|
KENALI RASULULLAH - SALAM MAULIDUR RASUL
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hasyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)
kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku |
|
|
|
|
|
|
|
RUJUK SEMULA SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW DI DALAM KITAB TERJEMAH AL-QURAN DARI MUKA SURAT 49 HINGGA 74. SESUNGGUHNYA PENULISAN ANDA DI ATAS MENGGAMBARKAN NABI MUHAMMAD SAW SEORANG ANAK YATIM YG MISKIN, TIDAK BERHARTA DAN BERKETURUNAN SPRT ITU JUGA.
...... lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.”
- YG SBNRNYE RASULULLAH MENJAWAB :" Aku tidak dapat membaca"
Maksudnye di sini, Rasulullah tidak dapat membaca kondisi masyarakat Mekah ketika itu..
Mitos: apa yg kita belajar selama ni, Muahmmad tu buta huruf. kalu la baginda buta huruf, tak de la dia pandai berniaga import export ketika zmn itu.. ingt berniaga cikai2 ke. Dari Mekah ke Sham tu... Wallahua'lam.
p/jgn lupe baca smpai habis sejarah ringas nabi di dalam Al_quran terjemah. Dalam bahasa melayu sesiapa pun boleh faham. |
|
|
|
|
|
|
|
RUJUK SEMULA SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW DI DALAM KITAB TERJEMAH AL-QURAN DARI MUKA SURAT 49 H ...
june_bunga Post at 8-2-2012 14:12 
maaf..saya copy paste je..sekadar bekongsi ilmu..telepas pandang skit |
|
|
|
|
|
|
|
RUJUK SEMULA SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW DI DALAM KITAB TERJEMAH AL-QURAN DARI MUKA SURAT 49 H ...
june_bunga Post at 8-2-2012 14:12 
Mengira duit dgn di suruh membaca............adalah berbeda.
Perkara ini sudah banyak di bahaskan.
Harap maklum |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# june_bunga
Walaupun seseorang boleh membaca " My name is June " tidaklah bermakna dia boleh membaca novel2 dan puisi2 inggeris serta memahaminya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply june_bunga
Walaupun seseorang boleh membaca " My name is June " tidaklah bermakna dia bol ...
Nazrulism Post at 8-2-2012 22:13 
Saya setuju.itulah berkepentingannya hujah berlandaskan 'nas'. Sumber rujukan itu sgt penting. Saya juga seorang 'pencari' tentang ilmu DEEN Yang HAQ dahulu, dan sekarang sedang belajar. Apa yg telah difahamkan oleh penyampai dgn rujukan Al-Quran dibhgn sejarah nabi, mmg jelas menceritakan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad saw di muka surat tersebut. Apa yang saya faham saya kongsikan di sini. Wallahua'lam.
*saya masih belajar..mana2 yg saya konfiden utk share, saya share kt sini.. terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# june_bunga
Yup.. sama2 kita belajar!
dan nak tanya, Bagaimana kesimpulan (dibawah) ini dibuat ?
...... lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.”
- YG SBNRNYE RASULULLAH MENJAWAB :" Aku tidak dapat membaca"
Maksudnye di sini, Rasulullah tidak dapat membaca kondisi masyarakat Mekah ketika itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bismillahirrahmanirrahim....
kepada saudara nazrulism,
Bila diperhati ayat " saya tidak pandai membaca " dgn "saya tidak dapat membaca"
kedua-duanya membawa faham/maksud yang berbeza dari bahasa. better rujuk terjemah--mmg makna di traslate perkataan demi perkataan. terjemah dan tafsir juga mmbawa maksud berbeza. tafsir pula, dijelaskan/disampaikan mengikut bagaimana fahamnya penulis tersebut. berlainan bukan..
kembali kepada topik dan pertanyaan saudara, bagaimana saya boleh simpulkan di sini, dibacakan semula pada perenggan ketiga dalam Terjemah Al-Quran dibahagian SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW .
