View: 50053|Reply: 169
|
Pertemuan kedua - [U]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Jaza2008 at 10-6-2012 13:55
Test test test |
|
|
|
|
|
|
|
#1 reunion
I need a pair of ear plug.
Rasanya aku ada simpan dekat meja aku.
“ Dah 10 tahun kita tak jumpa, so ni lah masa dia kita nak gather balik.”
Aku jalankan kerja aku sambil senyum.
“ Ana, kau dengar ke tak ni?”
Aku angguk-angguk sambil senyum. Mata aku pandang skrin.
“ So, kau nak ikut tak?”
Aku pandang Syira. Syira pandang wajah aku penuh mengharap.
“ Aku busy la Syira.”
Syira mendengus. “ Tu je ayat kau. Busy je manjang. Bukannya lama pun. 2 hari je.”
Dan Syira terus membebel.
Aku buat kerja aku.
“ Tengok tu. Bukannya nak dengar.”
Syira diam.
“ Congrats Syira. Baby girl.” Aku senyum lebar kat dia.
Aku bagitau result kat Syira and tunjuk gambar ultrasound kat dia.
No response.
Syira diam je.
Dia start dah.
“ Syira.”
Sedut air hidung.
Aku tarik nafas dan hembus. Garu kepala yang tak gatal.
“ Syira. Aku bukannya tak nak pergi. Tapi aku sibuk.”
“ Mana kau tahu kau sibuk? Aku tak cakap lagi pun bila diorang nak buat trip tu.”
Aku duduk depan Syira. Pass tisu kat dia.
Dia buang hingus.
Perempuan mengandung memang sensitive.
“ Okay.” Aku cakap dengan nada mak-cakap-dengan-anak. “ Bila trip tu?”
“ Weekend ni.” Mata dia yang berair dan merah pandang aku.
Buka planner aku.
“ Aku free hari ahad... but hari sabtu aku ada kerja half day.”
“ It’s okay. Kau boleh pergi lambat sikit hari Sabtu tu. I believe the others won’t get mad. Kita boleh gather and sembang-sembang malam tu.” Syira cakap macam budak kecik.
Aku mengeluh.
Syira pandang aku mengharap.
Aku pandang dia balik.
“ Kesian la aku. Aku kan pregnant.” Suara dia kecik je.
Aku senyum. Dan angguk.
Syira tepuk tangan happy dan peluk aku.
“ Thanks darling.”
“ Ya!!!” Aku cakap macam marah dia. “ Kau nak tahu ke tak jantina baby kau ni?”
“ Aku dah tahu. Perempuan kan?”
“ Yela. Dah kau dengar aku cakap tadi.”
Syira geleng. “ Memang aku dah agak. Mak aku cakap perut aku bulat, so perempuan la.”
Dahi berkerut. “ Habis sapa yang suruh kau datang check ni?”
Syira sengih. “ Amin la.”
Amin is Syira’s husband. Aku memang kenal Amin sebab kitorang satu kelas masa sekolah menengah. Tak expect pulak dekat universiti, Amin sekelas dengan Syira. Diorang dah kawin setahun lebih and sekarang Syira pregnant anak sulung diorang.
Aku pulak kenal Syira masa kat Kolej M. She’s my bestie since then.
And now she’s talking about our reunion lepas 10 tahun kitorang tak jumpa.
Actually she’s been talking about the reunion since the last two weeks. Dia yang plan nak buat kat mana, nak jemput siapa, etc, etc.
And everytime dia datang buat check up pasal kandungan dia kat aku or aku keluar dengan dia beli barang baby, dia akan cerita pasal reunion.
How excited she is nak jumpa rakan-rakan lama kitorang sebab ada yang dah tak contact langsung.
But for some reason, aku kurang berminat dengan reunion ni.
It’s just that I don’t want to meet...
“ So, kau kenala inform Daus yang kau tak free weekend ni.”
Eh, dah lama ke dia bercakap dengan aku?
“ Erm... Yep. I don’t think he’s going to mind.”
“ Bukan ke kau busy handle wedding kau?”
