CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8358|Reply: 22

Artikel menarik mengenai harga kenderaan di Malaysia

[Copy link]
Post time 13-1-2012 08:04 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by neotoxin at 13-1-2012 08:11

Sumber artikel ni adalah funtastickodesign
-----------------------------------------------------------------
Cara Pengiraan Cukai bagi kereta CBU & CKD
Ini mengenai pengiraan cukai. Kalau nak tau struktur cukai, boleh rujuk maa.org.my. Pasal pengiraan, ada pada PDF di bawah beserta harga CBU docket price Kastam.

Secara ringkas pengiraan adalah seperti berikut :


Cara Pengiraan untuk CBU & CKD bukan bawah ASEAN CEPT bagi 1800cc ke bawah (kereta)

Nilai CIF x Duti Import (30%) = Kadar Duti Import (RM)

(Nilai CIF + Duti Import (RM)) x Duti Eksais (75%) = Kadar Duti Eksais (RM)

(Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Kadar Cukai Jualan (RM)

Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM) +Cukai Jualan (RM) = Harga Kos Kereta dengan cukai

Harga Kos Kereta dengan cukai + keuntungan dealer = Harga Jualan (bukan atas jalan)

Harga Jualan (bukan atas jalan) + Harga aksesori tambahan + Pendaftaran + Insurans = Harga kereta atas jalan (OTR price)


Cara Pengiraan bagi CBU,CKD ASEAN CEPT dan Tempatan bawah 1800cc(kereta)

Nilai (tempatan tanpa CIF, CBU & CKD dengan CIF, *sila rujuk harga doket Kastam) x Duti Eksais(75%) = Duti Eksais (RM)

(Nilai+Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Cukai Jualan (RM)



Cara pengiraan selepas itu, sama macam CBU & CKD di atas untuk mendapatkan OTR Price.


NAP telah dilaksanakan sejak 2005 & sejak 2009, rebate 50% pada Duti Eksaiss kereta tempatan telah dihapuskan(dipanggil Non Tariff Barier ketika itu). Sejak 2009, mana-mana kenderaan CBU atau CKD yang datangnya dari negara ASEAN, Duti Import telah dihapuskan(yg dipanggil Tariff Barrier) dan sejak 2010, Malaysia dah AFTA sepenuhnya bagi kenderaan. Cuma untuk CBU & CKD bukan negara ASEAN, malaysia masih lagi mengenakan Tariff Barier, tapi telah berkurang kepada 30% CBU & 10% CKD dan masih tidak mengikuti kehendak WTO yang kereta CBU & CKD bukan negara ASEAN untuk di hapuskan Tariff Barier.


Kereta PROTON pasaran Thailand dikenakan 20% Duti Import oleh kerajaan Thailand kerana Malaysia tak ikut AFTA, tapi sejak 2009@2010 ke atas, ia telah dihapuskan kerana kerajaan Thailand telah berpuas hati dengan akuran Malaysia terhadap AFTA. Boleh rujuk akhbar-akhbar lama kat arkib.


Untuk pengetahuan semua, Hyundai Sonata 2.0 dengan cukai hanyalah dalam RM75,000 sahaja, tetapi harga jualan bukan atas jalan dalam RM131,000 kerana profit dealer.


Di Langkawi, hanya Duti Import (Duti Import & Duti Eksais Import) dan Cukai Jualan dihapuskan. Boleh semak harga docket kastam dengan harga jualan kat Langkawi kalau nak tahu berapa profit mereka ambil. Manakala kenderaan tempatan yang dieksport dari Semenanjung masih lagi dikenakan Duti Eksais Tempatan, hanya dikecualikan Cukai Jualan. Ada dalam Akta Kastam 1967 & 1976 dalam laman web Kastam & MITI.


Walaupun kadar Duti Eksais Import dan Tempatan sama, tetapi kena perhatikan terma yang digunakan, wujudnya perkataan import pada Duti Eksais kereta Import. Terma dalam undang-undang memang “complicated” unttk difahami kecuali anda pernah belajar undang-undang, akan paham betapa kompleksnya penggunaan istilah itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2012 08:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by neotoxin at 13-1-2012 08:09

Artikel dari bro Mat

DUTIES & TAXES ON MOTOR VEHICLES
A) Motor Cars (Including Station Wagons, Sports Cars and Racing Cars)
IMPORT DUTYLOCAL TAXES
CBUCKDMSPCBU & CKD
Engine
Capacity (cc)
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
< 1,800

