CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102006|Reply: 2526

Rumah Borak L.E V 20 EDISI: SELAMAT TAHUN BARU 2012

   Close [Copy link]
Post time 9-1-2012 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by chit_ana at 17-1-2012 23:00

SELAMAT TAHUN BARU 2012

APA AZAM KORANG PADA TAHUN BARU?

MENDAPAT CINTA BARU?CARI JODOH BARU?MANTAPKAN KARIER,KEWANGAN ATAU CINTA??



Jodoh, rezeki, dan ajal maut adalah rahsia Allah. Hanya Allah yang berhak menentukannya. Manusia hanya berusaha semaksimal mungkin, baik secara lahiriah atau batiniah. Namun, jika berbagai usaha tlh kita tempuh namun belum mendapatkan titik terangnya,berdoa, ikhtiar dan bersabarlah... cepat atau lambat sang pujaan hati kan datang...;)..



Saudaraku... berdoalah dengan tiada henti, mengetuk pintu Arsyi, meminta dengan kebeningan dan kerendahan hati, mengakui kelemahan diri. Memohon agar diri ditemani sang pujaan hati agar hidup didunia kan kian bererti. Jangan lelah, jangan lemah saudaraku.. teruslah berharap dengan doa dan ikhtiar, yakinlah Allah memiliki cara terindah untuk mempertemukannya...



“Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiimi. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.



“Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibatu amrii, faqdirhu lii wa yassirhu lii tsumma baariklii fiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii fashrifhu annii fashrifni ‘anhu waqdir liyal khaira haytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir”.



" Ya Allah pilihkanlah untukku dgn kekuantan ilmu-Mu, tentukanlah utkku dgn kehendak-Mu, Aku meminta kemurahan-Mu yg sangat luas, kerana Engkaulah Maha mengetahui apa yg tidak aku ketahui dan Engkaulah yg paling tahu hal2 yg ghaib. Ya Allah, jika ssuatu itu menurutMu baik bgi diriku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku, maka pilihlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku kemudian berkahilah dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku maka jauhkanlah dia dariku sejauh-jauhnya, dan berikanlah aku kebaikan dimana saja berada dan ridhailah aku karenanya (HR. Bukhari)."



Selain itu kita bleh mengamalkan do’a agar diberi jodoh dan keturunan yang baik, spt berikut:



Rabbi laa tadarnii fardan wa anta khairul waaritsiin. ( Ya Rabbku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah pewaris yang paling baik)( QS. Al-Anbiya : 89)



Namun jika tak kunjung tiba juga, mintalah ampun kepada Allah. Barangkali kesulitan itu karena dosa-dosa kita di masa lalu yang belum sempat kita bertaubat. Atau barangkali bisa jadi Allah sangat mencintai kita dan Dia menginginkan agar kita mendapatkan jodoh yang paling tepat dan waktu yang paling indah menurut-Nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2012 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by tokmanting at 9-1-2012 23:19

Menetapkan Azam Cinta Tahun Baru Berlandaskan Islam

“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.
Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam.
Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.

1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.
Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.


2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.
Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.

3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.

Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.

4. Set Untuk Kebaikan Bersama.

Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama.
Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.

5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.

Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.

Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti.


Bahagiakan diri anda,
penuhi dengan cinta,
bahagia sebahagia mungkin,
penuhi sepenuh mungkin.



Cinta dan rasa bersyukur adalah dua emosi positif paling tinggi.

Apabila Anda dilamun cinta, apabila Anda rasa sayang pada seseorang, rindu padanya serta mahu berada di sampingnya, emosi Anda berubah menjadi emosi positif serta merta walaupun hanya sekadar mengingati orang tu. Sebaik-baik cinta adalah cinta diikat dengan pernikahan, sebab pasangan Anda menjadi halal untuk Anda sentuh.

Cinta disertai sentuhan membuat kasih sayang Anda berada di tahap kemuncak. Anda berjaya mengakses emosi-emosi tahap tinggi (high positive emotion) tanpa banyak masalah. Inilah kesan cinta!

Anda akan jadi bersemangat, Anda jadi optimis meneruskan hidup.

Apa saja yang Anda buat semuanya jadi lancar. Cinta membuat Anda gembira. Bila sudah gembira, matlamat Anda senang untuk dicapai.
Carilah pasangan hidup lalu nikahi dia. Proses menuju kejayaan banyak melalui cabaran yang akan membuat emosi Anda goyah.
Dengan ada seseorang yang Anda cintai, Anda akan dapat menempuh segala cabaran kerana Anda terdorong untuk mencapai kejayaan sebagai dedikasi Anda pada ornag yang Anda cinta. Kita ini manusia, emosi kita membuat kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Emosi sifatnya rapuh.

Anda perlukan seseorang di sisi untuk membantu Anda menaikkan semula emosi (uplift) Anda menjadi emosi positif tahap tinggi.

Carilah seseorang untuk dicinta!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 10:36 PM | Show all posts

Moy Cekim

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 10:46 PM | Show all posts
ceking
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 10:52 PM | Show all posts
masukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk  
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 10:53 PM | Show all posts
cik tucenk kiut ceking



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2012 11:00 PM | Show all posts
yuhuuuuuuuuuuuuu check in gak
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 11:07 PM | Show all posts
masuk....






tak ada azam...cume ada harapan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2012 11:11 PM | Show all posts
moy lolli mod kmk OG difrsssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 11:48 PM | Show all posts
so topik ape mau kasi bincang?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 11:49 PM | Show all posts
urutan muka
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 11:53 PM | Show all posts
hai sume yg online kat page 1 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:02 AM | Show all posts
mate sudah mau katup lah..
mau bincang apa lagi..
smbung je la esok...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:13 AM | Show all posts
masukkkkk..! CEKINNNNNnnnnn!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:25 PM | Show all posts
check innnn..... afternoonnnnnn   
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:30 PM | Show all posts
kejap je dah setengah hari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 12:43 PM | Show all posts
Reply 16# adifrs


   hi adiffffffffffff
nama adif ni, sama dgn naam OG yg real..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:47 PM | Show all posts
Reply  adifrs


   hi adiffffffffffff
nama adif ni, sama dgn naam OG yg real..
ocean_gurl Post at 10-1-2012 12:43 PM



    really??

   pm name OG yg real..... tapi OG gegel kan??
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:57 PM | Show all posts
really??

   pm name OG yg real..... tapi OG gegel kan??
adifrs Post at 10-1-2012 12:47



   yupp..OG gegell... check ur pm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 08:07 PM | Show all posts
masukkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.247310 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list