.... Sebagai seorang manusia yg bakal menjadi pembimbing umat manusia, Muhamad memiliki bakat2 dan kemampuan yg besar, kecerdasan fikirannya, ketajaman otaknya,kehalusan perasaanya, kekuatan ingatannya, kecepatan tanggapannya, kekerasan kemahuannya. Segala pengalan hidupnya mendapat pengolahan yang sempurna dari jiwanya. Dia mengetahui babak-babak sejarah negerinya, kesedihan masyarakat dan keruntuhan agam bangsanya, pemandan itu tidak dapat hilang dari fikirannya.
DIa mulai mengipakan dirinya (bertahanuts utk mendapatkan pemusatan jiwa yang lebih sempurna., Utk bertahanuts ini dipilinya tempat disebuah gua kecil yang bernama "HIRa" yang terletak pada sebuah bukit yang yang bernama Jabal Nur (bukit cahaya ) yang terletak kira2 dua atau tiga mil sebelah utara kota Mekah.
Walaupun Muhammad saw dengan daya pikirannya yang jernih itu berusaha menrenungkan tentang pencipta alam raya ini, namun sebelum kenabian nya dia tidak lah sampai kepada hakikat penciptaan sebagaimana disyaratkan oleh Allah saw.
surah 42 asyura ayat 52
dan surah 93 ad dhuha ayat 7
artinya: "Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung (3), lalu Dia memberikan petunjuk. "
Muhammad menjadi Rasul
ketika menginjak usia 40 taun Muhammmad lebih bayk mengerjakan tahanuts dari waktu2 sblmnya . Pd bulan ramadahan dibawanya perbekalan lebih byk dari biasanya karena akan berrtahanut lebih lama dari waktu2 sblmnya.,dalam melakukan tahanut kadang beliau bermimpi, mimpi yang benar.
pd mlm 17 Ramadhan, bertepatan dengan 6 August tahun 610 masehi diwaktu Muhammad saw sedang bertahanut dia gua Hira, datanglah malaikat Jibril a.s membawa wahyu dan menyuruh Muhammad utk membaca katanya: "bacalah"
dengan terperanjat Muhammad menjawab " aku tidak dapat mmbaca" beliau lalu direngkuh bbrp kali oleh malaikat JIbrail as hingga nafasnya sesak lalu dilepaskan olehnya seraya disuruhnya membaca seklai lagi " bacalah" tetapi Muhammad saw masih tetap suruhnya mmbaca sekali bacalah. tetapi Muhammad masih tetap mejawab " aku tidak dapat mmbaca" begitulah keadaan berulang sampai tiga kali dan akhirnya Muhammad saw berkata " apa yg aku baca?" -- (maksudnya, apa yang hendak aku baca?")
kata Jibrail:
Bacalah dengan nama tuhanmu yg menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanku teramat mulia dan mengajarkan dengan pena (tulis dan baca). Mengajarkan manusia apa tidak diketahuinya.- al alag 1-5
dan selanjutnye boleh dibaca dalam terjemahan tersebut.
Jelas menggambarkan Muhammad sblm diangkat menjadi Rasul sudah menjadi pemimpin, hakim (gelaran Al-Amin) di Mekah. Dan disebut juga pada zmn tersebut Taurat sudah ada tetapi tidak digunapakai. Bermacam2 usaha Muhammad utk menangani gejala sosial sprt zina, arak, judi dll yg melanda masyarakat Jahiliyah ketika itu. Allah berfirman ketika itu di dalam Surah Dhuha ayat 7: artinya: "dia mendapati kamu dalam kebingunan lalu dia mmberi hidayah kenabian."
Jelas disitu, Muhammad dlm keadan "dhol" memikirkan solution yg terbaik utk masyarakat Mekah di situ sbb msalah masih tidak selesai.keruntuhan bangsanya semakin menjadi2. lalu dia bertahanut pada usianya 37 tahun. Hampir 3 tahun dia bertahanuts di gua Hira' dan pada usia 40 tahun turun wahyu pertama buatnya dan mengangkat MUhammad menjadi rasul.