“ Lambat lagi lah. Lagipun everything kind of settle. Kad dah tempah. Baju pun dah tempah. Hantaran my parents handle.Katering pun dah. So aku relax jela sekarang.”
“ 6 bulan tu tak lama la weh. Sekejap je. “
Syira senyum gatal.
Rolled my eyes.
Memang aku nak kahwin enam bulan lagi. To a sweet guy named Firdaus. He’s a cardiothoracic surgeon. Memang dia tua 8 tahun daripada aku, but he doesn’t look old. Aku jumpa dia masa study medic kat UniS. Masa tu dia belum jadi pakar, and dia banyak tolong aku.
Maybe that’s why I had fallen for him.
“ Kau jadi pergi eh. Kau dah janji dengan aku.” Statement Syira berbaur ugutan.
Aku angguk je.
“ Take care of yourself and your baby. Kalau sakit ke apa-apa call aku okay?”
Syira angguk and keluar dari bilik lepas we hugged and kissed each other. Syira’s kinda pitiful. Amin selalu outstation and kerap tinggalkan Syira sorang-sorang. But he’s one of a very kind guy. Dia ambil berat pasal Syira a lot and he tried to be with her sekerap mungkin, especially lepas Syira preggy anak sulung ni.
Bleep. Message masuk.
‘ Jom lunch.’
Message from Daus. Dah tengah hari rupanya.
‘ Jumpa kat kafe teruslah.’
Aku bagitau dekat akak nurse yang aku nak pergi lunch then terus pergi kafe.
Masuk kafe nampak Daus dah melantak sorang-sorang.
Go and sit in front of him.
“ Masa you text I tadi tu you dah ada kat kafe la eh?”
Daus senyum.
“ Sorry. I lapar sangat.” Suap nasik lagi. “ You tak nak makan?”
Aku angguk, but still tak berganjak.
Mata tengok baju kemeja biru dia.
“ You belum balik rumah lagi la ni?”
Daus angguk. “ Operation habis pagi tadi. Tu yg I terus datang makan dulu.Sorry.”
Aku geleng dan senyum. “ It’s okay.”
“ Tak nak makan ke?”
Aku diam sambil menjenguk ke arah tempat tray makanan.
“ I tak rasa lapar lagi pun.”
Daus tengok aku. “ Lahh, temankanlah I makan.”
“ You dah makan separuh pinggan dah.”
“ Tak pe. I makan slow-slow. You pegilah ambil nasik dulu.”
Lepas ambil nasi and sambal ikan, aku duduk balik depan dia.
A small chat about what happened around the hospital.
And.
“ Syira datang buat ultrasound tadi.”
Muka Daus blur pandang aku.
“ She told me about that reunion thingy.”
“ Yang you cerita kat I dulu?”
Aku angguk.
“ Mulanya I tak nak pergi...”
“ You pergi la ni maksudnya?” Daus tanya.
“ Kesian kat Syira. She persuaded me. So I cakap I pergi la.”
“ Kat mana tu?”
“ Plannya dekat Langkawi. But dia cakap tak confirm lagi.”
Daus angguk. “ It’s okayla yang. You pergi jela. Lagipun you dah lama tak bercuti kan.”
“ You tak kisah la ni?”
Daus gelak.
“ I okay je.”
Aku diam.
“ Hmmm... I kalau boleh tak nak pergi.”
“ Tadi you cakap you kesian kat Syira. Ni cakap tak nak pergi pulak.”
Fikiran melayang.
Tiba-tiba rasa macam Daus tengah bercakap dengan aku.
“ Apa?”
Daus senyum. “ I tanya, kenapa you tak nak pergi?”
Aku diam. Mata ke kiri dan kanan.
“ Tak de. Cuma...”
Otak bekerja keras mencari alasan.
“ Yela. Dah 10 tahun tak jumpa kot. Seganlah.”
Daus ketawa lagi.
“ Dah 10 tahun tak jumpa la korang kena hang out together again. Best apa.”
Diam.
Best?
