|
KAHERAH: Pemimpin pembaharuan Mesir, Mohamed ElBaradei, menarik diri daripada persaingan sebagai presiden, dan berkata pilihan raya adil tidak boleh dilakukan dengan cengkaman pemerintahan tentera hampir setahun selepas penyingkiran bekas Presiden Hosni Mubarak.\rRamai juga bimbang jeneral yang memerintah akan meletakkan calon kegemaran bagi membolehkan tentera terus memegang kuasa.\r\n\n\n\n\rPenarikan diri pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu menjadi tamparan kepada tentera dan kredibiliti pelan peralihan Mesir. ElBaradei dilihat sebagai calon paling menyokong revolusi dan sokongan perubahan terkuat di negara yang sekian lama diperintah secara autokratik. \r\r\n\n\n\n\nNamun dalam kenyataan kelmarin, ElBaradei menunjukkan dengan jelas beliau tidak melihat sebarang harapan pilihan raya presiden yang dijadualkan menjelang Jun ini akan menamatkan pemerintahan tentera dan meluahkan kritikan pedas tentera bertindak seolah-olah rejim Mubarak tidak pernah tumbang.\r“Saya sudah katakan sejak mula gerak hati tidak membenarkan saya bertanding sebagai presiden atau sebarang kedudukan rasmi kecuali benar-benar ada rangka kerja demokratik yang menjunjung demokrasi dan bukan hanya bentuknya. \r“Majlis tentera, yang diketuai Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Mubarak selama 20 tahun bertegas mahu menggunakan laluan lama yang sama, seolah-olah revolusi tidak pernah berlaku dan tiada rejim yang tumbang,” katanya.\rKeputusan ElBaradei dilihat dapat membantu pergerakan bantahan antitentera, yang tidak teratur dan gagal memberikan laluan alternatif kepada peralihan untuk demokrasi. \r\n\n\n\rPada pertemuan dengan ElBaradei selepas pengumumannya kelmarin, beberapa aktivis menyuarakan harapan beliau kini melangkah ke depan untuk menjadi pemimpin penuh kuasa bagi pergerakan itu\r“Dalam cubaan menjadikan langkah itu tidak membantu menyemarakkan bantahan antitentera majlis tentera meminta ElBaradei tidak mengumumkan keputusannya sehingga lewat petang,” kata pegawai yang rapat dengan bekas ketua pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.\rKebanyakan kumpulan yang menganjurkan bantahan berasakan tentera mengekalkan struktur rejim Mubarak dan kuasanya. \rMereka bimbang pertubuhan Ikhwanul Muslimin, yang dijangka menguasai Parlimen baru, akan mengurangkan pengaruh tentera terhadap eksekutif sebagai balasan menulis Perlembagaan baru. \rKata ElBaradei dalam video yang disiarkan lewat kelmarin, beliau akan bekerja untuk menyatukan kumpulan belia, mencapai matlamat revolusi dan memberi tumpuan kepada keadilan sosial, kebebasan dan perkembangan ekonomi. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|