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

75%

10%

1,800 – 1,999

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

80%

10%

2,000 – 2,499

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

90%

10%

Above 2,500

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

105%

10%

B) Four Wheel Drive Vehicles
IMPORT DUTYLOCAL TAXES
CBUCKDMSPCBU & CKD
Engine
Capacity (cc)
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
< 1,800

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

65%

10%

1,800 – 1,999

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

75%

10%

2,000 – 2,499

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

90%

10%

Above 2,500

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

105%

10%

C) Others (MPV & VAN)
IMPORT DUTYLOCAL TAXES
CBUCKDMSPCBU & CKD
Engine
Capacity (cc)
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
< 1,500

30%

0%

NIL

0%

NIL

n.a

60%

10%

1,500 – 1,799

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

65%

10%

1,800 – 1,999

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

75%

10%

2,000 – 2,499

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

90%

10%

Above 2,500

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

105%

10%

D) Commercial Vehicles
IMPORT DUTYLOCAL TAXES
CBUCKDMSPCBU & CKD
ClassMFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
MFNASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
All

30%

0%

NIL

0%

NIL

n.a

NIL

10%

Notes :
MFN = Most Favoured Nation
MSP = multi-sourcing parts
n.a = not applicable.

Fail-fail PDF sebagai rujukan :


download_4

gazet_CBU_import-pindaan2009

PERINTAH KASTAM (NILAI-NILAI KENDERAAN MOTOR PASANG SIAP YANG DIIMPORT ) (TERPAKAI) 2010

pricelist

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:36 AM | Show all posts
Teman dah tahu agak lama pasal cara pengiraan ini. Memang menyakitkan hati. Cuba komer perhatikan cara pengiraan cukai seperti dlm post no 1 abe Neo. Jelas pengiraan cukai dikira atas cukai dan atas cukai. Maksudnya berlaku pengiraan 3 kali dalam cukai yang perlu dibayar.

Nilai CIF x Duti Import (30%) = Kadar Duti Import (RM)

(Nilai CIF + Duti Import (RM)) x Duti Eksais (75%) = Kadar Duti Eksais (RM)

(Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Kadar Cukai Jualan (RM)

Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM) +Cukai Jualan (RM) = Harga Kos Kereta dengan cukai

Harga Kos Kereta dengan cukai + keuntungan dealer = Harga Jualan (bukan atas jalan)

Harga Jualan (bukan atas jalan) + Harga aksesori tambahan + Pendaftaran + Insurans = Harga kereta atas jalan (OTR price)


Sepatutnya ketiga2 cukai dikira atas Nilai CIF aje, itu belum ambil kira bagaimana mereka manipulasi Nilai CIF. Kunun nak liberalisasi, maka kurangkan duti import, tapi dimasa yang sama tingkatkan Nilai CIF (harga doket). Kesannya, walaupun duti import turun, cukai yang dikenakan lebih banyak lagi sebelum liberalisasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 10:00 AM | Show all posts
tu yg co luar maleh nk bawa masuk model2 baru kat m'sia...... x nak ambil risiko tak laku sebab harga kete jadi mahal...... tunggu la 3,4 tahun pas masuk indon, siam atau s'pore baru market kat m'sia, silap2 x masuk langsung......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2012 11:51 AM | Show all posts
Nak cuba satu contoh  mcm rega CIF dari PDF yg disertakan untuk Honda Jazz (yg ni CKD Asean kot)

rege CIF = 42,652
Duti Eksais = 42,652 x 75% = 29,856.40
Cukai Jualan = (42,652 +  29,856.40) x 10% = 7250.84
----------------------------------------------------------------------------------------
Rege keta lepas cukai = 42,652 + 29,856.40 + 7250.84 = RM79,759.24

tapi kalau tengok rege Jazz kat semenenanjung Malaysia di website http://www.honda.com.my/jazz/detail/ = RM106,418.50

jadi... beza RM106,418.50 - RM79,759.24 = RM26,659.26 ni dealer yg dapat ek?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 08:31 PM | Show all posts
Teman dah tahu agak lama pasal cara pengiraan ini. Memang menyakitkan hati. Cuba komer perhatikan ca ...
zzcbr Post at 13-1-2012 09:36



    wj tak paham pengiraan dan penjelasan tahap engineer mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2012 10:00 PM | Show all posts
kjaan sebat...dealer sebat....oklah tu rakyat tetap ok
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 10:59 PM | Show all posts
wj tak paham pengiraan dan penjelasan tahap engineer mcm ni
wanitajelita Post at 13-1-2012 09:31 PM


eh eh eh...engineer apanya... tu tahap matematik mak cik tomyam aje tu

Contoh: Katakan Harga CIF RM10k

kalau duti/cukai semuanya dikira berdasarkan harga CIF

Duti import = 10k x 30% = 3k
Duti Eksais = 10k x 75% = 7.5k
Cukai jualan = 10k x 10% = 1k

