CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Aceh dilanda gempa skala 7.3

[Copy link]
Post time 12-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Amaran tsunami terpaksa dikeluarkan tetapi tiada laporan kemusnahan dinyatakan\rBANDA ACEH: Gempa bumi dengan  magnitud 7.3 melanda pantai barat pulau utara Indonesia, Sumatera semalam, mencetuskan panik dikalangan penduduk tempatan, tetapi tiada sebarang laporan kemusnahan, kata Kajian Geologikal Amerika Syarikat. \r\n\n\n\n\r  Amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik dan Indonesia turut mengeluarkan amaran tsunami tetapi menarik semula dua jam kemudian.\r \r\n\n\n\n\n  Gempa bumi yang dengan kedalaman 29 kilometer melanda jam 2.37 pagi, kira-kira 420 kilometer barat daya Banda Aceh, ibu negara wilayah Aceh di Pulau Sumatera. \rPegawai di Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia berkata tiada laporan kemalangan dilaporkan. \r“Gempa bumi berlaku dalam laut dan amaran tsunami terpaksa dikeluarkan tetapi setakat ini tiada laporan kemusnahan atau kemalangan,” kata ketua teknikal agensi itu, Suharjono kepada AFP. \rAgensi itu pada awalnya melaporkan gempa 7.6 magnitud tetapi kemudian menurunkannya kepada 7.1 magnitud. \r\n\n\n\rPusat Amaran Tsunami Pasifik berkata ancaman tsunami tidak wujud tetapi menambah: \r“Ada kemungkinan kecil tsunami tempatan akan menjejaskan pantai yang terletak lazimnya tidak lebih 100 kilometer dari pusat gempa bumi.”\rAgensi Indonesia turut melaporkan dua gempa susulan berukuran 5.4 dan 5 magnitud dikesan kira-kira 30 minit dan sejam selepas gempa pertama. \rDi Kota Aceh, tanah bergegar selama 30 saat dan mengejutkan penduduk yang keluar dari rumah masing-masing tetapi mereka kembali semula tidak lama kemudian, kata seorang wartawan AP yang berada di tempat kejadian.\rSebilangan penduduk di tepi pantai melarikan diri ke tengah, berlindung di masjid atau berkhemah di luar jalan sebagai langkah berjaga-jaga tetapi keadaan tidak mencetuskan panik, katanya. \rGempa susulan tidak dirasai di Banda Aceh, tambahnya. \rPada Disember 2004, gempa bumi dengan skala skala 9.1 magnitud melanda pantai wilayah Aceh di utara Sumatera mencetuskan tsunami di Lautan Hindi dan meragut 220,000 nyawa dengan tiga perempat mangsa adalah  penduduk Indonesia. –  AFP \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.038663 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list