtf.. ape ni? ape masalah miss, nak perli2 dia pagi2 ni'. miss cam terkejut, tak pernah dia mencarut kat miss.. pastu miss reply 'tq' je, dia plak reply 'kalau miss rasa dia ni pentingkan diri, x cintakan miss, kenapa still nak kat dia?sudah2 la tu..miss dah besar, dah boleh fikir panjang.. kan dalam dunia ni bukan hanya dia sorang, banyak lagi orang lain'.  pada miss apa yang dia cakap tu macam nk putuskan hubungan, suruh miss tinggalkan dia pastu carik orang lain pastu miss tanya dia 'tak menyesal ke dengan apa yang dia cakap ni' pastu dia cakap 'yes'.  hancur luluh hati miss.. berderai air mata.. pastu miss just cakap 'alhamdulillah, terima kasih sbb buat miss macam ni.. jaga diri, salam' tu je.. then tadi miss rindu, miss bukak facebook dia, tup2 dia cakap dia g umbai dengan sepupu2 dia.. nampak macam miss sorang je sedih, dia kat sana sakan enjoy dengan kawan2, sepupu dia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 05:06 PM | Show all posts
erm..mcm x berbaloi jek tt nangis bagai kt laki cmtu..tgk dia biasa jek siap pi enjoy lg kan..
adoii menyampah btl la aku kalo jantan cmnie...
erm..kalo x tahan sgt cari lain je laa...
die pun mcm dh bg hint...takut nak terus terang jek..
dari merana badan baik lepaskan sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 05:22 PM | Show all posts
Dah dapat tajuk???.....
apa kata miss letak tajuk - "UTARA....SELATAN....UMBAI..."
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 05:57 PM | Show all posts
Bertabahlah miss
Lebih baik miss kecewa, sedih sekarang daripada kemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 06:03 PM | Show all posts
mula3 nak cakap bukan jauh pun dri tmpt yu balik ke tempat yu belajar tu...

cubalah berdikari lelaki nak awek dia berdikari rimas gak nak harap kat lelaki jer, lagipun dia nak naik bas gie tempat yu lagi, tambang bas+minyak kereta+tol saper bayar nanti?

bukan jauh pun tempat yu utara bukan utara sgt perak jer kan, selatan pun bukan sampai hujung macam skudai tu...

pasal bab putus nie, lelaki memang macam nie lambat kesan dia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 06:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by gurlfriday at 4-2-2012 18:18

B.K Post at 4-2-2012 18:03


aku xcaya la laki ni lmbt kesan, bkn uols sume ni cpt dpt pengganti ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2012 06:19 PM | Show all posts
aku xcaya la laki ni lmbt kesan, bkn uols ni cpt dpt pengganti ke
gurlfriday Post at 4-2-2012 18:16



   mana ada x-awek aku dah couple bru pas seminggu kitaorg break tau... aku gak single sampai sekarang


bukan x laku tapi berskandal lagi best dari couple...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 06:20 PM | Show all posts
sedihnya baca kisah ni.. kesian TT, seorang kekasih yg sayangkan aweknya takkan buat mcm ni,something yang mengguris hati..hope TT bersabarlah ya..

tak rugi pun lepaskan lelaki macam ni, mcm tak guna je haku tengok. patut bagi flying kick or kasi tendang kat 'anu' dia.. dia taktau ke keadaan TT waktu tu? yg ayah TT takleh hantar sbb sakit lutut semua..kalau dia tau tp sengaja buat mcm tu jugak mmg hangin la jugak. tapi dari apa yg TT cerita mmg dia dah tunjukkan hint2 nak putus pun..kalau TT sakit/kecik hati dia bleh buat bodo, takde pujuk rayu, takde kata2 maaf..tendang jela dia dari hidupmu..tang dia mencarut tu takleh bla..kwangajo betul!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 07:21 PM | Show all posts
sila jd seorg pompuan yg independent...jgn bgantung kt laki...patot nye awal2 lg u kna set dlm otak yg laki tu xkn nk besusah payah nk amek u  ke ape...bila u set yg dia akn buat sgalanya utk u, once x jadi tu la yg u rasa frust meleret smpai tmbul isu lain ni

laki ada ego, so kita pompuan pn ego la jugak...jgn tnjukkn kita lemah...

