CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39122|Reply: 5

Contoh Karangan SPM: Impak-impak Negatif Sektor Perindustrian

[Copy link]
Post time 7-1-2012 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Contoh Karangan SPM

Sektor perindustrian sudah menjadi satu nadi ekonomi yang penting kepada negara ini sejak beberapa dekad yang lalu. Penubuhan beberapa kawasan perindustrian telah membuktikan bahawa sektor ini menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara. Namun, sudah ada beberapa pihak yang menganggap sektor ini membawa pelbagai impak negatif kepada masyarakat kita.

Jelaskan impak-impak negatif yang berlaku itu.

Sektor perindustrian merujuk kepada sektor kilang yang menghasilkan pelbagai produk yang berguna buat manusia seperti penghasilan kereta dan makanan. Negara kita memang telah menggunakan sektor ini sebagai satu tindakan untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk negara menjadi setanding dengan negara-negara lain terutama di sebelah rantau Asia. Kejayaan sektor perindustrian di negara ini juga sering menjadi bahan berita dalam media massa tempatan dan asing terutama sekitar tahun 80-an dan 90-an. Cuma, sejak akhir-akhir ini pelbagai komentar tentang impak negatif sektor ini mula mendapat tempat dalam perbincangan masyarakat setempat.

Impak yang paling ketara yang ditimbulkan oleh sektor perindustrian ialah kemusnahan kawasan hutan negara kita yang terkenal dengan flora dan fauna yang tersendiri. Dalam usaha untuk membentuk satu kawasan perindustrian yang luas dan efisien serta berdaya saing, satu kawasan baru yang luas harus dibuka yang biasanya melibatkan penerokaan kawasan hutan negara. Penebangan kawasan hutan negara ini dikatakan telah memusnahkan habitat hidupan liar negara yang suatu masa dahulu menjadi kebanggan negara kita pula seperti harimau dan gajah serta badak sumbu Sumatera. Oleh itu, kewujudan sektor perindustrian telah membawa kemusnahan kawasan hutan negara yang luas dan sukar untuk dipulihkan semula.

Lantaran itu, kadar pencemaran alam turut meningkat kerana sektor perindustrian dikatakan sering menghasilkan sisa-sisa toksik yang tidak dibuang secara sistematik atau dengan baik. Kebanyakan bahan buangan sektor ini dialirkan begitu sahaja tanpa dilakukan sebarang rawatan yang sesuai untuk memastikan sungai dan udara negara tidak tercemar dengan mudah. Masalah ini diburukkan lagi dengan ketiadaan kawasan hijau negara yang sudah pun semakin berkurangan dengan pembukaan kawasan-kawasan kilang yang besar. Sesungguhnya, kadar pencemaran alam menjadi begitu serius dengan bertambahnya kawasan sektor perindustrian kerana sektor ini mempunyai pembuangan sisa-sisa kimia yang berbahaya.

Bukan sahaja alam tercemar dan hutan negara hilang begitu sahaja tetapi kewujudan sektor perindustrian telah mengoyahkan sistem kekeluargaan di negara ini dengan begitu ketara. Banyak ibu bapa yang bekerja dengan sektor perindustrian terpaksa mengikut waktu kerja yang agak ganjil iaitu ada kalanya mereka terpaksa bekerja malam dan kerja lebih masa yang menyebabkan tumpuan mereka terhadap keluarga menjadi semakin kurang. Kekerapan mereka bekerja juga menjadikan diri mereka lebih tidak berupaya untuk mendidik anak dengan baik yang membawa peningkatan masalah sosial terutama di kawasan bandar yang banyak memiliki kilang-kilang moden. Jelaslah, sektor ini bukan sahaja memusnahkan alam tetapi turut menjadikan kehidupan sosial masyarakat menjadi porak-peranda dalam tempoh yang singkat.

Impak yang lain yang turut ditimbulkan oleh sektor ini ialah terpinggirnya sektor pertanian di negara ini. Dahulu sebelum pengenalan sektor perindustrian, kebanyakan penduduk negara ini terlibat dalam sektor pertanian dengan begitu meluas. Kini, sektor pertanian semakin terpinggir kerana kadar upah dan cara kehidupan di ladang yang dikatakan tidak lagi menepati kehendak zaman yang membawa ramai tenaga kerja beralih bekerja di sektor perindustrian pula yang mendorong negara terpaksa menggunakan pekerja asing untuk bekerja di sektor peladangan. Maka, sektor perindustrian turut memusnahkan sektor pertanian negara yang dahulunya menjadi kebanggaan kita semua.

Sebagai kesimpulan, sektor prindustrian membawa banyak impak negatif kepada negara dalam jangka masa panjang. Semua pihak harus menilai semula penekanan terhadap sektor ini dengan memikirkan kaedah-kaedah lain untuk memajukan negara kerana kita tidak mahu menjadi sebuah negara moden tetapi kehilangan budaya dan khazanah negara pula dalam masa yang sama. Keseimbangan harus dicari dalam usaha untuk menangani kemelut ini kerana faktor itulah yang bakal akan membawa negara kita terus mampu untuk bersaing dalam arena global kini. Mungkinkah kita harus mengetatkan syarat-syarat penubuhan kilang-kilang baru di negara ini?


88 Contoh Karangan ISU SEMASA SPM oleh Cikgu Azman

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2012 12:58 PM | Show all posts
ade daya KBKK karangannya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 01:03 PM | Show all posts
erk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 03:34 PM | Show all posts
okay tapi tak nampak kematangan lagi

awat benda seperti - carbon dioxide emission, greenhouse effect , etc etc , tak nak diletakkan ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 03:34 PM | Show all posts
kupasan yg ringkas tetapi boleh diambil kira kerana terdapat beberapa point-point penting.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 03:38 PM | Show all posts

bosan okaylaaa bolehlah dapat B je from my POV essay redundant macam ni

Post Last Edit by mbhcsf at 11-1-2012 15:40

sebutlah dasar  dasar kerajaan yg you may be dah tahu dah dalam matapelajaran geografi ting 3 tentang zon industrial bebas, ataupun sejarah like dasar pandang ke timur , dasar Malaysia Inc ( persyarikatan malaysia )

semua ni bukan tak belajar kan dalam matapelajaran lain , kan?

dah kan ?

so garapkan ilmu / maklumat dari mata pelajaran untuk membawa refleksi yg anda seorg yg matang bila menulis , you know which facts you can put to back up teh claim , making the essay more catchy to eyes of the examiners

satu lagi - kena baca banyak : you have to put in critical points jugak sebab isi di atas adalah terlalu 'cliche'

ada satu artikel kat majalah terbitan DBP in 1990's i tak ingat
perindustrian pemindahan teknologi ke atau tapak operasi sahaja
be critical lah ...sejauh mana negara manfaat dari pemindahan teknologi apa loophole
lagi

benda yg baru sikit ni dok cakap isi redundant bosanlah tak kritikal sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043711 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list