CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Assad ikrar guna 'tangan besi'

[Copy link]
Post time 12-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Syria mahu hapus kumpulan penentang kerajaan di negara itu\rDAMSYIK: Presiden Syria, Bashar Assad, berikrar menggunakan \'tangan besi\' (kekerasan) untuk menghapuskan apa yang disifatkan sebagai pengganas dan pengkhianat di belakang kebangkitan selama 10 bulan di negara itu yang mengakibatkan ribuan rakyat sudah kehilangan nyawa. \r\n\n\n\n\r  Dalam ucapan pertamanya sejak Jun, Assad menunjukkan keyakinan tinggi untuk berdepan dengan kebangkitan di negara itu tetapi pembangkang menyifatkan ucapan semalam sebagai kata-kata pemimpin yang sudah kehilangan taring. \r\r\n\n\n\n\n  Assad yang berulang kali mengulangi dakwaan mengenai konspirasi Barat dan pengganas yang mencetus kebangkitan, bukannya penunjuk perasaan secara aman yang mahu mengubah negara. \r“Kita tidak akan berlembut dengan mereka yang bekerja dengan orang asing menentang negara. Siapa yang berada di tengah adalah pengkhianat. Tiada pilihan,” kata Assad dalam ucapan dua jam di dewan persidangan Universiti Damsyik yang penuh dengan penyokongnya. \rKonflik di Syria memasuki fasa kemuncak apabila ada  tentera berpaling tadah dan sesetengah anggota pembangkang mengacukan senjata terhadap kerajaan.   \rRejim itu, sebaliknya mempergiatkan serangan berdarah ketenteraannya dan pegawai Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) berkata kelmarin kira-kira 400 orang terbunuh sejak tiga minggu kebelakangan ini, selain tambahan anggaran PBB sebelum ini 5,000 mati sejak Mac tahun lalu. \r\n\n\n\rSejak 23 Disember, letupan misteri melanda ibu negara, membunuh ramai rakyat tetapi  tidak jelas pihak mana di belakang pengeboman itu yang regim itu berkata ia adalah pengeboman bunuh diri. \rRejim menyalahkan pengganas kerana letupan itu dan berkata mereka membuktikan Syria sedang bertempur dengan kumpulan bersenjata, tetapi pihak pembangkang menuduh pasukan setia regim melancarkan serangan untuk menghapuskan kebangkitan. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.042131 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list