buat ape u nk pertikaikn dia g umbai ngn sedara mara dia....da dia kt sna, xkn u nk dia pn meratap pilu mcm u jugak...sumtimes kita xleh assume ape yg ade dlm otak hati lelaki ni...lg2 klu jauh...xde pape ikatan plak tu..

so, enjoy ur time blk becuti kt umah tu...ajak la sedara mara family g jalan2 cri mkn jugak ke..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 08:19 PM | Show all posts
erm..mcm x berbaloi jek tt nangis bagai kt laki cmtu..tgk dia biasa jek siap pi enjoy lg kan..
adoi ...
none88 Post at 4-2-2012 17:06


dia cakap dia sayang miss...
tapi tu lah, miss x nampak di mana letaknya kasih sayang dia..
kesungguhan dia pun miss x nampak
kalau kita nak sesuatu benda, mesti kita akan bersungguh2 kan..tapi miss x nampak usaha dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 08:20 PM | Show all posts
Dah dapat tajuk???.....
apa kata miss letak tajuk - "UTARA....SELATAN....UMBAI..."
jazaa Post at 4-2-2012 17:22


ye lah, miss pinjam dulu tajuk ni yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 08:23 PM | Show all posts
Bertabahlah miss
Lebih baik miss kecewa, sedih sekarang daripada kemudian hari
Keduarc Post at 4-2-2012 17:57



dulu miss yakin seratus peratus ini lah orang yang miss nak bina hidup dengan dia..
tapi sekarang walaupun miss masih sayang, malah sayang sangat, tapi miss rasa dah tawar hati nak hidup dengan dia..
ini ke kehidupan yang dia nak bagi miss bila miss kahwin dengan dia nanti..
miss tunggu, tunggu dan terus tunggu untuk dia berubah, tapi miss kecewa..
dulu dia pernah berubah bila miss betul2 dah tawar hati sampai tekad nak tinggalkan dia, kemudian miss beri peluang pada dia, sayangnya sekejap je perubahan tu.. lepas tu jadi macam dulu balik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 08:25 PM | Show all posts
aik.....TT terima tajuk pencalunan dari ai....
Terasa mcm di hargai je....
TQ TT......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 08:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by miss_bear at 4-2-2012 20:28
mula3 nak cakap bukan jauh pun dri tmpt yu balik ke tempat yu belajar tu...

cubalah berdikari  ...
B.K Post at 4-2-2012 18:03



miss tak larat nak drive sorang2 jauh2...
darah merah miss separuh je, jadi miss cepat penat, mudah mengantuk dan selalu pitam...
kalau buat apa2 keje, orang lain penat, miss punya penat adalah dua kali ganda dari orang lain...
miss pernah pitam padahal g cucuk duit kat bank depan rumah je.. terduduk lah miss sorang2 kat situ sampai miss dah ok sket, drive sorang2 balik rumah walaupun pening rasa terapung je... miss x susahkan dia, x paksa pun dia datang tlg miss masa tu..


lagipun, bila dia hantar miss selama ni, makan minum duit bas duit minyak tol boleh kata semua mak ayah miss bagi, malah lebih dari jumlah yang guna... hari tu dia kata tak nak tido umah miss, segan, nak tido hotel, mak miss bayar je balik duit hotel kat dia..
so xde masalah kalau nak kata menyusahkan dia dari segi duit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 08:38 PM | Show all posts
sedihnya baca kisah ni.. kesian TT, seorang kekasih yg sayangkan aweknya takkan buat mcm ni,somethin ...
a.ceCCo Post at 4-2-2012 18:20


miss pun tak boleh terima dia mencarut dengan miss..
ntah la, dia cakap dia jadi rimas sebab miss terlalu sayangkan dia..
dia cakap bila miss sayangkan dia, dia jadi lemah
mungkin maksud dia miss selalu manjakan n jaga dia betul2 kot
adakah maksud dia miss spoilkan dia too much?

