Post Last Edit by akubiaseje at 12-1-2012 22:37
Salam semua..
Saya nak tanya sikit lah pasal masalah yang saya hadapi sekarang ni.
Kereta saya Myvi..Baru-baru ni saya ada tukar minyak hitam..lepas tu dapatlah percuma balancing keempat-empat tayar. Lepas dah tukar minyak hitam tu, masa bawa kereta, saya rasa tayar sebelah kiri depan (bahagian tempat duduk penumpang depan) ada macam bunyi kipas berpusing. kalau saya bawa laju, makin kuatlah bunyi tersebut. Tapi kejap ada kejap takda. Saya pergi balik workshop tu. siap bawak brother tu naik kereta nak bagi dia dengar bunyi tersebut. Dia kata bearing rosak. Lepas dah tukar bearing, bunyi tersebut still ada lagi. Saya harap bunyi tersebut takda kaitan dengan enjin sbb kalau ada kaitan dengan enjin, faham2 je lah.
Kepadasesiapa yang tahu, apa sebenarnya masalah tersebut?
Pandangan anda amat saya harapkan.
Terima kasih |