We’ll see. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cam besdt je citer ni...smbg la lg........ |
|
|
|
|
|
|
|
kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
Ye..ye.. ada cerita baru. Kalau ada masa, bagi n3 lagi ya. |
|
|
|
|
|
|
|
tambah n3 lg yer... |
|
|
|
|
|
|
|
wah ada buah tangan baru dari gurl nampaknya, teruskan yea |
|
|
|
|
|
|
|
#2 Unknown
Syira texted aku untuk kali ke sepuluh.
‘ Beb, aku dah atas plane ni. See you there.’
‘ Aku tengah check in hotel ni. You know what?Bilik kita diorang tak ready lagi. Aku dah la dengan preggy...’
‘ Beb, nak depart nanti text aku okay.’
‘ Aku bosanla. Aku nak call kau boleh?’
‘ Beb, Farah dengan Mas dah sampai. Kitorang tengah gossip ni.’
The last message is that she listed all our classmates yang dah datang.
But aku tak nampak nama dia.
“ Doktor?”
Kak Zee tengok aku.
“ Dah boleh tutup klinik dah. Patient pun tak ada.”
Aku senyum dan angguk.
Tengok jam. Pukul 12.30.
Keluar dari bilik, nampak Daus dah tunggu dekat kaunter, tengah sembang dengan kak Zee.
Dia tengok aku. Senyum.
I have always admired they way he smiled. His dimples.
He took my small bag from my hand and we walked to his car.
“ You okay ke weekend ni sorang-sorang?”
Dia senyum. He drive us out from the clinic.
“ I okay je. In fact, I have some sort of reunion too.”
Kening terangkat. “ Geng UK ke?”
He graduated from UK.
Daus geleng. “ Kawan masa I kat sekolah dulu. Diorang ajak jumpa. I okay jela.”
“ Tak ada surgery minggu ni?”
Dia geleng. “ I free. Tapi tu la, you pulak ada reunion kan?”
Saja nak mengusik aku la tu.
“ I tak kisah kalau tak nak pergi. Lagipun ada kerja lagi kan yang kita nak buat. Pasal kawin semua...”
“ You ni. Pergi jela. Relaks-relaks. Bukan selalu pun. You tak jemu eh tengok muka I je selalu?”
“ So you jemu tengok muka I la?” Aku menguji.
Dia ketawa. “ Sorry, darling. I cakap je.”
Bleep.
Belum buka message dah tahu dari siapa.
“ Syira updated me dengan kawan-kawan kitorang masa kolej dulu.”
“ Diorang semua dah ada ke?”
Aku menggeleng. Pandang keluar. “ Entah. I tak tahu. Ada di antara kitorang yang dah kawin. So maybe ada la yang tak dating kot.”
Diam. Lagu Adele , Someone Like You is airing now. Kinda touch my heart.
“ Saya sayang Ana.”
Aku teringat ayat itu.
“ Maaf. Saya salah. Saya tak kuat Ana. Saya penakut.”
“ Kita berpisah je Ana.”
“ Yang!”
Aku terjaga.
“ You letih ke?” Muka Daus concern.
Aku usap muka. “ Taklah. I dah segar ni.”
Senyum.
Rupanya dah sampai airport.
Aku turun dan dia temankan aku sampai ke gate.
Bam!
Terlanggar seseorang time mencari tiket.
“ Maaf.”
Lelaki tu tak pandang aku dan terus pergi.
Jungkit bahu dan tarik nafas. Malas ambil pusing.
Sempat text Syira sebelum take off. Nanti susah hati pulak kawan yang sorang ni.
Duduk sebelah mat salleh yang asyik tadi mengusha stewardess.
Seat beside a pervert.
Baca doa. Seat and relax.
Sampai Langkawi, turun, dapatkan taxi.
Ramai pulak orang hari ni.
Lepas masukkan beg kat bonet kereta, terus buka pintu.
Dan.
“ Maaf. Awak ambil teksi saya.”
Aku pandang lelaki tu dengan marah.
Wait. Dia ni la yang aku langgar tadi.