Total duti/cukai yang kena bayar = 11,500

Tapi ini cara yang kastam guna utk kira duti/cukai

Duti Import = 10k x 30% = 3k
Duti eksais = (10k + 3k) x 75% = 13k x 75% = 9,750
Cukai Jualan = (10k + 9,750) x 10% = 19750 x 10% = 1,975

Total duti/cukai yang kena bayar = 14,725

sebab apa pengiraan kastam lebih tinggi, sebab cukai eksais dikenakan ke atas nilai import duti. Manakala cukai jualan pula dikenakan ke atas duti eksais dan duti import. Tak ke itu dinamakan pengiraan dua/tiga kali

kalau masih tak jelas, sila jumpa di Gulam mee untuk program pencerahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2012 02:25 AM | Show all posts
moral crita: beli laa keta 2nd hand...........
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 07:50 AM | Show all posts
beli kete 2nd...masuk NGV....lagi puas dari kete hybrid.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 07:50 AM | Show all posts
moral crita: beli laa keta 2nd hand...........
Acong Post at 14-1-2012 02:25



    2nd hand pong terkesan gak daripada harga jualan asal
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 12:43 PM | Show all posts
beli laa 5th hand punya.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 01:21 PM | Show all posts
Nasiblah rakyat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 01:31 PM | Show all posts
Reply 13# assaffah


    car dealer x kaya mana pun ..masih ingat x AP QUeen ? dia la kaya raya sampai blh build up company sendiri pakai nama XXXX .. ki..ki..ki..bayangkan berapa banyak AP dia bantai pi kompeni dia ..  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 01:36 PM | Show all posts
Reply 6# wanitajelita


    tahap engineer adalah ISO 17025 , ISO GUM .. measurement uncertainty equation ..itu baru pening kepala duduk fikir buat sehari suntuk x keluar jawapan ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 01:38 PM | Show all posts
Reply 8# zzcbr


    x payah susah susah ..pi port klang beli kereta curi dari Jepun .. Evo terbaru pun below 100K ..masuk declare kereta potong padahal sebiji sebiji masuk .. buat geran keluar , then bawa pi singapore tukar nombor casic dan no engine ikut geran .. pastu masuk balik malaysia ..kan senang ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2012 01:55 PM | Show all posts
Reply  zzcbr


    x payah susah susah ..pi port klang beli kereta curi dari Jepun .. Evo terbar ...
tuakang Post at 14-1-2012 02:38 PM



    meh cerita kat sini, macamana nak bawa geran keluar tu  mana nak cekau AP (keta potong pun kena ada AP maa, lain le kalu komer Maharaja lawak, boleh minta test drive lepas tu terus bawak kuar
pertama kali teman tahu ada keta curi dari jepun kat port kelang  setahu aku yg tersadai kat port tu keta2 yang tak dapat AP atau pun tak sebab cukai tak dibayar. AP holder biasanya cari pembeli dulu, lepas tu baru settle cukai. Dengan cara ini boleh rolling duit, lagi pun kos storage cuma RM8 aje sehari (yang ni boleh pass to customer)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 02:02 PM | Show all posts
Reply 17# zzcbr


    haiya ...kereta mitsu Evo kan barang panas ..  x pernah risau x ada pembeli ..   x mau cerita detail ....

hitam jadi putih senang saja ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 02:10 PM | Show all posts
Reply 17# zzcbr


    oh kalau x silap hanya beberapa jenis kereta yang nombor casic tu bawah seat tu dekat dengan tulang kereta yang x dapat nak tukar nombor tersebut .. problem sikit .. ki..ki..ki.. masih dalam RnD tgh study camner leh edit nombor tersebut ..lol .. ahaks ahaks ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:37 PM | Show all posts
kerajaan malaysia nak paksa semua rakyat malaysia beli proton la ni...no choice for u...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.107062 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list