View: 172|Reply: 0
|
Media Prima terima anugerah urus tadbir korporat terbaik
[Copy link]
|
|
MEDIA Prima Bhd muncul sebagai syarikat Malaysia dengan urus tadbir korporat keseluruhan terbaik serta dalam kategori lain.\r\n\n\n\n\r Dalam Kaji Selidik Urus Tadbir Korporat Asiamoney 2011, Media Prima juga dianugerahkan syarikat terbaik bersama dari segi keterbukaan dan ketelusan, syarikat terbaik bagi tanggungjawab pengurusan dan lembaga pengarah, syarikat terbaik bagi hak pemegang saham dan layanan yang saksama, syarikat terbaik bagi perhubungan pelabur serta terbaik bersama bagi pegawai perhubungan pelabur.\r\r\n\n\n\n\n Mengulas mengenainya, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar, berkata anugerah berkenaan mencerminkan pengiktirafan yang diberikan oleh komuniti pelabur.\r“Pencapaian itu jelas menunjukkan usaha padu kakitangan, pengurusan serta lembaga pengarah, dan kami akan terus mencapai kecemerlangan dari segi tadbir urus dan ketelusan selain terus menggunapakai amalan terbaik dengan objektif akhirnya adalah meningkatkan nilai pemegang saham,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.\rPengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin pula berkata, Media Prima amat berbangga dengan pencapaian kerana usaha berterusan dan bersepadu syarikat dalam mengekalkan tahap tadbir urus korporat dan hubungan pelabur pada tahap yang tinggi diiktiraf oleh masyarakat pelabur.\rMedia Prima juga menerima pengiktirafan serantau, iaitu Syarikat Permodalan Sederhana Malaysia Terbaik daripada salah sebuah syarikat penerbitan kewangan terulung di Asia, Finance Asia.\r\n\n\n\rBaru-baru ini konglomerat media tempatan itu juga menerima Anugerah Cemerlang daripada Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) berdasarkan Indeks Urus Tadbir Korporat Malaysia 2011.\rSementara itu, kaji selidik urus tadbir korporat Asiamoney 2011 itu dijalankan di kalangan ketua eksekutif, ketua pegawai pelaburan dan eksekutif kanan daripada syarikat pengurusan dana dan dana lindung nilai di rantau Asia Pasifik, serta ketua penyelidikan dan penganalisis kanan di syarikat sekuriti di rantau ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|