"Bacalah" - tak mungkin Jibril suruh membaca dalam keadaan gelap gelita di gua tersebut.
"Bacalah" - Muhammad masih dalam rase terkejut dan ketakutan lalu dia masih
menjawab yg sama " aku tidak dapat membaca"
bacalah" - baru MUhammad menjawab " apa yg aku baca?"
barulah Jibrail turunkan ayat yg kedua dan seterusnya..
*Kesimpulannya di sini, Muhammad bukan saje2 tanpa tujuan bertahanuts di gua tersebut. sprt dijelaskan dia ingin mendapatkan pemusatan jiwa yang lebih sempurna. ingin mendapatkan petunjuk dari Allah apa yg sbnrnye berlaku dgn masyarakat Mekah dan dia sbg hambanya juga tidak dpt menanganinya..
Wallahu'alam.
p/s: Mintak jua kepada sahabat2 yg boleh ceritakan lebih details dan lebih berkhemat utk berkongsi di sini. Sumber rujukan saya setakat ini hanya AL-Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
bismillahirrahmanirrahim....
Salam.
Jelas menggambarkan Muhammad sblm diangkat menjadi Rasul sudah menjadi pemimpin, hakim (gelaran Al-Amin) di Mekah. Dan disebut juga pada zmn tersebut Taurat sudah ada tetapi tidak digunapakai. Bermacam2 usaha Muhammad utk menangani gejala sosial sprt zina, arak, judi dll yg melanda masyarakat Jahiliyah ketika itu. Allah berfirman ketika itu di dalam Surah Dhuha ayat 7: artinya: "dia mendapati kamu dalam kebingunan lalu dia mmberi hidayah kenabian."
june_bunga Post at 10-2-2012 15:17 
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.(QS. 93:7)
Dalam ayat ini Allah mengungkapkan, bahwa Dia telah mendapati Nabi dalam keadaan kebingungan tiada mempunyai suatu ketegasan walaupun menurut keyakinannya sendiri bahwa bangsa Quraisy-pun belum mempunyai pegangan yang tepat. Ibadat mereka salah dengan menyembah berhala, akidah mereka rusak. Nabi juga melihat amalan kaum yahudi dan nasrani dan mendapati ianya juga buruk.
Yang sangat membingungkan Nabi SAW. adalah apa yang dilihatnya di kalangan bangsa Arab sendiri tentang kerendahan akidah mereka, kelemahan pertimbangan mereka disebabkan pengaruh dugaan-dugaan yang salah, kejelekan amal perbuatan mereka dan keadaan mereka yang terpecah-belah dan suka bermusuhan.
Tetapi walaupun begitu Allah tidak membiarkan Nabi-Nya menjalankan dakwah tanpa bantuan-Nya, bahkan diberikannya wahyu yang menjelaskan kepadanya jalan yang harus ditempuh dalam usaha memperbaiki keadaan kaumnya.
Dalam ayat lain yang hampir bersamaan maksudnya Allah berfirman:
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Alquran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah Al Kitab (Alquran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu. (Q.S. Asy Syu'ara': 52)
Dalam ayat diatas Fokus utamanya adalah perkara-perkara yg berkaitan dengan ketuhanan yang menjadi masalah utama Nabi saw. ketika di Mekah kerana masalah2 sosial masyarakat seperti arak, judi hanya ditekankan satelah Nabi saw. berhijrah ke Madinah.
Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis dari sahabat Abu Hurairah r.a. ia mengatakan, "Tatkala Rasulullah saw. sampai di Madinah, para penduduknya terbiasa minuman khamar dan permainan judi. Kemudian mereka menanyakan tentang kedua perbuatan itu kepada beliau. Setelah itu turunlah ayat, 'Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi...' (Al-Baqarah 219). Akan tetapi orang-orang mengatakan, 'Allah tidak mengharamkannya, akan tetapi Ia mengatakan bahwa perbuatan itu hanyalah dosa yang besar saja.' Mereka masih tetap meminum khamar, sehingga pada suatu hari seorang dari sahabat Muhajirin melakukan salat Magrib sebagai imam dari teman-temannya, akan tetapi bacaan Alquran salah karena mabuk. Setelah peristiwa itu Allah menurunkan ayat pengharaman khamar yang lebih berat dari semula, yaitu firman-Nya, 'Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati salat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan...' (An-Nisa 43). Kemudian turun pula ayat pengharaman khamar yang jauh lebih keras dari sebelumnya, yaitu firman-Nya, 'Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi...' sampai dengan firman-Nya, '...maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)...' (Q.S. Al-Maidah 90-91). Baru setelah turunnya ayat ini mereka mengatakan, 'Wahai Tuhan kami! Sekarang kami telah berhenti.'" Ada orang-orang yang bertanya, "Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan orang-orang yang telah gugur di jalan Allah sedangkan mereka mati dalam keadaan melakukan suatu hal yang melampaui batas dengan meminum khamar dan memakan dari hasil berjudi padahal Allah telah menjadikan kedua perbuatan tersebut najis termasuk dari perbuatan setan." Kemudian Allah swt. menurunkan ayat, "Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh karena memakan makanan yang telah mereka makan dahulu..." (Q.S. Al-Maidah 93). Kemudian ada orang-orang dari kalangan mutakallifin (orang-orang yang memaksakan dirinya) mengatakan, "Khamar itu adalah keji sedang ia berada di dalam perut si polan yang telah gugur pada perang Uhud," kemudian Allah swt. menurunkan ayat, "Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh..." (Q.S. Al-Maidah 93).
Sedemikian... Al Alaq 1-5 adalah berkaitan dengan membaca Al Qur'an - tiada tentang perihal Rasulullah tidak dapat membaca kondisi masyarakat Mekah ketika itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Bacalah" - tak mungkin Jibril suruh membaca dalam keadaan gelap gelita di gua tersebut.
"Bacalah" - Muhammad masih dalam rase terkejut dan ketakutan lalu dia masih
menjawab yg sama " aku tidak dapat membaca"
bacalah" - baru MUhammad menjawab " apa yg aku baca?"
barulah Jibrail turunkan ayat yg kedua dan seterusnya..
june_bunga Post at 10-2-2012 15:17 
Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dinyatakan bahkan Nabi SAW. datang ke gua Hira' suatu gua yang terletak di atas sebuah bukit di pinggir kota Mekah untuk berkhalwat beberapa malam. Kemudian sekembali beliau pulang mengambil bekal dari rumah istri beliau, Khadijah, datanglah jibril kepada beliau dan menyuruhnya membaca.
Nabi menjawab: "Aku tidak boleh membaca" Jibril merangkulnya sehingga Nabi merasa sesak nafas. Jibril melepaskannya; sambil berkata: "Bacalah". Nabi menjawab: "Aku tidak boleh membaca". Lalu. dirangkulnya lagi dan dilepaskannya sambil berkata: "Bacalah". Nabi menjawab: "Aku tidak boleh membaca" sehingga Nabi merasa payah, maka Jibril membacakan ayat 1 sampai ayat 5 surah Al `Alaq yang artinya:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia telah menciptakan manusia dari (sesuatu) yang melekat. Bacalah!.
dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah.
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Pada fahaman saya.... "Bacalah" bermaksud 'Mengikut bacaan/sebutan Jibrail' kerana Jibrail tidak membawa kitab yang bertulis. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam ayat diatas Fokus utamanya adalah perkara-perkara yg berkaitan dengan ketuhanan yang menjadi masalah utama Nabi saw. ketika di Mekah kerana masalah2 sosial masyarakat seperti arak, judi hanya ditekankan satelah Nabi saw. berhijrah ke Madinah.