“ Saya ingat teksi ni tak ada orang.” Dia jawab dengan mendatar. Muka pandang depan.
Pakai spek gelap ingat artis ke? Bukannya panas pun.
“ Saya letak beg kat bonet kereta tadi. Awak tak nampak ke?”
Aku dah start rude dengan lelaki berlagak ni.
“ Maap cik. Cik nak pi mana?” Pakcik teksi tanya.
“ Hotel A.” Aku pandang pakcik.
Aku sempat jeling dia.
“ Encik?”
Lelaki tu pandang keluar.
“ Hotel A.” Mendatar.
“ Ha. Alang-alang nak pi tempat sama. Bolehla kongsi tambang. Cik tak kisah la noh?”
Aku pandang lelaki kat sebelah dengan geram.
“ Okaylah pakcik.”
Diam.
Sepanjang perjalanan aku jeling dia. Tapi dia tak terusik langsung. Pandang keluar macam tugu Negara.
Tengok rupa macam handsome. Tak tahulah kalau dia juling kan.
“ Sampai dah cik.” Pakcik teksi bagitahu bayaran. Lelaki sombong hulur duit dan turun kereta.
Aku mencebik. Keluar duit dan nak bayar.
“ Encik tadi dah bayar full cik.”
Apa? Shaite.
Aku keluar dan kejar dia. Tadi tak silap dia masuk lobi.
Dah hilang?
“ Beb!”
Syira. And Mas. And Farah. Yana.
Sapa nama sebelah tu?
Kepala terpusing-pusing cari lelaki itu.
Mana dia? Siapa dia? |
|
|
|
|
|
|
|
x boyfriend kot... |
|
|
|
|
|
|
|
wah makin best dan saspen nie |
|
|
|
|
|
|
|
yes... mesti best ni
jumpa ex |
|
|
|
|
|
|
|
aiseh... blum ada sambungan baru ek? hahahah... baru tgh teruja dok baca..
good luck |
|
|
|
|
|
|
|
siapa kah dia lelaki misteri yang menjadi persoalan...
n siapakah nama watak "aku"...
harap boleh disambung secepat mungkin... |
|
|
|
|
|
|
|
this is interesting...carry on |
|
|
|
|
|
|
|
a neurosurgeon pulak , may be? hmm? |
|
|
|
|
|
|
|
girl......
i want more..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by girlwearsgucci at 29-3-2012 01:20
Aku dah menguap untuk kali ke empat.
Aku rasa bersalah dengan diorang, dengan Syira, Mas, Farah and Yana yang tengah sembang-sembang sambil gelak kuat.
And yep, yang aku terlupa nama tu. Fifi.
Fifi drama queen time kolej dulu. So, aku tak rapat dengan dia.
“ Ana.”
Aku mesti dah menguap lagi. Tampar-tampar pipi sikit.
“ Sorry. Sorry.” Aku lap hujung mata yang berair dengan tisu.
“ Kau mesti letih kan. Balik keje terus datang sini.” Ada nada bersalah dalam suara Syira.
Aku cepat-cepat geleng. “ I’m fine. Serious.”
“ So, Syira bagitau kitorang kau dah nak kahwin.” Farah excited bertanya. Aku senyum.
Belum sempat aku buka mulut, Syira dah potong cakap aku.
“ Beb, korang tunggu la sampai malam ni boleh tak? Penat aku plan game untuk malam ni.”
“ Kau plan truth or dare ke?” Yana muka terkejut.
“ Syira, we left college dah 10 tahun la. Kau dah nak jadi mak orang pun. Truth or dare apanya ni?”
Syira geleng-geleng. Kami semua protes.
“ Takde. Takde. Korang kena join gak. Truth or dare mana ada limit umur okay.”
“ Eh, berapa orang je yang join barbeque malam ni?”
Syira berkira-kira pakai jari. “ Perempuan semua dah ada.”
“ Kita enam orang je? Yang lain?” Tanya Mas.
“ Well, ada yang tak respon. Ika kat oversea sekarang. Pursuing master. Ada yang busy sangat. So, yep, kita 6 orang je.”