miss ni jenis perempuan yang tradisional..
miss jaga dia just kalau dia sakit, miss belikan makanan untuk dia..
kalau kitorang g makan, miss tlg lap sudu garfu dia sebelum makan...
miss ni kalau kat rumah x pernah masak. kalau masak pun goreng telur je..
tapi bila miss bercinta dengan dia, miss sanggup belajar masak sebab dia suka ppuan yang pandai masak..

apa yang miss nampak tentang dia, dia nak ppuan yang tradisional, macam pompuan kampung.. ikut je dia, x melawan cakap dia, sopan santun, lemah lembut,alim, tapi at the same time mesti berdikari, x boleh mintak tlg dia, mengharap pada dia...
mana boleh semua nak ikut permintaan dia je, x kan miss nak berubah, ubah keseluruhan diri miss untuk puaskan hati dia.. bukan ke bila bercinta kita kena terima pasangan seadanya, belajar menghargai kekurangan pasangan..
kalau kekurangan dia miss boleh terima, kenapa kekurangan miss sentiasa jadi kecacatan di mata dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 08:43 PM | Show all posts
sila jd seorg pompuan yg independent...jgn bgantung kt laki...patot nye awal2 lg u kna set dlm otak  ...
aechae Post at 4-2-2012 19:21



ayah miss x suka g jalan2, lagi tambah2 kaki dia tengah sakit2 sekarang ni..
mak memang suka berjalan, tapi plan sentiasa tak jadi sebab katanya 'ayah x ikut, takkan nak tinggal ayah sorang2 kat rumah'..
bila miss nak g jalan2 dengan kengkawan, mesti macam mak ngan ayah tak brape suka.. kalau jalan2 dekat2 ni, nak g mana je pun, just g makan, jalan2 kat giant, lepas 2-3 jam mak ngan ayah dah kol tanya bila nak balik..

dulu2 dia datang, miss ajak dia g ipoh (ni la paling jauh miss pernah g bila miss balik umah cuti) itupun kejap je 4-5 jam (termasuk perjalanan pergi balik) bila balik mak ayah miss marah sangat, sampai dia pun kena marah skali. ntah la, pada pandangan orang tua, kalau kita g berjalan ni kan macam menghabiskan duit jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 08:43 PM | Show all posts
dulu miss yakin seratus peratus ini lah orang yang miss nak bina hidup dengan dia..
tapi seka ...
miss_bear Post at 4-2-2012 20:23



    Sabar ya, doa banyak2...
    Tolak ansur dan sepakat sangat penting dalam relationship...
    Kalau miss rasa xyakin jangan la teruskan lagi, sedih tu mmg ada tapi u will move on...u need to k


miss tak larat nak drive sorang2 jauh2...
darah merah miss separuh je, jadi miss cepat penat, ...
miss_bear Post at 4-2-2012 20:26


    Maknanya dia mmg tau la condition miss ni kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 08:44 PM | Show all posts
aik.....TT terima tajuk pencalunan dari ai....
Terasa mcm di hargai je....
TQ TT......
jazaa Post at 4-2-2012 20:25



sama2... terima kasih jugak sebab sudi bagi idea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 08:46 PM | Show all posts
Sabar ya, doa banyak2...
    Tolak ansur dan sepakat sangat penting dalam relationship... ...
Keduarc Post at 4-2-2012 20:43


tau, tapi dia just cakap jangan dilayan sangat sakit tu, kuatkan semangat je.
kalau dilayan, tu yang jadi sakit

bagi miss kata2 ni boleh la pakai kalau demam ke batuk ke
tapi kalau miss rasa x sihat sgt tapi miss kuar jugak,tengah drive pastu miss pitam, pastu miss langgar orang lain pulak semata2 sebab miss kuatkan semangat miss je, kan x patut tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 08:47 PM | Show all posts
miss tak larat nak drive sorang2 jauh2...
darah merah miss separuh je, jadi miss cepat penat, ...
miss_bear Post at 4-2-2012 20:26



   cari jer supplemet try tanya kat farmasi...pasal bf ko tu ko tinggalkan jelah, bukan hensem pun aku lagi hensem


ramai lagi lelaki yang single...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.265693 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list