Nazrulism Post at 10-2-2012 22:58 
Alhamdulillah... bicara kalam Allah ini mmbawa manfaat hendaknya.Mudah2an apayg tertulis disini adalah datangnya dari Allah seperti mana mahunya Dia. Kalau tidak silap, apa yg telah disampaikan kepada saya,Al-Quran dipelihara sehingga kini kerana ayat2 perintah dan larangan tersebutdibaca dan difahami mengikut KONDISI. salah satu contoh ayat di bawah: Dan demikianlah Kamiwahyukan kepadamu wahyu (Alquran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidakmengetahui apakah Al Kitab (Alquran)dan tidak pula mengetahui apakah iman itu. (Q.S. Asy Syu'ara': 52)
Penjelasan dan pencerahan mengikut apa yg telah difahahamkan: Tahu/Kenal dahulu Kitab (Al-Quran) baru boleh katatahu/kenal IMAN(beriman).. Bila maksud dan makna ayat di ats dan diaplikasikan kondisiutk zaman sekarang ayat ini mmbawa maksud manusia yg masih belum ber Al-Quran,dimana kitab Al-Quran setakat dibaca2tidak boleh dikatakan kenal Kitab. Mana mungkin boleh mengaku sudah kenal iman / beriman kepadaAllah swt. Bila mana ayat ini diteliti semula oleh generasi 30 tahunakan datang, boleh digunakan mengikut kondisi ketika pula. Kondisi - satu subjek yg membuatkan Al-Quran itu sgt relevansmpai bila2. Kenapa saya tekankan disini tentang kondisi, berbalik kepadakeadaan Nabi mendapat ayat pertama iaitu "iqra"= bacalah. danMuhammad menjawab" aku tidak dapat membaca".
Adakah setakat perintahmembaca Al-Quran sahaja?. Dan persoalan kedua dari post yg kedua, apa ygditulis mengikut fahaman sahabat Nazrulism ... adakah Al-Quran diwahyukansenaskah buku yg bertulis?. kita check sama2... Mudah2an fahaman kita dapatdisatukan disini. Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 12-2-2012 00:44
Adakah setakat perintahmembaca Al-Quran sahaja?. Dan persoalan kedua dari post yg kedua, apa ygditulis mengikut fahaman sahabat Nazrulism ... adakah Al-Quran diwahyukansenaskah buku yg bertulis?. kita check sama2... Mudah2an fahaman kita dapatdisatukan disini.
june_bunga Post at 12-2-2012 00:06 
Salam.
Ya.. saya ingin mendapat penjelasan ... adakah Al Qur'an di wahyukan dalam bentuk Sebuah Buku yang bertulis ( seperti yg ada pada kita sekarang).
Bila maksud dan makna ayat di ats dan diaplikasikan kondisiutk zaman sekarang ayat ini mmbawa maksud manusia yg masih belum ber Al-Quran,dimana kitab Al-Quran setakat dibaca2tidak boleh dikatakan kenal Kitab. Mana mungkin boleh mengaku sudah kenal iman / beriman kepadaAllah swt.
Apakah 'maksud' dari Al Qur'an diaplikasikan mengikut kondisi zaman atau sesuatu kondisi zaman mesti mengikut maksud yang difahami dizaman Rasulullah s.a.w ?
kata mudahnya... adakah 'maksud' dizaman Nabi s.a.w tidak sesuai ikut peredaran zaman atau sebaliknya ? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
saya yg bertanye kepada sahabat "adakah Al-Quran diwahyukansenaskah buku yg bertulis?". berdasarkan perenggan terakhir dari post sahabat yg kedua sprt di atas " kerana jibrail tidak mmbawa kitab yg bertulis". kalau jibrail tidak mmbawa ketika turunnya wahyu pertama itu, bila plak jibrail bawa kita bertulis dan beri kepada Muhammad?. itu yg sy minta sahabat berikan penjelasan.
june_bunga Post at 12-2-2012 03:06 
Wahyu pertama tidak.. hingga wahyu terakhir pun tidak dibawakan 'kitab yang bertulis' ... semuanya dibacakan oleh Jibrail !
Thaahaa:114
Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan".