“ Oo.. Yang lelaki siapa yang ada?”
I finch.
“ Syazwan. And Iqbal.”
Sentap mendengar nama terakhir tu.
“ Serius tak sabar nak jumpa diorang.” Mas bersuara. Yang lain turut excited.
Aku termenung sendiri.
“ Ana, saya tak dapat buat apa-apa. Saya minta maaf.”
Dia muncul lagi dalam benak aku.
“ Saya faham kalau Ana tak dapat datang...”
“ Ana, saya cintakan Ana.”
“ Ana.”
Dan wajah serta ekspresi lelaki itu muncul bertindan-tindan.
Suaranya juga semakin kuat.
“ Ana. Ana.”
Aku terjaga lagi. Jantung berdegub laju.
Wajah Syira terpampang di depan aku.
“ Aku kan dah cakap jangan tidur time Maghrib.”
Aku terdiam. Jadi bodoh sebentar.
Perlahan-lahan duduk di atas katil. Tengok jam di tangan. Pukul 7.20.
Syira duduk di atas katil. Masih bertelekung. Mengalunkan ayat suci al-Quran.
Yang lain pasti di bilik mereka.
Sepuluh minit aku masih termenung di katil.
“ Ana, kau pergilah mandi. Pukul 8 karang kita turun eh. Yang laki lain semua dah sampai.”
Aku pandang Syira. “ Semua?” Memohon kepastian.
“ A’ah. Syazwan and Iqbal la.”
Nama terakhir itu. Menusuk jantung aku.
Terasa sakit.
Pap!
“ Pegi mandilah!”
Kan dah kena baling bantal. Aku ketawa.
Pukul 8, aku dan Syira turun ke lobi. The girls, I mean the ladies dah berkumpul ramai-ramai kat bawah. Chit chatting again.
Suddenly rasa muda 10 tahun.
“ Tu dia doktor kita.”
Aku tersengih bila Syazwan tegur aku macam tu. Dia memang suka mengusik aku dari dulu lagi. He doesn’t change much. Accept that dia dah botak.
Lelaki sensitive kalau bab botak ni. So aku diam kan je.
Sambil bersembang dengan yang lain, aku perasan yang dia tak ada.
Lelaki itu.
Aku geleng-geleng. Dah enam tahun Ana. Enam tahun.
“ Eh, kau cakap Iqbal datang?”
Aku pandang muka Yana, kemudian Syazwan.
“ Ada. Tapi dia ada hal apa tah. So dia cakap kita start dengan barbeque dulu. Jap gi dia join.”
Jantung ini berdegub hebat.
Sudahlah Ana!
Aku tolong Mas dan Farah setup barang barbeque. Syazwan dah berpeluh-peluh sediakan bara.
Aku dengar Syira dah bising-bising tanya mana Iqbal.
Cik Joyah pulak Syira bila preggie ni.
Tengah riuh rendah dengan gossip dan gelak tawa.
“ Assalamualaikum. Maaf lambat.”
Kami semua diam. Terpandang lelaki yang tiba-tiba datang menyapa.
Aku pulak pandang laki tu lama.
Lelaki tu terpandang aku. Kemudian dia pandang diorang yang lain.
“ Eh, Iqbal ke ni?” Farah mendekati.
Jantung berdegub kencang.
Lelaki ni…
Dia!
Eh, dia ni yang kongsi teksi dengan aku tadi!
Dia tanpa sunglasses.
Ya ALLAH!
Kalau di amati, memang dia.
“ Maaflah korang. Aku ada hal sikit.”
Nada suara dia pun dah berubah. Lebih mendatar.
Syazwan meluru ke depan.
“ Kawan-kawan. Introducing. Iqbal!!!”
“ Seriously Iqbal?”
Semua menghampiri dia. Aku sahaja yang menjauh.
Suasana jadi riuh sebentar.
Dan dia terpandang aku. |
|
|
|
|
|
|
|
this is great ...nanti ada baling apple pie hehehehe
good great morte, please. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|