View: 192|Reply: 0
|
MRT Corp agih kontrak utama
[Copy link]
|
|
IJM Construction, Ahmad Zaki dipilih laksana projek RM1.73 bilion\rMRT Corporation (MRT Corp), pemilik serta pengendali My Rapid Transit (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang, mula mengagihkan kontrak utama bagi pelaksanaan projek mega dianggarkan bernilai kira-kira RM50 bilion itu, apabila semalam mengumumkan pemberian dua kontrak bernilai RM1.73 bilion.\r\n\n\n\n\r Kontrak pertama ialah bagi pelaksanaan Pakej V5 membabitkan kerja membina dan menyiapkan laluan jejambat serta kerja berkaitan dari stesen Maluri Portal ke Plaza Phoenix bernilai RM974 juta, manakala yang kedua adalah Pakej V6 untuk membina dan menyiapkan jejambat serta kerja berkaitan dari stesen Plaza Phoenix ke Bandar Tun Hussein Onn bernilai RM764 juta.\r\r\n\n\n\n\n Syarikat pembinaan milik IJM Corporation Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dipilih kontraktor utama bagi pakej V5 itu, manakala anak syarikat Ahmad Zaki Resources Bhd, Ahmad Zaki Sdn Bhd pula untuk pakej V6.\rKedua-dua kontrak itu tertakluk kepada penerimaan surat anugerah (LoA) oleh kedua-dua syarikat itu yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.\rKetua Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid, berkata kedua-dua kontrak itu diberikan kepada kedua-dua syarikat itu selepas melalui proses penilaian ketat serta menyeluruh oleh Jawatankuasa Pemerolehan Sehenti (OSPC) yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\r“Kedua-dua syarikat diterajui oleh pasukan pengurusan berpengalaman dan mempunyai rekod kukuh dalam menyiapkan projek pada waktu ditetapkan serta menepati kos,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\rAzhar berkata, pihaknya yakin pemberian kontrak utama itu akan membolehkan pelaksanaan projek MRT meraih momentum dan terus menyediakan manfaat positif kepada ekonomi.\rIa juga, katanya sejajar Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menetapkan projek MRT sebagai pemangkin ekonomi utama Kuala Lumpur untuk mencapai Wawasan 2020.\r“MRT Corp akan meningkatkan usaha mengumumkan jadual dan pemberian tender pelbagai pakej kerja pembinaan dan menggalakkan semua kontraktor yang layak untuk terbabit sama.\r“Adalah menjadi hasrat kami supaya semua pakej kerja pembinaan tertakluk kepada bidaan berdaya saing. Perlu ditekankan bahawa semua pembida mempunyai peluang sama rata dalam proses tender dan bidaan yang berjaya adalah semata-mata berdasarkan merit,” tegasnya.\rProjek MRT membabitkan pembinaan aliran rel penumpang elektrik yang bermula dari Sungai Buloh merentasi pusat bandar Kuala Lumpur ke Kajang sejauh 51 kilometer.\rIa termasuk laluan terowong bawah tanah antara Jalan Semantan ke Maluri. Keseluruhan projek dijadualkan siap pada Julai 2017.\rDifahamkan, MRT Corp akan mengumumkan kontraktor utama bagi pembinaan terowong bawah tanah dianggarkan bernilai kira-kira RM12 bilion selepas menganugerahkan pakej V5 dan V6 itu.\rMRT Corp juga dijangka akan mengeluarkan 18 lagi tender bagi pakej kerja sivil, stesen dan depot bernilai RM15 bilion dalam separuh pertama tahun ini.\rDaripada 18 pakej itu, lapan adalah untuk kerja sivil, lapan lagi untuk kerja stesen dan dua untuk depot. Pakej itu dibahagikan kepada dua kategori, iaitu terbuka dan Bumiputera.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|