View: 202|Reply: 0
|
KEB peroleh lampu hijau bina LPB RM7.07b
[Copy link]
|
|
KUMPULAN Europlus Bhd (KEB) memperoleh \'lampu hijau\' daripada kerajaan untuk melaksanakan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (LPB) dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak yang dianggarkan bernilai RM7.07 bilion.\rLebuh raya baru itu akan meliputi jarak 316 kilometer (km), dengan 224km adalah laluan bertol, manakala 92km lagi bebas tol.\r\n\n\n\n\r Kumpulan Europlus dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, kelulusan itu diberikan kerajaan menerusi Unit Perkongsian Awam Swasta di Jabatan Perdana Menteri kepada West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE), iaitu anak syarikat 64.2 peratus miliknya.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, ia diberikan selepas selesainya rundingan mengenai terma teknikal dan kewangan, termasuk syarat perjanjian projek dan konsesi LPB yang berlangsung sejak 1 April tahun lalu.\rTerma yang dipersetujui itu membabitkan enam perkara, iaitu pembinaan LPB akan dilaksanakan menerusi konsep bina-kendali-pindah (BOT) dengan tempoh konsesi selama 60 tahun.\rDi bawah terma kedua , KEB berkata, bagi meningkatkan daya maju projek berkenaan, kerajaan akan menyediakan dana pembiayaan menerusi konsep Pinjaman Sokongan Kerajaan (GSL) kepada WCE membabitkan jumlah RM2.24 bilion.\rKatanya, dana pembiayaan yang akan bermula tahun depan itu membabitkan kadar faedah empat peratus setahun dan subsidi faedah, sehingga tiga peratus dari pinjaman komersial bagi tempoh 22 tahun.\r\n\n\n\r“WCE dengan Kementerian Kewangan akan memuktamadkan semua terma GSL dan subsidi faedah berkenaan kelak,” katanya.\rKEB berkata, bagi terma ketiga, pendapatan tol melebihi jumlah trafik yang dipersetujui akan dikongsi berdasarkan nisbah 70:30 antara kerajaan dan WCE dalam tempoh pembayaran GSL, dan seterusnya dengan nisbah 30:70 selepas pembayaran balik GSL dibuat sepenuhnya.\rKatanya, terma keempat pula membabitkan kos pengambilan tanah yang mana kerajaan akan menanggung perbelanjaan sehingga RM980 juta, sementara terma kelima meliputi syarat bahawa kerja pembinaan untuk projek berkenaan harus dilaksanakan WCE menerusi tender terbuka.\r“Kedua-dua pihak turut bersetuju bahawa perjanjian konsesi yang mengandungi semua terma yang dinyatakan akan dimeterai antara WCE dan Kementerian Kerja Raya yang akan bertindak bagi pihak kerajaan selepas memperoleh kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|