CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5377|Reply: 21

Baru ku tau rupanya solat jamak tak trhad kpd org brmusafir semata..

[Copy link]
Post time 2-2-2012 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by obelisk at 2-2-2012 13:58

Semalam aku beli buku terbaru daripada bekas mufti perlis, Dr Asri bertajuk Travelog Minda Tajdid. Dalam topik "Tegas Berakidah, Luas dalam Fikah" mukasurat 68 aku terjumpa pengetahuan terbaru tentang solat(at least bagi aku ler..). Ni petikan dari buku tersebut:

...
Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.


Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.


Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.
Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.



p/s: semoga jadi perkongsian yang bermanafaat buat saudara-mara sekalian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 03:04 PM | Show all posts
yang khusus untuk musafir adalah qasar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 03:21 PM | Show all posts
i see... tq...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 03:23 PM | Show all posts
alhamdulillah... islam itu mudah dan tak membebankan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 05:32 PM | Show all posts
oh good now you know...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 05:33 PM | Show all posts
tapi takde teruk sangat pun laa kalau winter pun kan ada heater ?

apa yg nak teruk sangat , okay jer solat penuh pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2012 08:52 PM | Show all posts
islam itu indah bukan..
mnusia jer yg create bg jdk ssh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 08:08 AM | Show all posts
Reply 7# tripple_M

Islam agama toleransi.. semmgnya indah dan memudahkan... dan aku sokong konsep keluasan fekah yg dibawa Dr Asri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2012 08:10 AM | Show all posts
Reply 6# mbhcsf

kalau dapat solat penuh, solat penuh lah... tp kalau ada kesulitan, Islam menawarkan jalan mudah untuk semua... yg penting tak melanggar syariah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 11:10 AM | Show all posts
Dr FB DrMAZA.com
‎..jazakumulLah khairan kathira atas sokongan sahabat-sahabat yang menjadikan buku ini dicetak kali ketiga dalam tempoh tidak sampai 2 bulan..

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:28 AM | Show all posts
islam itu indah bukan..
mnusia jer yg create bg jdk ssh..
tripple_M Post at 2-2-2012 20:52


Yang jadikan ia menjadi mudah lagi ghamai....................
Jamak tidak, qasar pung tidak.

Tak perlu solat terus. !!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:32 AM | Show all posts
Reply 11# niceghost2005


    tu namanya jamak qasar takyah tp always done.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 02:54 PM | Show all posts
Alhamdulillah tambah lg satu ilmu. Thnx.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 06:20 PM | Show all posts
Thank u ...!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 12:44 AM | Show all posts
bagus!..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 01:05 AM | Show all posts
hik hik hik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2014 10:34 PM | Show all posts
Salam,

Maka kalau saya tertinggal sembahyang zuhur disebabkan kesibukan, saya cuma perlu jamak sahaja pada waktu asar, bukannya qada?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 05:38 PM | Show all posts
syukur alhamdulillah, Allah berselawat ke atas nabi Muhammad dan ahli keluarganya, amiin...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 03:44 PM | Show all posts
Haer posted on 6-9-2014 10:34 PM
Salam,

Maka kalau saya tertinggal sembahyang zuhur disebabkan kesibukan, saya cuma perlu jamak sa ...

tertinggal sebab kesibukan? adakah bermaksud kerana terlalu sibuk bekerja sehingga terlepas waktu solat? jgn katakan kpd solat aku sibuk tetapi katakan kpd kerja aku mahu solat....itu yg diberitahu oleh ustaz saya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 07:06 PM | Show all posts
abbyhoney posted on 10-9-2014 03:44 PM
tertinggal sebab kesibukan? adakah bermaksud kerana terlalu sibuk bekerja sehingga terlepas waktu  ...

Ada sesetengah kerja tak boleh di tinggalkan tanpa ada yang menganttikan. Solat memang wajib, yang tu tak dipertikaikan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.177374 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list