CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

Bisnes Dunia: IMF unjur pertumbuhan perlahan

[Copy link]
Post time 26-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Krisis di zon euro dijangka ancam pemulihan kewangan  global\rTABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjurannya bagi pertumbuhan ekonomi dunia, sambil memberi amaran bahawa tahap krisis di zon euro ketika ini akan mengancam pemulihan global.\r\n\n\n\n\r  Badan dunia itu memberi ingatan bahawa pengurangan bajet dalam jumlah yang besar oleh negara ekonomi utama di tengah-tengah pertumbuhan yang perlahan boleh memburukkan lagi keadaan dan jika pemimpin Eropah gagal menangani krisis hutang masing-masing, keluaran ekonomi global akan berkurangan lebih daripada separuh.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam kemas kini unjuran ekonominya bagi September, IMF mengurangkan sasaran pertumbuhan ekonomi dunia bagi 2012 ini kepada 3.3 peratus daripada empat peratus dan berkata, ekonomi 17 negara zon euro akan menguncup 0.5 peratus tahun ini.\rIa berkata, pertumbuhan ekonomi global akan meningkat kepada 3.9 peratus tahun depan, namun jika keadaan panik pasaran terhadap kerapuhan zon euro dapat dielakkan.\rUnjuran terbaru itu adalah ‘berdasarkan anggapan bahawa pembuat dasar akan mengukuhkan usaha untuk menangani krisis di zon euro’, kata IMF.\rJika pemimpin Eropah gagal mengambil tindakan kukuh dalam tempoh terdekat, pasaran yang cemas akan menekan tinggi kos meminjam kepada kerajaan, sekali gus mendesak mereka supaya mengurangkan perbelanjaan.\r\n\n\n\rDalam kes itu, keluaran dunia akan dikurangkan sebanyak dua mata peratusan lagi, kata penyedia pinjaman krisis global itu.\r“Pemulihan global diancam oleh ketegangan di kawasan euro dan kerapuhan di tempat lain,” kata IMF.\r“Keadaan kewangan telah merosot, prospek pertumbuhan menurun dan risiko penurunan pula meningkat,” tambahnya.\rUnjuran lebih rendah itu dikaitkan terus kepada ekonomi zon euro yang dijangka terjerumus ke dalam kemelesetan ‘kecil’ tahun ini berikutan langkah pengecilan perbelanjaan kerajaan dan bank komersial pula mengurangkan pembiayaan.\rTabung itu memberi amaran terhadap lebihan melampau imbangan bajet negara berkenaan yang secara perlahan-lahan akan mengurangkan defisit masing-masing.\r“Mengurangkan hutang adalah satu perlumbaan maraton, bukan larian pecut,” kata Ketua Ahli Ekonomi IMF, Olivier Blanchard.\r“Melakukannya dengan terlalu pantas akan mengancam pertumbuhan dan terus melembapkan pemulihan,” katanya.\rSaranan itu ditujukan kepada negara ekonomi terbesar Eropah iaitu Jerman, Perancis dan Britain yang semuanya dikatakannya akan terus berkembang tahun ini walaupun pada kadar lebih perlahan. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.295117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list