CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Villarreal akhiri badi

[Copy link]
Post time 25-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MADRID: Villarreal mencatat kemenangan pertama dalam tujuh perlawanan dan memanjat keluar dari zon penyingkiran La Liga apabila menewaskan satu lagi pasukan bergelut Sporting Gijon 3-0, kelmarin.\rMarco Ruben dan Borja Valero masing-masing menjaringkan gol dalam tempoh dua minit dan Bruno Soriano menyumbat satu lagi gol pada masa tambahan buat pasukan yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2006 itu.\r\n\n\n\n\r  Kempen Villarreal, yang terjejas dengan kecederaan beberapa tonggak, mendahului pada minit ke-57 di Stadium Madrigal apabila Ruben melepasi kekangan beberapa pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan melepasi jangkauan Juan Pablo.  \r\r\n\n\n\n\n  Valero mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke-59 apabila mendapat ruang di dalam kotak penalti sebelum merembat deras sebelum Soriano melakukan sepakan gunting yang menerjah penjuru gawang pada masa tambahan.\rKetika saingan memasuki pertengahan musim, Villarreal kini menduduki tangga ke-17 dengan 19 mata, di depan Granada yang dengan kelebihan jaringan selepas kelab Andalusia itu tewas 3-0 di Espanyol, Sabtu lalu. \rNamun, ia adalah kemenangan pertama buat jurulatih Villarreal, Jose Francisco Molina yang dinaikkan pangkat daripada pasukan B bulan lalu selepas menggantikan Juan Carlos Garrido yang dipecat. – Reuters\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.078999 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list