|
NEW YORK: Seorang wanita New Jersey mendapat kejutan seumur hidup, apabila melahirkan anak pertamanya dalam kereta api komuter Pihak Berkuasa Pengangkutan Hudson (PATH) ke bandar raya ini.\rWanita berusia 31 tahun itu, Rabita Sarkar dari Harrison, New Jersey, berkata dia mula berasa sakit hendak bersalin namun, tidak terfikir sudah sampai masanya untuk melahirkan anak kerana belum cukup tempoh.\r\n\n\n\n\rBeliau dan suaminya, Aditya Saurabh yang berusia 30 tahun memutuskan untuk pergi ke bandar raya ini bagi membuat pemeriksaan, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\nMereka tidak mahu memandu dan membuat keputusan menaiki kereta api dari Harrison ke bandar, memikirkan mereka boleh mengambil teksi ke Hospital Roosevelt di Manhattan.\r“Ia disebabkan anak saya tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia,” kata Sarkar ketika memeluk erat bayi lelakinya di hospital. Pasangan itu enggan mendedahkan nama bayi mereka atau tarikh sebenar kelahiran.\rKetika menaiki kereta api itu, Sarkar mula berasa sakit hendak bersalin dan dia memberitahu Saurabh untuk memeriksa apa yang berlaku kepadanya. Beliau melihat kepala anaknya sudah keluar.\rDengan bantuan seorang wanita lain dalam kereta api itu dan suaminya, Sarkar akhirnya menyambut kelahiran bayi itu jam 10 pagi waktu tempatan. \r\n\n\n\rPenumpang lain turut memberi galakan dan pasangan itu berkata, seorang gadis menawarkan jaketnya bagi memastikan bayi mereka dalam keadaan selesa.\rPihak berkuasa PATH menukar kereta api kepada ekspres, melepasi kebanyakan hentian supaya pasangan sampai ke destinasi akhirnya di 33rd Street di tengah Manhattan secepat mungkin. \rKakitangan perkhidmatan kecemasan membawa keluarga berkenaan ke hospital.\rPegawai polis yang memberi maklum balas berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seorang wanita melahirkan anak dalam kemudahan yang dikendalikan pihak berkuasa.\rIsu terbesar adalah suhu musim sejuk, kira-kira -1 darjah celcius di luar dan kami perlu memastikan bayi dalam keadaan panas, kata Sarjan Mike Barry. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|