Bagaimana utk kita faham ayat2 Al-Quran sekiranya kita membacanya utk situasi pada zaman itu dan sebabnya turun ayat (asbabul nuzul) itu shj.then full stop. Pasti ada sesuatu pelajaran bagi orang2 yg berakal bukan.
Contoh satu ayat : 28:4
Kerana itu kita ada hadith, Tafsiran , sebab turun, ulama dan akal (dengan pertimbangan ilmu) untuk memahami maksud yang difahami oleh Nabi s.a.w dan para sahabat r.a.
Dari ayat 28:4 Penekan diberikan kepada perbuatan sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, membunuh anak mereka dan membuat kerosakan . Dizaman Nabi s.a.w juga tiada Firaun (spt sekarang), yang ada hanyalah perbuatan seperti yang dilakukan oleh Firaun.
Jadi 'maksud' dizaman Nabi masih terpakai sehingga kini, tidak perlu perubahan 'maksud' dimana2 zaman pun.
.. Saya rasa perbincangan kita ni dah jadi "Kenali Al Qur'an" ... apa kata TT nanti ... |
|
|
|
|
|
|
|
Mitos: apa yg kita belajar selama ni, Muahmmad tu buta huruf. kalu la baginda buta huruf, tak de la dia pandai berniaga import export ketika zmn itu.. ingt berniaga cikai2 ke. Dari Mekah ke Sham tu ...
june_bunga Post at 8-2-2012 14:12 
Salam saudari,
Zaman nabi ber'dagang' dulu byk sgt ke nk baca/kira?
Bagaimana baginda s.a.w. muamalat?
Bkn ke baru² ni je, 'ilmu hisab' tu jd kompleks,
hanya nk suntik 'Riba' dlm urusniaga, ye x? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# june_bunga
salam
kalau MUHAMMAD disuruh BACA
tentu ada sesuatu untuk DIBACA kannnn
sedangkan JIBRAEL tidak membawa kitab yg bertulis punnnn
apa yg nak DIBACA tu ya???????? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply june_bunga
salam
kalau MUHAMMAD disuruh BACA da
tentu ada sesuatu untuk DIBACA kannnn
sedangkan JIBRAEL tidak membawa kitab yg bertulis punnnn
apa yg nak DIBACA tu ya????????
orangbesi Post at 15-2-2012 12:14 
walaikumsalam...
seperti diawal2 post sy ada menyatakan Bacalah.. Muhammad menjawab:aku tidak dapat mmbaca" . Apa yg difahamkan dan dibacakan Malaikat menyusuh MUHammad membaca kondisi. penerangan saya ada di post #2.
selepas tu, pemahaman Nazrulism pula ada pada
post #9 -
Sedemikian... Al Alaq 1-5 adalah berkaitan dengan membaca Al Qur'an - tiada tentang perihal Rasulullah tidak dapat membaca kondisi masyarakat Mekah ketika itu.. |
|
| dan #10
Pada fahaman saya.... "Bacalah" bermaksud 'Mengikut bacaan/sebutan Jibrail' kerana Jibrail tidak membawa kitab yang bertulis. |
so, mari kita satukan fahaman..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# june_bunga
dan SALAM jua buatmu
mungkin terdapat beberapa riwayat ttg JAWAPAN NABI
sewaktu diPERINTAHKAN MEMBACA, yg saya dapat:
seawalnya Nabi menjawab: aku tidak tahu BACA
dan itu juga pada kali kedua
tapi pada kali yg ketiganya: APA YANG NAK AKU BACA
jadi munginkah bukan tulisan atau paparan yg diminta membaca darinya
sedangkan saudara sudah maklum
gua hira yg kelam tu
BERSINAR BENDERANG  |
|
|
|
|
|
|
|
ya....dia tengah tungu urutan ayat tu...betoi la tu...apa yg nak aku baca?
sampailah lengkap 30 juzuk.....ekekekeke
cayalah OB... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, sampaikan salam kami kepada penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w hari ini hingga hari kiamat ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|